Anda di halaman 1dari 4

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: S.K REDANG Kod Sekolah: DBB1114

1. Nama Guru NORASMA BINTI MAHMOOD


PEDAGOGI II, PELAKSANAAN 3. Bidang: PENGETAHUAN
2. Judul
PENGAJARAN PROFESIONALISME
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: 5 JAM
-
6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis:
Buku ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian I berfokus pada topik seperti konsep dan
model pengajaran, pendekatan, kaedah dan Teknik, perancangan untuk pengajaran, pengenalan
kepada proses pengajaran dan pembelajaran mikro. Manakala bahagian II pula mengandungi 40
soalan objektif dan 4 soalan subjektif beserta contoh jawapan. Buku ini membantu para guru bagi
melaksanakan proses pengajaran mereka menggunakan Teknik, strategi, kaedah juga
pendekatan yang menarik dan pelbagai mengikut kesesuaian tahap penerimaan murid. Proses-
proses pengajaran yang diterangkan juga adalah berdasarkan beberapa ,Model seperti Model
Glaser, Model Sim, Model Taba, dan Model Suchman. Buku ini juga memberi panduan tentang
cara penulisan penyediaan pengajaran bagi guru yang terlibat mengajar kelas biasa.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran:


Ia dapat dijadikan sebagai suatu garis panduan untuk menzahirkan corak pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan juga mengikut garis panduan yang sepatutnya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P:


Ia dapat membantu saya mengaplikasikan ilmu yang didapati dari pembacaan buku ini di dalam
proses pengajaran saya dan secara tidak langsung terhadap mata pembelajaran murid-murid
saya.(Contohnya, tentang bagaimana bagi menjadikan sesuatu proses pengajaran dan
pembalajaran itu sesuatu yang menyeronokkan, bermutu dan memberi suatu rasa ‘menang-
menang’ terhadap kedua-dua pihak iaitu guru dan murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NORASMA BINTI MAHMOOD) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: S.K REDANG Kod Sekolah: DBB1114

1. Nama Guru NORASMA BINTI MAHMOOD


3. Bidang: AMALAN DAN NILAI
2. Judul GURU SEBAGAI MENTOR PROFESIONALISME
PERGURUAN
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: 5 JAM
-
6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis:
Buku ini dapat membimbing guru menjadi mentor kepada pelajar, guru, permulaan, guru pelatih,
dan rakan guru. Antara perkara menarik yang dibincangkan adalah aplikasi teori psikologi dalam
pementoran, kemahiran mengurus pementoran dan cara mengurus program. Jelas semua orang
perlukan mentor dan semua orang juga perlu menjadi mentee untuk menjadi orang yang Berjaya.
Proses belajar dan mengajar adalah kesinambungan kepada hidup yang bermakna. Mentor tidak
semestinya daripada kalangan guru. Namun, jika guru berperanan sebagai mentor yang efektif,
sudah tentu ia dapat mewarnakan kehidupan mentor sebagai pembimbing, pendorong, kaunselor,
penasihat dan jurulatih. Garapan idea bagi memupuk nilai-nilai murni juga dikupas untuk rujukan
mentor. Buku ini dapat menghidupkan kembali budaya mendidik yang bukan hanya sekadar
mengajar menulis, membaca, dan mengira (3M), malah ditambah dengan menerapkan bilai
akhlak dan moral. Unsur penerapan nilai merentasi kurikulum di sekolah lebih efektif dengan
adanya proses pementoran.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran:


Guru dapat mengembangkan peranan selain mengajar malah mendidik dan menerapkan nilai
murni dan positif ke arah melahirkan insan yang berkualiti. Selain itu, guru dapat meneruskan
proses belajar dan mengajar bagi menjamin hidup yang lebih bermakna.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P:


Guru memainkan peranan penting menagajar, mendidik dan seterusnya membimbing dengan
menerapkan nilai dan ilmu yang diperolehi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
terutamanya di dalam kelas. Guru juga boleh menggunaka pakai teori psikologi yang terdapat
dalam buku untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NORASMA BINTI MAHMOOD) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: S.K REDANG Kod Sekolah: DBB1114

1. Nama Guru NORASMA BINTI MAHMOOD


3. Bidang: AMALAN DAN NILAI
2. Judul BUDAYA KERJA CEMERLANG
PROFESIONALISME
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: 5 JAM
-
6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis:
Buku ini mengandungi 5 bab. Bab 1 menerangkan tentang konsep dan keadaan kerja. Bab 2 pula
menerangkan tentang pembentukan peribadi positif di tempat kerja. Bab ini menyentuh tentang
rahsia ‘A-B-C’ dalam kerja iaitu Auntuk adab, B untuk bantu dan C untuk ceria. Tidak kira sama
ada kita adalah pengurus, pentadbir mahupun pekerja sokongan, kita perlu ‘beradab’ sesame
sendiri. KAdangkala kita tidak perlu tterlalu berhati-hati dalam mempamerkan sikap sopan santun
mahupun hormat-menghormati kerana ia lebih berkesan apabila dilaksanakan secara spontan.
Ketika melakukan tugasan harian, kita boleh mempraktikkan cara seperti berikut;
a) Nyatakan Hasrat dan permintaan dengan ungkapan, ‘Tolong’.
b) Maklum balaskan setiap jawapan walaupun berbentuk negative dengan ucapan “Terima
kasih”.
c) Terima sebarang kegagalan atau kecuaian secara ikhlas dengan menyatakan, “Saya
minta maaf”.
Dalam pengurusan, setiap pekerja perlu bantu-membantu antara satu sama lain dan bekerja
dalam satu kumpulan.
Nilai Pengetahuan / Pengajaran:
8. Ketika melakukan sebarang pekerjaan, kita perlulah melakukan kerja dengan ikhlas, prihatin,
bertimbang rasa, bekerjasama, mementingkan masa, bertanggungjawab dan sentiasa berdisiplin.
Hal ini dapat meningkatkan mutu pekerjaan kita.
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P:
9. Buku ini mengemukakan pelbagai pendekatan untuk menjadi pekerja yang bermotivasi dalam apa
sahaja bidang yang diceburi. Ini boleh diaplikasikan dalam suasana sekolah dan dalam bidang
pendidikan serta boleh membawa faedah kepada guru, murid serta sekolah sebagai sebuah
organisasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NURUL IZWANA BINTI ABDUL JAMIL) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: S.K REDANG Kod Sekolah: DBB1114

1. Nama Guru NORASMA BINTI MAHMOOD


DOMAIN PENILAIAN DALAM 3. Bidang: PENGETAHUAN
2. Judul
TEKNOLOGI PENDIDIKAN PROFESIONALISME
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: 5 JAM
-
6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis:
Buku ini dapat membicarakan khusus mengenai domain penilaian dalam teknologi Pendidikan.
Domain penilaian merupakan satu daripada lima domain yang terdapat dalam teknologi
Pendidikan. Domain penilaian amat penting untuk digunakan bagi mengenalpasti dan mencari
jalan ke arah penambahbaikan pelaksanaan kursus dan amalan teknologi Pendidikan baik di
peringkat maktab mahupun universiti. Kursus teknologi Pendidikan merupakan komponan penting
dalam Pendidikan guru untuk menyediakan guru-guru yang berpengetahuan dan berkemahiran
dalam mengendalikan pengajaran berkesan dengan berintegrasikan teknologi. Buku ini
mengandungi 12 bab. Isi kandungan buku ini yang cukup menyeluruh dengan huraian yang cukup
terperinci tentang domain penilaian dalam teknologi pendidikanakan dapat membekalkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar khususnya yang mengikuti program perguruan baik
di maktab mahupun universiti. Buku ini juga amat berguna kepada guru-guru yang ingin
mengetahui perkembangan ilmu terkini tentang penilaian, teknologi Pendidikan khususnya mod
penyampaian e-learning.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran:


Pengarang menghuraikan maksud domain Teknologi Pendidikan yang mencakupi Domain
Penggunaan. Domain Reka Bentuk, Domain Pengurusan, Domain Pembangunan dan Domain
Penilaian. Perihal mengenai Kurikulum, sumbangan teks atau buku dalam kandungan kurikulum,
pelaksanaan kurikulum, penilaian kurikulum, reka bentuk kurikulum, hala tuju kurikulum, masa
hadapan, model perkembangan kurikulum dan model penilaian kurikulum.
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P:
9. Buku ini juga amat berguna kepada guru-guru yang ingin mengetahui perkembangan ilmu terkini
tentang penilaian, teknologi pendidikan khususnya mod penyampaian e-learning.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NORASMA BINTI MAHMOOD) ( )

Anda mungkin juga menyukai