Anda di halaman 1dari 5

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK SINARAN BUDI Kod Sekolah : BBB7306

1. Nama Guru MUHAMMAD AMIRUL HAQ BIN SAIFUDDIN


2. Judul GURU SEBAGAI MENTOR 3. Bidang : AMALAN DAN NILAI
PROFESIONALISME PERGURUAN
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa :
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini dapat membimbing guru menjadi mentor kepada pelajar, guru permulaan, guru
pelatih dan rakan guru. Antara perkara menarik yang dibincangkan adalah aplikasi teori psikologi
dalam pementoran, kemahiran mengurus pementoran dan cara mengurus program.
Jelas semua orang perlukan mentor dan semua orang juga perlu menjadi mentee untuk
menjadi orang yang berjaya. Proses belajar dan mengajar adalah kesinambungan kepada hidup
yang bermakna. Mentor tidak semestinya daripada kalangan guru. Namun jika guru berperanan
sebagai mentor yang efektif, sudah tentu ia dapat mewarnakan kehidupan mentor sebagai
pembimbing, pendorong, kaunselor, penasihat dan jurulatih. Garapan idea bagi memupuk nilai-
nilai murni juga dikupas untuk rujukan mentor.
Buku ini dapat menghidupkan kembali budaya mendidik yang bukan hanya sekadar mengajar
menulis, membaca dan mengira (3M), malah ditambah dengan menerapkan nilai akhlak dan
moral. Unsur penerapan nilai merentasi kurikulum di sekolah lebih efektif dengan adanya proses
pementoran. Buku ini membawa pendekatan tradisional dan humanistik bagi menarik perhatian
guru kepada pementoran.. Buku ini juga menyediakan panduan merancang, mengurus
pelaksanaan program mentor mentee.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Guru dapat mengembangkan peranan selain mengajar malah mendidik dan menerpakan
nilai murni dan positif ke arah melahirkan insan yang berkualiti.
- Guru dapat meneruskan proses belajar dan mengajar bagi menjamin hidup yang lebih
bermakna.
-
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P

- Guru memainkan peranan penting mengajar, mendidik dan seterusnya membimbing


dengan menerapkan nilai dan ilmu yang diperolehi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran terutamanya di dalam kelas. Guru juga boleh mengunapakai teori psikologi
yang terdapat dalam buku untuk diaplikasikan dalam PnP.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ................................................
( MUHAMMAD AMIRUL HAQ ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK SINARAN BUDI Kod Sekolah : BBB7306

1. Nama Guru MUHAMMAD AMIRUL HAQ BIN SAIFUDDIN


2. Judul INTRAPERSONAL DAN 3. Bidang : AMALAN DAN NILAI
INTERPERSONAL UNTUK REMAJA PROFESIONALISME KEGURUAN
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa :
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengupas komunikasi intrapersonal dan interpersonal berlaku dalam jiwa remaja. Sesuai
dibaca oleh mereka yang selalu berhubung dengan remaja seperti kaunselor, ibu bapa dan guru.
Buku ini membincangkan secara terperinci perkembangan biologi dan kognitif remaja dan mengupas
perkembangan sosio-emosi remaja. Turut menarik adalah perkembangan interpersonal remaja yang
mampu menggiat remaja memahami diri mereka. Selain itu turut dihurai ialah isu berkaitan masalah
remaja dan langkah yang wajar dilakukan bagi mengekang remaja terbabit dalam gejala social seperti
ponteng sekolah dan terlibat dengan dadah. Jelas peranan mentoring interpersonal remaja diketengahkan
dan hubungan interpersonal remaja.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Dapat memahami konsep intrapersonal dan interpersonal bagi memahami perkembangan


sesorang remaja yang biasanya terdiri daripada golongan pelajar.
- Dapat membantu, memahami perkembangan fizikal remaja dan menjadi contoh kepada
remaja kerana orang dewasa (guru/ibu bapa) biasanya akan menjadi ikutan remaja.
- Remaja merupakan insan yang mempunyai daya ingin mencuba yang tinggi, jadi penerapan
nilai yang baik perlu diamalkan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P

- Guru juga perlu memainkan peranan yang penting dalam melahirkan remaja yang menuju
pergaulan positif. Oleh itu guru perlu menggalakkan/melatih pelajar berbincang dan
mengemukakan pendapat yang positif terutamanya isu remaja. Pembelajaran secara
kooperatif boleh dijalankan untuk menggalakkan pergaulan sihat antara remaja yang
berlainan latar belakang. Melalui ilmu yang diperolehi dari bahan bacaan tersebut, guru
lebih mudah memahami dan menyatakan tindakan konstruktif yang wajar dilakukan bagi
membantu remaja memahami aspek intrapersonal dan interpersonal mereka.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ................................................
( MUHAMMAD AMIRUL HAQ ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK SINARAN BUDI Kod Sekolah : BBB7306

1. Nama Guru MUHAMMAD AMIRUL HAQ BIN SAIFUDDIN


2. Judul GURU SEBAGAI FASILITATOR 3. Bidang : AMALAN DAN NILAI
PROFESIONALISME KEGURUAN
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa :
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini merupakan panduan untuk jurulatih, fasilitator, mentor dan guru meningkatkan kualiti
pengajaran dan kemahiran dalam proses memudah cara di dalam kelas. Turut dipaparkan ialah 60
modul terpilih bagi membantu fasilitator menjalankan aktiviti latihan dalam Kumpulan (LDK).

Modul ini menjadi panduan kepada guru-guru dan modul disusun secara fleksibel yang boleh
diubahsuai bagi memenuhi objektif program. Susunan aktiviti dalam kumpulan yang disediakan
memberi peluang para pendidik mengaplikasikan proses pembelajaran kontekstual secara
koperatif dan kolaboratif di kalangan pelajar. Aktiviti seperti simulasi, main peranan dan
permainan sebagai penggerak kepada proses pembelajaran bermakna.

Buku ini juga memberi panduan bagi melestarikan motivasi serta meningkatkan tahap kecekapan
profesionalisme dalam menangani kerenah pelajar.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

.Antara pengetahuan yang mampu digarap ialah


 - Memupuk dan menerapkan nilai
 - Kemahiran pengurusan diri dan pembelajaran

 - Menjana minda bagi melahirkan pelajar berfikiran kritis dan kreatif


9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P

Modul ini dapat memberi idea, inspirasi, semangat dan keyakinan diri kepada guru dan fasilitator
mengendalikan aktiviti bimbingan disamping dapat mengaitkan teori dengan situasi praktikal yang
bersifat kontekstual. Modul ini dapat memantapkan kebolehan diri guru dan fasilitator sebagai
pendidik yang mampu melestarikan motivasi sendiri dan orang lain serta dijadikan panduan
kepada pengurus, pentadbir dan pelaksana pendidikan yang inginkan budaya permuafakatan
dalam kalangan pendidik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ................................................
( MUHAMMAD AMIRUL HAQ ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK SINARAN BUDI Kod Sekolah : BBB7306

1. Nama Guru MUHAMMAD AMIRUL HAQ BIN SAIFUDDIN


2. Judul STRATEGI PENGAJARAN GURU 3. Bidang : PENGETAHUAN
CEMERLANG PROFESIONALISME
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa :
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini merupakan himpunan makalah yang dipecahkan kepada tiga segmen iaitu kaedah
pengajaran , kajian empiris dan esei pendidikan.
Melalui segmen kaedah pengajaran, terdapat pelbagai input baharu kepada pendidik
terutamanya kepelbagai teknik dan kaedah pengajaran hasil idea guru-guru cemerlang bagi
menangani pelajar yang memiliki latar belakang yang rencam. Antara kupasan yang menarik
ialah : “Guru Kreatif Pelajar Aktif dalam Pengajaran Bahasa Melayu”. Terdapat pelbagai contoh
modul dapat dijadikan pencetus idea dalam proses PnP.
Menerusi segmen kajian pula merupakan kajian empirikal yang dapat dijadikan prototaip
kepada kajian yang ingin dilakukan oleh guru bagi meningkatkan status akademik dan menjadi
pemangkin kepada penciptaan kaedah pengajaran yang lain.
Segmen esei pula, mengemukakan makalah yang melihat isu pendidikan secara lebih
menyeluruh.
Keseluruhannya, bahan ini merupakan dokumentasi dari pelbagai topik yang dapat dikecapi isi
kandungan oleh guru, pelaksana dasar, mahupun pembuat dasar bagi memberikan corak
pendidikan yang lebih dinamik menerusi usaha yang lebih proatif daripada semua pihak.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Antara nilai pengetahuan yang mampu digarap ialah
 Kemahiran pengurusan proses pengajaran dan pembelajaran
 Menjana minda berfikiran lebih kritis dan kreatif

 Memangkin penciptaan kaedah pengajaran yang lebih berkesan

 Merangsang pembangunan material dan akal fikir agar dapat memartabat profesion
perguruan.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P

- Bahan ini dapat dijadikan panduan guru untuk mempertingkatkan mutu pengajaran.
Himpunan pelbagai variasi segmen terutamanya kaedah pengajaran dan pembelajaran
dapat dijadikan input untuk mencerna idea baharu dan mempelbagaikan kaedah
pengajaran bagi menarik minat pelajar belajar disamping merangsang pelajar
mengaktifkan pemikiran dan potensi akal serta membuka ruang kreatitiviti ke tahap yang
maksimum disamping meningkatkan mutu dan memartabatkan profesion perguruan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ................................................
( MUHAMMAD AMIRUL HAQ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK SINARAN BUDI Kod Sekolah : BBB7306

1. Nama Guru MUHAMMAD AMIRUL HAQ BIN SAIFUDDIN


2. Judul KEMAHIRAN INTERPERSONAL 3. Bidang : AMALAN DAN NILAI
UNTUK GURU PROFESIONALISME KEGURUAN
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa :
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini merupakan panduan komunikasi interpersonal yang praktikal yang disertakan beberapa
contoh dengan menggunakan bahasa yang mudah.
Terdapat banyak panduan yang merangkakan dengan jelas prinsip dan teknik komunikasi
interpersonal untuk kegunaan guru-guru di dalam bilik darjah. Antara teknik yang perlu dikuasai
ialah :

Mendengar yang lebih baik, Bercakap dengan lebih tegas, Berucap dengan lebih menarik
Mengamalkan empati, Mengkritik dengan lebih berkesan, Memuji secara ikhlas, Memahami
bahasa bukan lisan dan Mengesan dusta

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

.Antara pengetahuan dan pengajaran yang diperolehi ialah:


 Kemahiran komunikasi interpersonal yang lebih berkesan.
 Menguasai pelbagai teknik untuk mengawal situasi dalam kelas

 Dapat mewujudkan suasana komunikasi dua hala yang baik antara pelajar.

 Dapat mengubah sikap dan tingkahlaku

 Meningkatkan keyakinan diri menghadapi tiingkahlaku yang rencam.


9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P

Intipati buku ini dapat diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
khususnya. Dengan mengusai beberapa teknik komunikasi, guru akan lebih berkeyakinan, dekat
dan memahami pelajar seterusnya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baik bagi
melahirkan modal insan yang berkualiti.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ................................................
( MUHAMMAD AMIRUL HAQ ) ( )

Anda mungkin juga menyukai