Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK BAWANG TIAN, MATU Kod Sekolah: YBB6409

1
Nama Guru ABU BAKAR SIDI BIN MOHAMED RASHID
.

2
Judul Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian 3. Bidang: Kemahiran Profesionalisme
.
4
Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -
.
6
Tempat Pembentangan -
.
7 Sinopsis
.
Tema buku ini adalah berkaitan dengan perlunya semua warga kerja pendidikan bersedia dan menerima perubahan
akibat daripada perubahan-perubahan yang berlaku dalam pelbagai bidang seperti sosial, politik, ekonomi dan
teknologi. Perubahan ini menjanjikan masa depan yang tidak menentu dan keadaan dunia sekarang yang dianggap
sebagai global village begitu memerlukan kita bersedia menghadapi pelbagai bentuk persaingan dengan negara-negara
luar. Justeru, kita perlu meramal apakah yang akan berlaku pada masa akan datang dan mengubah sikap ”asal buat”
atau ”asal siap” dan digantikan dengan budaya kerja cemerlang yang bersendikan ilmu dan
akhlak. Pengarang cuba mengajak para pembaca memikirkan bagaimana kita sebagai bangsa Malaysia yang dianggap
kerdil mampu bersaing dengan negara-negara kuasa besar. Dalam buku ini juga, ada membincangkan bagaimana jika
kita terus berpegang kepada pengurusan pendidikan cara tradisional akan menyebabkan kita terus ketinggalan.
Sebenarnya, apa yang hendak ditekankan ialah usaha kita membina bangsa Malaysia yang maju bukan sahaja dari
segi pembangunan malahan seimbang dari segi keharmonian rohani, jasmani dan emosi serta berketrampilan sesuai
dengan Falsafah Pendidikan Negara.

8 Nilai Pengetahuan / Pengajaran


.
Begitu banyak persoalan yang ditimbulkan dalam buku ini berkisar tentang cara kita hendak menghadapi dan
melaksanakan perubahan. Antaranya berkait rapat dengan budaya kerja. reflective rationality merupakan satu cara
pengurusan yang mana kuasa mentadbir dan menjalankan sebarang program di sekolah diberi kepada guru-guru dan
pihak JPN atau Kementerian hanya menyelia semua aktiviti tersebut. Sistem ini mungkin akan menghilangkan status
quo yang telah lama dikuasai oleh para pegawai atasan sebelum ini. Ini mungkin menyebabkan mereka rasa tidak
selesa. Sementara budaya kerja berorientasikan technical rationality adalah mereka yang konservatif, anti perubahan
dan suka kepada red tape. Bagi saya, kedua-dua kaedah ini perlu kerana kaedah yang pertama akan membawa
kepada perasaan dihargai dan diperlukan dalam kalangan pendidik di sekolah. Mereka tidak lagi perlu menunggu
arahan untuk menjalankan sebarang perubahan. Walau bagaimanapun, kaedah kedua masih perlu terutamanya dalam
perkara-perkara seperti kursus pengajian, kandungan kurikulum, kewangan dan kehadiran.

9 Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


.
Apabila disebut tentang perubahan, seorang pemimpin di sekolah haruslah bersikap mempunyai imaginasi yang tinggi,
melangkaui batas kebiasaan dan rutin agar hasil yang ditampilkan adalah dalam bentuk inovasi dan imaginative.
Mereka harus sedar bahawa kebiasaan dan pengulangan kerja yang serupa akan menghasilkan keluaran yang
stereotaip dan imitative. Begitu jugalah denga buku rancangan mengajar yang mana antara isi kandungan yang sering
kali ada di dalamnya ialah rancangan pengajaran tahunan dan sukatan pelajaran yang sama dibuat salinan semula
setahun demi setahun tanpa sebarang perubahan. Instrumen penilaian bukan lagi bergantung kepada senarai semak,
manual prosedur kerja, jadual waktu, daftar kehadiran dan sukatan pelajaran. Tetapi sebaliknya dilihat dari segi
keanjalan jadual waktu, perencanaan buku rekod mengajar, susun atur bilik darjah dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan haruslah ke arah pencapaian wawasan, misi dan objektif kecemerlangan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................... ...................................................
( ABU BAKAR SIDI ) ( )

Anda mungkin juga menyukai