Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMK ST.

MICHAEL
KALI KE- 49
( Ucapan Perasmian oleh Dato’ Chong itt Chew )

Selamat petang dan salam Malaysia Madani.


Terima kasih kepada saudara pengacara majlis.

Yang Berusaha, Pemangku Pengetua SMK St Michael, Puan Faizah binti Ramli,
Yang dihormati YDP PIBG SMK St Michael ,Encik tan Hwa Sing
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik, Lai King Fuat,
Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mohd. Rasyid Bin Abdul Hadi
Barisan pentadbir dan Guru Kanan Mata Pelajaran
Ahli jawatankuasa PIBG 2022/2023
Para Guru, AJK Pelaksana, para ibu bapa dan waris
serta para hadirin yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kepada Tuhan, kerana kita dapat berkumpul secara bersemuka sempena
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-49 tahun 2023 bagi Sekolah
Menengah St. Michael.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah dan PIBG atas kesudian
menjemput saya ke majlis ini dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49
di sekolah ini.

Tahniah dan Syabas saya ucapkan kepada Pemangku penasihat, YDP dan Jawatankuasa PIBG
kerana berjaya merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sesungguhnya majlis pada pagi ini amat bermakna kerana pihak sekolah dan ibu bapa dapat
bertemu dan berbincang untuk mencari kata sepakat demi kepentingan dan masa depan
anak-anak masing. Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG dan
pihak sekolah.

Selain memilih dan melantik Jawatankuasa PIBG yang baharu dan membincangkan usul-usul
daripada ibu bapa, diharapkan juga mesyuarat PIBG pada hari ini dapat mencari kata sepakat
dan persetujuan bersama sebaik mungkin tanpa menimbulkan masalah kepada pihak ibu
bapa atau waris murid-murid.

Sebenarnya, saya melihat perkembangan sekolah sejak 30 tahun yang lalu. Saya kagum
apabila ada permuafakatan yang baik antara pihak sekolah dengan PIBG. Sesungguhnya,
bukan senang dan perkara ini bukan satu kerja yang mudah apabila semua sibuk dengan
urusan harian. Tahniah kepada ibu bapa yang sudi melapangkan waktu dan berjaya hadir
pada hari ini.

Pengalaman saya, ada ibu bapa yang mengharapkan pihak sekolah melakukan segala-galanya
kepada anak mereka. Mereka lupa bahawa setiap kita mempunyai peranan masing-masing.
Harus diingat, kecemerlangan anak-anak kita sebenarnya bermula di rumah. Sebagai ibu
bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada anak-anak kita terdidik dengan nilai-nilai
murni ataupun tidak.

Seterusnya, kita perlu memastikan bahawa mereka mempunyai kekuatan dalaman untuk
berhadapan dengan segala gejala negatif di luar sana. Jadi, tanggungjawab itu tidak terletak
di bahu pihak sekolah sahaja tetapi kita perlu sama-sama bergerak atau sederap melangkah
untuk membentuk keperibadian mereka yang unggul dan menjadi anak baik lagi cerdik.

Sidang hadiran yang dimuliakan,

Saya tidak berhasrat untuk bercakap Panjang. Banyak lagi agenda yang memerlukan
komitmen kita. Jadi, sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan di
sini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan PIBG atas kesudian
menjemput saya ke majlis pada hari ini.

Saya juga ingin mengucapkan Syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa PIBG yang bakal
dipilih dan dilantik sebentar nanti. Harapan saya supaya Mesyuarat Agung PIBG SMK St.
Michael kali ke-49, ini akan berjalan lancar dan teratur.

Akhir kata, Saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK St.
Michael kali ke-49.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai