Anda di halaman 1dari 6

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK PADANG POHON TANJUNG Kod Sekolah: DBA6342

1. Nama Guru WAIDAH BINTI RAMLI

2. Judul Mengurus Disiplin Pelajar 3. Bidang: Kaunseling

4. Pengarang Abdullah Sani Yahaya 5. Muka Surat:244

6. Terbitan PTS Publications & Distributors sdn. bhd

7. Sinopsis :

Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya.
Kandungannya merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak
tertumpu kepada persoalan disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar
tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi berkehendakkan kepada usaha berterusan
bagi menjamin keutuhan individu remaja yang kental dan memacu negara ini ke era yang lebih
gemilang.

Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu warisan
budaya bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa yang
membimbangkan ialah pengaruh mendatang yang tidak berjaya dijaring dan dijala oleh
generasi muda hari ini.Gejala ini dikhutiri akan memberikan kesempatan kepada orang luar
untuk menguasai minda anak watan kita.

Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal sahsiah
individu, kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi pelajar, pelbagai
salah laku pelajar, cara pembangunan generasi mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah
kondusif, hubungan antara disiplin dengan sosio emosi, tingkah laku Devian, peranan
bimbingan & kaunseling dan pembimbing rakan sebaya dalam menangani disiplin pelajar.

Oleh itu, harapan dan impian semua pihak agar generasi pelajar ini dapat membesar menjadi
orang yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak melihat institusi
sekolah sebagai tempat tahanan dan kongkongan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan didikan di
rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal juga banyak
membentuk perilaku pelajar, sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar dan ketiadaan
motivasi dalaman dalam diri pelajar berkenaan.

Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga dibentangkan seperti ponteng
sekolah, ponteng kelas, datang lewat, pakaian berfesyen dan selekeh, rambut tidak diurus
dengan baik, merokok dan dadah. Permasalah ini berpunca dari diri pelajar itu sendiri,
pengaruh rakan, pengaruh media, kurang kawalan ibu bapa, kurang kawalan pihak sekolah dan
masyarakat yang tidak lagi memainkan peranannya

Di samping itu, terdapat saranan untuk membaiki masalah ini seperti penerapan nilai dalam
bilik darjah, pemupukan nilai d rumah, pemupukan nilai dalam kalangan rakan,
pemupukan nilai di sekolah dan membudayai ilmu. Terdapat juga cadangan untuk
memantapkan program Pembimbing Rakan Sebaya. Hanya rakan sebaya yang lebih arif dan
dekat dengan rakan mereka.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat pelajar kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan
pelajar yang banyak menimbulkan karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan
acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, kandungan buku ini amat sesuai
supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah serta bijaksana. Guru perlu
mengawal disiplin dengan bijak supaya tidak akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak
seperti melempang dan memukul pelajar. Para pelajar yang baik boleh digunakan untuk
membimbing pelajar yang bermasalah ini dan walau apapun tindakan ingatlah guru-guru
merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah
menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya supaya dapat mengamalkan
nilai-nilai yang baik.

10 Kesimpulan

Konklusinya, guru perlu memainkan peranannya dengan lebih aktif, gigih, kerja keras,
bersemangat , dan mengawal kemarahan dalam usaha menangani masalah disiplin ini. Pelajar
adalah aset berharga yang perlu ditangani dengan bjaksana.

Disediakan oleh , Disahkan oleh,

.......................................... .......................................

( WAIDAH BINTI RAMLI ) ( ROSLAILA BINTI JAAFAR)


Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK PADANG POHON TANJUNG Kod Sekolah: DBA 6342

1. Nama Guru WAIDAH BINTI RAMLI

2. Judul Menangani Sifat Marah 3. Bidang: Motivasi

4. Pengarang Dato Dr Hj Mohd Fadzilah 5. Muka Surat:104


Kamsah, Mumtazah Tumian dan
Mahfuzah Omar

6. Terbitan Telaga Biru sdn. bhd

7. Sinopsis :

Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam diri.
Sifat marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor singa
yang lepas bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego, dan
garang. Ianya digelar raja binatang.

Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur seperti
singa sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah lembut sehingga
kanak-kanak pun mampu terpikat kepadanya,

Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang musibah.
Marah harus dikawal seperti penjaga zoo melatih singa. Makanannya tetap daging mentah
tetapi tidak menyerang sesuka hati seperti singa di hutan ketika mencari makanan.

Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super” seperti yang
terjadi kepada Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa setelah Islam juga
dia tetap singa. Malah singanya Umar setelah Islam telah menjadikan Islam itu bertambah kuat
serta menjadi dalil sejarah yang menjadi contoh mukmin sejati sehingga ke hari ini.

Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sift-sifat terpuji,
mencintai Allah dan Rasul,dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana tenteram dan
harmonis.

Selain itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran
dan al Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal sifat marah. Terdapat juga doa-doa yang
disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang tidak
terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di sekelilingnya.
Marah yang tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang kemurungan,
menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan minda, menjejaskan kesihatan seperti cepat
tua, sakit jantung, darah tinggi dan jangkitan kuman.
Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan seperti
beristighfar, kurang menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan orang lain yang
sedang marah, benarkan atau iakan hujah orang yang sedang marah, segera mengingati diri
bahawa marah bukan penyelesaian masalah, segera ingat marah bukan tindakan manusia
bertamadun, memperlahankan intonasi suara ketika di khalayak, jangan memandang muka
orang yang sedang marah, lepaskan kemarahan dengan menjerit di tempat sunyi dan segera
berwuduk dan bersembahyang sunat.

“Firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada perbuatan keji dan
mungkar”. (Al Ankabut : 45)

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas guru berhadapan
dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar sekolah
seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu,
guru perlulah bijak mengawal emosi supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan
berkhemah dan bijaksana. Guru perlu mengawal kemarahan kerana marah yang tidak terkawal
akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul di luar
batasan manusia. Guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di
samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik
pelajarnya dengan nilai-nilai yang baik. Berikanlah contoh yang baik kepada mereka.

10 Kesimpulan

Tuntasnya, sifat marah perlu dizahirkan dalam bentuk lain seperti keazaman , kesungguhan,
kegigihan, kerja keras, semangat mengatasi orang lain, dan paling penting ilmu mengawal
kemarahan perlu dikuasai supaya diri menjadi individu yan berjaya di dunia dan akhirat.

Disediakan oleh , Disahkan oleh,

.......................................... .......................................

( WAIDAH BINTI RAMLI ) ( ROSLAILA BINTI JAAFAR)

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK PADANG POHON TANJUNG Kod Sekolah: DBA 6342


1. Nama Guru WAIDAH BINTI RAMLI

2. Judul Berfikir Dalam Bilik Darjah 3. Bidang:Pedagogi

4. Pengarang Ainon Mohd & Abdullah Hassan 5. Muka Surat:163

6. Terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

7. Sinopsis :

Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar
kanak-kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan “budak bodoh’, “budak lembam” dan
yang seumpamanya. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik
sewaktu dibangku sekolah akhirnya membesar sebagai “taukeh”, tuan punya syarikat ataupun
majikan kepada pelajar yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang juga
menjustifikasikan kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai
individu yang berjaya pada hari ini merupakan individu yang mahir berfikir.

Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah
seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen, memuji
murid, memberi ganjaran, guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi
diktaktor, toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan dan
mempelbagai teknik menyoal.

Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan


kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik yang
dianjurkan disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat memahami dan
menggunakan teknik tersebut sewaktu mengajar.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana kandungannya
akan dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah. Menerusinya kita akan faham
tentang kepelbagaian kepintaran pelajar. Sebagai contoh terdapat pelajar yang pintar IQ, pintar
matematik, kepintaran akademik, kepintaran praktikal, dan kepintaran EQ. Melalui
pengetahuan ini kita boleh mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas. Oleh itu, potensi
diri mereka akan dapat diketengahkan.

Pengarang juga mencadangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelas. Guru
kurang digalakkan mengeluarkan arahan seperti :

“ Saya mahu..

“Kamu perlu...

Soalan seperti itu terlalu berbentuk arahan yang mana akhirnya akan menenggelamkan
kreativiti pelajar. Para guru digalakkan menyoal pelajar dengan soalan yang mencabar minda
seperti:

“ Bagaimana sekiranya..

“Apa yang perlu kita.....

“ Sekiranya.....
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk guru
gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik.
Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan karenah. Guru juga
perlu tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu para guru
menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu mengajar. Oleh itu
pendekatan kreatif perlu untuk mengekang permasaalahan ini.

Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman mengajak
anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir kembara mereka, Lukman
menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa mencari kesalahan orang lain walau
dalam apa jua situasinya..

Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah dan
perlu ditangani dengan bersabar dan kreatif.

10 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, buku ini sesuai untuk bacaan semua guru kerana olahannya
dipermudahkan dengan bahasa yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur, ideanya
tersusun,terdapat contoh-contoh yang kontemporari, dan dipersembahkan dalam bentuk
yang ringkas tetapi padat.

Disediakan oleh , Disahkan oleh,

.......................................... .......................................

( WAIDAH BINTI RAMLI ) ( ROSLAILA BINTI JAAFAR )

Anda mungkin juga menyukai