Anda di halaman 1dari 2

Pengetua,

SMK seri Kembangan,

Jalan Sek 13/5, 43300, seri Kembangan,

Selangor Darul Ehsan.

Zizi ‘ Azniza Bt Mohd

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan

43300 Seri Kembangan

Selangor. 18 SEPTEMBER 2018

Tuan,

PERMOHONAN PERTUKARAN SESI PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2019

Berhubung perkara di atas , saya selaku guru SMKSK sesi petang berbesar hati untuk
memohon pertukaran sesi persekolahan ke sesi pagi bermula tahun 2019 .

2. Antara sebab saya memohon persekolahan sesi pagi kerana saya menghadapi
masalah untuk menguruskan anak-anak saya yang telah bersekolah tahun 1 mulai tahun ini.
Masalah ini telah memberi tekanan emosi dan fizikal kepada saya. Anak saya bersekolah di
sekolah swasta dan masa pembelajarannya tidak sama dengan sekolah kebangsaan. Mereka
tamat sesi pada jam 4.30 pm. Masalah pengangkutan di sini kerana kebanyakan bas sekolah
tidak mahu mengambilnya kerana waktu balik sekolah kebangsaan jam 6.30pm. Anak saya
terpaksa menunggu sehingga saya menjemputnya pada jam 8.00 malam setiap hari.

3. Sehubungan dengan itu, keadaan ini juga memberi kesan psikologi kepada anak saya
kerana sepanjang tahun ini dia dalam kemurungan dan tidak banyak bercakap sebab merajuk
dengan saya kerana selalu ambil dia lambat. Suami saya kerja jauh dan balik jam 9.00 malam
paling awal sampai di rumah. Saya harap sekiranya permohonan saya diluluskan dapatlah
saya baiki hubungan saya dengan anak saya dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti hidup
saya.

4. Sekiranya pihak tuan meluluskan permohonan saya ke sesi pagi,saya bersedia mental
dan fizikal untuk menanggung bebanan kerja dan tanggungjawab dengan baik. Saya juga
berpengalaman dalam mengendalikan kerja kursus PSV tingkatan 5. Saya bersedia untuk
membantu Pn.Widyawati dalam mengendalikan kerja kursus Pendidikan seni Visual pelajar
tingkatan 5.
Saya berharap sangat pihak tuan mempertimbangkan permohonan saya ini dan dapat
meluluskannya . Saya dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Yang Benar,

………………………….

( ZIZI ‘ AZNIZA BINTI MOHD)

Anda mungkin juga menyukai