Anda di halaman 1dari 14

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru

2. Judul Petua Mendidik Anak Menjadi 3. Bidang: Motivasi


Insan Positif

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis :
Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-
anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam
iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana
anak-anak mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata
“Mendidik anak-anak bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan
faktor keturunan amat penting dalam menentukan sifat generasi akan datang.
Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi akan datang. Apakah datuk,
nenek, ibu, bapa atau masyarakat?
Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak
positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan
kerohanian yang dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan
aplikasi sosiologi yang dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”.
Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan keagamaan
seperti bersyahadah, solat, membaca al Quran, berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya.
Anak-anak perlu ditunjangi dengan aspek kerohanian jika ingin dilihat positif. Di samping itu,
anak-anak perlu dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran
fotografi, aktiviti lasak, kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan
mencintai haiwan dan alam sekitar.
Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar, membantu
masyarakat dan rakan sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi,
kerja sosial & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama keluarga dan
menanamkan minat komitmen sosial yang baik.
Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat
al Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat
juga doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan
oleh Allah SWT agar cita-cita menjadikan anak-anak positif berjaya.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif.
Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa
mengira agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya
dengan sifat-sifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai
cita-cita sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang
berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa kecemerlangan. Allah amat bersikap
adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadaNya.

Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk melahirkan
anak-anak yang cemerlang dan berjiwa positif. Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan
Islam kerana jiwa positif akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu
cemerlang, ibu bapanya haruslah cemerlang dahulu kerana “ bagaimana acuan begitulah
kuihnya”.
“Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang
menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi” maksud Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar
yang juga masih di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-
pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang
guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.
Kita boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam mendidik anak-
anaknya. Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan mentaati Allah, diikuti Rasul dan
menghormati ibu bapa. Inilah kunci jiwa positif. Pelajar yang tertanam sifat mentaati Allah
pastinya akan mentaai semua perintah Allah dan makhluk-makhluk ciptaanNya.
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah seperti
menyediakan makanan malam. Ianya proses berterusan yang memakan masa yang agak lama.
Kadang-kadang hasilnya dapat dilihat setelah pelajar ini menamatkan bangku persekolahannya.
10 Kesimpulan

Secara izharnya, buku ini sesuai untuk bacaan sekeluarga kerana menggunakan bahasa yang
mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur, ideanya tersusun,terdapat contoh-contoh dari al
Quran, al Sunnah serta kontemporari, ilustrasi menarik dan dipersembahkan dalam bentuk yang
agak santai tetapi padat dengan nilai-nilai keilmuan
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru

2. Judul Menangani Sifat Marah 3. Bidang: Motivasi

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis :
Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam diri.
Sifat marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor singa
yang lepas bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego, dan
garang. Ianya digelar raja binatang.
Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur seperti
singa sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah lembut sehingga
kanak-kanak pun mampu terpikat kepadanya,
Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang musibah.
Marah harus dikawal seperti penjaga zoo melatih singa. Makanannya tetap daging mentah tetapi
tidak menyerang sesuka hati seperti singa di hutan ketika mencari makanan.
Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super” seperti yang
terjadi kepada Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa setelah Islam juga
dia tetap singa. Malah singanya Umar setelah Islam telah menjadikan Islam itu bertambah kuat
serta menjadi dalil sejarah yang menjadi contoh mukmin sejati sehingga ke hari ini.
Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sift-sifat terpuji,
mencintai Allah dan Rasul,dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana tenteram dan
harmonis.
Selain itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran
dan al Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal sifat marah. Terdapat juga doa-doa yang
disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang tidak
terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di sekelilingnya.
Marah yang tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang kemurungan,
menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan minda, menjejaskan kesihatan seperti cepat tua,
sakit jantung, darah tinggi dan jangkitan kuman.
Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan seperti
beristighfar, kurang menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan orang lain yang
sedang marah, benarkan atau iakan hujah orang yang sedang marah, segera mengingati diri
bahawa marah bukan penyelesaian masalah, segera ingat marah bukan tindakan manusia
bertamadun, memperlahankan intonasi suara ketika di khalayak, jangan memandang muka
orang yang sedang marah, lepaskan kemarahan dengan menjerit di tempat sunyi dan segera
berwuduk dan bersembahyang sunat.
“Firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada perbuatan keji dan
mungkar”. (Al Ankabut : 45)

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas guru berhadapan
dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar sekolah
seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu,
guru perlulah bijak mengawal emosi supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan
berkhemah dan bijaksana. Guru perlu mengawal kemarahan kerana marah yang tidak terkawal
akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul di luar
batasan manusia. Guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di
samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik
pelajarnya dengan nilai-nilai yang baik. Berikanlah contoh yang baik kepada mereka.

10 Kesimpulan

Tuntasnya, sifat marah perlu dizahirkan dalam bentuk lain seperti keazaman , kesungguhan,
kegigihan, kerja keras, semangat mengatasi orang lain, dan paling penting ilmu mengawal
kemarahan perlu dikuasai supaya diri menjadi individu yan berjaya di dunia dan akhirat.
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru

2. Judul Berfikir Dalam Bilik Darjah 3. Bidang:Pedagogi

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis :
Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar
kanak-kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan “budak bodoh’, “budak lembam” dan
yang seumpamanya. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik
sewaktu dibangku sekolah akhirnya membesar sebagai “taukeh”, tuan punya syarikat ataupun
majikan kepada pelajar yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang juga
menjustifikasikan kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai
individu yang berjaya pada hari ini merupakan individu yang mahir berfikir.
Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah
seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen, memuji
murid, memberi ganjaran, guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi
diktaktor, toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan dan
mempelbagai teknik menyoal.
Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan
kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik yang
dianjurkan disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat memahami dan
menggunakan teknik tersebut sewaktu mengajar.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana kandungannya
akan dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah. Menerusinya kita akan faham
tentang kepelbagaian kepintaran pelajar. Sebagai contoh terdapat pelajar yang pintar IQ, pintar
matematik, kepintaran akademik, kepintaran praktikal, dan kepintaran EQ. Melalui pengetahuan
ini kita boleh mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas. Oleh itu, potensi diri mereka
akan dapat diketengahkan.
Pengarang juga mencadangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelas. Guru
kurang digalakkan mengeluarkan arahan seperti :
“ Saya mahu..
“Kamu perlu...
Soalan seperti itu terlalu berbentuk arahan yang mana akhirnya akan menenggelamkan kreativiti
pelajar. Para guru digalakkan menyoal pelajar dengan soalan yang mencabar minda seperti:
“ Bagaimana sekiranya..
“Apa yang perlu kita.....
“ Sekiranya.....

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk guru
gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik.
Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan karenah. Guru juga
perlu tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu para guru
menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu mengajar. Oleh itu pendekatan
kreatif perlu untuk mengekang permasaalahan ini.
Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman
mengajak anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir kembara mereka,
Lukman menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa mencari kesalahan orang lain
walau dalam apa jua situasinya..
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah dan perlu
ditangani dengan bersabar dan kreatif.

10 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, buku ini sesuai untuk bacaan semua guru kerana olahannya
dipermudahkan dengan bahasa yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur, ideanya
tersusun,terdapat contoh-contoh yang kontemporari, dan dipersembahkan dalam bentuk yang
ringkas tetapi padat.
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru

2. Judul Mengurus Disiplin Pelajar 3. Bidang: Kaunseling

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis :
Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya.
Kandungannya merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak
tertumpu kepada persoalan disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar
tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi berkehendakkan kepada usaha berterusan
bagi menjamin keutuhan individu remaja yang kental dan memacu negara ini ke era yang lebih
gemilang.
Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu warisan
budaya bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa yang
membimbangkan ialah pengaruh mendatang yang tidak berjaya dijaring dan dijala oleh generasi
muda hari ini.Gejala ini dikhutiri akan memberikan kesempatan kepada orang luar untuk
menguasai minda anak watan kita.
Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal sahsiah
individu, kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi pelajar, pelbagai
salah laku pelajar, cara pembangunan generasi mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah
kondusif, hubungan antara disiplin dengan sosio emosi, tingkah laku Devian, peranan bimbingan
& kaunseling dan pembimbing rakan sebaya dalam menangani disiplin pelajar.
Oleh itu, harapan dan impian semua pihak agar generasi pelajar ini dapat membesar menjadi
orang yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak melihat institusi
sekolah sebagai tempat tahanan dan kongkongan.
.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan didikan
di rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal juga
banyak membentuk perilaku pelajar, sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar dan
ketiadaan motivasi dalaman dalam diri pelajar berkenaan.
Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga dibentangkan seperti ponteng
sekolah, ponteng kelas, datang lewat, pakaian berfesyen dan selekeh, rambut tidak diurus
dengan baik, merokok dan dadah. Permasalah ini berpunca dari diri pelajar itu sendiri, pengaruh
rakan, pengaruh media, kurang kawalan ibu bapa, kurang kawalan pihak sekolah dan
masyarakat yang tidak lagi memainkan peranannya
Di samping itu, terdapat saranan untuk membaiki masalah ini seperti penerapan nilai dalam
bilik darjah, pemupukan nilai d rumah, pemupukan nilai dalam kalangan rakan, pemupukan nilai
di sekolah dan membudayai ilmu. Terdapat juga cadangan untuk memantapkan program
Pembimbing Rakan Sebaya. Hanya rakan sebaya yang lebih arif dan dekat dengan rakan
mereka.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat pelajar kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan
pelajar yang banyak menimbulkan karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan
acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, kandungan buku ini amat sesuai
supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah serta bijaksana. Guru perlu
mengawal disiplin dengan bijak supaya tidak akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak
seperti melempang dan memukul pelajar. Para pelajar yang baik boleh digunakan untuk
membimbing pelajar yang bermasalah ini dan walau apapun tindakan ingatlah guru-guru
merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah
menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya supaya dapat mengamalkan
nilai-nilai yang baik.

10 Kesimpulan

Konklusinya, guru perlu memainkan peranannya dengan lebih aktif, gigih, kerja keras,
bersemangat , dan mengawal kemarahan dalam usaha menangani masalah disiplin ini. Pelajar
adalah aset berharga yang perlu ditangani dengan bjaksana.
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru

2. Judul Kejurulatihan dan Sains Sukan 3. Bidang: Pendidikan

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis :
Buku ini mengulas pelbagai kaedah dan persoalan dalam bidang sukan mahupun sains sukan.
Ianya merangkumi aspek teori, latihan fizikal dan mental serta pengaplikasiannya dalam
mempertingkatkan prestasi sukan.
Antara lain, pengkhususan kepada jurulatih sukan yang serius sewaktu merancang dan
melaksanakan latihan untuk meningkatkan prestasi atlet. Kandungannya juga dapat
meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang kejurulatihan. Manakala aspek lain pula
dikhususkan untuk guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan peminat Sains Sukan dalam
bidang pedagogi dan perancangan yang berkesan dalam sukan.
Permulaan buku ini memberi peluang kepada pembaca mengenali aspek yan berkaitan
dengan asas kejurulatihan sukan. Penulis cuba menonjolkan pendekatan saintifik dalam asas
kejurulatihan. Di sampin itu, ianya menjadi sumber rujukan yang baik kepada jurulatih yang giat
melatih dan mencari ilmu kejurulatihan.
Pendekatan buku ini berasaskan teori kejurulatiha sukan yang membahagikan latihan kepada
empat bidan iaitu fizikal dan fisiologikal, teknkal, psikolgikal dan taktikal. Bidang fizikal dan
fisiologikal menyentuh aspek suaian anatomi dan fisilogi asas, teori kecergasan serta prinsip dan
kaedah latihan sukan. Semua aspek ini terdapat dalam buku ini.
Bidang teknkal meliputi aspek kemahiran sukan seperti kemahiran asas, kemahiran lanjutan,
kemahiran individu dan berpasukan. Bidang mental atau psikologikal menyentuh aspek seperti
motivasi, imej kendiri, penetapan matlamat, ketenangan dan komunikasi dalam sukan. Manakala
bidang taktikal pula meliputi aspek sistem pertandingan, kekuatan dan kelemahan lawan, seta
set-pieces.
Pengarang juga berniat untuk menyebarkan ilmu kejurulatihan dengan harapan ramai jurulatih
baru muncul di samping meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kecergasan fizikal dan
kesihatan masyarakat.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini menerangkan ilmu kejurulatihan sukan amat luas dan dalam skopnya. Oleh itu,
pembelajaran dan kajian secara sainstifik serta usaha-usaha yang lain perlu dilakukan untuk
membantu jurulatih sukan memperkayakan ilmu pengetahuan, memurnikan kaedah dan cara
serta pedekatan dalam membimbing atlet untuk mencapai kecemerlangan.
Buku ini jga memberi kefahaman tentang pengertian sukan dan menghuraikan konsep-konsep
latihan sebagai ilmu asas keperluan melatih. Beberapa huraian mengenai kejurulatihan dan siste
tubuh badan manusia turut membantu pembacanya mengenali aspek-aspek asas mengenai
falsafah serta pembinaan fizikal manusia.
Menelusuri buku ini mengingatkan kita bahawa jurulatih sukan harus sentiasa menimba ilmu
supaya kaedah, pendekatan dan taktikal mereka sentiasa releva dan kemas kini.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
melatih atlet awal remaja. Idea yang dikemukakan membantu guru mengenal bakat,
mengembangkan bakat dan menajamkan bakat pelajar di sekolah. Di samping itu, terdapat juga
idea bagaimana untuk mengekalkan minat atlet terhadap sukan yang mereka ceburi.
Asas yang penting ialah corak latihan yang baik untuk mengembangkan bakat seseorang atlet.
Setiap atlet perlu diasuh kemahiran asas kepada pemahiran spesifik. Atlet yang ramai perlu
diorganisasikan secara baik. Aspek yang sering dilupai ialah pemakanan atlet. Atlet perlukan
pemakanan yang baik dan lengkap. Ilmu ini penting untuk guru yang melatih pasukan sekolah
untuk memacu pasukannya menempa kejayaan.

10 Kesimpulan

Konklusinya, kejurulatihan sukan mempunyai talian yang rapat dengan sains. Asas-asas sains
dalam latihan sukan pastinya dapat membantu jurulatih meningkatkan kualiti latihan. Bibit-bibit
kecemerlangan sukan pasti dapat dirasakan apabila jurulatih mengaplikasikan teori-teori sains
dalam latihan sukan.
BORANG SINOPOSIS BUKU
Nama Sekolah :
Kod sekolah: Nama Guru
1
2 Judul Pengurusan Bimbingan & Kaunseling
3 Pengarang Mok Soon Sang 4. Bidang:
Pengetahuan
Profesional
5 Tarikh 24 Mei 2010 6. Masa : 2.15 petang
Pembentangan
7 Tempat Bilik Wawasan
Pembentangan
8. Sinopsis

Buku ini mengandungi 12 bab, dimulai dengan Bimbingan dan Kaunseling di


Malaysia dan diikuti dengan teori-teori kaunseling. Pembaca akan mendapat pengetahuan
bagaimana menjalankan Kaunseling Individu dan Kelompok serta Penyediaan Inventori dan
Rekod.

Masalah disiplin berlaku kerana berlaku konflik dan tekanan dalam diri pelajar.
Pengurusan konflik secara berkesan dijangka dapat mengubah tingkah laku pelajar ke arah
yang lebih baik berdasarkan norma-norma yang diterima masyarakat..
Bimbingan secara berkesan dapat melahirkan pemimpin yang berkesan.Ia juga boleh
mewujudkan komunikasi berkesan ke arah Budaya Cemerlang di sekolah.

Pengurusan stress secara berkesan pula dapat mewujudkan iklim pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kerana pelajar dan guru dapat melaksanakan tanggung jawab
masing-masing tanpa tekanan dan melaksanakan kerja dengan gembira

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru meningkatkan ilmu dalam bidang
psikologi pendidikan

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P


Buku ini memberi kemahiran kepada para guru mengurus masalah pengajaran dan
pembelajaran para pelajar dan juga masalah peribadi serta peluang melanjutkan pelajaran.
BORANG SINOPOSIS BUKU
Nama Sekolah :
1Kod Nama Guru
sekolah:

2 Judul BAGAIMANA MENYELESAIKAN KERJA


3 Pengarang Edwin C.Bliss 4. Bidang:
Pengetahuan
Profesional
5 Tarikh 6. Masa :
Pembentangan
7 Tempat Bilik Wawasan
Pembentangan
8. Sinopsis

Buku ini mengandungi 72 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang


pengurus yang berkesan seperti pandai memilih keutamaan berhubung dengan matlamat
mereka berbanding matlamat orang lain, nbelajar melindungi diri mereka daripada gangguan
yang tidak dijangkakan, mereka belajar melegasi tugas merancang,memberikan tumpuan
kepada perkara-perkara penting dan mengetepikan perkara remeh-temeh.
Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan bagaimana membuat laporan selepas
tindakan, buruknya sifat kelam-kabut, modifikasi perlakuan, rintangan, beg kerja, kategori
penggunaan masa, komunikasi, surat-menyurat,krisis , pengagihan kerja,system fail,
keseronokan bekerja dan lain-lain lagi.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna terutama
kepada pentadbir pendidikan

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P


Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah mengurus masalah
pengajaran dan pembelajaran para pelajar dan juga masalah pengurusan pendidikan.
BORANG SINOPOSIS BUKU
Nama Sekolah :
1Kod Nama Guru
sekolah:

2 Judul PENGURUS YANG BAIK


3 Pengarang C.Northcote Parkinson & 4. Bidang:
M.K.Rustomji Pengetahuan
Profesional
5 Tarikh 6. Masa :
Pembentangan
7 Tempat Bilik Wawasan
Pembentangan
8. Sinopsis

Buku ini mengandungi 7 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang pengurus
yang berkesan ialah pandai berkomunikasi dengan staff. Seorang pengurus yang hebat mesti
pandai menjalin hubungan baik dengan pekerjanya,memahami potensi seriapm pekerjanya
dan ketua mesti mempunyai perwatakan yang baik .
Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan bagaimana pengurus boleh mencungkil
bakat setiap pekerja agar setiap individu boleh menyumbang kearah kemajuan organisasi.
Seterusnya penulis mahukan seorang pengurus mestilah sentiasa meminta pendapat staff dan
menghormati pendapatnya. Seorang pemimpin mesti berani, tidak menunjukkan kuasa,
jangan mudah berpuashati dan berfikir sebelum bertindak.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna kerana
setiap guru adalah pemimpin, pemimpin dalam kelasnya dan pemimpin dalam organisasi
sekolah.

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P


Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah menjadi pemimpin
yang berkesan sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.

BORANG SINOPOSIS BUKU


Nama Sekolah :
1Kod Nama Guru
sekolah:

2 Judul HUBUNGAN SESAMA MANUSIA


3 Pengarang C.Northcote Parkinson & 4. Bidang:
M.K.Rustomji Pengetahuan
Profesional
5 Tarikh Pembentangan 6. Masa :
7 Tempat Pembentangan Bilik Wawasan
8. Sinopsis

Buku ini memberi panduan kepada kita bagaimana menjalin hubungan dengan
manusia lain. Sama ada kita ketua besar atau ketua kecil, amalkan tutup mulat iaiatu jika
perkaram yang tidak perlu dihebohkan, maka jangan dihebohkan. Jangan ambil remeh
perkara-perkara kecil, jikma staff sakit, bila dia hadir semula tanya tentang kesihatannya dan
keadaa\n keluarganya kerana perkara yang kecil ini tentu memberi erti yang mendalam.
Seorang penyelia yang mencurigai pekerjanya sukar mendapatkan pekerja yang baik.
Kepercayaan dibalas dengan kepercayaan dan begitulah juga dengan kecurigaan.
Seorang pemimpin amat disayangi orang yang dipimpin jika dia mengingati semua
nama orang yang dipimpinnya.
Spesifikasi kerja mesti jelas supaya setiap orang tahu tugas masing-masing.Jika
pekerja melakukan kesalahan, mula-mula carilah sesuatu yang boleh dipuji, orang akan lebih
bersedia menerima kritikan daripada seseorang yang menghargai kebaikan mereka, jika tidak
mereka terus melenting.
Tempoh hidup sangat singkat, mengapa tidak kita jadikan hidup ini suatu suasana
yang indah dengansaling menghormati antara satu sama lain? Pernahkah anda terfikir apakah
untungnya kita hidup dalam suasana tidak tenteram dan dipenuhi dengan pelbagai masalah
dari hari ke hari? Tetapi sifat pilih kasih sangat menyakitkan hati.
Sebenarnta bayanak ilimu pengurusan dan kemanusiaan dan kaunseling dlam buku ini
dan aia amat berguna kepada para guru dan pengurus sekolah.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna kerana
setiap guru dan perlu berhubung dengan manusia setiaop masa selagi kita hidup di alam fana
ini.

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P


Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah menjadi pemimpin
yang berkesan sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.

Anda mungkin juga menyukai