Anda di halaman 1dari 5

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SERI KEMBAR, BENUT Kod Sekolah: JBA6048

1. Nama Guru SITI ZAHIRAH BINTI A. RAZAK

3. Bidang: KEROHANIAN DAN


2. Judul BICARALAH YANG BAIK ATAUPUN
SAHSIAH DIRI
DIAM
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis

“Gunakan mata dan telinga untuk melihat serta mendengar terlebih dahulu sebelum berkata-kata.
Jika tidak perlu bercakap, maka lebih baik diam sahaja.” - Ibnu Qayyim Al-Jauziyah Kita juga
hendaklah berbicara sekadar yang perlu kerana banyak bercakap, khuatir sekiranya diibaratkan
seperti tin yang kosong, nyaring bunyinya. Kata-kata ini bermaksud orang yang banyak bicaranya,
namun tidak memberi manfaat kepada yang mendengarnya. Sepasang mata, sepasang telinga,
dan satu mulut yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. ini juga supaya kita lebih banyak mendengar
dan melihat berbanding bercakap. Gunakan amanah Allah s.w.t. ini dengan sempurna.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Antara nilai pengetahuan yang saya dapati daripada buku ini adalah :
 meniru gaya Nabi Muhammad SAW ketika berbicara
 meneladani empat sifat Nabi Muhammad SAW
 menggunakan konsep REACH
 menggunakan bahasa yang sederhana, ringkas dan padat
 memahami audien, mengetahui rahsia kejayaan komunikasi Nabi Muhammas SAW dan
gaya bicara Rasulullah SAW

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Melalui buku ini, saya mempelajari cara-cara untuk :


 membentuk peribadi yang baik melalui ucapan
 berucap dengan jelas, sistematik dan mudah
 menjadi pembicara yang baik
 bercakap ketika sedang marah, kesal dan benci
 berdebat dan membantah secara baik

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SERI KEMBAR, BENUT Kod Sekolah: JBA6048

1. Nama Guru SITI ZAHIRAH BINTI A. RAZAK

3. Bidang: KEROHANIAN DAN


2. Judul SIAPA LEBIH UTAMA, WANITA
SAHSIAH DIRI
DUNIA ATAU BIDADARI SYURGA
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis

Syurga adalah dambaan semua manusia tidak kira orang beriman ataupun tidak. Oleh sebab
syurga ini menjadi dambaan seluruh manusia, Allah s.w.t. banyak menceritakan mengenai
nikmat-nikmat syurga yang tidak tercapai dek akal fikiran manusia. Bidadari-bidadari syurga yang
cantik menawan akan mendampingi orang yang beriman di syurga kelak. Maka bagi isteri orang
yang beriman, timbul persoalan, siapakah yang lebih utama, wanita dunia ataupun bidadari
syurga yang akan mendampingi suami mereka di syurga kelak? Di dalam buku ini ada
perbahasannya. Buku ini bukan sekadar membincangkan topik ini, malah didatangkan juga
sebanyak 52 topik yang berbentuk soalan unik yang sangat menarik untuk dibaca. Penyampaian
yang santai namun ilmiah menjadikan ia bacaan yang menarik untuk dibaca. Topik-topik ini
mungkin menjadi salah satu persoalan yang mungkin sudah lama bermain di fikiran kita, namun
tiada jawapannya. Antara topik yang dibincangkan dalam buku ini adalah seperti Adakah Ajal
Boleh Ditangguhkan, Adakah Jasad Penghafal al-Quran Tidak akan Dimakan oleh Tanah,
Adakah Dosa Dalam Ramadhan Digandakan dan Adakah Wanita atau Lelaki yang Paling Ramai
di Syurga?

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Antara nilai pengetahuan yang saya dapati daripada buku ini adalah :
 nikmat syurga yang diberikan oleh Allah SWT
 persediaan menghadapi kematian
 amalan-amalan yang boleh dilakukan untuk menghuni syurga

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Melalui buku ini, saya mempelajari cara-cara untuk :


 menjadi wanita yang baik, boleh diaplikasikan di dalam organisasi, iaiti bagaimana
menjadi seorang pekerja dan guru muslimah yang berakhlak terpuji
 meletakkan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT dalam apa jua pekerjaan

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )
Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SERI KEMBAR, BENUT Kod Sekolah: JBA6048

1. Nama Guru SITI ZAHIRAH BINTI A. RAZAK


MENDORONG ANAK SUKA
2. Judul 3. Bidang: PENGETAHUAN
MEMBACA
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak. Dibeli pelbagai alatan, permainan, dan buku
semata-mata mahukan anaknya menguasai ilmu-ilmu penting untuk berjaya di dalam dunia.
Sedangkan, setiap anak-anak itu unik dan berbeza cara mereka belajar. Oleh itu, keperluan
mereka adalah berbeza-beza. Meskipun berlainan, terdapat satu persamaan yang boleh kita titik
beratkan; iaitu mendidik mereka dalam keadaan yang lebih semula jadi dan menyihatkan. Aktiviti
membaca yang menyihatkan adalah apabila ibu bapa dan anak sama-sama teruja dan seronok
sepanjang proses membaca. Membaca yang menyihatkan juga diukur melalui sejauh mana ibu
bapa dan anak saling suka dan meraikan kehadiran masing-masing dalam aktiviti tersebut.
Terdapat satu perkara penting yang perlu kita titik beratkan semasa mahu memulakan program
membaca dengan anak. Pastikan setiap yang kita lakukan itu membawa makna dan
meninggalkan saat-saat menyeronokkan dalam kehidupan anak kita. Apabila anak kita tidak
sabar mahu dibacakan cerita atau bertanyakan apa yang tertulis di papan tanda dan label
makanan, itu tandanya dia mula melihat membaca itu menyeronokkan dan ada kegunaannya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Antara nilai pengetahuan yang saya dapati daripada buku ini adalah :
 membudayakan aktiviti membaca di rumah
 menjadikan teknologi sebagai kawan bukan lawan
 bercerita dengan membaca buku (night reading)

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Melalui buku ini, saya mempelajari cara-cara untuk :


 mengajar anak-anak agar menyukai aktiviti membaca, boleh diaplikasikan kepada murid-
murid di sekolah
 menggalakkan anak-anak membaca dengan menggunakan buku cerita, boleh
diaplikasikan kepada murid-murid dengan menggalakkan mereka membaca buku cerita

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SERI KEMBAR, BENUT Kod Sekolah: JBA6048

1. Nama Guru SITI ZAHIRAH BINTI A. RAZAK

2. Judul RETIRE YOUNG RETIRE RICH 3. Bidang: PENGETAHUAN

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis

Retire Young Retire Rich adalah tentang bagaimana Robert T. Kiyosaki dan isterinya, Kim
Kiyosaki, memulakan kehidupan daripada sifar sehingga akhirnya mereka bersara tanpa
sebarang beban kewangan. Proses tersebut mengambil masa kurang daripada sepuluh tahun.
Ketahuilah bagaimana kita juga dapat melakukan perkara yang sama. Sekiranya kita tidak
bercadang untuk bekerja keras sepanjang hayat, bacalah buku ini. Pilihlah untuk bersara semasa
usia muda sebagai orang kaya. Robert Kiyosaki mencabar dan mengubah cara puluhan juta
manusia berfikir tentang wang. Beliau sering membawa pandangan yang bertentangan dengan
amalan lazim, sehingga beliau terkenal sebagai seorang yang berterus-terang, kasar dan berani.
Beliau terkenal di seluruh dunia sebagai pejuang pendidikan kewangan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Antara nilai pengetahuan yang saya dapati daripada buku ini adalah :
 bagaimana hendak menjadi kaya dan bersara muda
 bagaimana kita dapat bersara awal?
 bagaimana untuk kurang bekerja dan mendapat lebih pendapatan

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Melalui buku ini, saya mempelajari cara-cara untuk :


 membuat perancangan dan persediaan sebelum bersara
 menguruskan pendapatan dan perbelanjaan kewangan sebelum bersara

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SERI KEMBAR, BENUT Kod Sekolah: JBA6048

1. Nama Guru SITI ZAHIRAH BINTI A. RAZAK

2. Judul VAKSIN 3. Bidang: KESIHATAN

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis

Sejak Covid wujud di dunia, topik vaksin sentiasa menimbulkan tanda tanya. Ada banyak
dakwaan-dakwaan yang timbul. Melalui buku ini, penulis yang pernah terlibat secara langsung
dengan pembuatan ubat-ubatan dan vaksin, menjelaskan hakikat sebenarnya. Vaksin
mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau
bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk meransang
sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan
penyakit khusus.Pada hari ini, kebanyakan vaksin adalah dalam bentuk kombinasi; iaitu beberapa
jenis vaksin digabungkan dalam satu suntikan agar kanak-kanak mendapat perlindungan
terhadap beberapa jenis penyakit dengan hanya satu suntikan. Ia menjadikan pemberian vaksin
lebih praktikal dan kurang menyakitkan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Antara nilai pengetahuan yang saya dapati daripada buku ini adalah :
 apa itu vaksin?
 sejarah vaksin
 proses pembuatan vaksin
 kandungan vaksin: bahan asli ataupun bahan kimia?
 bahan utama dalam penghasilan vaksin
 vaksin dan teori konspirasi
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Melalui buku ini, saya mempelajari :


 definisi vaksin, boleh diterangkan kepada murid-murid
 proses pembuatan dan kandungan vaksin, boleh diterangkan kepada murid kepentingan
mengambil vaksin
 vaksin dan pembangunan negara

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai