Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA : Program Schoolthon PIBG 2019

SMK. Bertam Perdana, Taman Bertam Perdana 3,


13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

KEPADA : Ketua Unit Perhubungan, Pendaftaran Dan Pendidikan Swasta.


Jabatan Pelajaran Pulau Pinang.
Jalan Bukit Gambir
11700 Pulau Pinang

1.0 PENDAHULUAN

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Bertam Perdana telah
merancang Schoolthon PIBG 2019 untuk mengumpul dana bagi menjayakan beberapa program
penting sekolah. Pihak PIBG SMK Bertam Perdana amat mengharapkan sokongan dari ibu bapa, guru,
pelajar, komuniti setempat, pihak luar, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan pihak yang
berwajib yang lain dapat menyokong dan merealisasikan hasrat murni ini.

2.0 OBJEKTIF

Objektif mengumpul dana PIBG untuk tujuan berikut.

2.1 Mengisi Tabung PIBG SMK Bertam Perdana bagi menjalankan program-program untuk
kemajuan dan kebajikan murid-murid SMKBP.
2.2 Menyediakan kemudahan CCTV untuk keselamatan pelajar.
2.3 Menyediakan prasarana kelas PAK-21 dan program 3 ‘K’ (Kebersihan, Keceriaan &
Keselamatan)

3.0 TEMPAT PUNGUTAN AKAN DIBUAT

3.1 Kutipan ke seluruh Negeri Pulau Pinang.


4.0 MASA DAN TARIKH PERLAKSANAAN

4.1 Masa Kutipan Kad Schoolthon PIBG 2019 bermula 1 Ogos 2019 hingga 31 Ogos 2019

4.2 Majlis Penutup Program Schoolthon PIBG 2019 ialah pada 20 September 2019 (Jumaat).

5.0 CARA MEMUNGUT YANG DICADANGKAN

5.1 Menggunakan Kad Pungutan Schoolthon PIBG 2019 yang diedarkan kepada pelajar, guru, waris
dan kakitangan SMK Bertam Perdana untuk mendapatkan sumbangan.

5.2 Mengedarkan kad Schoolthon PIBG 2019 kepada PIBG ke sekolah-sekolah di negeri Pulau
Pinang untuk mendapatkan sumbangan.

6.0 BUTIRAN LAIN MAKLUMAT SCHOOLTHON PIBG 2019

6.1 Rujuk Lampiran Polis yang disertakan.

6.2 Rujuk contoh lampiran kad Program Schoolthon PIBG 2019.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

........................................................................................ ....................................................................
(MOHD HASBULLAH ALI BIN AHMAD) (JAMINKHIRI BIN CHEK EMBI)
Setiausaha PIBG, Pengetua
SMK Bertam Perdana. SMK Bertam Perdana
13200 Kepala Batas 13200 Kepala Batas

Anda mungkin juga menyukai