Anda di halaman 1dari 6

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

NAMA SEKOLAH : SK SUNGAI KARANG KOD SEKOLAH: CBA4004

1. Nama Guru Sayed Hasrul Izwan Bin Sayed Hashim

2. Judul Indahnya Hidup Bersyariat 3. Bidang :

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa :

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis
ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat
(fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan
pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga)
serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Setiap inci kehidupan yang mengikut syariat Islam pasti mendapat pahala dan menjadi manfaat
semua pihak.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Ilmu dan adab dalam syariat Islam membantu guru dan murid menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran dengan harmoni, hormat-menghormati, berpahala dan lebih berkesan serta bermanfaat
dalam banyak aspek.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

( SAYED HASRUL IZWAN BIN SAYED HASHIM)


Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

NAMA SEKOLAH : SK SUNGAI KARANG KOD SEKOLAH: CBA4004

1. Nama Guru Siti Noor Binti Ibrahim

2. Judul Panduan Menjadi Ibu Bapa 3. Bidang : Kaunseling


Cemerlang
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa :

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis
- Buku ini menekankan tentang panduan bagaimana menjadi ibu bapa yang cemerlang.
- Ia mengupas lebih lanjut tentang tanggungjawab ibu bapa yang perlu dilaksanakan.
- Buku ini juga menerangkan tentang beberapa kesalahan yang perlu dielakan oleh ibu bapa sebagai
contoh mendedahkan aib pasangan di hadapan anak-anak, memungkir janji, bercakap bohong,
kurang memuji dan sebagainya.
- Selain itu buku ini juga menekankan tentang bagaimana menjadi ibu bapa yang islamik dalam
semua aspek.
- Keistimewaan buku ini ialah pengarang memberi beberapa idea dan amalan kepada ibu bapa
berdasarkan Al- Quran bagi melahirkan anak yang cemerlang.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Dapat memberi banyak panduan menjadi ibu bapa yang cemerlang.


- Melahirkan pelbagai kaedah dalam mendidik anak-anak yang cemerlang di dunia dan di
akhirat.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

- Dapat berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.


- Sebagai satu motivasi kepada pembaca yang boleh diselitkan dalam P&P.
- Dapat dijadikan bahan ceramah dan input dalam membimbing individu dan kelompok.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

( SITI NOOR BT IBRAHIM)


Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

NAMA SEKOLAH : SK SUNGAI KARANG KOD SEKOLAH: CBA4004

1. Nama Guru Umi Kalsum Binti Adon

2. Judul Petua Mendidik Anak Menjadi 3. Bidang : Motivasi


Insan Positif
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa :

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-
anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu
cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak
mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata “Mendidik anak-anak
bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor keturunan amat
penting dalam menentukan sifat generasi akan datang.
Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak positif.
Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan kerohanian yang
dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan aplikasi sosiologi yang
dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk melahirkan anak-
anak yang cemerlang dan berjiwa positif. Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan Islam
kerana jiwa positif akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu cemerlang,
ibu bapanya haruslah cemerlang dahulu kerana “ bagaimana acuan begitulah kuihnya”.
“Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang menjadikannya
sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi” maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah
tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di
usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di
samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya
dengan nilai keagamaan dan moral.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(UMI KALSUM BINTI ADON)


Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

NAMA SEKOLAH : SK SUNGAI KARANG KOD SEKOLAH: CBA4004

1. Nama Guru Wan Zuraida Bt Wan Ibrahim

2. Judul Makna BAHARU Perubahan 3. Bidang : Pengetahuan Profesional


Pendidikan
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa :

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini mengandungi segala info tentang perubahan dalam pendidikan. Sebanyak 3 bahagian
dimuatkan dan setiap bahagian dihuraikan dengan jelas, langkah demi langkah. Antara contoh
bahagian yang dimuatkan oleh penulis adalah perubahan pendidikan pada peringkat
tempatan,bermula dari guru sehinggalah kepada pentadbir daerah. Bagi setiap bahagian, penulis akan
memuatkan gambaran keseluruhan perubahan yang yang berlaku. Seterusnya proses perubahan pada
peringkat wilayah negara turut disertakan bersama bagi memahami lebih erti BAHARU perubahan
pendidikan

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Selepas membaca buku ini saya dapati bahawa terdapat perubahan yang berlaku dalam dunia
pendidikan. Maka, saya perlu mengubah cara pengajaran dan pembelajaran yang agar sesuai dengan
perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Beberapa budaya dan amalan yang dimuatkan dalam
buku ini perlu saya cuba di dalam P&P saya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Terdapat banyak strategi yang boleh saya aplikasikan di dalam P&P. Antara yang paling menarik
minat saya adalah bagaimana untuk menjadikan proses pembelajaran untuk murid supaya lebih
sempurna dengan memahami hakikat perubahan tersebut. Dalam strategi ini saya dapat meneliti cara
untuk membantu murid menjadi lebih berani menanyakan soalan. Selain itu saya juga boleh
menggalakkan pembelajaran secara bebas. Dalam strategi ini saya dapat memupuk sifat
tanggungjawab murid bagi menentukan pembelajarannya sendiri.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(WAN ZURAIDA BT WAN IBRAHIM)

Anda mungkin juga menyukai