Anda di halaman 1dari 12

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : INGGOL ANAK UTEK


(b) Sektor / Unit/ Organisasi : SK ULU SUNGAI MERAH, SIBU
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan: 7 April 2022 (7.45 pagi)
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: KEPEMIMPINAN DAN KEBERKESANAN SEKOLAH


(Edisi Kedua)
(399 muka surat)

2. Pengarang: HUSSEIN MAHMUD

3. Tahun
diterbitkan: 2016

4. Diterbitkan oleh:
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: Didapati banyak buku dan penulisan telah mengenal pasti
bahawa, pengaruh pemimpin sekolah merupakan penentu
penting dalam peningkatan kualitatif di peringkat sekolah,
khususnya peningkatan prestasi pelajar. Begitu juga dengan
penulis buku ini, beliau juga telah menulis tentang peranan
seorang pemimpin sangat penting dalam penambahbaikan
kualiti sekolah.

Kerangka konsepsi buku ini menekankan peranan


kepemimpinan PGB dalam konteks pengurusan organisasi
sekolah. Dalam perkara ini, PGB sebagai pemimpin di sekolah
sewajarnya bertindak secara yang lebih dinamik. Tumpuan
pengurusan PGB, sewajarnya ke arah penguasaan
persekitaran sekolah dan tidak semata-mata mengekalkan
persekitaran yang sedia ada.

Selaras dengan agenda semasa dalam perkembangan


kualitatif pendidikan, kualiti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah merupakan pemboleh ubah terpenting. PGB sebagai
pengurus, penyelaras pengajaran dan pembelajaran
sepatutnya menampilkan kepimpinan efektif. Perubahan di
sekolah bergantung pada kebijaksanaan dan kecanggihan
kepemimpinan PGB.

Oleh yang demikian penulis buku ini telah menerangkan


apakah peranan seorang PGB sebagai pemimpin dan peneraju
di sekolah. Buku ini menerangkan bagaimana seorang PGB
harus berperanan dalam meneraju dan memajukan
sekolahnya. Dalam buku ini diterangkan bagaimana
tanggungjawab seorang PGB dalam mengurus, mentadbir dan
memimpin. Dalam buku ini juga menerangkan apakah strategi
-strategi dan faktor-faktor yang boleh membantu seorang PGB
untuk menambahbaik kemajuan sekolahnya.

Secara keseluruhannya, penulis buku ini merumuskan


bahawa, jatuh bangunnya sesebuah sekolah itu atau
cemerlangnya sesebuah sekolah itu banyak dipengaruhi oleh
pemimpinnya. Seorang pemimpin yang cemerlang akan
berjaya membawa ahli dalam sekolah itu untuk bergerak ke
arah kecemerlangan.

6. Manfaat/
pengajaran yang APLIKASI KANDUNGAN BUKU KEPADA PESERTA
diperoleh SEBAGAI PEMIMPIN SEKOLAH
daripada buku
yang dibaca: Fokus huraian aspek pengurusan dan kepimpinan pada
bacaan ini pada Bab 1 hingga 5.
Aspek Kepimpinan:
1. Kepimpinan Berwawasan
2. Kepimpinan Demokratik
3. Kepimpinan Pengajaran dan Pentadbiran

BAB 1 – BAB 3

a. Kesesuaian dalam konteks pemimpin sekolah


Dalam Bab 1, pada kandungan buku yang bertajuk
Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah, Edisi kedua ini,
menerangkan tentang permulaan atau pun pendahuluan
berkaitan dengan matlamat dan hasrat yang diinginkan oleh
ibu bapa, masyarakat, sekolah dan khususnya
Kementerian Pendidikan dalam memastikan pelajar dapat
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
seterusnya menjadi warganegara yang boleh memberi
sumbangan terhadap pembangunan negara.
Kepimpinan PGB seringkali dilihat sebagai fokus utama
dalam mencemerlangkan organisasi. Mengikut kata Navaro
(1986), kepimpinan PGB sering dilihat sebagai punca
masalah atau pihak yang menimbulkan masalah atau
sebagai penyelesai masalah dalam pelaksanaan program
pendidikan. Selain daripada itu, PGB juga adalah individu
yang bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang
berlaku di sekolah serta memainkan peranan yang amat
penting dalam pencapaian kecemerlangan pendidikan.
Mengikut Buku Panduan Umum (1982), PGB juga
haruslah memahami dasar pendidikan, sistem dan
matlamat pendidikan serta menyampaikannya kepada
semua guru, ibu bapa, murid dan juga masyarakat
setempat. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Blasé
(1987), menyatakan sekolah yang lemah pengurusannya,
mempunyai PGB yang kurang berkesan kepimpinannya.
Oleh yang demikian, PGB perlulah mengetuai dan memimpin
guru dalam memastikan matlamat organisasi tercapai.
Dalam bab 2, buku ini menerangkan tentang Tugas dan
Tanggungjawab PGB di sesebuah organisasi. Sebagai
seorang pemimpin, kita hendaklah melaksanakan tugas
dengan penuh amanah sepertimana yang telah disediakan
oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan meliputi 7
bidang utama iaitu :
i. Pengurus bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal
murid
ii. Pengurusan sekolah dalam pentadbiran, kewangan,
perkhidmatan dan perjawatan
iii. Penyediaan kemudahan pengajaran dan pembelajaran
iv. Perhubungan dengan ibu bapa/ penjaga dan
masyarakat setempat
v. Kemajuan sekolah
vi. Pengajaran dan
vii. Kepimpinan pengajaran dan penyelidikan Pendidikan

Manakala tanggungjawab seseorang pemimpin pula adalah


seperti :-
i. Berusaha bagi mencapai matlamat sekolah
ii. Berusaha bagi mencapai dasar pendidikan
iii. Mengurus dan mentadbir sekolah, kurikulum,
kokurikulum, kebajikan pelajar, guru dan staf sokongan
iv. Menyedia khidmat bantu yang secukupnya bagi
meningkatkan PdPC
v. Mewujudkan dan memajukan iklim dan budaya sekolah

Seterusnya dalam Bab 3, menerangkan tentang peranan


seorang PGB dalam sesebuah organisasi dalam memastikan
sesebuah sekolah itu dapat berjalan dengan lancar dan baik.
Oleh itu, PGB perlulah memastikan :
i. Pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dapat
dijalankan dengan berkesan
ii. Memastikan tugas dalam bidang pentadbiran
(pengurusan sekolah) dilaksanakan dengan baik.
iii. Keberkesanan pengajaran- pembelajaran dalam
pengurusan organisasi sekolah

Dalam aspek kepimpinan PGB dalam bidang pendidikan


pula, peranan kepimpinan PGB adalah seperti berikut :
i. Menentukan matlamat sekolah
ii. Mengelola sekolah
iii. Memajukan lagi sekolah
iv. Kebijaksanaan dalam membuat keputusan
v. Membaiki program pengajaran
vi. Melaksanakan perubahan pendidikan
vii. Berperanan sebagai pengubah nilai bagi mendorong
perubahan nilai- nilai guru
viii. Menjelaskan peranan organisasi sekolah
ix. Memastikan matlamat sekolah difahami
x. Sebagai agen perubahan di sekolah dan juga
xi. Berperanan sebagai pengurus sekolah dalam mentadbir
organisasi

b. Kaitan kesesuaian bidang kompetensi seperti yang


dicadangkan
Kompetensi Berkomunikasi Berkesan dapat
dikaitkan dalam bab yang kedua dan ketiga di mana PGB
perlulah berkeyakinan dalam setiap komunikasinya secara
lisan atau pun bertulis dalam mencapai matlamat organisasi.
Sebagai pemimpin, kita perlulah sentiasa berkomunikasi
dengan baik bersama dengan warga sekolah, ibu bapa, pelajar
dan juga komuniti. PGB juga perlulah mengadakan saluran
komunikasi yang berkesan dalam setiap program yang
dijalankan untuk memastikan matlamat yang hendak dicapai,
dapat difahami dan jelas kepada seluruh warga sekolah.
Dalam bab 3 ini juga ada menyatakan kepimpinan PGB
yang proaktif dan dinamik serta mempunyai wawasan yang
jelas untuk sekolahnya adalah menggambarkan seorang PGB
yang berkepimpinan tinggi dalam mencapai matlamat
organiasasi. Pentadbir juga berperanan sebagai seorang
pengubah nilai dalam organisasi bagi tujuan mendorong
perubahan nilai- nilai guru maka seseorang pemimpin itu perlu
mempunyai bidang kompetensi Berkeperibadian Tinggi.
Kompetensi ini juga jelas menyatakan PGB sentiasa
menggalakkan guru melibatkan diri dalam perubahan dan juga
menyediakan maklumat dan latihan kepada seluruh warga
sekolah dalam mencapai matlamat organisasi dan juga
matlamat individu itu sendiri.

c. Refleksi Kendiri berasaskan bahan bacaan sebagai


pemimpin sekolah
Daripada apa yang difahami pada bab 1 hingga bab 3
dalam buku ini, jelas dinyatakan bahawa kepimpinan yang
berkesan akan dapat membentuk sebuah organisasi yang
cemerlang daripada pelbagai aspek. Rata- rata kajian yang
telah dijalankan teradap PGB, kebanyakannya menjelaskan
tugas, tanggungjawab dan juga peranan pengetua. Secara
keseluruhannya, seseorang PGB yang berkesan akan dapat
menangani setiap permasalahan yang ada dengan penuh
sistematik. Seorang PGB mestilah menjalankan tugasnya
dalam dua bidang utama iaitu dalam bidang pentadbbiran
dan pengurusan sekolah dan satu lagi iaitu memastikan
keberkesanan pengajaran – pembelajaran dalam
pengurusan organisasi. Seorang pengetua juga hendaklah
menjadi sebagai agen perubahan dalam pelaksanaan
kurikulum di sekolah. PGB perlulah bijak dalam menyusun
tugas mengikut keutamaan dan berupaya untuk mengubah
sekolah yang tidak / kurang efektif kepada sekolah yang lebih
efektif.
BAB 4 – BAB 5

a. Kesesuaian Dalam Konteks pemimpin Sekolah

Dalam Bab 4, buku ini menerangkan tentang peranan


seorang guru besar dalam mengurus, mentadbir dan
memimpin organisasinya bagi mencapai matlamat dan objektif
sekolah. Pemimpin berperanan sebagai individu yang
berupaya mempengaruhi pengikut-pengikutnya.
Kepemimpinan membayangkan penyediaan wawasan, iaitu
satu bayangan keadaan masa hadapan yang ingin dicapai.
Dengan demikian, idea kepemimpinan ini adalah bersekutu
dengan idea mempengaruhi dan memimpin orang lain kearah
merealisasikan wawasan yang ingin dicapai itu.
2 dimensi dalam kepimpinan: KEPIMPINAN
PENGAJARAN DAN KEPIMPINAN PENTADBIRAN.
Kepimpinan Pengajaran, membimbing guru mencapai
matlamat dan objektif sekolah, mewujudkan suasana dan
kondusif di sekolah, melaksanakan pembangunan staf,
bimbingan, penekanan pencapaian akademik. Daripada kajian
yang terkandung dalam Bab 4 ini, mendapati aspek
kepemimpinan melibatkan empat bidang utama iaitu
pembangunan staf, bimbingan atau pengurusan
pengajaran (perkembangan matlamat sekolah dan
prosedur yang berkaitan dengan hal-hal pengajaran),
sokongan pengajaran (usaha-usaha pihak pentadbir bagi
mengadakan dan mengekalkan iklim sekolah yang
kondusif bagi pertumbuhan para guru dan pelajar) serta
kawalan mutu yang dilakukan melalui pengesanan dan
penilaian terhadap prestasi guru dan pelajar (lebih
berbentuk formatif) dengan kerjasama semua staf di
sekolah.

Manakala, Kepimpinan Pentadbiran merangkumi


kebolehan seorang pemimpin menjaga sekolahnya agar
berjalan lancar. Lebih cenderung membuat dan
melaksanakan peraturan serta mengharapkan staf bawah
jagaannya mematuhi peraturan tersebut. Tujuannya adalah
untuk mengekalkan pencapaian-pencapaian matlamat sekolah,
melalui disiplin kerja yang kental.

Bab 5 pula menyatakan bahawa kepimpinan seseorang


pemimpin sangat penting- sebagai suri teladan kepada semua
warga sekolah. Beliau memainkan peranan sebagai pentadbir,
humanitarian (kemanusiaan), pengurus program serta
penyelesaian masalah. Di samping berusaha untuk
mewujudkan persekitaran kerja yang sesuai untuk
perkembangan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai
seorang PGB, sudah semestinya mahu menjadi seorang
pengetua yang berkesan. Seorang PGB yang berkesan akan
melahirkan guru, sekolah dan pelajar yang berkesan. Sifat
PGB yang menekankan kepada jenis kepemimpinan
demokratik merupakan asas kepada keberkesanan seorang
PGB. Seorang PGB yang mengutamakan corak kepimpinan
yang demokratik akan disayangi dan mudah didampingi oleh
guru. Dia mengambil kira dan turut berkongsi pengalaman
serta idea dengan orang-orang di bawah kumpulannya. Sifat
menghargai dan sentiasa membawa perbincangan dari idea-
idea yang diketengahkan oleh kumpulannya adalah satu cara
yang amat penting dalam menjalankan urusan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Bukan sahaja dengan guru-guru
tetapi seluruh kakitangan sokongan yang ada. Bagi orang-
orang di bawah kawalannya, mereka akan merasa amat
gembira kalau pemimpinnya menghargai idea mereka. Dengan
ini akan lahirlah sikap mereka yang kuat dan rajin bekerja.

Sebagai seorang PGB yang demokratik, dia juga hendaklah


mampu mempertingkatkan daya kreatif dan inovatif
kakitangan di bawahnya. Dia adalah sumber kepada mereka
untuk terus membangunkan diri. Bagi pekerja-pekerja di
bawahnya, seorang PGB hendaklah sentiasa dapat memberi
dan menanamkan minat guru-guru dan kakitangan yang
lain supaya dapat menyumbangkan tenaga dan idea dari
semasa ke semasa. Dalam konteks ini, pengetua itu
seharusnya mempunyai semangat kerja berpasukan yang
tinggi, sanggup menyertai sama dalam satu kumpulan kerja.

Sebagai seoarang PGB yang mempunyai ciri-ciri


demokratik, selain dari di atas tadi, dia juga hendaklah
menunjukkan sebagai seorang yang mempunyai minat
berkomunikasi secara terbuka, seorang yang peramah
mesra. Sentiasa menunjukkan wajah yang disenangi oleh
pengikutnya. Mempunyai komunikasi dua hala.Tidak ada
perasaan ego dan tidak menekankan kepada sifat autokratik.
PGB sebagai seorang yang mempunyai ciri-ciri professional,
hendaklah menggunakan saluran demokratik itu secara
terpimpin, kalau demokratik tanpa batasan akhirnya akan lahir
satu bentuk kepemimpinan yang lain iaitu laissez-faire. Teori
kepemimpinan Laissez-faire ini akan banyak memberi kuasa
autonomi kepada pekerjannya. Pengikut atau pekerjanya
mempunyai ruang yang amat bebas untuk membuat
keputusan. Suasana sekolah akan menjadi pincang, urusan
pengajaran dan pembelajaran tidak akan mencapai matlamat
lagi.

b. Kaitan kesesuaian bidang kompetensi

Tugas pemimpin di sekolah - PGB sekolah merupakan individu


terpenting di peringkat sekolah kerana peranannya sebagai
pemimpin, pentadbir dan pengurus sekolah, berkaitan juga
dengan kepimpinan pengajaran dan memimpin pembelajaran.
Dalam Bab 4 misalnya, ada menyatakan kepemimpinan
bertujuan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah
yang menghalang kebolehan sesuatu kumpulan (pekerja) atau
organisasi supaya matlamat-matlamat organisasi dapat dicapai
dengan berkesan dan cekap. Perkara ini bersesuaian dengan
Kompetensi Berkepimpinan di mana PGB mampu
membimbing pasukan secara terancang ke arah matlamat
yang sama. Dapat melaksanakan post- mortem bagi
mendapatkan maklumat untuk penambahbaikan.
Selain itu, dalam Bab 5 ada dinyatakan bahawa seorang
PGB sewajarnya mahir dan cekap dalam perhubungan
manusia, dan perhubungan individu serta mampu
menggerakkan stafnya. Perkara ini amat berkait rapat
dengan Kompetensi Berkomunikasi Berkesan. PGB
memainkan peranan clinical practioner, iaitu menyumbang
kepakaran dalam bidang Pendidikan dan persekolahan. Ini
bertetapatan dengan Kompetensi Berkeperibadian Tinggi di
mana pengetua berupaya berkongsi pengetahuan dan
kemahiran untuk membangun potensi orang lain untuk
menyumbang kepada organisasi. Dalam konteks sekolah,
guru-guru di bawah seliaannya mungkin mempunyai
pandangan dan idea yang lebih bernas dari dia sebagai
seorang pemimpin. Oleh itu pandangan dan sifat
kepemimpinannya tidak sepatutnya bersifat autokratik. Sifat ini
tidak akan melahirkan corak kepemimpinan yang berkesan
tetapi di sebaliknya akan lahir guru-guru yang bersifat kayu
mati (dead woods) kerana mereka akan bosan dengan
kerenah seorang PGB yang tidak mahu mendengar
pandangan dan buah fikiran orang lain, kerana menganggap
dia adalah lebih bijak dan pandai dari orang di bawah
kawalannya.

c. Refleksi

Kepimpinan Guru Besar merupakan faktor keberkesanan


sekolah. Seseorang pemimpin yang berkesan sentiasa turun
padang dan mengambil bahagian dalam membuat
keputusan dan bertanggungjawab dengan keputusan.
Guru besar sebagai pemimpin sekolah memainkan peranan
yang amat penting dalam menentukan keberkesanan sekolah.
Namun demikian peranan guru-guru juga adalah penting
kerana ia adalah sebahagian daripada proses perubahan dan
penambaikan sekolah. Pemimpin sekolah juga perlu cekap
mengesan dan mengenalpasti apa yang perlu dilakukan
untuk membuat perubahan dan penambahbaikan segala
kekurangan atau kelemahan yang ada di sekolah.demi
kecemerlangan organisasi.

RUMUSAN
Kepemimpinan Pendidikan adalah faktor terpenting
penentu penambahbaikan sesebuah organisasi pendidikan.
Peranan PGB diiktiraf sebagai amat penting dalam kejayaan
atau kegagalan sebarang pelaksanaan program pendidikan di
sekolah. Darjat pelaksanaan inovasi pendidikan oleh guru
adalah secara langsung dipengaruhi oleh kepemimpinan para
pentadbir. PGB mempunyai pengaruh terhadap pelaksanaan
sesuatu program baharu Pendidikan di sekolah.
Di sekolah, PGB menjalankan pelbagai tugas dan
tanggungjawab. yang berkaitan dengan aspek pentadbiran,
pengurusan penyeliaan, kepemimpinan, pendidikan dan yang
berkaitan dengan perjalanan organisasi sekolah.
PGB juga disifatkan sebagai pemudah cara perubahan.
Peranan serta kepemimpinan yang dinamik dan bersifat
proaktif oleh PGB amatlah penting. Peranan PGB boleh
dimetaforakan sebagai penasihat, pembantu, dan juga
pemudah cara bagi kumpulan yang mana kumpulan ini
merujuk kepada guru serta warga sesebuah organisasi.
Tingkah laku PGB juga berkaitan dengan beberapa
aspek, iaitu kedudukannya, tuntutan dan harapan terhadap
kepemimpinannya. Dalam keadaan demikian, PGB perlu
memainkan pelbagai peranan dalam menentukan kejayaan
sesebuah sekolah.
Kepemimpinan PGB mempunyai kesan yang signifikan
terhadap pelaksanaan inovasi pendidikan dan juga
pembelajaran pelajar. Peranan PGB boleh memberi kesan
terhadap organisasi, pengajaran dan amalan pengajaran-
pembelajaran di bilik darjah. Di samping itu, PGB perlu menilai
dan mengkaji semula apa yang mereka usahakan untuk
memajukan pengajaran di sekolah masing-masing. Tegasnya,
usaha membina kecemerlangan sekolah, memerlukan
kepemimpinan yang hebat.

7. Tandatangan:

Anda mungkin juga menyukai