Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK LENDU MELAKA Kod Sekolah: MBA0032

1. Nama Guru
RAMLI BIN BABA

KEPIMPINAN DAN
2. Judul PENGURUSAN SEKOLAH 3. Bidang: PENGURUSAN
ABAD KE-21

4. Tarikh Pembentangan 18 OGOS 2023 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
SK LENDU ALOR GAJAH MELAKA
7. Sinopsis

Buku ini menampilkan tujuh bab berkaitan dengan kepimpinan sekolah dan
pengurusan kualiti sekolah.Sebagai pemimpin sekolah, kemahiran dan pengetahuan
dalam pelbagai bidang ilmu perlu dimiliki bagi menjayakan pelbagai polisi dan program.
Pemimpin sekolah perlu memiliki pelbagai kemahiran dan gaya kepimpinan bagi
mengurus staf, guru dan pelajar.Sistem pendidikan memainkan peranan bagi
perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara malah pendidikan akan
menentukan kelansungan kemakmuran negara. KPM sangat prihatin dengan generasi
muda dan masa depan negara. Justeru,Pelan Pembangunan Pendidikan dibangunkan
dengan tiga objektif khusus, iaitu Memahami Prestasi dan Cabaran Semasa Sistem
Pendidikan Malaysia. Mewujudkan Visi dan Aspirasi yang jelas dan Menggariskan
program Transformasi Sistem Pendidikan yang merangkumi perubahan penting dalam
kementerian bagi memenuhi permintaan. Buku ini membicarakan Kepimpinan Guru
Generasi Y. Penulis menekankan aspek tingkah laku murid generasi Y yang berbeza
tingkah laku dengan kulaiti guru generasi Y. Dalam buku ini juga membincangkan
berkenaan isu Kepimpinan Distributif, Budaya Korporat dan Prestasi Sekolah,
Pembuatan Keputusan Kolaboratif, Kronologi Pengurusan Kualiti dan Pengurusan Kualiti
Menyeluruh (TQM)
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Berdasarkan pembacaan saya daripada buku ini, Standard seorang pemimpin sekolah
bukan sahaja perlu menguasai kemahiran pedagogi tetapi lebih penting ialah
Kepimpinan Instruksional bagi mencapai standard kualiti yang ditetapkan. Kompetensi
dalam penyeliaan pengajaraan guru merupakan satu kemestian. Disamping itu
pengurusan strategik juga penting bagi merancang hala tuju sekolah. Dalam buku ini,
saya telah belajar bagaimana seorang Pemimpin Sekolah perlu memberi fokus kepada
sumber manusia supaya diurus secara sistematik dan terancang. Oleh itu, seorang
pemimpin sekolah wajib mengagihkan,menyediakan dan menyebarluaskan perincian
tugas serta menilai prestasi kerja dengan mematuhi arahan,mengikut keperluan,
menyeluruh, seimbang dan telus.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Kepimpinan berprestasi tinggi dapat dilahirkan di sekolah. Membantu mempertingkatkan kualiti


guru dan kemenjadian murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( RAMLI BIN BABA ) ( )

Anda mungkin juga menyukai