Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KG BARU, KAPIT Kod Sekolah: YBB7123

1. Nama Guru
MOHD FARID BIN MOHD SA’AALGHANI
PENDEKATAN INKUIRI DAN TEKNIK
PENYOALAN TERBUKA GURU : ISU
2. Judul DAN PERLAKSANAANNYA DALAM 3. Bidang: SAINS
PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KIMIA
4. Tarikh Pembentangan 18/05/2021 5. Masa: 9.00 AM

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Pembelajaran inkuiri-penemuan merupakan salah satu kaedah pembelajaran berpusatkan


pelajar yang digunakan di sekolah. Inkuiri penemuan menekankan konsep pencarian maklumat,
memberi soalan dan seterusnya menyiasat fenomena yang berlaku di sekeliling. Pendekatan
pembelajaran ini mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Kertas konsep ini
membincangkan pelaksanaan pendekatan pembelajaran inkuiri-penemuan dalam pendidikan
sains di kalangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG). Perbincangan ini menerangkan
kepentingan pelaksanaan pembelajaran inkuiri dalam pendidikan sains. Turut di nyatakan ialah
peranan guru bagi meningkatkan pelaksanaan pembelajaran inkuiri dalam pendidikan sains.
Beberapa isu pelaksanaan pembelajaran inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains yang
dihadapi oleh guru pelatih telah dibincangkan dan dikupas dalam kertas konsep ini. Kertas
konsep ini juga membincangkan beberapa cadangan bagi meningkatkan keberkesanan
perlaksanaan pendekatan inkuiri-penemuan terutamanya dalam kontek guru pelatih dalam
pendidikan sains di Malaysia. Kaedah pembelajaran inkuripenemuan ini diharapkan dapat
meningkatkan keberkesanan pendidikan sains di sekolah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

 Pembelajaran inkuiri-penemuan dapat memberikan pemahaman kepada pelajar dalam


memahami sesuatu konsep sains.
 Guru seharusnya dilengkapi dengan pengetahuan berkenaan kaedah pengajaran
berasaskan inkuiri-penemuan.
 Pendedahan kaedah pengajaran berasaskan inkuiri perlu dilakukan bagi memastikan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tidak membosankan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

 Guru-guru perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan pembelajaran Inkuiri


yang berkesan.
 Guru harus sedar dan prihatin akan tanggungjawab mereka bagi memastikan kualiti
pengajaran dan pembelajaran sains sentiasa ditingkatkan.
 Melalui usaha yang gigih daripada guru, pembelajaran inkuiri dalam pendidikan sains
mampu dilaksanakan dengan berkesan,untuk itu ilmu dan pendedahan awal perlu
dibekalkan sepenuhnya terhadap guru pelatih dalam memastikan kaedah pembelajaran
ini akan berjaya dilaksanakan dengan berkesan apabila guru-guru pelatih ini ditempatkan
disekolah kelak

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHD FARID BIN MOHD SA’AALGHANI ) (
)

Anda mungkin juga menyukai