Anda di halaman 1dari 6

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK WAN SULAIMAN SIDIQ Kod Sekolah: KBA 2012

1. Nama
NOORFAINI BINTI MD DAUD

GURU SEBAGAI PENDORONG 3. Bidang:


2. Judul
DALAM DARJAH PENDIDIKAN

4. Tarikh Pembentangan 15 FEBRUARI 2021 5. Masa: 10.00 PAGI

6. Tempat Pembentangan
BILIK GURU BESAR
7. Sinopsis

Buku ini adalah bacaan wajib bagi guru-guru yang mengajar murid-murid yang malas belajar.

Setiap guru mengetahui mereka perlu mendorong murid-murid mereka supaya rajin belajar dan
menjadi individu-individu yang baik peribadinya apabila dewasa nanti. Mereka juga sudah
berusaha bagi menjalankan tugas itu dengan niat yang baik dan penuh semangat. Tetapi apabila
sekolah perlu mengadakan program motivasi oleh pakar luar, menandakan guru-guru di sekolah
itu tidak menjalankan tugas mendorong murid-murid mereka dengan cara yang berkesan.
Pakar-pakar motivasi dari luar datang sekali bagi menyampaikan sesinya, kemudian
mereka tidak datang lagi, oleh yang demikian mereka tidak mungkin dapat mendorong murid
dengan berkesan disebabkan proses mendorong murid tidak dapat dilakukan sekali, sebaliknya ia
adalah proses yang perlu dilakukan sepanjang masa bagi setiap murid.
Program motivasi bukan hanya tidak berkesan malah ia adalah mahal, terutamanya bagi
ibu bapa yang kurang berada, khususnya ibu bapa di kawasan luar bandar. Program-program
motivasi bagi murid-murid sekolah adalah fenomena baru di negara ini di mana ia bermula sejak
lewat tahun 70-an dan menjadi popular pada tahun 90-an. Selepas itu, seperti cendawan tumbuh
pada musim hujan, negara menyaksikan begitu ramai individu-individu yang digelar pakar-pakar
motivasi dan syarikat-syarikat swasta yang mengendalikan program-program motivasi.
Perkataan motivasi disukai oleh guru-guru dan ibu bapa tetapi ia sering kali ditakuti oleh murid-
murid sekolah. Mereka mengalami perasaan takut apabila guru memberitahu pihak sekolah
mengadakan program motivasi bagi murid-murid. Mereka juga takut apabila ibu bapa mereka
memberitahu mereka dihantar mengikuti kem motivasi.
Murid-murid sekolah mengaitkan sesi motivasi dengan pelbagai pengalaman negatif dan
menyakitkan jiwa. Mereka mengaitkannya dengan pengalaman dikritik, di marah, dinasi-hati,
dipaksa dan seumpamanya oleh motivator-motivator yang mengendalikan program itu.
Tanggapan negatif murid-murid sekolah pada perkataan motivasi itu bukanlah tanpa
asasnya. Tidak dapat dinafikan majoriti sesi motivasi yang dijalankan bagi murid-murid sekolah
menggunakan teknik-teknik yang salah sehingga menimbulkan kesan psikologi yang negatif
kepada murid-murid itu.
Majoriti mereka yang digelar pakar motivasi itu tidak mempunyai latar belakang ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan sains motivasi bagi melayakkan mereka menggunakan
gelaran itu, oleh sebab yang demikian mereka tidak berupaya menggunakan sebarang teori
motivasi dalam aktiviti mereka. Inilah punca utama mengapa aktiviti memotivasikan murid-murid
sekolah dipenuhi dengan isi kandungan yang menimbulkan kesan-kesan negatif pada jiwa murid-
murid yang mengikutinya.
Masyarakat sendiri tidak mengetahui sains motivasi adalah sains yang sudah lama diterokai
oleh pakar-pakar psikologi, iaitu semenjak tahun 40-an lagi. Daripada sudut yang lain, pakar-
pakar psikologi negara ini, yang berada di universiti-universiti tempatan, tidak muncul ke depan
dan menerangkan kepada masyarakat apa yang dikatakan teori-teori dan teknik-teknik motivasi.
Akhirnya kekosongan ini diisi oleh individu-individu yang pandai bercakap tetapi tidak mempunyai
pengetahuan dalam bidang sains motivasi itu sendiri.

8.
Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1.   
2.     1. Melatih murid menggunakan gaya bahasa yang positif.
3.     2. Faktor persekitaran bukan penghalang murid untuk Berjaya.
4.     3. Melatih murid bersikap optimis.
5.     4.  Melatih murid tangguhkan kepuasan iaitu jangan bersikap puas pada kejayaan.
6.     5. Melatih murid berani melakukan kesilapan. IQ tinggi bukan penentu kejayaan.

9.
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. 1. Membangkit semangat murid yang malas supaya rajin belajar.


2. 2. Memberi dorongan kepada murid yang malas untuk belajar.
3. 3. Menerangkan teori-teori dan strategi motivasi yang mudah untuk diamalkan didalam bilik
4. darjah.
5. 4. Menerangkan prinsip-prinsip meningkatkan daya kreativiti dan melatih bagaimana murid dapat
6. mengingat dengan mudah.
7. 5. Memahami ilmu padagogi dan gunakan strategi motivasi mendorong murid.
8. 6. Meransang murid membina konsep diri yang positif.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Nooraini ........................................................
( NOORAINI BINTI MD DAUD ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:SK WAN SULAIMN SIDIQ Kod Sekolah: KBA 2012

1. Nama
NOORAINI BINTI MD DAUD
3. Bidang:
PENGURUSAN BIMBINGAN DAN
2. Judul KAUNSELING PENGETAHUAN
PROFESIONAL

4. Tarikh Pembentangan 16 MAC 2021 5. Masa: 10.00 PAGI

6. Tempat Pembentangan
BILIK GURU BESAR
7. Sinopsis

  Buku ini mengandungi  12 bab, dimulai dengan Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia
dan diikuti dengan teori-teori kaunseling. Pembaca akan mendapat pengetahuan bagaimana
menjalankan Kaunseling Individu dan Kelompok serta Penyediaan Inventori dan Rekod.

            Masalah disiplin berlaku kerana berlaku konflik dan tekanan dalam diri pelajar.
Pengurusan konflik secara berkesan dijangka dapat mengubah tingkah laku pelajar ke arah yang
lebih baik berdasarkan norma-norma yang diterima masyarakat..
          Bimbingan secara berkesan dapat melahirkan pemimpin yang berkesan.Ia juga boleh
mewujudkan komunikasi berkesan ke arah Budaya Cemerlang di sekolah.

          Pengurusan stress secara berkesan pula  dapat mewujudkan iklim pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kerana pelajar dan guru dapat melaksanakan tanggung jawab
masing-masing tanpa tekanan dan melaksanakan kerja dengan gembira
         

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku  ini memberi pengetahuan kepada  para guru meningkatkan ilmu dalam bidang psikologi
pendidikan
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini memberi kemahiran kepada para guru mengurus masalah pengajaran dan pembelajaran
para pelajar dan juga masalah peribadi serta peluang melanjutkan pelajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Nooraini ........................................................
( NOORAINI BINTI MD DAUD ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK WAN SULAIMAN SIDIQ Kod Sekolah: KBA 2012

1. Nama Guru
NOORAINI BINTI MD DAUD
3. Bidang:
2. Judul PENGETAHUAN DAN
PENGURUS YANG BAIK
PROFESIONAL
4. Tarikh Pembentangan 7 APRIL 2021 5. Masa: 10.00 PAGI

6. Tempat Pembentangan
BILIK GURU BESAR
7. Sinopsis

          Buku ini mengandungi  7 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang pengurus yang
berkesan ialah pandai berkomunikasi dengan staff. Seorang pengurus yang hebat mesti pandai
menjalin hubungan baik dengan pekerjanya,memahami potensi seriapm pekerjanya dan ketua
mesti mempunyai perwatakan yang baik .
          Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan  bagaimana pengurus boleh mencungkil
bakat setiap pekerja agar setiap individu boleh menyumbang kearah kemajuan organisasi.
Seterusnya penulis mahukan seorang pengurus mestilah sentiasa meminta pendapat staff dan
menghormati pendapatnya. Seorang pemimpin mesti berani, tidak menunjukkan kuasa, jangan
mudah berpuashati dan berfikir sebelum bertindak.
                                                                                                                              
           

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1.   Buku  ini memberi pengetahuan kepada  para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna kerana
setiap guru adalah pemimpin, pemimpin dalam kelasnya dan  pemimpin dalam organisasi
sekolah.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

 Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah  menjadi pemimpin yang
berkesan sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Nooraini ........................................................
( NOORAINI BINTI MD DAUD ) ( )

Anda mungkin juga menyukai