Anda di halaman 1dari 4

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SJK (C) SUBANG Kod Sekolah : BBC8407

1. Nama Guru TEOH

2. Judul Guru Sebagai Mentor 3. Bidang : Pengetahuan


Profesionalisme
3. Tarikh Pembacaan 18.1.2020 5. Bilangan Halaman : 280

6. Nama Pengarang Salhah Abdullah

7. Sinopsis

Buku ini dapat membimbing guru menjadi mentor kepada pelajar,guru pelatih dan rakan
guru.Antara perkara menarik yang dibincangkan adalah aplikasi teori psikologi pementoran,
kemahiran mengurus pementoran dan cara mengurus program.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Guru dapat mengembangkan peranan selain mengajar malah mendidik dan menerapkan nilai
murni dan positif ke arah melahirkan insan yang berkualiti.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P

Guru memainkan peranan penting mengajar,mendidik dan seterusnya membimbing dengan


menerapkan nilai dan ilmu yang diperolehi dalam proses PdPc terutamanya di dalam kelas.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................. ...........................................
( TEOH ) ( )
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SJK (C) SUBANG Kod Sekolah : BBC8407

1. Nama Guru TEOH

2. Judul Panduan Pengurusan Disiplin Murid 3. Bidang : Kemahiran


Edisi Ke-3 Profesionalisme
3. Tarikh Pembacaan 8.2.2020 5. Bilangan Halaman :470

6. Nama Pengarang James Ang Jit Eng

7. Sinopsis

Buku ini memberi panduan praktikal kepada pembaca dan pengamal disiplin di sekolah
dengan membincangkan tajuk-tajuk penting yang berkaitan dengan pengurusan disiplin murid
berpandukan Akta Pendidikan, Ordinan-ordinan Pelajaran,buku-buku panduan disiplin, surat
siaran dan selitan kes-kes benar daripada laporan akhbar tempatan. Contoh-contoh borang
dan dokumen rasmi yang berkaitan disiplin murid turut disertakan untuk memudahkan rujukan
dibuat.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Tahap kesedaran masyarakat dan ancaman litigasi yang semakin meningkat merupakan
cabaran yang perlu dihadapi oleh para pengamal disiplin di sekolah.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P

Semua pihak yang terlibat dalam pengurusan disiplin murid perlu melengkapkan diri dengan
maklumat berkenaan tindakan-tindakan disiplin yang dibenarkan dan dilarang oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................. ...........................................
( TEOH ) ( )
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SJK (C) SUBANG Kod Sekolah : BBC8407

1. Nama Guru TEOH

2. Judul Guru Sebagai Pendorong Dalam 3. Bidang : Pengetahuan


Darjah Profesionalisme
3. Tarikh Pembacaan 16.3.2020 5. Bilangan Halaman : 310

6. Nama Pengarang Abdullah Hassan


7. Sinopsis

Bacaan wajib bagi guru-guru yang mengajar murid-murid yang malas belajar. Buku ini ditulis
bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pakar-pakar psikologi tempatan supaya
kandungan ini dapat dijadikan panduan kepada tiga kumpulan utama:
a. Guru-guru sekolah supaya mereka menjadi lebih berkesan dalam menjalankan tugas
mendorong dan mengajar.
b. Individu-individu yang bergiat dalam sektor motivasi supaya program mereka menjadi lebih
berkesan.
c. Ibu bapa supaya mereka lebih memahami faktor-faktor yang diperlukan oleh anak-anak
menjadi manusia yang berjaya.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

a. Menerangkan bagaimana murid dapat membina konsep diri yang positif.


b.      Melatih murid menggunakan gaya bahasa yang positif.
c.      Faktor persekitaran bukan penghalang murid untuk Berjaya.
d.      Melatih murid bersikap optimis.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P

a.    Membangkit semangat murid yang malas supaya rajin belajar.


b.    Memberi dorongan kepada murid yang malas untuk belajar.
c.    Menerangkan teori-teori dan strategi motivasi yang mudah untuk diamalkan di dalam bilik
darjah.
d.    Menerangkan prinsip-prinsip meningkatkan daya kreativiti dan melatih bagaimana murid
dapat mengingat dengan mudah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................. ...........................................
( TEOH ) ( )
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SJK (C) SUBANG Kod Sekolah : BBC8407

1. Nama Guru TEOH

2. Judul Psikologi Pengurusan Sekolah 3. Bidang : Pengetahuan


Profesionalisme
3. Tarikh Pembacaan 23.3.2020 5. Bilangan Halaman : 180

6. Nama Pengarang Yahya Don

7. Sinopsis

Buku ini mendasari konsep psikologi pengurusan pendidikan. Pendekatan serta aplikasi
psikologi dalam pengurusan dan kepimpinan sekolah di Malaysia menjadi topik utama buku
ini. Kefahaman tentang wujudnya kepelbagaian karakter kepimpinan dan tingkah laku guru
serta murid di sekolah merupakan faktor utama yang mampu menjadi pendorong kepada
pembentukan budaya dan persekitaran sekolah yang berkesan. Buku ini menggarap panduan
dan pendekatan psikologi pengurusan sekolah yang efektif, kaedah pengurusan sumber,
struktur organisasi dan pengagihan tugas, serta pengurusan diri guru-guru.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Hasil penyelidikan berkaitan pengalaman pengetua dan guru besar, tentang kaedah dan
pendekatan psikologi pengurusan yang diaplikasikan dapat menjadi panduan kepada
pemimpin dan bakal pemimpin sekolah. Perkara ini penting bagi mendepani kepelbagaian
karenah dan masalah.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P

Penyelesaian masalah melalui gaya pengurusan psikologi mampu menghasilkan natijah yang
positif tanpa menjejaskan prestasi guru dan pelajar sekolah. Buku ini dapat membantu dan
menjadi panduan praktis kepada pemimpin sekolah, guru-guru, pelajar dan ibu bapa yang
berminat mendalami ilmu pengurusan psikologi ke arah memartabatkan pendidikan dan
pengurusan sekolah di Malaysia.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................. ...........................................
( TEOH ) ( )

Anda mungkin juga menyukai