Anda di halaman 1dari 17

SALUTASI

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP IHYA RAMADAN, IFTAR


PERDANA DAN SUMBANGSIH AIDIL FITRI SMK DESA
CEMPAKA BAGI TAHUN 2023

YANG BERBAHAGIA,
EN ZAINUDIN BIN HAMAT,
YANG DIPERTUA PIBG SMK DESA CEMPAKA

YANG DIHORMATI,
PN ROZLINA BINTI AWANG,
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

YANG DIHORMATI,
ENCIK MOKHTAR BIN MOHD ZIN,
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

YANG DIHORMATI,
PN AZINA BINTI ZAKARIA,
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

YANG DIHORMATI,
PN NOR AFIZA BINTI MOHD NOR,
PENOLONG KANAN SESI PETANG

YANG DIHORMATI,
PN AMINA BINTI VP HAMZAH,
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

GURU – GURU KANAN MATA PELAJARAN,


GURU-GURU, PARA MURID YANG DIRAIKAN, TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN
SEKALIAN.
Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulillahhirabbil alamin,
Wassolatuwassala mu’ala asrafil anbiya iwal mursalin, Wa’ala
alihi wasohbihi ajmain.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama dalam Majlis Perasmian Penutup Ihya Ramadan,
Iftar Perdana dan Sumbangsih Aidilfitri SMK Desa Cempaka pada hari ini. Terima kasih
juga saya ucapkan kepada Yang Berbahagia En Zainudin bin Hamat, kerana sudi
melapangkan masa bersama-sama dengan kita pada petang ini bagi memeriahkan majlis
dan seterusnya akan merasmikan pelancaran majlis kita sebentar lagi. Ucapan selamat
datang dan terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru, kakitangan, tuan-tuan dan
puan-puan serta murid-murid yang diraikan sekalian.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Kita berasa amat bersyukur pada tahun ini kerana kita masih berpeluang untuk
merancang pelbagai program anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam, Bidang
Kemanusiaan SMK Desa Cempaka bersempena dengan sambutan bulan Ramadan al-
Mubarak bagi 1444 Hijrah yang jatuh tarikhnya 1 Ramadan itu adalah pada 23 hb Mac
2023 yang lalu. Syabas diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat
sepanjang program dijalankan. Antara program yang telah dijalankan oleh warga SMK
Desa Cempaka bagi mengimarahkan bulan yang berkat ini ialah sambutan Ihya
Ramadan, ceramah Israk Mikraj, bacaan Yassin dan Tahlil arwah, ceramah Nuzul al-
Quran, sambutan Ihya Ramadan dan tadarus al-Quran yang melibatkan semua warga
SMK Desa Cempaka. Sekolah juga akan mengadakan Majlis Khatam al-Quran dan
majlis bermaaf-maafan iaitu Majlis Salam Raya peringkat sekolah yang akan diadakan
pada hari Selasa minggu hadapan iaitu pada 18 April yang merupakan hari terakhir
persekolahan sebelum cuti pertengahan penggal pertama.

Namun begitu, kemuncaknya majlis sempena bulan Ramadan adalah pada hari ini iaitu
sambutan Majlis Iftar Perdana juga majlis Sumbangsih Aidil Fitri iaitu
penyampaian sumbangan berupa baju raya, barangan makanan serta wang saku kepada
anak-anak didik SMK Desa Cempaka yang layak. Semoga sumbangan pihak sekolah
yang terdiri daripada sumbangan para guru, kakitangan sekolah juga daripada para ibu
bapa kepada seramai 144 orang murid yang layak dapat mengurangkan beban ibu bapa
murid-murid yang terlibat bagi menyambut Aidil Fitri yang bakal menjelma tidak lama
lagi. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Dato dr Hj Abdul Murad
Ahmad kerana telah bermurah hati memberikan sumbangan yang begitu besar berbentuk
wang tunai sehingga dapat kami merealisasikannya dalam bentuk sumbangan berbentuk
pakaian raya, barangan makanan dan wang saku kepada murid-murid yang layak
menerimanya pada hari ini.

Sebenarnya, semua program yang dirancang bertujuan untuk mengimarahkan bulan yang
mulia ini. Selain itu, program ini juga dapat memupuk amalan kerjasama dalam kalangan
warga sekolah di samping mengeratkan ukhwah. Saya mengambil peluang ini untuk
mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang sumbangsih
Aidilfitri 2023 ini. Semoga tuan-puan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah S . W . T
dan hanya Allah S.W.T jua yang dapat membalas jasa baik tuan-tuan dan puan-puan
sekalian.

Para hadirin yang saya hormati,


Pada petang ini juga kita berkumpul dalam majlis Iftar Perdana ini, di samping untuk
meraikan bulan Ramadan, program seumpama ini juga dapat mengeratkan ukhwah dan
silaturahim antara kita tanpa mengira agama dan bangsa. Program ini juga bertujuan untuk
mengukuhkan hubungan antara satu sama lain dan menunjukkan kesyukuran kita. Selain
itu, penglibatan semua diharap dapat menerapkan semangat ukhwah Islamiah dalam jiwa
warga SMK Desa Cempaka supaya kita dapat bekerjasama dalam apa-apa jua acara tanpa
ada jurang yang memisahkan kita, insya-Allah.

Saya juga ingin melihat pelbagai rancangan dan aktiviti yang telah dilaksanakan dan
dirancang oleh Panitia Agama Islam bawah Bidang Kemanusiaan bagi mengimarahkan
bulan yang mulia ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang
mendatang kerana sudah jelas program-program yang dilaksanakan seumpama ini bukan
sahaja dapat menambahkan ilmu pengetahuan warga sekolah malahan dapat memberikan
peluang kepada kita semua menambahkan amal jariah melalui pelbagai program yang
dirancang, apatah lagi ganjaran yang berlipat ganda diberikan oleh Allah s.w.t dalam
bulan barakah ini. Semoga Allah s.w.t menganjari tuan-tuan dan puan-puan dengan
balasan syurga. Amin.

Kepada anak-anak yang hadir selaku penerima sumbangan pada petang ini, anda
sesungguhnya amat bertuah kerana telah diberikan rezeki oleh Allah untuk menerima
sumbangan sempena sambutan Aidil Fitri pada hari ini. Semoga anak- anak sentiasa
mengucapkan syukur atas kurniaan Allah ini dan gunakanlah sebaik-baiknya pemberian
tersebut dalam menyambut kedatangan Aidilfitri nanti. Semoga sedikit perkongsian rezeki
pada bulan yang mulia ini dapat memberikan manfaat kepada anak-anak sekalian.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,


Saya tidak bercadang mengambil masa yang lama untuk berucap pada petang ini justeru,
sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sudi
meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkan majlis pada petang ini dan tahniah juga
diucapkan kepada semua pihak yang bertungkus- lumus untuk menjayakan Majlis Iftar
Perdana serta Sumbangsih Aidil Fitri bagi tahun 2023 ini. Akhir kata, semoga majlis yang
diadakan pada hari ini mendapat sinar rahmat dan keberkatan daripada-Nya.

Sekian, terima kasih, wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahiwabarakatuh.
Akhir kata, saya berharap kebersihan surau ini juga hendaklah dijaga dan pastikan surau
ini menjadi tempat yang menarik lagi menawan supaya ia dapat menggambarkan
kehebatan, kemuliaan dan kesyumulan agama Islam itu sendiri. Dalam hal ini Bahagian
Pentadbiran Perbendaharaan juga diharapkan dapat sama-sama menambahbaik dan
memenuhi keperluan/kemudahan yang ada untuk memastikan surau ini berada dalam
keadaan yang sentiasa baik.

Muslimin Muslimat Yang Saya Hormati Sekelian,

Dalam Surah Al Mujadalah Ayat 11 Allah subhanahu wata ‘ala berfirman, yang
bermaksud:

“Allah meninggikan darjat orang yang beriman di kalangan kamu dan orang yang
diberi ilmu pengetahuan (dari kalangan kamu) dengan beberapa darjat”.

Sehubungan itu, sambutlah langkah-langkah proaktif yang dirancang oleh Biro Agama
Kelab Perbendaharaan bagi meningkatkan ilmu-ilmu agama. Ilmu
merupakan perkara asas yang perlu diberi perhatian oleh setiap individu Muslim kerana
ia adalah perkara pokok dalam membina umat dan memberikan asas kepada kekuatan
dan pembudayaan ilmu dalam kehidupan Muslim.

Surau kita ini seharusnya dijadikan tempat untuk beribadah serta menuntut ilmu- ilmu
bukan tempat untuk mengutuk mana-mana insan. Apa lagi tempat untuk bertemu
membuat komplot atau pergerakkan yang salah. Saya berharap ianya tidak terjadi di Surau
kita ini. Suburkanlah fikrah untuk sama-sama membangunkan surau ini dengan program-
program yang memberi manfaat dunia dan akhirat.

Saya mempunyai keyakinan penuh bahawa, Ahli Jawatankuasa Biro Agama Kelab
Perbendaharaan di bawah bimbingan YBhg Tan Sri Dr KSP mempunyai kesedaran yang
tinggi untuk sama-sama memastikan surau ini digunakan dengan sebaik mungkin.

Muslimin Muslimat Yang Saya Hormati Sekelian,


PERASMIAN NAMA BAHARU SURAU

Pemilihan nama “Muhammad Al-Fateh” sebagai mengenang sumbangan dan kehebatan


Sultan Muhammad al-Fateh iaitu seorang tokoh Islam yang muda dan berjaya memimpin
Empayar Uthamniyah untuk menakluk Kota Konstantinople daripada Empayar
Byzantine.

Selain itu, nama “Surau Muhammad Al-Fateh” sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk
memperkasakan golongan belia ke arah merealisasikan sasaran Transformasi Nasional
Tahun 2050. Semoga kita semua mendapat Petunjuk dari- Nya dalam apa juga usaha kita
di Kementerian Kewangan ini.

Akhir kata, saya berharap kebersihan surau ini juga hendaklah dijaga dan pastikan surau
ini menjadi tempat yang menarik lagi menawan supaya ia dapat menggambarkan
kehebatan, kemuliaan dan kesyumulan agama Islam itu sendiri. Dalam hal ini Bahagian
Pentadbiran Perbendaharaan juga diharapkan dapat sama-sama menambahbaik dan
memenuhi keperluan/kemudahan yang ada untuk memastikan surau ini berada dalam
keadaan yang sentiasa baik.

Dengan lafaz "Bismillahir Rahmanir Rahim", saya dengan penuh takzimnya merasmikan
pelancaran nama baharu Surau Kementerian Kewangan iaitu Surau Muhammad al-Fateh.

Sekian. Wabillahhitaufik, walhidayah, wassalamualaikum, warahmatullahi


wabarakatuh.
Kementerian Kewangan
Putrajaya
19 Jun 2017

1 TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM MENTERI


PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
MAJLIS
BERBUKA PUASA SINAR RAMADHAN 1437 HIJRAH 2016 21 JUN 2016
(SELASA) PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC) 2 (Salutation)
Bismillahirrahmanirrahim. MUKADIMAH Assalamualaikum, Salam Ramadhan dan
Salam 1Malaysia, YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Ketua-ketua jabatan/tuan/puan,
hadirinhadirat yang saya hormati sekalian, 1. Alhamdulillah, segala pujian dan syukur saya
rafak ke hadrat Allah S.W.T yang telah menganugerahi kita bulan Ramadhan Al-Mubarak,
bulan yang penuh keberkatan dan gandaan pahala melebihi seribu bulan. Selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga serta para sahabat
Baginda yang mulia. 2.
Pertamanya, marilah kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmat-Nya,
diizinkan kita berhimpun di dewan yang mulia ini untuk sama-sama memeriahkan Majlis
Berbuka Puasa Sinar Ramadhan 2016. Saya mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran YBhg. Tan Sri/Dato’
Sri/Datuk/tuan/puan ke majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat. 3 Hadirin sekalian, SINAR RAMADHAN 3. Terima kasih
diucapkan kepada semua kerana sudi meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama-
sama dengan saya dan Kementerian di sini pada hari ini. Hari ini merupakan hari keenam
belas kita menunaikan ibadah puasa, saya mendoakan agar kita semua dianugerahkan
kesihatan dan kesejahteraan diri untuk menjalani ibadah ini hingga ke akhirnya. 4. Sinar
Ramadhan merupakan program tahunan KPWKM yang bertujuan merapatkan ukhwah,
mewujudkan semangat “kekeluargaan” dalam kalangan rakan strategik serta kumpulan
sasar KPWKM. 5. Semangat mewujudkan dan mengutuhkan kekeluargaan adalah
sebenarnya selari dengan agenda pembangunan lestari yang mana Kerajaan menjadikan
“pengukuhan institusi keluarga sebagai teras masyarakat” dan diberi keutamaan dalam
Rancangan Malaysia Kesebelas. Ini merupakan nadi KPWKM yang jelas dengan slogan
Kementerian ini iaitu “Keluarga Bahagia Negara Sejahtera”. 6. Semangat kekeluargaan
yang kukuh perlulah dinamik dan perlu sentiasa menanam semangat “saling
bertanggungjawab, saling melindungi dan semestinya saling menyayangi”. Dinamik juga
bermaksud setiap ahli keluarga perlu peka dan bersedia untuk berbincang mengenai setiap
isu yang timbul di sekeliling demi 4 memastikan setiap ahli keluarga bersedia dan
dilindungi. SOCIAL INCLUSIVENESS 7. Dalam kita menjalankan ibadat puasa dan
membuat persiapan untuk menyambut kemunculan bulan Syawal, kita wajar memikir
tentang kepahitan sebahagian daripada masyarakat kita yang kurang bernasib baik dan
mencari rezeki untuk menampung kos sara hidup. Saya amat sedih apabila terbaca catatan
FB seorang kanak-kanak perempuan yang mengatakan beliau hanya bersahur dengan sebiji
kurma dan segelas air. Kementerian ini bertanggungjawab untuk mencapai social
inclusiveness untuk mengintegrasikan golongan papa, kurang upaya, ibu tunggal dan yang
terpinggir dalam masyarakat sebagai insan yang produktif. Tetapi catatan FB tersebut
menunjukkan bahawa
masalah kos sara hidup yang kian meningkat akan membebankan golongan ini dan akan
mengakibatkan mereka menghadapi social exclusiveness dipinggirkan daripada proses
pembangunan dan pemodenan negara. 8. Negara kita telah mencapai kemajuan dalam
pembangunan tetapi di celah-celah pertumbuhan ekonomi pesat yang memajukan negara
kita, terdapat juga segelintir golongan miskin yang masih hidup ibarat kais pagi makan
pagi, kais petang makan petang. Di celah-celah proses urbanisasi dan perbandaran
kawasan kampung yang berkembang maju, terdapat juga segelintir rakyat yang hidup
sebagai gelandangan. Dalam kita menuju negara berpendapatan tinggi, terdapat juga
golongan miskin dan daif serta orang tua yang bergantung pada bantuan dan 5
perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan untuk menikmati hidup sebagai seorang
manusia. 9. Mengikut World Summit for Social Development 1995 mendefinisikan
inclusive society sebagai “ a society for all in which every individual, each with rights and
responsibilities, has an active role to play in the society”. Keterangkuman sosial bermakna
kumpulan sasar dianggap sebagai kumpulan kurang bernasib baik dan rentan berhak
untuk mendapat akses kepada pendidikan, kemudahan awam, peluang pekerjaan dan
perniagaan, kesihatan serta perumahan. Malaysia kini mempunyai 2.65 juta orang tua,
550,550 orang kurang upaya, 9.9 juta kanak-kanak, 14.8 juta wanita dan 222,490 orang
miskin dan miskin tegar. 10. Memang tidak dinafikan rakyat Malaysia adalah amat
pemurah (generous) dan sentiasa bersedia untuk membantu orang yang daif dan kurang
bernasib baik dengan menghulurkan derma dan sumbangan kewangan dan barangan.
Malah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telahpun melaksanakan MyCorporateCare
sebagai saluran atas talian untuk mendapat derma dan sumbangan daripada badan
korporat dan individu. 11. Di bawah pendekatan inovasi sosial bagi meningkatkan lagi
sistem penyampaian kita dalam membekalkan perkhidmatan kebajikan, kita akan
memperluaskan konsep mengkaji kemungkinan untuk menggunakan crowdfunding untuk
mengumpulkan derma dan sumbangan kewangan daripada masyarakat umum bagi
menambahkan 6 kapasiti untuk membantu golongan daif dan kurang bernasib baik untuk
menampung kos perubatan, pembelian aset atau membiayai kos yang lain. 12.
Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin adalah digalakkan untuk bersama-
sama menyokong usaha yang dijalankan oleh kerajaan dalam membantu golongan
sasaran. PENUTUP 13. Saya tidak bercadang mengambil masa yang lama untuk berucap
pada petang ini. Justeru itu, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang sudi meluangkan masa untuk samasama memeriahkan majlis
pada petang ini dan tahniah juga diucapkan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus
untuk menjayakan Majlis Berbuka Puasa Sinar Ramadhan 1437 Hijrah. Akhir kata,
semoga majlis yang diadakan pada hari ini mendapat sinar rahmat dan
keberkatan dari-Nya. Sekian, terima kasih dan selamat berbuka puasa.
Teks ucapan iftar ramadhan

Yang berbahagia
……………………………………(vip)

Yang dihormati
…………………………………………
Persatuan Ibu Bapa & Guru
Yang Berusaha
………………………………………
Pengetua / guru besar

yang turut berusaha


……………………………………..
Penolong Kanan pentadbiran

……………………………………….,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

……………………………………………,
Penolong Kanan Ko-kurikulum,

Guru-guru, ppm
dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Tema diberi Barakahnya Ramadhan,


Bulan dituntut untuk berpuasa, Selamat
datang kami ucapkan, Ucapan bismillah
pembuka acara

Assalamualaikum….
dan salam sejahtera…

Kita mulakan majlis kita ada hari ini dengan Ummul Kitab- Al-Fatihah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagi memberkati acara kita pada malam ini, dijemput.......................untuk mengetuai


bacaan doa, dipersilakan.

Amin ya rabbal alamin, terima kasih diucapkan kepada ............ atas bacaan doa itu tadi.

Alhamdulillah dan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dapat kita
berkumpul pada malam yang penuh barakah ini untuk menjayakan majlis Iftar bersama-
sama.

Program iftar ini diadakan bertujuan untuk meraikan bulan Ramadhan disamping
megeratkan ukhwah dan silaturahim antara kita tanpa mengira agama dan bangsa.
Program ini juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan antara satu sama lain .
Selain itu, penglibatan semua kaum diharap dapat menerapkan
semangat ukhwah islamiah dalam jiwa setiap supaya kita dapat bekerjasama dalam apa
jua acara tanpa ada jurang yang memisahkan, insyaallah.

Majlis seterusnya menjemput ………………… , untuk menyampaikan sepatah dua


kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih majlis ucapkan kepada..................................atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersila........................................untuk


menyampaikan ucapannya.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Syukran Jazilan diucapkan kepada


atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Dengan segala hormatnya,majlis menjemput yang berbahagia..................................untuk


menyampaikan ceramahnya.Di persilakan.

Alhamdulillah,terima kasih di ucapakan kepada ……….di atas ceramah yang telah di


sampaikan sebentar tadi.Di harap kita semua dapat mengambil segala ilmu yang telah
disampaikan tadi untuk kehidupan kita yang lebih baik lagi di masa hadapan.

Dengan berakhirnya.....................,maka majlis ditangguhkan untuk menantikan saat


azan berkumandang dan berbuka puasa.

Hadirin dan hadirat di jemput untuk menikmati hidangan berbuka puasa. Untuk

makluman tuan/puan, InsyaAllah.Majlis di teruskan lagi dengan agenda


……………………

Majlis di teruskan lagi dengan agenda penyampaian cenderamata penghargaan kepada


……………….. Majlis menjemput..................................untuk mengiring Yang
Berbahagia,...................untuk menyampaikan cenderamata penghargaan kepada
…………...Majlis mempersilakan.

Alhamdulillah.. Dengan berakhirnya persembahan sebentar tadi maka Program Perdana


Ihya’ Ramadhan pada kali ini sampai ke penghujungnya.Saya mewakili Majlis pada hari
ini, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun
tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya. Dikesempatan ini, saya
ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis
ini.
Akhir kalam, Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih
kaffarah dan surah al-`Asr.
Sekian.
WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.RT.
Beliau yang membacakan teks ucapan YB Menteri Pendidikan berkata, majlis
diadakan dalam usaha merapatkan ukhwah, memupuk serta menyemarakkan
semangat kekeluargaan dalam kalangan warga KPM.

"Ini selaras dengan slogan kegembiraan, kasih sayang dan saling menghormati.
Slogan ini dipupuk dan telah dibudayakan dalam kalangan warga KPM
merangkumi semua bidang pendidikan termasuk pensyarah, guru, pelajar
sekolah, universiti dan ibu bapa kerana anak-anak ini harus membesar menjadi
insan yang unggul, berkeperibadian tinggi, berumbi di dalam diri mereka nilai-
nilai kemanusiaan, kasih-sayang, dan saling menghormati antara satu sama lain,"
kata beliau lagi.
1 TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM KUMPULAN
UTUSAN SEMPENA NUZUL AL-QURAN BERSAMA ANGKASA DAN BANK ISLAM MALAYSIA
BERHAD 2 IBU PEJABAT UTUSAN 8 JUN 2017 5.00 PETANG ----------------------------------------
-------- YBhg. Datuk Mohd Noordin Abbas Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Utusan
Melayu (Malaysia) Berhad 3 Encik Hizamuddin Jamalludin Ketua Pegawai Strategi Bank
Islam Malaysia Berhad YBhg. Tuan Hj. Mutadho Bahri Timbalan Presiden ANGKASA
YBhg. Naib-Naib Presiden ANGKASA 4 ❖ Prof. Madya Datuk Hj. Mohamad Ali Hasan ❖
YBhg.
Dato’ Hj. Kamarudin Ismail ❖ YBhg. Dato’ Hj. Aliasak Hj. Ambia ❖ YBhg. Encik Mohamad
Azmi Omaruddin 5 YBhg. Tuan Haji Nasir Khan Yahaya Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
ANGKASA YBhg. Datuk Abdul Aziz Ishak Ketua Pengarang Kumpulan Kumpulan Utusan
Melayu (Malaysia) Berhad 6 YBhg. Datuk Othman Mohamad Timbalan Ketua Pengarang
Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad YBhg. Datuk Zaini Hassan Penolong Ketua
Pengarang 1 7 YBhg. Datuk Mohd Hassan Mohd Noor Penolong Ketua Pengarang YBhg.
Datuk Zulkefli Hamzah Pengarang Utusan Malaysia YBhg. Datuk Baharom Mahusin
Pengarang KOSMO 8 YBhg. Encik Badrul Azhar Abdul Rahman Pengarang Mingguan
Malaysia Assalamualaikum Warahmatullahiwabaraktuh, 1. Alhamdulillah, segala puji dan
syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana 9 dipanjangkan usia, untuk kita semua bersama-
sama hadir sekali lagi ke Majlis Berbuka Puasa ini. Semoga dengan penganjuran majlis ini,
dapat menambah barakah dan silaturrahim sesama kita bersempena dengan bulan
Ramadhan yang mulia ini. 10 1. Kepada semua hadirin hadirat sekalian, selamat
menjalankan ibadah berpuasa dan antara sedar dan tidak, sudah 13 hari tempoh kita
berpuasa. 2. Saya selaku Presiden ANGKASA, amat menyambut 11 baik inisiatif
penganjuran majlis ini kerana sebagai umat Islam, amatlah digalakkan untuk kita
bersedekah dan seboleh – bolehnya menambah amal dan ilmu pada bulan yang mulia ini.
Semoga dengan usaha ini, dapat memberi makna kepada para pelajar dan adik – adik 12
yang saya kira bersemangat dalam menjalankan ibadah puasa. Sama – sama kita rebut
peluang untuk mencari keberkatan dan KeredhaanNya. 3. Alhamdulillah, syukur juga
diucapkan kerana dengan 13 keizinan daripada Allah SWT, kita dapat berjumpa sekali lagi
tahun ini untuk kali yang KEENAM. 4. Pada petang yang mulia ini, ingin saya ucapkan
sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada 14 Kumpulan UTUSAN Melayu
(M) Berhad kerana sudi menerima penajaan ANGKASA bagi mengadakan majlis meraikan
anak-anak yatim dan berbuka puasa bersama seluruh warga kerja UTUSAN.
Alhamdulillah semua persiapan dapat 15 dilaksanakan dengan baik oleh kakitangan
Kumpulan Utusan. Hadirin Yang Dihormati Sekalian 5. Saya difahamkan, majlis hari ini
dimeriahkan dengan kehadiran 62 ORANG penerima sumbangan daripada anak- 16 anak
yatim warga UTUSAN. Semoga dengan kehadiran adik – adik ini, dapat membawa
keceriaan ke dalam majlis dan melalui sumbangan juga dapat meringankan beban yang
dihadapi. Saya amat berharap dengan sokongan semua pihak kita dapat membantu jika
tidak 17 semua, setidak-tidaknya menyokong mereka dalam aspek pembelajaran supaya
menjadi insan yang dapat bergelar pemimpin pada masa hadapan. 6. Ianya bukan rahsia
lagi bahawasanya ANGKASA dan 18 Utusan mempunyai hubungan yang amat rapat dan
hubungan ini diperkukuhkan dari tahun ke tahun. Adalah menjadi harapan saya, dan
seluruh warga ANGKASA supaya hubungan ini dapat dikekalkan dan dipereratkan lagi
dalam mencapai hasrat dan cita – cita 19 murni menyebarkan maklumat mengenai
koperasi sebagai wadah jihad dan perjuangan ekonomi yang mapan baik kepada
masyarakat mahupun kepada negara. Hadirin Yang Dihormati Sekalian 20 7. Tahun ini,
MALAYSIA diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah International Cooperative
Alliance (ICA) Global Conference and General Assembly atau ICAKL 2017 yang akan
diadakan pada 14-17 November 2017 di Sunway Resort Hotel & Spa. Ini adalah 21
program dwi-tahunan anjuran ICA dengan kerjasama koperasi ahli ICA, iaitu ANGKASA
untuk penganjuran di Kuala Lumpur. 8. ANGKASA turut menganjurkan Karnival Produk
dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) bermula 22 dari 17 hingga 19
November sempena program ICAKL 2017 ini. 9. Pelbagai promosi dan program sedang
dan akan diadakan sempena dengan ICAKL 2017 dan ANGKASA amat mengalu-alukan
kerjasama 23 daripada Kumpulan Utusan dan Koperasi utusan untuk mempromosikan
dan memberi maklumat kepada Gerakan Koperasi dan masyarakat mengenai program
antarabangsa ini. 24 10. Harapannya supaya usahasama antara ANGKASA dan Utusan
akan sentiasa diperhebat dan gerakan koperasi dapat diperkasa melalui usahasama ini.
Semoga Utusan juga terus menjadi peneraju kepada gerakan media massa di negara ini.
25 11. Akhir kata, ingin saya ucapkan selamat berbuka puasa dan semoga majlis yang
diadakan pada hari ini mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
[ SALUTASI ]
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP IHYA RAMADAN, IFTAR PERDANA
DAN SUMBANGSIH AIDIL FITRI SMK DESA CEMPAKA BAGI
TAHUN 2019
(22 MEI 2019)

YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI MISRI BIN MISTAMA,


KETUA SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

YANG MULIA TENGKU ADNAN BIN RAJA DAUD


PENGETUA SMK DESA CEMPAKA

YANG BERBAHAGIA PROFESOR EMERITUS,


DATO’ DR HJ ABDUL MURAD AHMAD
CHIEF EXECUTIVE OFFICER
EAST WEST INTERNATIONAL COLLEGE SDN BHD

YANG BERUSAHA, EN ZAINUDIN BIN HAMAT,


YANG DIPERTUA PIBG

YANG BERBAHAGIA PARA TETAMU KEHORMAT

YANG DIHORMATI, BARISAN GURU PENOLONG KANAN

GURU – GURU KANAN,

GURU-GURU, JAWATANKUASA PIBG, IBU BAPA, PARA MURID YANG


DIRAIKAN,

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN.

Anda mungkin juga menyukai