Anda di halaman 1dari 2

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK MATU BARU KUCHING Kod Sekolah: YBE 1345

1. Nama Guru AWANG KASUMA BIN AWANG ASIN

2. Judul Menangani Sifat Marah 3. Bidang: Motivasi

4. Pengarang Dato Dr Hj Mohd Fadzilah 5. Muka Surat:104


Kamsah, Mumtazah Tumian dan
Mahfuzah Omar
6. Terbitan
Telaga Biru sdn. bhd
7. Sinopsis :
Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam diri.
Sifat marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor singa
yang lepas bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego, dan
garang. Ianya digelar raja binatang.
Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur seperti
singa sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah lembut
sehingga kanak-kanak pun mampu terpikat kepadanya,
Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang
musibah. Marah harus dikawal seperti penjaga zoo melatih singa. Makanannya tetap daging
mentah tetapi tidak menyerang sesuka hati seperti singa di hutan ketika mencari makanan.
Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super” seperti yang
terjadi kepada Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa setelah Islam juga
dia tetap singa. Malah singanya Umar setelah Islam telah menjadikan Islam itu bertambah
kuat serta menjadi dalil sejarah yang menjadi contoh mukmin sejati sehingga ke hari ini.
Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sift-sifat terpuji,
mencintai Allah dan Rasul,dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana tenteram dan
harmonis.
Selain itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al
Quran dan al Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal sifat marah. Terdapat juga doa-
doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang
tidak terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di
sekelilingnya. Marah yang tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang
kemurungan, menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan minda, menjejaskan kesihatan
seperti cepat tua, sakit jantung, darah tinggi dan jangkitan kuman.
Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan seperti
beristighfar, kurang menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan orang lain
yang sedang marah, benarkan atau iakan hujah orang yang sedang marah, segera
mengingati diri bahawa marah bukan penyelesaian masalah, segera ingat marah bukan
tindakan manusia bertamadun, memperlahankan intonasi suara ketika di khalayak, jangan
memandang muka orang yang sedang marah, lepaskan kemarahan dengan menjerit di
tempat sunyi dan segera berwuduk dan bersembahyang sunat.
“Firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada perbuatan keji dan
mungkar”. (Al Ankabut : 45)
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas guru
berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar
sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru.
Oleh itu, guru perlulah bijak mengawal emosi supaya permasalahan pelajar ini ditangani
dengan berkhemah dan bijaksana. Guru perlu mengawal kemarahan kerana marah yang tidak
terkawal akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul di
luar batasan manusia. Guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di
samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik
pelajarnya dengan nilai-nilai yang baik. Berikanlah contoh yang baik kepada mereka.

10 Kesimpulan

Tuntasnya, sifat marah perlu dizahirkan dalam bentuk lain seperti keazaman , kesungguhan,
kegigihan, kerja keras, semangat mengatasi orang lain, dan paling penting ilmu mengawal
kemarahan perlu dikuasai supaya diri menjadi individu yan berjaya di dunia dan akhirat.

Anda mungkin juga menyukai