Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK PUTERI Kod Sekolah : NBB 4038

1. Nama Guru Suhaini binti Abidin


2. Judul Menangani Sifat Marah 3. Bidang : Motivasi
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa :
6. Tempat Pembentangan Muka Surat : 104
7. Sinopsis
Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada
dalam diri. Sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang
musibah. Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super”
seperti yang terjadi kepada Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa
setelah Islam juga dia tetap singa. Malah singanya Umar setelah Islam telah menjadikan
Islam itu bertambah kuat serta menjadi dalil sejarah yang menjadi contoh mukmin sejati
sehingga ke hari ini.
Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sifat-sifat
terpuji, mencintai Allah dan Rasul dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana
tenteram dan harmonis. Selain  itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita
motivasi, potongan ayat al Quran dan al Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal
sifat marah. Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang
tidak terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di
sekelilingnya. Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal
kemarahan seperti beristighfar, kurang menimbulkan provokasi dan segera berwuduk.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang
banyak karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali
menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, guru perlulah bijak mengawal emosi
supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berhemah dan bijaksana. Guru perlu
mengawal kemarahan kerana marah yang tidak terkawal akan mengakibatkan tindakan
yang kurang bijak seperti melempang dan memukul di luar batasan manusia. Guru-guru
merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu
adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai-nilai
yang baik. Berikanlah contoh yang baik kepada mereka.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………………………… ………………………………………….
( H Suhaini binti AbidinHASHIM ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMA Persekutuan Labu Kod Sekolah : NRA 4002009

1. Nama Guru Nudzul Azwa Bin Md Yusof Harlinda Yati binti Mohd Hashim
2. Judul Mengurus Disiplin Pelajar 3. Bidang : Kaunseling
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa :
6. Tempat Pembentangan Muka Surat : 244
7. Sinopsis
Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya.
Masalah disiplin dalam kalangan pelajar tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja,
tetapi berkehendakkan kepada usaha berterusan bagi menjamin keutuhan individu
remaja yang kental dan memacu negara ini ke era yang lebih gemilang.
    Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal
sahsiah individu, kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi
pelajar, pelbagai salah laku pelajar, cara pembangunan generasi mendatang, disiplin
dalam bilik darjah, sekolah kondusif, hubungan antara disiplin dengan sosio emosi,
tingkah laku Devian, peranan bimbingan & kaunseling dan pembimbing rakan sebaya
dalam menangani disiplin pelajar.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan
didikan di rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat
tinggal juga banyak membentuk perilaku pelajar dan ketiadaan motivasi dalaman dalam
diri pelajar berkenaan. Selain itu, permasalah ini berpunca dari diri pelajar itu sendiri,
pengaruh rakan, pengaruh media, kurang kawalan ibu bapa, kurang kawalan pihak
sekolah dan masyarakat yang tidak lagi memainkan peranannya.
    Di samping itu, terdapat saranan untuk  membaiki masalah ini seperti penerapan nilai
dalam bilik darjah, pemupukan nilai di rumah, pemupukan nilai dalam kalangan rakan,
pemupukan  nilai di sekolah dan membudayai ilmu.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai
untuk mengubah tabiat pelajar kepada sikap yang positif. Guru perlu mengawal disiplin
dengan bijak dan memainkan peranannya dengan lebih aktif, gigih, kerja keras,
bersemangat , dan mengawal kemarahan dalam usaha menangani masalah disiplin ini.
Pelajar adalah aset berharga yang perlu ditangani dengan bijaksana.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………………………… ………………………………………….
(Nudzul Azwa Bin Md Yusof D HASHIM ) ( )

Anda mungkin juga menyukai