Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJK (TAMIL) SELAMA Kod Sekolah: ABD6104

1. Nama Guru
SHASIDASS A/L KALIMUTHU
WAWASAN PENDIDIKAN: 3. Bidang: KEMAHIRAN
2. Judul
AGENDA PENGISIAN PROFESIONALISME (KEPIMPINAN)
WAN MOHD ZAHID
4. Nama penulis 5. Muka surat: 187
MOHD NOORDIN
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Tema buku ini adalah berkaitan dengan perlunya semua warga kerja pendidikan bersedia dan
menerima perubahan akibat daripada perubahan-perubahan yang berlaku dalam pelbagai bidang
seperti sosial, politik, ekonomi dan teknologi. Perubahan ini menjanjikan masa depan yang tidak
menentu dan keadaan dunia sekarang yang dianggap sebagai global village begitu memerlukan
kita bersedia menghadapi pelbagai bentuk persaingan dengan negara-negara maju. Justeru, kita
perlu meramal apakah yang akan berlaku pada masa akan datang dan mengubah sikap ”asal buat ”
atau ”asal siap” dan digantikan dengan budaya kerja cemerlang yang bersendikan ilmu dan
akhlak. Pengarang cuba mengajak para pembaca memikirkan bagaimana kita sebagai bangsa
Malaysia yang dianggap kerdil mampu bersaing dengan negara-negara maju. Dalam buku ini
juga, ada membincangkan bagaimana jika kita terus berpegang kepada pengurusan pendidikan
cara tradisional akan menyebabkan kita terus ketinggalan. Sebenarnya, apa yang hendak
ditekankan ialah usaha kita membina bangsa Malaysia yang maju bukan sahaja dari segi
pembangunan malahan seimbang dari segi keharmonian rohani, jasmani dan emosi serta
berketrampilan sesuai dengan Visi, Misi dan Falsafah Pendidikan Negara.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Begitu banyak persoalan yang ditimbulkan dalam buku ini berkisah tentang cara kita hendak
menghadapi dan melaksanakan perubahan. Antaranya, berkait rapat dengan budaya kerja.
Reflektif dan rasionalisasi merupakan satu cara pengurusan yang mana kuasa mentadbir dan
menjalankan sebarang program di sekolah diberi kepada guru-guru. Pentadbir hanya menyelia
semua aktiviti tersebut. Sistem ini mungkin akan menghilangkan semangat profesional yang telah
lama dikuasai oleh para pegawai atasan sebelum ini. Ini mungkin menyebabkan mereka rasa tidak
selesa. Sementara budaya kerja berorientasikan technical rasionaliti adalah mereka yang
konservatif, anti perubahan. Bagi saya, kedua-dua kaedah ini perlu kerana kaedah yang pertama
akan membawa kepada perasaan dihargai dan diperlukan dalam kalangan pendidik di sekolah.
Mereka tidak lagi perlu menunggu arahan untuk menjalankan sebarang perubahan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / PdPc


Apabila disebut tentang perubahan, seorang pemimpin di sekolah haruslah bersikap mempunyai
imaginasi yang tinggi, melangkaui batas kebiasaan dan rutin agar hasil yang ditampilkan adalah
dalam bentuk inovasi dan imaginative. Mereka harus sedar bahawa kebiasaan dan pengulangan
kerja yang serupa akan menghasilkan keluaran yang stereotaip dan imitative. Kita lihat sahaja
kepada pengurusan jadual waktu di bilik darjah. Sehinganya, guru-guru yang mengajar akan
merasakan bahawa tidak ada perubahan yang perlu dilakukan kerana itu saja cara jadual kerja
yang paling baik. Begitu jugalah denga buku rancangan mengajar yang mana antara isi kandungan
yang sering kali ada di dalamnya ialah rancangan pengajaran tahunan dan sukatan pelajaran yang
sama dibuat salinan semula setahun demi setahun tanpa sebarang perubahan. Instrumen penilaian
bukan lagi bergantung kepada senarai semak, manual prosedur kerja, jadual waktu, daftar
kehadiran dan sukatan pelajaran. Tetapi sebaliknya dilihat dari segi keanjalan jadual waktu,
perencanaan buku rekod mengajar, susun atur bilik darjah dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan haruslah ke arah pencapaian visi, misi dan objektif
kecemerlangan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(SHASIDASS A/L KALIMUTHU ) ( )

Anda mungkin juga menyukai