Anda di halaman 1dari 5

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMJK CHUNG HWA / 2019


Kod Sekolah :BEB0100

1 Nama Guru MARZEETA MAZELAN


PEMBELAJARAN AKTIF - 101 Strategi Untuk Mengajar
2 Judul
Apa Jua Subjek
3 Bidang : Pengetahuan Profesional 5. Bilangan mukasurat : 295
Nama Pengarang / Mel Silberman / Institut Terjemahan Negara Malaysia
6
Penerbit : Berhad
Sinopsis :
7 Buku ini mengandungi segala langkah tentang teknik pembelajaran aktif. Sebanyak
101 strategi dimuatkan dengan jelas secara langkah demi langkah.
Buku ini menerangkan bahawa pembelajaran aktif memerlukan penglibatan mental
dan perbuatan pelajar itu sendiri. Pembelajaran bersifat aktif memerlukan pelajar
melakukan kebanyakan kerja, menggunakan minda, mengkaji idea, menyelesaikan
masalah dan menerapkan apa yang dipelajari. Pembelajaran aktif adalah pantas,
seronok, membantu dan menarik. Pelajar sentiasa beredar dari tempat duduk mereka,
berlegar-legar dan melahirkan perasaan mereka.
Buku ini juga menyarankan teknik-teknik yang berkesan dalam kaedah pengajaran
dan pembelajaran secara kumpulan, sumbangsaran, simulasi dan sebagainya.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran :


8 Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran aktif untuk menarik minat
pelajar belajar secara berkesan.
Persekitaran pembelajaran yang aktif dapat mempengaruhi rancangan pengajaran
guru berdasarkan keperluan, harapan dan kebimbangan pelajar.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P :


9 Guru boleh mengguna / mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi daripada
pembacaan ini semasa proses P & P.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

......................................................... ........................................
( MARZEETA MAZELAN ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMJK CHUNG HWA / 2019


Kod Sekolah :BEB0100

1 Nama Guru MARZEETA MAZELAN


2 Judul WATAK PENDIDIK
3 Bidang : Kemahiran Profesional 5. Bilangan mukasurat : 202
Nama Pengarang /
6 Yahya Zainal Abidin / YZA Vision
Penerbit :

7 Sinopsis :
Watak Pendidik merupakan coretan pengalaman penulis sebagai seorang Murid,
Guru, Guru Cemerlang, Pengetua dan Pegawai Pelajaran Daerah.
Penulis cuba menyerlahkan watak pendidik yang dipamerkan oleh guru-guru yang
mengajar beliau – ciri-ciri guru-guru yang unggul, yang mempunyai semangat waja
untuk memenangi hati anak didik, guru yang gigih dan sporting, guru yang hebat
yang dapat memangkin kecemerlangan diri seseorang pelajar. Di samping itu, beliau
juga memaparkan perlakuan guru yang tidak sesuai, yang membingungkan pelajar
agar dapat dijadikan sempadan oleh para guru masa kini.

8 Nilai Pengetahuan / Pengajaran :

Guru yang handal boleh melahirkan anak murid yang lebih handal. Guru yang
berwatak pendidik dapat memotivasikan pelajar.

9 Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P :

Memberi pengetahuan dan kesedaran kepada guru-guru bagaimana untuk memenangi


hati anak murid, mengasah ketajaman pemikiran dan keberanian mencuba para
pelajar serta membentuk pelajar yang berani mengeluarkan pendapat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.......................................................... ........................................
( MARZEETA MAZELAN ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMJK CHUNG HWA / 2019


Kod Sekolah :BEB0100

1 Nama Guru MARZEETA MAZELAN


MENGERTI WANG : PANDUAN KEWANGAN UNTUK
2 Judul
GENERASI AKAN DATANG
3 Bidang : Kemahiran Profesional 5. Bilangan mukasurat : 77
Nama Pengarang /
6 Dr Fong Wai Mun / Mc Graw Hill Education / Citigroup
Penerbit :

7 Sinopsis :
Buku ini menerangkan asas-asas pengurusan kewangan yang memfokus kepada
menolong para remaja memahami dan menghargai nilai wang. Perancangan
kewangan adalah penting dan buku ini memberi panduan kewangan yang bertujuan
untuk :
1. Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya perancangan kewangan
2. Memperkenalkan langkah utama dalam perancangan kewangan
3. Memperkenalkan alat dan konsep asas untuk perancangan kewangan

8 Nilai Pengetahuan / Pengajaran :

Memberi pengetahuan kepada pembaca bahawa perancangan kewangan dapat


membantu seseorang menentukan matlamat yang jelas, Menyediakan rancangan bagi
mencapai matlamat tersebut dan berdisiplin untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Seseorang lebih berkemungkinan mencapai gaya hidup bermutu dengan
perancangan kewangan berbanding sekiranya tiada perancangan kewangan.

9 Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P :


Membimbing pelajar untuk memahami pengetahuan asas kewangan pada usia muda
supaya mereka dapat membuat keputusan kewangan dengan bijak agar dapat
merancang dan berbelanja dengan lebih berkesan, membuat pelaburan yang bijak dan
mengurus pinjaman dan hutang dengan bertanggungjawab.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.......................................................... ........................................
( MARZEETA MAZELAN ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMJK CHUNG HWA / 2019


Kod Sekolah :BEB0100

1 Nama Guru MARZEETA MAZELAN


2 Judul Petua Menangani Stres
3 Bidang : Motivasi 5. Bilangan mukasurat : 92
Nama Pengarang / Dato Dr Mohd Fadzilah Kamsah,
6
Penerbit : Telaga Biru

7 Sinopsis :
Buku ini mengandungi segala langkah dan banyak memberi panduan kepada saya
tentang bagaimana untuk menangani stres dengancara yang mudah . Stres boleh
berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur.
Sebagai seorang guru, saya memang banyak mengalami tekanan dan stress
terutamanya tekanan dari para pelajar.
Buku ini juga menjelaskan Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri
menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang
sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca
daripada sifat semulajadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan,
bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima
teguran, bersangka buruk dan berdendam.

Buku ini juga menyarankan teknik-teknik yang berkesan untuk menghindari diri
daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh
dihilangkan sepenuhnya, ia perlu dikawal.

Buku ini menerangkan dan menganalisis dan memperhalusi elemen tersebut. terdapat
4 elemen yang perlu dititikberatkan: Spiritual, emosi, intelektual dan fizikal .

Nilai Pengetahuan / Pengajaran


8
Memberi pengetahuan kepada kita stress boleh membawa kesan positif seperti
meningkatkan motivasi diri, meningkatkan amalan dan usaha, merangsang individu
mempertahankan dan melindungi diri serta meningkatkan potensi diri

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P :


9 Guru boleh mengguna / mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi daripada
pembacaan ini semasa proses memberi motivasi dan merangsang kepada pelajar
untuk meningkatkan amalan dan usaha dalam pembelajaran di dalam kelas mahupun
dunia luar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

......................................................... ........................................
( MARZEETA MAZELAN ) ( )

Anda mungkin juga menyukai