Anda di halaman 1dari 7

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Parit Lapis Kod Sekolah: JBA0029

1. Nama Guru Cik Vinohthini a/p Ramasamy

Kemahiran Interpersonal 3. Bidang: Amalan Dan Nilai


2. Judul
Untuk Guru Profesionalisme Keguruan
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini merupakan panduan komunikasi interpersonal yang praktikal yang disertakan
beberapa contoh dengan menggunakan bahasa yang mudah.
Terdapat banyak panduan yang merangkakan dengan jelas prinsip dan teknik
komunikasi interpersonal untuk kegunaan guru-guru di dalam bilik darjah. Antara teknik
yang perlu dikuasai ialah mendengar yang lebih baik, bercakap dengan lebih tegas,
berucap dengan lebih menarik mengamalkan empati, mengkritik dengan lebih berkesan,
memuji secara ikhlas, memahami bahasa bukan lisan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Antara pengetahuan dan pengajaran yang diperolehi ialah:


• Kemahiran komunikasi interpersonal yang lebih berkesan.
• Menguasai pelbagai teknik untuk mengawal situasi dalam kelas
• Dapat mewujudkan suasana komunikasi dua hala yang baik antara pelajar.
• Dapat mengubah sikap dan tingkahlaku
• Meningkatkan keyakinan diri menghadapi tiingkahlaku yang rencam.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Intipati buku ini dapat diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas khususnya. Dengan mengusai beberapa teknik komunikasi, guru akan lebih
berkeyakinan, dekat dan memahami pelajar seterusnya mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang baik bagi melahirkan modal insan yang berkualiti.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

....................................................... .......................................................
( Vinohthini a/p Ramasamy ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Parit Lapis Kod Sekolah: JBA0029

1. Nama Guru Cik Vinohthini a/p Ramasamy

Strategi Pengajaran Guru 3. Bidang: Pengetahuan


2. Judul
Cemerlang Profesionalisme
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini merupakan himpunan makalah yang dipecahkan kepada tiga segmen iaitu
kaedah pengajaran , kajian empiris dan esei pendidikan. Melalui segmen kaedah
pengajaran, terdapat pelbagai input baharu kepada pendidik terutamanya kepelbagai
teknik dan kaedah pengajaran hasil idea guru-guru cemerlang bagi menangani pelajar
yang memiliki latar belakang yang rencam. Antara kupasan yang menarik ialah : “Guru
Kreatif Pelajar Aktif dalam Pengajaran Bahasa Melayu”. Terdapat pelbagai contoh modul
dapat dijadikan pencetus idea dalam proses PnP. Menerusi segmen kajian pula
merupakan kajian empirikal yang dapat dijadikan prototaip kepada kajian yang ingin
dilakukan oleh guru bagi meningkatkan status akademik dan menjadi pemangkin kepada
penciptaan kaedah pengajaran yang lain. Segmen esei pula, mengemukakan makalah
yang melihat isu pendidikan secara lebih menyeluruh. Keseluruhannya, bahan ini
merupakan dokumentasi dari pelbagai topik yang dapat dikecapi isi kandungan oleh
guru, pelaksana dasar, mahupun pembuat dasar bagi memberikan corak pendidikan
yang lebih dinamik menerusi usaha yang lebih proatif daripada semua pihak.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Antara nilai pengetahuan yang mampu digarap ialah


• Kemahiran pengurusan proses pengajaran dan pembelajaran
• Menjana minda berfikiran lebih kritis dan kreatif
• Memangkin penciptaan kaedah pengajaran yang lebih berkesan
• Merangsang pembangunan material dan akal fikir agar dapat memartabat profesion

perguruan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Bahan ini dapat dijadikan panduan guru untuk mempertingkatkan mutu pengajaran.
Himpunan pelbagai variasi segmen terutamanya kaedah pengajaran dan pembelajaran
dapat dijadikan input untuk mencerna idea baharu dan mempelbagaikan kaedah
pengajaran bagi menarik minat pelajar belajar disamping merangsang pelajar
mengaktifkan pemikiran dan potensi akal serta membuka ruang kreatitiviti ke tahap yang
maksimum disamping meningkatkan mutu dan memartabatkan profesion perguruan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

....................................................... .......................................................
( Vinohthini a/p Ramasamy ) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Parit Lapis Kod Sekolah: JBA0029

1. Nama Guru Cik Vinohthini a/p Ramasamy

Pedagogi untuk Pengajaran 3. Bidang: Pengetahuan


2. Judul
dan Pembelajaran Profesionalisme
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini mengandungi bahan rujukan yang lengkap dalam bidang model dan proses
pengajaran, stragtegi pengajaran dan pembelajaran, kaedah dan teknik mengajar,
perancangan pelajaran, penilaian pendidikan serta pengurusan bilih darjah. Pedagogi
merupakan suatu bidang ilmu pendidikan yang terpenting untuk dikaji dan dipelajari oleh
guru-guru supaya dapat menguasai kemahiran-kemahiran dan teknik-teknik yang
berlandaskan teori pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Penguasan
kemahiran mengajar ini merupakan syarat yang mutlak untuk membantu guru
menjalankan tugasnya dengan berkesan serta kecekapan secara profesional.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

a. ikhlas
b. prihatin
c. bertimbang rasa
d. bekerja sama
e. mementingkan masa
f. boleh dipercayai
g. bertanggungjawab
h. berdisiplin diri

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Kebanyakan kandungan buku ini sesuai digunakan sebagai bahan rujukan. Dengan
bahan-bahan komprehensif yang terkandung dalam buku ini, para pendidik dapat
menggunakannya sebagai buku rujukan utama untuk menguasai ilmu pengetahuan dan
kemahiran pengurusan bidangnya dengan mencapai tahap kecemerlangan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

....................................................... .......................................................
( Vinohthini a/p Ramasamy ) ( )
Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Parit Lapis Kod Sekolah: JBA0029

1. Nama Guru Cik Vinohthini a/p Ramasamy

3. Bidang: Amalan Dan Nilai


2. Judul Guru Sebagai Mentor
Profesionalisme Perguruan
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini dapat membimbing guru menjadi mentor kepada pelajar, guru permulaan, guru
pelatih dan rakan guru. Antara perkara menarik yang dibincangkan adalah aplikasi teori
psikologi dalam pementoran, kemahiran mengurus pementoran dan cara mengurus
program. Jelas semua orang perlukan mentor dan semua orang juga perlu menjadi
mentee untuk menjadi orang yang berjaya. Proses belajar dan mengajar adalah
kesinambungan kepada hidup yang bermakna. Mentor tidak semestinya daripada
kalangan guru. Namun jika guru berperanan sebagai mentor yang efektif, sudah tentu ia
dapat mewarnakan kehidupan mentor sebagai pembimbing, pendorong, kaunselor,
penasihat dan jurulatih. Garapan idea bagi memupuk nilai-nilai murni juga dikupas untuk
rujukan mentor. Buku ini dapat menghidupkan kembali budaya mendidik yang bukan
hanya sekadar mengajar menulis, membaca dan mengira (3M), malah ditambah dengan
menerapkan nilai akhlak dan moral. Unsur penerapan nilai merentasi kurikulum di
sekolah lebih efektif dengan adanya proses pementoran. Buku ini membawa pendekatan
tradisional dan humanistik bagi menarik perhatian guru kepada pementoran. Buku ini
juga menyediakan panduan merancang, mengurus pelaksanaan program mentor
mentee.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Guru dapat mengembangkan peranan selain mengajar malah mendidik dan menerapkan
nilai murni dan positif ke arah melahirkan insan yang berkualiti. Guru juga dapat
meneruskan proses belajar dan mengajar bagi menjamin hidup yang lebih bermakna.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Guru memainkan peranan penting mengajar, mendidik dan seterusnya membimbing


dengan menerapkan nilai dan ilmu yang diperolehi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran terutamanya di dalam kelas. Guru juga boleh mengunapakai teori
psikologi yang terdapat dalam buku untuk diaplikasikan dalam PnP.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

....................................................... .......................................................
( Vinohthini a/p Ramasamy ) ( )
Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Parit Lapis Kod Sekolah: JBA0029

1. Nama Guru Cik Vinohthini a/p Ramasamy

3. Bidang: Amalan Dan Nilai


2. Judul Guru Sebagai Fasilitator Profesionalisme Keguruan
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini merupakan panduan untuk jurulatih, fasilitator, mentor dan guru meningkatkan
kualiti pengajaran dan kemahiran dalam proses memudah cara di dalam kelas. Turut
dipaparkan ialah 60 modul terpilih bagi membantu fasilitator menjalankan aktiviti latihan
dalam Kumpulan (LDK). Modul ini menjadi panduan kepada guru-guru dan modul
disusun secara fleksibel yang boleh diubahsuai bagi memenuhi objektif program.
Susunan aktiviti dalam kumpulan yang disediakan memberi peluang para pendidik
mengaplikasikan proses pembelajaran kontekstual secara koperatif dan kolaboratif di
kalangan pelajar. Aktiviti seperti simulasi, main peranan dan permainan sebagai
penggerak kepada proses pembelajaran bermakna. Buku ini juga memberi panduan bagi
melestarikan motivasi serta meningkatkan tahap kecekapan profesionalisme dalam
menangani kerenah pelajar.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Antara pengetahuan yang mampu digarap ialah

• Memupuk dan menerapkan nilai


• Kemahiran pengurusan diri dan pembelajaran
• Menjana minda bagi melahirkan pelajar berfikiran kritis dan kreatif

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Modul ini dapat memberi idea, inspirasi, semangat dan keyakinan diri kepada guru dan
fasilitator mengendalikan aktiviti bimbingan disamping dapat mengaitkan teori dengan
situasi praktikal yang bersifat kontekstual. Modul ini dapat memantapkan kebolehan diri
guru dan fasilitator sebagai pendidik yang mampu melestarikan motivasi sendiri dan
orang lain serta dijadikan panduan kepada pengurus, pentadbir dan pelaksana
pendidikan yang inginkan budaya permuafakatan dalam kalangan pendidik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

....................................................... .......................................................
( Vinohthini a/p Ramasamy ) ( )

Anda mungkin juga menyukai