Anda di halaman 1dari 7

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SERI NEGERI Kod Sekolah: KBA6006

1. Nama Guru Norhidayu bt. Abd. Razak

2. Judul Petua Mendidik Anak Menjadi Insan 3. Bidang: Motivasi

Positif

4. Pengarang Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, 5. Muka Surat:104

Hj Muhammad Zakaria dan Husna

Hassan

6. Terbitan Telaga Biru sdn. Bhd

7. Sinopsis :

Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-

anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu

cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak

mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata “Mendidik anak-anak

bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor keturunan amat

penting dalam menentukan sifat generasi akan datang.

       Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi akan datang. Apakah datuk,

nenek, ibu, bapa atau masyarakat?

       Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak

positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan kerohanian

yang dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan aplikasi sosiologi

yang dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”.

       Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan keagamaan

seperti bersyahadah, solat, membaca al Quran, berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya. Anak-

anak perlu ditunjangi dengan aspek kerohanian  jika ingin dilihat positif. Di samping itu, anak-anak

perlu dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti
lasak, kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan mencintai haiwan dan

alam sekitar.

     Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti

kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar, membantu masyarakat dan

rakan sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi, kerja sosial & sukarela,

membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama keluarga dan menanamkan minat komitmen

sosial yang baik.

       Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al

Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga doa-

doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh Allah

SWT agar cita-cita menjadikan anak-anak positif berjaya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

     Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif. Nilai

positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa mengira

agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya dengan sifat-

sifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai cita-cita

sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang berpegang

teguh pada tali agama akan mampu menempa kecemerlangan. Allah amat bersikap adil untuk

memberikan pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadaNya.

   Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk melahirkan

anak-anak yang cemerlang dan berjiwa positif. Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan

Islam kerana jiwa positif akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu

cemerlang, ibu bapanya haruslah cemerlang dahulu kerana “ bagaimana acuan begitulah kuihnya”.

   “Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang menjadikannya

sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi” maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

   Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah

tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih
di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah.

Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik

pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.

     Kita boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam mendidik anak-

anaknya. Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan mentaati Allah, diikuti Rasul dan

menghormati ibu bapa. Inilah  kunci jiwa positif. Pelajar yang tertanam sifat mentaati Allah pastinya

akan mentaai semua perintah Allah dan makhluk-makhluk ciptaanNya.

    Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah seperti

menyediakan makanan malam. Ianya proses berterusan yang memakan masa yang agak lama.

Kadang-kadang hasilnya dapat dilihat setelah pelajar ini menamatkan bangku persekolahannya.

  

10 Kesimpulan

Secara izharnya, buku ini sesuai untuk bacaan sekeluarga kerana menggunakan bahasa yang

mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur, ideanya tersusun,terdapat contoh-contoh dari al

Quran, al Sunnah serta kontemporari,  ilustrasi menarik dan dipersembahkan dalam bentuk yang

agak santai tetapi padat dengan nilai-nilai keilmuan.

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SK SERI NEGERI Kod Sekolah: KBA6006

1. Nama Guru Norhidayu bt. Abd. Razak

2. Judul Menangani Sifat Marah 3. Bidang: Motivasi

4. Pengarang Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, 5. Muka Surat:104

Mumtazah Tumian dan Mahfuzah

Omar

6. Terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.


7. Sinopsis :

Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam diri. Sifat

marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor singa yang

lepas bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego, dan garang.

Ianya digelar raja binatang.

     Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur seperti singa

sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah lembut sehingga kanak-

kanak pun mampu terpikat kepadanya,

     Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang musibah.

Marah harus dikawal seperti penjaga zoo melatih singa. Makanannya tetap daging mentah tetapi

tidak menyerang sesuka hati seperti singa di hutan ketika mencari makanan.

    Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super” seperti yang terjadi

kepada Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa setelah Islam juga dia tetap

singa. Malah singanya Umar setelah Islam telah menjadikan Islam itu bertambah kuat serta menjadi

dalil sejarah yang menjadi contoh mukmin sejati sehingga ke hari ini.

   Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sift-sifat terpuji,

mencintai Allah dan Rasul,dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana tenteram dan

harmonis.

       Selain  itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran dan

al Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal sifat marah. Terdapat juga doa-doa yang

disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

     Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang tidak

terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di sekelilingnya. Marah

yang tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang kemurungan, menjadikan diri

dibenci, mengganggu kesihatan minda, menjejaskan kesihatan seperti cepat tua, sakit jantung,

darah tinggi dan jangkitan kuman.

   Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan seperti

beristighfar, kurang menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan orang lain yang

sedang marah, benarkan atau iakan hujah orang yang sedang marah, segera mengingati diri
bahawa marah bukan penyelesaian masalah, segera ingat marah bukan tindakan manusia

bertamadun, memperlahankan intonasi suara ketika di khalayak, jangan memandang muka orang

yang sedang marah, lepaskan kemarahan dengan menjerit di tempat sunyi dan segera berwuduk

dan bersembahyang sunat.

 “Firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”.

(Al Ankabut : 45)

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

   Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk

mengubah tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas guru berhadapan

dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar sekolah seringkali

melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, guru perlulah

bijak mengawal emosi supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah dan bijaksana.

Guru perlu mengawal kemarahan kerana marah yang tidak terkawal akan mengakibatkan tindakan

yang kurang bijak seperti melempang dan memukul di luar batasan manusia. Guru-guru merupakan

ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi

tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai-nilai yang baik. Berikanlah

contoh yang baik kepada mereka.

10 Kesimpulan

Tuntasnya, sifat marah perlu dizahirkan dalam bentuk lain seperti keazaman , kesungguhan,

kegigihan, kerja keras, semangat mengatasi orang lain, dan paling penting ilmu mengawal

kemarahan perlu dikuasai supaya diri menjadi individu yan berjaya di dunia dan akhirat.

Anda mungkin juga menyukai