Anda di halaman 1dari 18

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

NAMA SEKOLAH : SMK UNGKU HUSIN

KOD SEKOLAH : JEE 4036

1. Nama Guru ROHAYATI BINTI ABDUL WAHAB

2. Judul Menangani Sifat Marah 3. Bidang : Motivasi

4. Tarikh Pembacaan 1/7/2019 5. M/S : 104

6. Pengarang Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, 7. Terbitan : Telaga Biru sdn. bhd
Mumtazah Tumian dan Mahfuzah Omar
8. Sinopsis
Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam diri. Sifat
marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor singa yang lepas
bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego, dan garang. Ianya digelar
raja binatang.
Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur seperti singa
sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah lembut sehingga kanak-kanak
pun mampu terpikat kepadanya,
Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang musibah.
Marah harus dikawal seperti penjaga zoo melatih singa. Makanannya tetap daging mentah tetapi tidak
menyerang sesuka hati seperti singa di hutan ketika mencari makanan.
Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super” seperti yang terjadi
kepada Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa setelah Islam juga dia tetap
singa. Malah singanya Umar setelah Islam telah menjadikan Islam itu bertambah kuat serta menjadi
dalil sejarah yang menjadi contoh mukmin sejati sehingga ke hari ini.
Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sift-sifat terpuji,
mencintai Allah dan Rasul,dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana tenteram dan
harmonis.
Selain itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran dan
al Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal sifat marah. Terdapat juga doa-doa yang disarankan
untuk menjadi amalan sekeluarga.
9. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang tidak terkawal
akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di sekelilingnya. Marah yang
tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang kemurungan, menjadikan diri dibenci,
mengganggu kesihatan minda, menjejaskan kesihatan seperti cepat tua, sakit jantung, darah tinggi
dan jangkitan kuman.
Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan seperti
beristighfar, kurang menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan orang lain yang
sedang marah, benarkan atau iakan hujah orang yang sedang marah, segera mengingati diri bahawa
marah bukan penyelesaian masalah, segera ingat marah bukan tindakan manusia bertamadun,
memperlahankan intonasi suara ketika di khalayak, jangan memandang muka orang yang sedang
marah, lepaskan kemarahan dengan menjerit di tempat sunyi dan segera berwuduk dan
bersembahyang sunat.
“Firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”.
(Al Ankabut : 45)

10. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah
tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar
yang juga masih di usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah
laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, guru perlulah bijak mengawal
emosi supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah dan bijaksana. Guru perlu
mengawal kemarahan kerana marah yang tidak terkawal akan mengakibatkan tindakan yang kurang
bijak seperti melempang dan memukul di luar batasan manusia. Guru-guru merupakan ibu bapa
kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab
seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai-nilai yang baik. Berikanlah contoh yang baik
kepada mereka.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

NAMA SEKOLAH : SMK UNGKU HUSIN

KOD SEKOLAH : JEE 4036

1. Nama Guru ROHAYATI BINTI ABDUL WAHAB

2. Judul Petua Mendidik Anak Menjadi 3. Bidang : Motivasi


Insan Positif
4. Tarikh Pembacaan 8/7/2019 5. M/S : 104

6. Pengarang Dato Dr Hj Mohd Fadzilah 7. Terbitan : Telaga Biru sdn. bhd


Kamsah, Hj Muhammad Zakaria
dan Husna Hassan
8. Sinopsis
Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-
anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu
cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak
mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata “Mendidik anak-anak
bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor keturunan amat
penting dalam menentukan sifat generasi akan datang.
Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi akan datang. Apakah datuk, nenek,
ibu, bapa atau masyarakat?
Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak
positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan kerohanian
yang dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan aplikasi sosiologi yang
dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”.
Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan keagamaan
seperti bersyahadah, solat, membaca al Quran, berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya. Anak-anak
perlu ditunjangi dengan aspek kerohanian jika ingin dilihat positif. Di samping itu, anak-anak perlu
dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti lasak,
kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan mencintai haiwan dan alam
sekitar.
Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar, membantu
masyarakat dan rakan sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi, kerja
sosial & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama keluarga dan menanamkan
minat komitmen sosial yang baik.
Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al
Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga doa-
doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh Allah SWT
agar cita-cita menjadikan anak-anak positif berjaya.
9. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif. Nilai
positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa mengira
agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya dengan sifat-sifat
positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai cita-cita sekiranya cita-
citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang berpegang teguh pada tali
agama akan mampu menempa kecemerlangan. Allah amat bersikap adil untuk memberikan
pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadaNya.

Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk melahirkan
anak-anak yang cemerlang dan berjiwa positif. Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan Islam
kerana jiwa positif akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu cemerlang,
ibu bapanya haruslah cemerlang dahulu kerana “ bagaimana acuan begitulah kuihnya”.
“Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang menjadikannya
sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi” maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
10. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah
tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di
usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di
samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya
dengan nilai keagamaan dan moral.
Kita boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam mendidik anak-
anaknya. Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan mentaati Allah, diikuti Rasul dan menghormati
ibu bapa. Inilah kunci jiwa positif. Pelajar yang tertanam sifat mentaati Allah pastinya akan mentaai
semua perintah Allah dan makhluk-makhluk ciptaanNya.
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah seperti
menyediakan makanan malam. Ianya proses berterusan yang memakan masa yang agak lama.
Kadang-kadang hasilnya dapat dilihat setelah pelajar ini menamatkan bangku persekolahannya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

NAMA SEKOLAH : SMK UNGKU HUSIN

KOD SEKOLAH : JEE 4036

1. Nama Guru ROHAYATI BINTI ABDUL WAHAB

2. Judul Berfikir Dalam Bilik Darjah 3. Bidang : Pedagogi

4. Tarikh Pembacaan 15/7/2019 5. M/S : 163

6. Pengarang Ainon Mohd & Abdullah Hassan 7. Terbitan : Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd
8. Sinopsis
Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar kanak-
kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan “budak bodoh’, “budak lembam” dan yang
seumpamanya. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik sewaktu dibangku
sekolah akhirnya membesar sebagai “taukeh”, tuan punya syarikat ataupun majikan kepada pelajar
yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang juga menjustifikasikan kepintaran itu kepada
kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai individu yang berjaya pada hari ini merupakan
individu yang mahir berfikir.
Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah seperti
menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen, memuji murid,
memberi ganjaran, guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi diktaktor,
toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan dan mempelbagai teknik
menyoal.
Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan kaedah
infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik yang dianjurkan
disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat memahami dan menggunakan teknik
tersebut sewaktu mengajar.
9. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana kandungannya akan
dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah. Menerusinya kita akan faham tentang
kepelbagaian kepintaran pelajar. Sebagai contoh terdapat pelajar yang pintar IQ, pintar matematik,
kepintaran akademik, kepintaran praktikal, dan kepintaran EQ. Melalui pengetahuan ini kita boleh
mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas. Oleh itu, potensi diri mereka akan dapat
diketengahkan.
Pengarang juga mencadangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelas. Guru
kurang digalakkan mengeluarkan arahan seperti :
“ Saya mahu..
“Kamu perlu...
Soalan seperti itu terlalu berbentuk arahan yang mana akhirnya akan menenggelamkan kreativiti
pelajar. Para guru digalakkan menyoal pelajar dengan soalan yang mencabar minda seperti:
“ Bagaimana sekiranya..
“Apa yang perlu kita.....
“ Sekiranya.....
10. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk guru
gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik. Tugas
guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan karenah. Guru juga perlu tahu tahap
dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu para guru menentukan kaedah paling sesuai
yang akan digunakan sewaktu mengajar. Oleh itu pendekatan kreatif perlu untuk mengekang
permasaalahan ini.
Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman mengajak
anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir kembara mereka, Lukman
menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa mencari kesalahan orang lain walau dalam apa
jua situasinya..
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah dan perlu
ditangani dengan bersabar dan kreatif.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

NAMA SEKOLAH : SMK UNGKU HUSIN

KOD SEKOLAH : JEE 4036

1. Nama Guru ROHAYATI BINTI ABDUL WAHAB

2. Judul Mengurus Disiplin Pelajar 3. Bidang : Kaunseling

4. Tarikh Pembacaan 28/7/2019 5. M/S : 244

6. Pengarang Abdullah Sani Yahaya 7. Terbitan : PTS Publications &


Distributors sdn. bhd
8. Sinopsis
Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya. Kandungannya
merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak tertumpu kepada persoalan
disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar tidak akan berhenti dan selesai
begitu sahaja, tetapi berkehendakkan kepada usaha berterusan bagi menjamin keutuhan individu
remaja yang kental dan memacu negara ini ke era yang lebih gemilang.
Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu warisan budaya
bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa yang membimbangkan ialah
pengaruh mendatang yang tidak berjaya dijaring dan dijala oleh generasi muda hari ini.Gejala ini
dikhutiri akan memberikan kesempatan kepada orang luar untuk menguasai minda anak watan kita.
Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal sahsiah
individu, kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi pelajar, pelbagai salah
laku pelajar, cara pembangunan generasi mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah kondusif,
hubungan antara disiplin dengan sosio emosi, tingkah laku Devian, peranan bimbingan & kaunseling
dan pembimbing rakan sebaya dalam menangani disiplin pelajar.
Oleh itu, harapan dan impian semua pihak agar generasi pelajar ini dapat membesar menjadi orang
yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak melihat institusi sekolah
sebagai tempat tahanan dan kongkongan.
9. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan didikan di
rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal juga banyak
membentuk perilaku pelajar, sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar dan ketiadaan
motivasi dalaman dalam diri pelajar berkenaan.
Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga dibentangkan seperti ponteng
sekolah, ponteng kelas, datang lewat, pakaian berfesyen dan selekeh, rambut tidak diurus dengan
baik, merokok dan dadah. Permasalah ini berpunca dari diri pelajar itu sendiri, pengaruh rakan,
pengaruh media, kurang kawalan ibu bapa, kurang kawalan pihak sekolah dan masyarakat yang tidak
lagi memainkan peranannya
Di samping itu, terdapat saranan untuk membaiki masalah ini seperti penerapan nilai dalam bilik
darjah, pemupukan nilai d rumah, pemupukan nilai dalam kalangan rakan, pemupukan nilai di
sekolah dan membudayai ilmu. Terdapat juga cadangan untuk memantapkan program Pembimbing
Rakan Sebaya. Hanya rakan sebaya yang lebih arif dan dekat dengan rakan mereka.
10. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah
tabiat pelajar kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan pelajar yang banyak
menimbulkan karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan
provokasi kepada guru. Oleh itu, kandungan buku ini amat sesuai supaya permasalahan pelajar ini
ditangani dengan berkhemah serta bijaksana. Guru perlu mengawal disiplin dengan bijak supaya
tidak akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul pelajar. Para
pelajar yang baik boleh digunakan untuk membimbing pelajar yang bermasalah ini dan walau apapun
tindakan ingatlah guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping
menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya supaya
dapat mengamalkan nilai-nilai yang baik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

NAMA SEKOLAH : SMK UNGKU HUSIN

KOD SEKOLAH : JEE 4036

1. Nama Guru LINAH BT ABDUL RAHMAN

2. Judul 3. Bidang :

4. Tarikh Pembacaan TIADA 5. M/S :

6. Pengarang TIADA 7. Terbitan

8. Sinopsis

9. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

10. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

NAMA SEKOLAH : SMK UNGKU HUSIN

KOD SEKOLAH : JEE 4036

1. Nama Guru LINAH BT ABDUL RAHMAN

2. Judul Pengetahuan Profesional 3. Bidang : Pengurusan Bimbingan &


Kaunseling
4. Tarikh Pembacaan 2/7/2019 5. M/S :

6. Pengarang Mok Soon Sang

8. Sinopsis
Buku ini mengandungi 12 bab, dimulai dengan Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia dan diikuti
dengan teori-teori kaunseling. Pembaca akan mendapat pengetahuan bagaimana menjalankan
Kaunseling Individu dan Kelompok serta Penyediaan Inventori dan Rekod.

Masalah disiplin berlaku kerana berlaku konflik dan tekanan dalam diri pelajar. Pengurusan
konflik secara berkesan dijangka dapat mengubah tingkah laku pelajar ke arah yang lebih baik
berdasarkan norma-norma yang diterima masyarakat..
Bimbingan secara berkesan dapat melahirkan pemimpin yang berkesan.Ia juga boleh
mewujudkan komunikasi berkesan ke arah Budaya Cemerlang di sekolah.

Pengurusan stress secara berkesan pula dapat mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan kerana pelajar dan guru dapat melaksanakan tanggung jawab masing-masing tanpa
tekanan dan melaksanakan kerja dengan gembira
9. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru meningkatkan ilmu dalam bidang psikologi
pendidikan

10. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku ini memberi kemahiran kepada para guru mengurus masalah pengajaran dan pembelajaran para
pelajar dan juga masalah peribadi serta peluang melanjutkan pelajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

NAMA SEKOLAH : SMK UNGKU HUSIN

KOD SEKOLAH : JEE 4036

1. Nama Guru LINAH BT ABDUL RAHMAN

2. Judul Bagaimana Menyelesaikan Kerja 3. Bidang : Pengetahuan


Profesional
4. Tarikh Pembacaan 10/7/2019 5. M/S :

6. Pengarang Edwin C.Bliss

8. Sinopsis
Buku ini mengandungi 72 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang pengurus yang
berkesan seperti pandai memilih keutamaan berhubung dengan matlamat mereka berbanding
matlamat orang lain, nbelajar melindungi diri mereka daripada gangguan yang tidak dijangkakan,
mereka belajar melegasi tugas merancang,memberikan tumpuan kepada perkara-perkara penting dan
mengetepikan perkara remeh-temeh.
Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan bagaimana membuat laporan selepas tindakan,
buruknya sifat kelam-kabut, modifikasi perlakuan, rintangan, beg kerja, kategori penggunaan masa,
komunikasi, surat-menyurat,krisis , pengagihan kerja,system fail, keseronokan bekerja dan lain-lain
lagi.
9. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas pentadbiran
dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna terutama kepada pentadbir
pendidikan

10. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah mengurus masalah pengajaran
dan pembelajaran para pelajar dan juga masalah pengurusan pendidikan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

NAMA SEKOLAH : SMK UNGKU HUSIN

KOD SEKOLAH : JEE 4036

1. Nama Guru NORDIANA BINTI MOHD DANI

2. Judul Kejurulatihan dan Sains Sukan 3. Bidang : Pendidikan

4. Tarikh Pembacaan 11/7/2019 5. M/S : 151

6. Pengarang Haji Gapor Ahmad 6. Terbitan : Utusan Publications &


Distributors sdn. Bhd
8. Buku ini mengulas pelbagai kaedah dan persoalan dalam bidang sukan mahupun sains sukan. Ianya
merangkumi aspek teori, latihan fizikal dan mental serta pengaplikasiannya dalam mempertingkatkan
prestasi sukan.
Antara lain, pengkhususan kepada jurulatih sukan yang serius sewaktu merancang dan
melaksanakan latihan untuk meningkatkan prestasi atlet. Kandungannya juga dapat meningkatkan
pengetahuan jurulatih dalam bidang kejurulatihan. Manakala aspek lain pula dikhususkan untuk guru
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan peminat Sains Sukan dalam bidang pedagogi dan perancangan
yang berkesan dalam sukan.
Permulaan buku ini memberi peluang kepada pembaca mengenali aspek yan berkaitan dengan asas
kejurulatihan sukan. Penulis cuba menonjolkan pendekatan saintifik dalam asas kejurulatihan. Di
sampin itu, ianya menjadi sumber rujukan yang baik kepada jurulatih yang giat melatih dan mencari
ilmu kejurulatihan.
Pendekatan buku ini berasaskan teori kejurulatiha sukan yang membahagikan latihan kepada empat
bidan iaitu fizikal dan fisiologikal, teknkal, psikolgikal dan taktikal. Bidang fizikal dan fisiologikal
menyentuh aspek suaian anatomi dan fisilogi asas, teori kecergasan serta prinsip dan kaedah latihan
sukan. Semua aspek ini terdapat dalam buku ini.
Bidang teknkal meliputi aspek kemahiran sukan seperti kemahiran asas, kemahiran lanjutan,
kemahiran individu dan berpasukan. Bidang mental atau psikologikal menyentuh aspek seperti
motivasi, imej kendiri, penetapan matlamat, ketenangan dan komunikasi dalam sukan. Manakala
bidang taktikal pula meliputi aspek sistem pertandingan, kekuatan dan kelemahan lawan, seta set-
pieces.
Pengarang juga berniat untuk menyebarkan ilmu kejurulatihan dengan harapan ramai jurulatih baru
muncul di samping meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kecergasan fizikal dan kesihatan
masyarakat.
9. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini menerangkan ilmu kejurulatihan sukan amat luas dan dalam skopnya. Oleh itu,
pembelajaran dan kajian secara sainstifik serta usaha-usaha yang lain perlu dilakukan untuk
membantu jurulatih sukan memperkayakan ilmu pengetahuan, memurnikan kaedah dan cara serta
pedekatan dalam membimbing atlet untuk mencapai kecemerlangan.
Buku ini jga memberi kefahaman tentang pengertian sukan dan menghuraikan konsep-konsep
latihan sebagai ilmu asas keperluan melatih. Beberapa huraian mengenai kejurulatihan dan siste
tubuh badan manusia turut membantu pembacanya mengenali aspek-aspek asas mengenai falsafah
serta pembinaan fizikal manusia.
Menelusuri buku ini mengingatkan kita bahawa jurulatih sukan harus sentiasa menimba ilmu
supaya kaedah, pendekatan dan taktikal mereka sentiasa releva dan kemas kini
10. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk melatih atlet
awal remaja. Idea yang dikemukakan membantu guru mengenal bakat, mengembangkan bakat dan
menajamkan bakat pelajar di sekolah. Di samping itu, terdapat juga idea bagaimana untuk
mengekalkan minat atlet terhadap sukan yang mereka ceburi.
Asas yang penting ialah corak latihan yang baik untuk mengembangkan bakat seseorang atlet.
Setiap atlet perlu diasuh kemahiran asas kepada pemahiran spesifik. Atlet yang ramai perlu
diorganisasikan secara baik. Aspek yang sering dilupai ialah pemakanan atlet. Atlet perlukan
pemakanan yang baik dan lengkap. Ilmu ini penting untuk guru yang melatih pasukan sekolah untuk
memacu pasukannya menempa kejayaan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

NAMA SEKOLAH : SMK UNGKU HUSIN

KOD SEKOLAH : JEE 4036

1. Nama Guru NORAINUNSAILAH BINTI JAAFAR

2. Judul Guru Sebagai Pendorong Dalam 3. Bidang : Pendidikan


Darjah
4. Tarikh Pembacaan 28/7/2019 5. M/S : 151

6. Pengarang Abdullah Hassan, Ainon Mohd, 6. Terbitan : PTS Publications &


Distributors Sdn Bhd
8. Sinopsis
Buku ini adalah bacaan wajib bagi guru-guru yang mengajar murid-murid yang malas belajar.

Setiap guru mengetahui mereka perlu mendorong murid-murid mereka supaya rajin belajar dan
menjadi individu-individu yang baik peribadinya apabila dewasa nanti. Mereka juga sudah berusaha
bagi menjalankan tugas itu dengan niat yang baik dan penuh semangat. Tetapi apabila sekolah perlu
mengadakan program motivasi oleh pakar luar, menandakan guru-guru di sekolah itu tidak
menjalankan tugas mendorong murid-murid mereka dengan cara yang berkesan.

Pakar-pakar motivasi dari luar datang sekali bagi menyampaikan sesinya, kemudian mereka tidak
datang lagi, oleh yang demikian mereka tidak mungkin dapat mendorong murid dengan berkesan
disebabkan proses mendorong murid tidak dapat dilakukan sekali, sebaliknya ia adalah proses yang
perlu dilakukan sepanjang masa bagi setiap murid.

Program motivasi bukan hanya tidak berkesan malah ia adalah mahal, terutamanya bagi ibu bapa
yang kurang berada, khususnya ibu bapa di kawasan luar bandar. Program-program motivasi bagi
murid-murid sekolah adalah fenomena baru di negara ini di mana ia bermula sejak lewat tahun 70-an
dan menjadi popular pada tahun 90-an. Selepas itu, seperti cendawan tumbuh pada musim hujan,
negara menyaksikan begitu ramai individu-individu yang digelar pakar-pakar motivasi dan syarikat-
syarikat swasta yang mengendalikan program-program motivasi.

Perkataan motivasi disukai oleh guru-guru dan ibu bapa tetapi ia sering kali ditakuti oleh murid-
murid sekolah. Mereka mengalami perasaan takut apabila guru memberitahu pihak sekolah
mengadakan program motivasi bagi murid-murid. Mereka juga takut apabila ibu bapa mereka
memberitahu mereka dihantar mengikuti kem motivasi.

Murid-murid sekolah mengaitkan sesi motivasi dengan pelbagai pengalaman negatif dan
menyakitkan jiwa. Mereka mengaitkannya dengan pengalaman dikritik, di marah, dinasi-hati, dipaksa
dan seumpamanya oleh motivator-motivator yang mengendalikan program itu.

Tanggapan negatif murid-murid sekolah pada perkataan motivasi itu bukanlah tanpa asasnya. Tidak
dapat dinafikan majoriti sesi motivasi yang dijalankan bagi murid-murid sekolah menggunakan
teknik-teknik yang salah sehingga menimbulkan kesan psikologi yang negatif kepada murid-murid
itu.
Majoriti mereka yang digelar pakar motivasi itu tidak mempunyai latar belakang ilmu pengetahuan
yang berkaitan dengan sains motivasi bagi melayakkan mereka menggunakan gelaran itu, oleh sebab
yang demikian mereka tidak berupaya menggunakan sebarang teori motivasi dalam aktiviti mereka.
Inilah punca utama mengapa aktiviti memotivasikan murid-murid sekolah dipenuhi dengan isi
kandungan yang menimbulkan kesan-kesan negatif pada jiwa murid-murid yang mengikutinya.

Masyarakat sendiri tidak mengetahui sains motivasi adalah sains yang sudah lama diterokai oleh
pakar-pakar psikologi, iaitu semenjak tahun 40-an lagi. Daripada sudut yang lain, pakar-pakar
psikologi negara ini, yang berada di universiti-universiti tempatan, tidak muncul ke depan dan
menerangkan kepada masyarakat apa yang dikatakan teori-teori dan teknik-teknik motivasi. Akhirnya
kekosongan ini diisi oleh individu-individu yang pandai bercakap tetapi tidak mempunyai
pengetahuan dalam bidang sains motivasi itu sendiri.

Buku ini ditulis bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pakar-pakar psikologi tempatan
supaya kandungan ini dapat dijadikan panduan kepada tiga kumpulan utama:

1. Guru-guru sekolah supaya mereka menjadi lebih berkesan dalam menjalankan tugas mendorong
dan mengajar.
2. Individu-individu yang bergiat dalam sektor motivasi supaya program mereka menjadi lebih
berkesan.
3. Ibu bapa supaya mereka lebih memahami faktor-faktor yang diperlukan oleh anak-anak menjadi
manusia yang berjaya.
9. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Menerangkan bagaimana murid dapat membina konsep diri yang positif.


2. Melatih murid menggunakan gaya bahasa yang positif.
3. Faktor persekitaran bukan penghalang murid untuk Berjaya.
4. Melatih murid bersikap optimis.
5. Melatih murid tangguhkan kepuasan iaitu jangan bersikap puas pada kejayaan.
6. Melatih murid berani melakukan kesilapan. IQ tinggi bukan penentu kejayaan.
10. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Membangkit semangat murid yang malas supaya rajin belajar.


2. Memberi dorongan kepada murid yang malas untuk belajar.
3. Menerangkan teori-teori dan strategi motivasi yang mudah untuk diamalkan didalam bilik
darjah.
4. Menerangkan prinsip-prinsip meningkatkan daya kreativiti dan melatih bagaimana murid dapat
mengingat dengan mudah.
5. Memahami ilmu padagogi dan gunakan strategi motivasi mendorong murid.
6. Meransang murid membina konsep diri yang positif.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

NAMA SEKOLAH : SMK UNGKU HUSIN

KOD SEKOLAH : JEE 4036

1. Nama Guru NORAINUNSAILAH BINTI JAAFAR

2. Judul Pengurus Yang Baik 3. Bidang: Pengetahuan dan


Profesional
4. Tarikh Pembacaan 8/7/2019 5. M/S : 200

6. Pengarang C.Northcote Parkinson & 6. Terbitan : PTS Publications &


M.K.Rustomji Distributors Sdn Bhd
8. Sinopsis
Sinopsis

Buku ini mengandungi 7 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang pengurus yang
berkesan ialah pandai berkomunikasi dengan staff. Seorang pengurus yang hebat mesti pandai
menjalin hubungan baik dengan pekerjanya,memahami potensi seriapm pekerjanya dan ketua mesti
mempunyai perwatakan yang baik .
Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan bagaimana pengurus boleh mencungkil bakat
setiap pekerja agar setiap individu boleh menyumbang kearah kemajuan organisasi. Seterusnya
penulis mahukan seorang pengurus mestilah sentiasa meminta pendapat staff dan menghormati
pendapatnya. Seorang pemimpin mesti berani, tidak menunjukkan kuasa, jangan mudah berpuashati
dan berfikir sebelum bertindak.

9. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas pentadbiran
dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna kerana setiap guru adalah
pemimpin, pemimpin dalam kelasnya dan pemimpin dalam organisasi sekolah.

10. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah menjadi pemimpin yang berkesan
sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

NAMA SEKOLAH : SMK UNGKU HUSIN

KOD SEKOLAH : JEE 4036

1. Nama Guru NORAINUNSAILAH BINTI JAAFAR

2. Judul Pengurusan Keselamatan 3. Bidang : Pengetahuan dan


Kebakaran Di Pejabat-Pejabat Profesional
Kerajaan dan Swasta
4. Tarikh Pembacaan 1/7/2019 5. M/S : 51

6. Pengarang Bahagian Pencegah dan 6. Terbitan : Jabatan Bomba dan


Keselamatan Kebakaran Penyelamat Malaysia, Putrajaya
8. Sinopsis:

Buku ini memberi pendedahan yang sangat berguna kepada pentadbir, pegawai, kakitangan dan
anggota mana-mana organisasi, termasuk di sekolah. Isi kandungannya lebih mudah difahami justeru
persembahan yang lebih berbentuk senaraian, carta dan ilustrasi.
Pengetahuan asas dan berciri saintifik tentang api ditunjukkan menerusi segi tiga sains kebakaran,
iaitu bahan api, haba dan oksigen. Pepatah “mencegah lebih baik daripada mengubati” akan hanya
berkesan jika disokong oleh pengetahuan tentang punca penyalaan, tindak balas kimia dan reaksi
berantai yang berlaku. Alat pemadam api yang disediakan pula hendaklah bersesuaian dengan risiko
kebakaran seperti persekitaran, kemalangan, atau perbuatan khianat. Pengetahuan tentang cara api
marak dan merebak boleh membantu pengawalan kebakaran, dan langkah bagi mengelakkan
kecederaan atau kehilangan nyawa penghuni bangunan. Segala tatacara pengungsian bangunan
(sehelai sepinggang) hendaklah dipatuhi supaya tiada sesiapa yang terperangkap. Asap tebal boleh
membunuh dalam beberapa saat, manakala api boleh marak dalam beberapa minit sahaja.

Buku ini juga menunjukkan kaedah pemadaman dengan memutuskan segi tiga kebakaran, iaitu
dengan cara melaparkan, melemaskan dan menyejukkan bahan api. Bahagian akhir buku
menampilkan audit kebakaran, pengurusan keselamatan bangunan, dan peruntukan undang-undang
yang berkenaan.
9. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
1. Asertif / tegas diri (menjaga hak diri sendiri, dan menjaga hak orang lain)
2. Autentik (ilmu pengetahuan menjadi asas kepada proses membuat keputusan)
3. Akauntabiti (bertanggungjawab terhadap elemen keselamatan)
4. Kepatuhan (mendahulukan kepentingan organisasi daripada kepentingan peribadi)
10. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Membangkitkan kesedaran tentang keselamatan sepanjang masa


2. Membimbing murid menangani risiko kebakaran ketika berada dalam bangunan
3. Memberi jalan kepada murid untuk memperoleh pengetahuan yang sah dalam sains kebakaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

NAMA SEKOLAH : SMK UNGKU HUSIN

KOD SEKOLAH : JEE 4036

1. Nama Guru NORAINUNSAILAH BINTI JAAFAR

2. Judul Membina Imaginasi Cemerlang 3. Bidang : Kaunseling – Motivasi


Diri
4. Tarikh Pembacaan 16/7/2019 5. M/S : 320

6. Pengarang Dr. Hm Tuah Iskandar Al-Haj 6. Terbitan : PTS Publications &


Distributors Sdn Bhd
8. Sinopsis:

Buku ”Membina Imaginasi Cemerlang” hasil karya DR. HM Tuah Iskandar al-Haj mempunyai 320
halaman. Antara isi menarik yang telah dipaparkan dalam buku ini adalah mengenai penggunaan otak
kita. Yang mana menurut kajian Dr. Roger Sperry dari Institut California dan Dr. Paul Maclean
mengatakan manusia cuma menggunakan potensi otak sebanyak 10% sahaja, 90% lagi hanya
menunggu untuk dikembangkan. Otak kiri dan otak kanan mempunyai fungsi yang berlainan : yang
mana sekiranya kita ingin menjadi seseorang yang boleh dianggap 'cemerlang' kita perlulah
menggunakan kesepaduan dua bahagian otak ini secara harmoni dan sempurna. Sebab itulah apabila
seseorang yang tidak hanya terlibat dalam bidang yang diceburinya boleh dianggap hebat dan
cemerlang. Dalam bukunya Dr.Tuah memberi contoh seorang yang meminati seni lukis, menceburkan
bidang dalam perakaunan sebagai kegiatan sampingan. Macam keadaan sekarang ni, seorang guru
boleh menjalankan kegiatan perniagaan sebagai kegiatan sampingan kerana dia meminati bidang itu.

9. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

DR. HM Tuah Iskandar al-Haj mengatakan bahawa “Binalah angan-angan yang cemerlang untuk
mencapai kejayaan. Beliau membimbing pembaca menjadikan angan-angan sesuatu yang berharga
dan alat untuk mencapai kecemerlangan hidup.
10. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini merupakan satu-satunya buku motivasi Melayu yang mendapat pengiktirafan antarabangsa
dan sangat sesuai bagi membantu para guru dan pelajar dalam menjadi insan yang cemerlang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Anda mungkin juga menyukai