Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

SAMBUTAN
AIDILADHA DI
MUSIM COVID19
‘ KORBAN, SUCIKAN JIWA, ERAT SILATURAHIM ’

ANJURAN :
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SK PARIT KADZI
HARI : RABU
TARIKH : 5 OGOS 2020
TEMPAT :
BILIK DARJAH TAHUN 1 HINGGA 6
1.0 PENGENALAN

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia
adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal.
Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap
tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat
Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban
yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam
memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-
sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat
korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib
menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13
Zulhijah.

Di musim COVID19 ini, Sambutan Hari Raya Aidiladha dijalankan mengikut SOP yang
ditetapkan. Penceramah menggunakan pembesar suara \ amplifier di pejabat dan murid berada
di kelas masing – masing dengan penjarakan social yang telah disusun oleh guru kelas sebelum
ini. Manakala makanan diberikan secara bungkus mengikut kelas .

2.0 NAMA AKTIVITI


‘ KORBAN, SUCIKAN JIWA, ERAT SILATURAHIM ’

3.0 PENGANJUR
Panitia Pendidikan Islam SK PARIT KADZI MUAR

4.0 OBJEKTIF
i. Meraikan Hari Raya Aidiladha bersama murid murid di musim COVID19 mengikut SOP
yang di tetapkan.
ii. Menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T

5.0 TARIKH / TEMPOH MASA


Hari : Rabu
Tarikh : 5 OGOS 2020
Masa : 8.00 - 10.00 PAGI

6.0 TEMPAT / LOKASI


BILIK DARJAH TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6
Murid duduk di kelas masing-masing mengikut penjarakan social yang telah disusun oleh guru
kelas masing –masing.

7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA


Rujuk Lampiran i

8.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk Lampiran ii

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN


Rujuk Lampiran iii

10.0 PENUTUP
Semoga Sambutan Hari Raya Aidiladha ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mendapat
kerjasama serta komitmen yang sepenuhnya daripada semua pihak. Justeru, segala objektif yang
telah diatur dapat dicapai dan nilai-nilai murni yang cuba diserapkan dipraktikkan oleh semua
pelajar.
Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

______________________________ _____________________________
(SITI AISYAH BT MOHD ZAMAN) ( EN ZAINUDIN BIN ABU NAIM )
Ketua Panitia Pendidikan Islam Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK PARIT KADZI SK PARIT KADZI
Disahkan Oleh,

____________________________
(EN KHAIRUL IZAM BIN ABD SAMAT)
GURU BESAR
SK PARIT KADZI MUAR
Lampiran i

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung
En Khairul Izam Bin Abd Samat
Guru Besar
SK Parit Kadzi

Penasihat
En Zainudin Bin Abu Naim
GPK Kokurikulum
SK Parit Kadzi

Pengerusi
Ustazah Siti Aisyah Bt Mohd Zaman

Setiausaha
Ustazah Fauzana Bt Zakaria

Bendahari
Ustazah Nurulhuda Bt Halit

AJK Makanan
Ustazah Rafidah Bt Markom
Pn. Fareha Bt Kamil
Pn. Nohlaili Bt Abd Samad
Pn. Nor Farhana Bt Shahar
En. Zabah Bin Sulaiman
En. Mohd Fahmi Helmi Bin Ramli

AJK Fotografi dan dokumentasi


Ustazah Samsiah Bt Salleh
Ustaz Ruzaini Bin Ahmad
En. Ismail Bin Mohd Hatta
En Kamaruzzaman Bin Parlin

AJK Siar Raya


En. Rashidi Bin Ilyas
En. Zulhaidi Bin Ahmari
Lampiran ii

TENTATIF PROGRAM

7.00 pagi : Ketibaan para pelajar dan guru


7.30 pagi : Bacaan Doa
Marhaban (Oleh : Ustaz Ruzaini Bin Ahmad )
8.00 - 9.30 pagi : Ceramah (Ust Ahmad Haziq Bin Hashim
Pengerak Masjid & Surau
Dun Bentayan
( Pejabat Kadi Daerah Muar)
9.40 pagi : Rehat
10.45 pagi : Aktiviti Tulisan Khat sempena Sambutan Aidiladha

Lampiran iii
BELANJAWAN
KUMPULAN WANG KERAJAAN
BANTUAN PERSEKOLAHAN LAIN
BBTP KEGIATAN PENDIDIKAN ISLAM

BIL PERKARA KUANTITI HARGA


1 MAKANAN DAN MINUMAN
Menu :
- NASI IMPIT
- LODEH
- KARI AYAM 375 orang X RM 4.80 RM 1800
- AIR KOTAK

JUMLAH RM 1800

JUMLAH BELANJAWAN : RM 1800

Anda mungkin juga menyukai