Anda di halaman 1dari 3

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK HERMANUS ASSAN, SEBAUH Kod Sekolah: YBB9107

1. Nama Guru MOHD FIRDAUS BIN SALASA

2. Judul MENANGANI SIFAT MARAH 3. Bidang: MOTIVASI

4. Tarikh Pembentangan 29 MAC 2021 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan SK HERMANUS ASSAN, SEBAUH

7. Sinopsis

Pengarang : Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Mumtazah Tumian dan Mahfuzah Omar
Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd.
Jumlah muka surat : 104 Halaman

Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada
dalam diri. Sifat marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri
manusia. Seekor singa yang lepas bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan
menjadi anti sosial, ego, dan garang. Ianya digelar raja binatang.
Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur
seperti singa sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah
lembut sehingga kanak-kanak pun mampu terpikat kepadanya,
Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang
musibah. Marah harus dikawal seperti penjaga zoo melatih singa. Makanannya tetap
daging mentah tetapi tidak menyerang sesuka hati seperti singa di hutan ketika mencari
makanan.
Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super” seperti
yang terjadi kepada Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa setelah
Islam juga dia tetap singa. Malah singanya Umar setelah Islam telah menjadikan Islam
itu bertambah kuat serta menjadi dalil sejarah yang menjadi contoh mukmin sejati
sehingga ke hari ini.
Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sift-sifat
terpuji, mencintai Allah dan Rasul,dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana
tenteram dan harmonis.
Selain itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al
Quran dan al Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal sifat marah. Terdapat juga
doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang
tidak terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di
sekelilingnya. Marah yang tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang
kemurungan, menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan minda, menjejaskan
kesihatan seperti cepat tua, sakit jantung, darah tinggi dan jangkitan kuman.
Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan
seperti beristighfar, kurang menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan
orang lain yang sedang marah, benarkan atau iakan hujah orang yang sedang marah,
segera mengingati diri bahawa marah bukan penyelesaian masalah, segera ingat marah
bukan tindakan manusia bertamadun, memperlahankan intonasi suara ketika di
khalayak, jangan memandang muka orang yang sedang marah, lepaskan kemarahan
dengan menjerit di tempat sunyi dan segera berwuduk dan bersembahyang sunat.
“Firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada perbuatan keji
dan mungkar”. (Al Ankabut : 45)

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai
untuk mengubah tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas
guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang banyak
karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan
provokasi kepada guru. Oleh itu, guru perlulah bijak mengawal emosi supaya
permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah dan bijaksana. Guru perlu
mengawal kemarahan kerana marah yang tidak terkawal akan mengakibatkan tindakan
yang kurang bijak seperti melempang dan memukul di luar batasan manusia. Guru-guru
merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu
adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai-
nilai yang baik. Berikanlah contoh yang baik kepada mereka.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( MOHD FIRDAUS BIN SALASA ) ( )

Anda mungkin juga menyukai