Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK Malim Kod Sekolah: MEA 2096

1. Nama Guru Siti Nur Azira Binti Ibrahim

PROFESORKU TANPA
2. Judul 3. Bidang: PENDIDIKAN
PENDIDIKAN FORMAL

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-

6. Tempat Pembentangan -

Sinopsis

Buku ini mengandungi 82 mukasurat dan dikarang oleh Dahram Abdullah. Buku ini diterbitkan
oleh Insistek Publishing House.

7. Buku ini menceritakan tentang seseorang yang tidak punya pendidikan formal dan mengalami
kehidupan yang susah. Walau bagaimanapun, kesusahan yang dialami tidak menghalang beliau
untuk terus berusaha sehingga mampu menjadi seorang yang berjaya. Buku ini ditulis sebagai
media untuk memberi kesedaran bahawa kesusahan yang ditanggung tidak menjadi batu
penghalang dan mampu menjadi pendorong untuk lebih berusaha. Penulis juga menekankan
berkaitan pentingnya mendengar dan menghormati ibu bapa.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Nilai pengetahuan yang saya perolehi melalui buku ini ialah mengenai semangat berusaha untuk
8.
mendapatkan apa yang kita inginkan. Namun nilai yang paling saya sukai dalam buku ini ialah
kesungguhan penulis untuk mencapai kejayaan walaupun menghadapi pelbagai kesukaran pada
usia masih muda.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


9.
Dapat memupuk semangat untuk guru lebih bermotivasi dalam mendidik anak-anak murid. Buku
ini menyuntik inspirasi kepada guru untuk lebih mendalami masalah yang dihadapi oleh murid.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

...................................................................... ......................................................................
(SITI NUR AZIRA BINTI IBRAHIM)
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Kod
Nama Sekolah: SMK MALIM MEA 2096
Sekolah:

1. Nama Guru Siti Nur Azira Binti Ibrahim

MENGURUS KANAK-KANAK YANG


2. Judul 3. Bidang: PENDIDIKAN
SUSAH BELAJAR

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-

6. Tempat Pembentangan
-

Sinopsis

Buku ini mengandungi 208 mukasurat dan dikarang oleh Mohd Sharani Ahmad. Buku ini
diterbitkan oleh PTS Publishing House.

Buku ini membicarakan beberapa perkara yang berkaitan dengan kanak-kanak bermasalah
pembelajaran. Dalam buku ini juga ianya meneroka mengenai topic pembelajaran serta
berkenanaan masalah-masalah yang menghalang proses pembelajaran. Bukan itu sahaja, buku
7.
ini juga membincangkan cara menangani masalah pembelajaran serta meneroka kehendak-
kehendak yang perlu dimiliki oleh kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran. Secara
keseluruhannya, buku ini memberikan semua maklumat yang diperlukan oleh guru-guru
terutama guru pendidikan khas. Pelbagai ilmu pengetahuan yang dapat diperolehi daripada buku
ini kerana banyak tip-tip yang relevan bagi menangani masalah kanak-kanak seperti kanak-
kanak disleksia,lemah keseluruhan pembelajaran, lambat mengingat semula, sukar mengikut
arahan, lemah kemahiran kognitif dan sebagainya.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Melalui pembacaan daripada buku ini saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai
8.
pelbagai masalah pembelajaran yang dihidapi oleh kanak-kanak. Selain itu juga, saya dapat
mengetahui tip-tip yang sesuai yang boleh di amalkan bagi menghadapi kanak-kanak yang
bermasalah pembelajaran.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

9. Aplikasi dalam p&p yang boleh diguna pakai melalui pembacaan saya daripada buku ini ialah
saya dapat mengetahui cara-cara untuk menangani masalah kanak-kanak yang bermasalah
pembelajaran.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

...................................................................... ......................................................................
(SITI NUR AZIRA BINTI IBRAHIM)

Anda mungkin juga menyukai