Anda di halaman 1dari 3

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama sekolah: SMK DATO’ JAAFAR HASSAN Kod sekolah: REA0077


1 Nama Guru KU MOHAMAD SYAFIQ BIN KU YUSOFF
2 Judul buku Maaf Cakap 3. Bidang : Amalan Profesinalisme

4 Tarikh Pembentangan 5. Masa :


6 Tempat Pembentangan
7 Sinopsis :

Menegur kesilapan orang itu mesti kena dengan caranya. Jika tersilap gaya, orang yang ditegur itu
bukan sahaja akan menolak saranan kita, malah kita mungkin akan kehilangan seorang saudara.
‘Maaf Cakap’ merupakan kritikan penulis terhadap kesilapan cara berfikir. Setiap kali merenung
kesilapan dan mencatatnya, nota-nota itu dikongsi kerana kesilapan-kesilapan itu jugalah adalah
kesilapan yang sama dilakukan oleh orang ramai. 
Isu-isunya termasuklah bisnes, motivasi, politik, sosial dan sumber manusia. Disampaikan secara
berlapik namun ada juga yang intinya menusuk ke dalam jiwa.

8 Nilai Pengetahuan/ Pengajaran :

- Memperbaiki teknik menegur kesilapan manusia


- Sabar
- Memahami situasi di tempat kerja
- Mengawal emosi ketika menegur
- Menggunakan Bahasa yang mudah difahami
- Mengawal tingkah laku ketika amarah
- Tidak ego/ buang ego

9 Aplikasi ilmu dalam organisasi/ Pdp :

Menepati situasi seorang guru untuk menegur kesilapan anak-anak didiknya.


Menggunakan Bahasa yang sesuai dengan keadaan dan situasi semasa.
Mengawal emosi ketika guru marah supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
Menjadikan suasana bilik darjah/ makmal/ bengkel sentiasa kondusif dan ceria untuk anak-anak
mendapatkan/ mempelajari ilmu.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………………… ……………………………
(KU MOHAMAD SYAFIQ BIN KU YUSOFF) ( )
BORANG SINOPSIS BUKU
Nama sekolah: SMK DATO’ JAAFAR HASSAN Kod sekolah: REA0077
1 Nama Guru KU MOHAMAD SYAFIQ BIN KU YUSOFF
2 Judul buku Petua Mendidik Anak Menjadi 3. Bidang : Motivasi
Insan Positif

4 Tarikh Pembentangan 5. Masa :


6 Tempat Pembentangan
7 Sinopsis :

Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik
anakanaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka
Islam iaitu
cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak
mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata “Mendidik anak-
anak
bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor keturunan amat
penting dalam menentukan sifat generasi akan datang

8 Nilai Pengetahuan/ Pengajaran :

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif. Nilai
positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa
mengira
agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya dengan
sifatsifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai cita-cita
sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang berpegang
teguh pada tali agama akan mampu menempa kecemerlangan. Allah amat bersikap adil untuk
memberikan pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadaNya

9 Aplikasi ilmu dalam organisasi/ Pdp :

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah
tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih
di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di
sekolah.
Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik
pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………… ………………………………
(KU MOHAMAD SYAFIQ BIN KU YUSOFF)
( )
BORANG SINOPSIS BUKU
Nama sekolah: SMK DATO’ JAAFAR HASSAN Kod sekolah: REA0077
1 Nama Guru KU MOHAMAD SYAFIQ BIN KU YUSOFF
2 Judul buku Menangani Sifat Marah 3. Bidang :Motivasi
4 Tarikh Pembentangan 5. Masa :
6 Tempat Pembentangan
7 Sinopsis :
Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam diri.
Sifat
marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor singa yang
lepas bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego, dan garang.
Ianya digelar raja binatang.
Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur seperti singa
sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah lembut sehingga
kanakkanak pun mampu terpikat kepadanya,

8 Nilai Pengetahuan/ Pengajaran :


Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam diri.
Sifat
marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor singa yang
lepas bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego, dan garang.
Ianya digelar raja binatang.
Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur seperti singa
sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah lembut sehingga
kanakkanak pun mampu terpikat kepadanya,

9 Aplikasi ilmu dalam organisasi/ Pdp :

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas guru berhadapan
dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar sekolah seringkali
melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, guru perlulah
bijak mengawal emosi supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah dan
bijaksana.
Guru perlu mengawal kemarahan kerana marah yang tidak terkawal akan mengakibatkan tindakan
yang kurang bijak seperti melempang dan memukul di luar batasan manusia. Guru-guru
merupakan
ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah

Disediakan oleh: Disahkan oleh:


………………………… ………………………………
(KU MOHAMAD SYAFIQ BIN KU YUSOFF) ( )

Anda mungkin juga menyukai