Anda di halaman 1dari 8

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SUNGAI BUAYA Kod Sekolah: BBA5014

1. Nama Guru NIRMALADEVI A/P SUBRAMANIAM


Berani Berubah Untuk Hidup Yang
2. Judul Lebih Baik 3. Bidang:
Mulasih Tary, Yazid Attafsir 225 m/s
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku Berani Berubah Untuk Hidup Yang Lebih Baik adalah sebuah buku yang mengandungi
kisah pengarang. Beliau menyedari bahawa setiap manusia pastinya mempunyai sisi baik dan
buruk masing-masing, sisi baik manusia boleh diangkat ke tahap yang lebih tinggi kerana
memahami erti kehidupan, manakala keburukan manusia boleh diubah menjadi kebaikan. Setiap
individu manusia mempunyai kawalan diri sendiri. Jika kita mahukan perubahan yang lebih baik,
sudah tentu kita perlu berani mengubahnya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini menerangkan bagaimana penghinaan dialami apabila cuba menjadi lebih baik dan boleh
menjadi motivasi dalaman. Kerana tidak hairanlah jika kita melakukan sesuatu yang baik, akan
ada orang yang masih tidak menyukai kita, bahkan sampai dihina oleh orang itu.

Kelebihan buku ini ialah gaya bahasanya yang mudah difahami, padat dan straight to the point
ketika menerangkan sesuatu perkara. Penerangan yang kemas bagi setiap topik daripada
memahami pengenalan diri, kepada proses menjadi diri yang lebih baik.

Tiada yang sempurna di muka bumi ini, buku ini mempunyai kekurangan seperti kulit buku yang
tidak menarik. Buku ini disyorkan untuk semua golongan kerana buku ini banyak memberi
motivasi untuk hidup menjadi lebih baik.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Mengetahui diri anda adalah sangat penting untuk mengubah hidup anda menjadi lebih baik.
Petikan ini boleh diertikan sebagai mengenali diri sendiri, dapat memahami kekuatan dan
kelemahan diri sendiri sehingga mampu mengawal segala tindakan apabila berhadapan dengan
orang lain atau diri sendiri.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NIRMALADEVI A/P SUBRAMANIAM) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SUNGAI BUAYA Kod Sekolah: BBA5014

1. Nama Guru NIRMALADEVI A/P SUBRAMANIAM


PENGURUSAN DIRI DAN EMOSI
2. Judul 3. Bidang:PENGURUSAN DIRI
Dr. Jamilah Binti Ahmad 202 m/s
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku yang bertajuk “Pengurusan Diri dan Emosi” ini memaparkan antara info dan tip yang
boleh digunakan oleh setiap insan yang berusaha untuk menjadi cemerlang dan efektif.
Semoga ilmu yang dimiliki dalam mengurus diri dan stres ini mendorong kita memperolehi
kejayaan dan kebahagiaan. Seseorang itu perlulah mempunyai ilmu, kemahiran
dan atitude atau sikap yang efektif untuk berjaya dalam hidup.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Kejayaan tidak akan hadir tanpa adanya disiplin, usaha dan doa.Pengurusan diri dan stres
adalah antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan seseorang. Orang yang berjaya
sentiasa bijak mengurus diri (jasmani, emosi, rohani dan intelektual), sentiasa menjaga
hubungan dengan Allah dan sesama manusia, bijak mengurus emosi, positif, berdisiplin,
konsisten dan sentiasa yakin.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Setiap kali anda berasa stress atau berasa ketegangan, bawalah bertenang. Dengan bertenang
ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NIRMALADEVI A/P SUBRAMANIAM) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SUNGAI BUAYA Kod Sekolah: BBA5014

1. Nama Guru NIRMALADEVI A/P SUBRAMANIAM


PEMAKANAN DAN KESIHATAN
2. Judul Mohd. Hamim Rajikin, Baharudin 3. Bidang:PENDIDIKAN
Omar, Suhaina Sulaiman 228 m/s
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini cuba menjawab beberapa persoalan tentang pemakanan seperti bagaimana tubuh kita
memproses makanan yang kita makan, apakah hasil akhir makanan tersebut dan berapa
banyakkah yang perlu kita makan untuk mencapai kesihatan yang optimum. Di samping itu,
hubungan amalan makan dan pemakanan dengan penyakit turut dibincangkan. Buku ini sesuai
sekali dibaca oleh masyarakat umum, di samping dijadikan bahan bacaan tambahan pelajar-
pelajar sekolah menengah dan penuntut-penuntut yang mengikuti kursus kejururawatan, sains
pemakanan dan dietetik di institusi pengajian tinggi.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Makanan adalah pepejal dan cecair yang membekalkan tenaga kepada tubuh, dan mengandungi
unsur-unsur nutrien serta mempunyai ciri-ciri dari segi rupabentuk, warna, tekstur, rasa dan bau.
Keperluan makanan bagi manusia penting dalam memastikan mereka mendapat nutrien yang
diperlukan oleh tubuh badan. Melalui makanan berkualiti dan berkhasiat, mampu memberikan
keperluan tenaga bagi menjalankan aktiviti harian.
Kesan kepada kesihatan dalam pengambilan sesuatu kumpulan makanan secara kurang atau
berlebihan turut dikupas secara terperinci. Ia penting bagi merancang pemakanan yang
seimbang.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku pemakanan dan kesihatan ini membantu dalam menerangkan amalan pemakanan yang
sihat. Pemakanan yang betul dan teratur akan mempengaruhi gaya hidup, kerjaya dan kesihatan
kita
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NIRMALADEVI A/P SUBRAMANIAM) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SUNGAI BUAYA Kod Sekolah: BBA5014

1. Nama Guru NIRMALADEVI A/P SUBRAMANIAM


PANDUAN PELAKSANAAN
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
2. Judul 3. Bidang:PENDIDIKAN
EDISI KE-2, 2019
BPK, KPM 113 m/s
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan kaedah pentaksiran yang bersifat autentik dan holistik,
serta lebih berfokus kepada perkembangan dan pembelajaran murid, dan bukan lagi
berorientasikan peperiksaan. PBD akan memberi tumpuan kepada perkembangan pelajaran
murid atau berorientasikan pembelajaran, bukan lagi berorientasikan peperiksaan. PBD adalah
sebahagian daripada proses pembelajaran dan ia juga salah satu komponen Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) yang berfokus kepada perkembangan dan kemenjadian murid secara
holistik.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Salah satu kesan daripada pelaksanaan PBD ialah guru diberi autoriti dalam
memperkembangkan kreativiti pengajaran mereka (Maxwell, 2006). Guru “bebas” menyampaikan
pengajaran yang pelbagai dan melaksanakan pentaksiran bergantung kepada keupayaan klien
iaitu murid-murid di kelas masing-masing. Melalui PBD, guru juga dapat mengaplikasikan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) semasa pengajaran dijalankan. Secara tidak langsung
suasana pembelajaran lebih berpusatkan murid.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Dalam bilik darjah, idea PBD boleh dijelmakan melalui pelbagai bentuk aktiviti yang yang
membolehkan murid terlibat secara aktif sepanjang sesi PdP berlangsung. Berikut merupakan
beberapa aktiviti asas dan mudah yang boleh dilaksanakan di dalam bilik darjah.
1. Bercerita
2. Projek mudah
3. Permainan
4. Main peranan
5. Kuiz
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NIRMALADEVI A/P SUBRAMANIAM) ( )

Anda mungkin juga menyukai