Anda di halaman 1dari 8

Tugasan Modul 1 Dasar dan Hala Tuju

Soalan 1
Bagaimanakah seseorang pemimpin dapat menjadikan budaya berfikiran strategik
sebagai elemen yang mampu meningkatkan prestasi sekolahnya?

Kepimpinan strategik didefinisikan oleh Ireland dan Hit (1999) sebagai keupayaan seseorang
untuk menjangka ,membayangkan ,mengekalkan fleksibiliti ,berfikir secara strategik dan
bekerja dengan orang lain untuk memulakan perubahan - perubahan yang akan mencipta
masa depan yang berdaya maju untuk organisasi.Selain itu, pemimpin yang strategik juga
perlu mempunyai kemahiran tertentu dalam kepimpinannya iaitu kemahiran insaniah
(softskills) dan kemahiran (hardskills).
Manakala menurut Hughas dan Beaty, berfikiran secara strategik bermaksud
seseorang pemimpin mesti berupaya untuk melukis rupa bentuk sasaran masa depan yang
diinginkan

melangkaui pengalaman hari ini. Selain itu, pemimpin juga mesti berupaya

mempengaruhi orang lain bagi meningkatkan tahap prestasi dan mewujudkan daya saing
dalam organisasi.
Berdasarkan huraian dari teori teori yang diutarakan di atas jelaslah kepada kita
untuk menaikkan nama organisasi yang dipimpin , seseorang pemimpin seharusnya memiliki
budaya kerja berfikiran strategik. Dengan mengamalkan berfikiran strategik akan menjadi
seorang yang pemudah cara kepada orang bawahannya kerana pemimpin yang hebat ialah
pemimpin yang berpengetahuan , serba tahu, boleh membuat keputusan , sebagai
pembimbing kepada orang bawahannya dan semestinya mempunyai komunikasi yang baik
dengan orang bawahannya. Selain itu , pemikir strategik lebih fokus kepada setiap tindak
tanduknya.Hanya dengan berfokus sahaja pemimpin yang strategik akan dapat menyelesaikan
masalah yang dihadapi dengan baik di samping dapat mengurangkan margin kesilapan dalam
kepimpinannya.
Dalam sesebuah organisasi pastinya terdapat golongan staf sama ada guru mahupun
kumpulan staf sokongan yang menganggap diri mereka dalam zon selesa. Anggapan seperti
ini hendaklah dihapuskan dalam sesebuah organisasi kerana ianya tidak membantu
peningkatan sesebuah organisasi. Sekarang bergantunglah kepada pemimpin tersebut untuk
mengubah cara pemikiran staf berkenaan yang berada zon selesa supaya berubah untuk
1

memajukan diri dan secara tidak langsung akan menaikkan nama organisasi yang
dinaunginya. Kemahiran komunikasi, berpengetahuan adalah menjadi asas sebagai agen
perubahan ini.
Hala tuju sesebuah sekolah adalah ditangan seorang pemimpin. Seorang pemimpin
strategik seharusnya berfikiran jauh dan mempunyai perancangan yang jauh untuk membawa
hala tuju sekolahnya di masa hadapan. Untuk merealisasikan impian ini seorang pemimpin
haruslah mempunyai jaringan organisasi yang baik bukan sahaja dari kalangan stafnya malah
sokongan PIBG dan badan ngo yang lain menjadi sandaran.
Semua perubahan yang ingin dilakukan oleh seorang pemimpin seharusnya ianya
disebar luaskan dan ditanam dalam kalangan ahli - ahli organisasinya supaya semua ahli
berada dalam kerangka pemikiran yang sama bagi menjamin pemcapaian misi dan visi
organisasinya. Cara berfikiran yang sistematik ini perlu ada dalam diri seorang pemimpin
yang hebat supaya apa sahaja yang dirancang dan apa sahaja perubahan yang sedang
dilakukan akan mencapai matlamat dan objektif .
Kesimpulannya , seorang pemimpin adalah sangat penting untuk menguasai
kemahiran dalam pengurusan strategik bagi melaksanakan agenda perubahan sesebuah
organisasi . Di samping bersikap proaktif dan berfokuskan kualiti bagi mencapai misi dan visi
organisasinya dalam tempoh paling minima 3 tahun.

Soalan 2
Berdasarkan contoh, jelaskan cara aktiviti pra perancangan dilaksanakan dalam
pembangunan pelan kecemerlangan organisasi anda.
Sekolah saya telah gagal menunjukkan kecemerlangan dalm bidang kokurikulum bagi
tempoh 3 tahun kebelakangan ini khasnya dalam bidang permainan. Walaupun Kementerian
Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan berbagai aktiviti untuk mencungkil pontensi
individu di kalangan murid. Pencapaaian yang merundum ini dapat dibuktikan dengan data
2

yang menunjukkan pada tahun 2015 hanya pasukan bola baling lelaki bawah 12 sekolah yang
berjaya menduduki tempat kedua dalam kejohanan MSSM peringkat daerah Alr Gajah.
Manakala pasukan sekolah lain telah tewas diawal penyertaannya. Ini diikuti pada tahun 2015
ada menunjukkan sedikit peningkatan di mana pasukan sekolah bola sepak telah
menunjukkan peningkatan dengan mendapat tempat kedua di peringkat daerah Alor Gajah
dalam kejohanan anjuran MSSM. Manakala pasukan bola baling bawah 12 tahun lelaki
sekolah hanya berjaya memperolehi tempat ketiga kali ini.
Prestasi yang tidak memberangsangkan ini telah membuatkan guru besar
mengarahkan GPK Kokurikulum dan ahlij awatankuasanya melaksanakan perancangan
strategik untuk meningkatkan pencapaian koku sekolah saya di masa akan datang.
Aktiviti Pra Perancangan yang perlu dilaksanakan:
1.

Pada awal pra perancangan satu perbincangan telah diadakan di kalangan barisan

pentadbir yang terdiri dari Guru Besar, GPK Kurikulum, GPK HEM dan GPK Kokurikulum.
Dalam mesyuarat tersebut setiap unit pentadbiran telah membentangkan perjalanan program,
kekuatan dan kelemahan unit masing-masing.
2. Mengadakan mesyuarat bersama setiausaha sukan, setiausaha kokurikulum beserta dengan
setiap pengerusi unit permaianan dalam kokurikulum. Dalam mesyuarat telah dibentangkan :
i. agenda mesyuarat serta isu kecemerlangan unit koku pada tahun 2016.
ii. hasrat unit kokurikulum kearah kecemerlangan bagi tahun 2016,
iii setiap unit membentangkan kekuatan dan kelemahan unit permainan
masing-masing.
iv. arahan membina perancangan strategik , mencari isu strategik, membina
TOWS metrik bagi tahun 2016.
v. menerangkan cara membuat perancangan strategik , mencari isu strategik
dan TOWS metrik.
3. Berbincang dengan ajk tertinggi kecemerlangan sukan kaedah terbaik
perlaksanaan projek kecemerlangan sukan.
4. Perbincangan dengan ketua unit permainan secara tidak formal cara penulisan
perancangn strategik dan TOWS metrik.
5. Pembentangan dari setiap unit permainan tentang perancangan strategik dan
TOWS metrik.
6. Mengesan isu strategik dari setiap unit permainan dan membuat kesimpulan.
7. Perlaksanaan projek Kecemerlangan Sukan berdasarkan kekuatan dan
kelemahan yang dikenalpasti.
8. Pemantauan berterusan dari GPK HEM.
9. Menghantar guru untuk mengikuti kursus kejurulatihan jangka pendek kelolaan
JPN Melaka.
10. Menyertai beberapa pertandingan kelolaan MSSNM daerah Alor Gajah.
11. Mengambil data keputusan permainan yang disertai.
3

12. Membuat dokumentasi oleh setiap unit permainan.


13. Menganalisis data
14. Post motem dari AJK Kecemerlangan Sukan.
15. Merancang penambahbaikan projek bagi tahun 2017.
Soalan 3
Berdasarkan contoh format tertentu, huraikan hubung kait Petunjuk Prestasi Utama
dengan hala tuju organisasi.
Kerajaan telah menyarankan budaya kerja berasaskan prestasi dengan menggunakan
petunjuk-petunjuk prestasi utama ( KPI ) yang diterapkan dalam perkhidmatan awam bagi
meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. Sejajar dengan visi, misi dan fungsi
agensi, setiap organisasi perlu mengukur prestasi perkhidmatan yang diberikan bagi
memastikan semua perkhidmatan berkenaan disampaikan kepada pelanggan dengan baik
Petunjuk Prestasi Utama ialah satu parameter yang boleh diukur,yang telah
dipersetujui bersama dan yang akan mencerminkan kejayaan sesebuah organisasi. KPI juga
merupakan petunjuk atau tanda (signpost) kejayaan bagi membantu organisasi mentakrif dan
mengukur kemajuan untuk merncapai objektif, matlamat ,visi dan misi. Tanda-tanda yang
menunjukkan keberhasilan (outcomes) yang dibina dalam perancangan organisasi digunakan
berterusan untuk mengawal dan mengukur tahap prestasi organisasi. Prinsip-prinsip KPI
adalah meletakkan sasaran boleh diukur dengan angka selaras dengan visi dan misi.
Langkah pertama yang perlu diambil bagi memastikan kejayaan sekolah adalah
dengan menentukan matlamat dan merancang strategi bagi mencapai matlamat tersebut. Hal
ini adalah kerana keperluan terhadap kepimpinan strategik dan berwawasan dalam institusi
pendidikan adalah terlalu mendesak bagi menangani perubahan dan menjayakan konsep
Sekolah Berkesan (Mauriel, 1989), amalan pengurusan kualiti menyeluruh (Muhamad
Bustaman, 1997), pembangunan iklim sekolah (Hussein Mahmood,1993), menangani
masalah sikap guru dan murid masa kini (Omardin, 1996) dan bagi menentukan survival
sesebuah sekolah (Asarudin, 1995). Gaya kepimpinan ini dikatakan dapat meningkatkan
kemungkinan sesebuah organisasi itu mencapai wawasannya. Maklumat itu akan digunakan
sebagai tanda aras yang akan menjadi konsep amalan terbaik.

Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk memastikan bahawa sekolah mempunyai
hala tuju yang jelas ialah dengan membuat semakan semula visi dan misi sekolah dan boleh
4

dicapai. Seterusnya misi dan visi ini kemudiannya perlu diterapkan kepada seluruh warga
sekolah, ibu bapa/penjaga, PIBG,dan masyarakat setempat. Melalui perkongsian visi dan misi
yang satu, warga sekolah dan pihak yang terlibat mampu bergerak bersama dengan hala tuju .
Malah setiap guru dan murid sentiasa mengulangi ikrar memastikan visi dan misi ini
menjadi pegangan dan sasaran matlamat bersama. Natijahnya, setiap pelajar dan guru sekolah
bukan sahaja dapat menyatakan visi dan misi sekolah mereka dengan tepat dan jelas malah
penghayatannya akan dapat dilihat melalui peningkatan pelbagai kejayaan yang dapat dicapai
oleh pihak sekolah dalam bidang akademik, pembangunan sahsiah dan kokurikulum.
Sehubungan dengan itu, dengan hala tuju yang jelas penghuni sesebuah organisasi
haruslah bekerja keras berganding bahu untuk mencapai visi dan misi sekolah. Petunjuk
Prestasi Utama (KPI) yang dibentuk haruslah selari dengan visi dan misi sekolah. Semua
warga sekolah bertanggungjawab memastikan KPI yang dibina mampu dicapai dan sekali gus
memastikan pencapaian sekolah meningkat.
Kesimpulannya, KPI merupakan ruang kepada organisasi untuk menilai pencapaian
organisasinya dalam sesuatu objektif dan menyediakan peluang penambahbaikan dan
seterusnya menjamin kecemerlangan organisasi.
Soalan 4.
Berdasarkan satu bidang pengurusan di sekolah,jelaskan proses yang perlu dilakukan
untuk menjana sesuatu strategi atau inisiatif bagi mencapai satu objektif yang
ditetapkan.
Objektif adalah sesuatu yang ingin dicapai dalam sesuatu pengajaran dalam PdP mahupun
sesuatu perancangan. Untuk mencapai objektif yang telah dirangka satu perancangan strategi
yang mampan haruslah digembeling untuk mencapai objektif perancangan kita. Adakalanya
sesuatu perancangan itu berjaya dicapai malahan sebaliknya berlaku juga pernah terjadi. Oleh
itu satu proses yang sistematik perlu dirangka dan diteliti bagi memastikan program yang
dirancang akan berjaya bukaannya menuju kegagalan.

Terdapat empat proses atau peringkat yang setiap peringkat itu mempunyai hubung
kait dan berfokus kepada aspek-aspek tertentu .
4.1 Peringkat 1 : Membangunkan hala tuju
Pada tahap ini seorang pemimpin haruslah berfikir secara strategik iaitu luas, dalam dan jauh
untuk memahami dasar kerajaan dan hala tuju Kementerian Pendikdikan Malaysia ,
perubahan persekitaran pendidikan serta mengenal pasti KRA untuk organisasi mencapai hala
tuju yang ditetapkan. Pada peringkat ini mandat ,misi, visi dan nilai yang menjadi dasar dan
hala tuju organisasi haruslah jelas. Selain itu analisa persekitaran dibuat bagi memastikan
kekuatan, kelemahan peluang dan cabaran yang dihadapi oleh sesebuah organisasi.
Seterusnya memilih bidang kritikal untuk mencapai misi dan visi, bidang keberhasilan utama
KRA , teras dan matlamat strategik.
4.2. Peringkat 2 : Menterjemahkan Hala Tuju Organisasi Kepada Operasi
Pada peringkat ini peengurusan sesebuah organisasi haruslah menentukan objektif secara
khusus untuk mencapai misi dan visi. Menentukan petunjuk-petunjuk prestasi atau KPI
sebagai alat pengukur pencapaian objektif yang dirancang. Untuk mencapai sasaran operasi
sekurang-kurangnya sekala masa selama 3 tahun diberi sebagai petunjuk kejayaan dan
kegagalan sesuatu program . Serta juga dilihat apakah inisiatif yang ada untuk mencapai
objektif dan seterusnya membina plan taktikal iaitu satu penyataan khusus untuk mencapai
objektif.
Berikut ialah templet COWS Matrik bagi menjana strategi ( Contoh Kokurikulum):

Dalaman

Luaran

Strategi S + O

Kekuatan (S)

Kelemahan (W)

S1Guru basar berkomitmen

W1 Kekurangan bajet

S2 Guru berpengalaman

W2 Guru kurang bermotivasi

S3 Pasarana mencukupi

W3 Enrolmen murid sedikit

S4 Murid berbakat

W4 Kekurangan guru muda

Peluang (O)

Cabaran (T)
6

S 1 + O3

O1 Sokongan PIBG yang C1Kurang sokongan ibu bapa


baik

C2 Murid kurang berminat

O2 Bantuan dari NGO

C3Berhampiran

O3 Guru terlatih

hiburan

O4 Sokongan PPD/JPN

C4Masalah

pusat
sosial

persekitaran sekolah
Strategi W + O

Strategi S + C

Strategi W + C

W 1 + O1

S3+ C2

W1+C4

4.3 Peringkat 3 : Mengoperasikan Hala Tuju


Peranan pengurus sesebuah organisasi pada peringkat ini adalah untuk mengoperasikan hala
tuju dan pelan strategik dengan mengambil kira aspek sumber manusia , matlamat, kewangan
serta mengurus perubahan agar perlaksanaan menjadi lancar dan sistematik mengikut konteks
organisasi masing-masing. Fokus pada tahap ini adalah terarah kepada aspek-aspek kapasiti
sumber , baget, promosi, mengurus perubahan dan pelaksanaan. Kapasiti sumber bermaksud
kemampuan strategik ahli-ahli organisasi melaksanakan strategi yang telah dijana bagi
mencapai matlamat. Seorang pemimpin strategik perlu mampu menguruskan kewangan
dengan cekap.Ianya merupakan satu kemahiran yang penting supaya organisasi mampu
berbelanja dengan berhemah mengikut bajet yang dirancang.
4.4 Peringkat 4 : Pemantauan dan Penambahbaikan Berterusan
Pemantauan dan pengawalan berkesan bagi strategi ,pelan taktikal dan pelan operasi perlu
dilaksanakan. Menurut Kelly (1992),80 % kejayaan sesebuah organisasi disumbangkan oleh
para pengikut dan staf bawahan. Pemantauan sesuatu program membolehkan mereka yang
melaksanakan program mengetahui kemajuan dan perkembangan program dan membantu
pelaksana program menyemak keberhasilan program.Selain itu memastikan penggunaan
sumber kewangan memberi pulangan optimum. Juga bagi memastikan pelaksanaan program
mengikut perancangan yang ditetapkan. Pada peringkat ini juga menekankan kepentingan

membuat tindakan penambahbaikan ,pembetulan atau pencegahan supaya prestasi pencapaian


organisasi mahupun program sentiasa berada di tahap cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai