Anda di halaman 1dari 13

VKMB1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II

CIRI – CIRI KOMUNIKASI BERKESAN

1.0 PENGENALAN

Komunikasi secara umumnya telah wujud bersama dengan penciptaan manusia oleh
Tuhan. Sejak beribu-ribu tahun dahulu manusia sudah mengamalkan prinsip-prinsip
komunikasi dalam pelbagai konteks penggunaan untuk tujuan utama iaitu berinteraksi dan
bertukar maklumat. Komunikasi adalah proses untuk memberi maklumat atau menerima
maklumat daripada dua belah pihak. Contohnya apabila seseorang bercakap dan berbual –
bual, maklumat telah disampai daripada kedua – dua pihak. Komunikasi ini bertujuan untuk
menyampaikan maklumat. Proses komunikasi biasanya melibatkan individu dan interaksi
mereka dengan unsur - unsur konteks, mesej, saluran, bunyi bising (gangguan) dan maklum
balas diguna pakai. Manusia berkomunikasi setiap detik ketika mereka dalam keadaan sedar.
Dunia komunikasi merupakan satu alam yang dipenuhi oleh fenomena yang mengandungi
maklumat fenomena tersebut di mana ia mampu ditanggapi oleh pancaindera manusia dan
diproses oleh fikiran manusia supaya menjadi makna yang tertentu. Di dunia komunikasi ini
manusia selalu melibatkan diri dalam kegiatan seperti bercakap, menelefon, membaca,
mendengar radio atau percakapan, menonton dan menulis.

1.1 DEFINISI

Menurut Sillars, (1998) mengatakan komunikasi adalah penghantaran, penerimaan


atau pertukaran maklumat, pendapat atau idea dengan tulisan, percakapan atau imej visual
atau mana- mana kombinasi ketiga – tiga unsur tersebut supaya bahan yang dikomunikasikan
difahami dengan jelas oleh sesiapa yang terlibat. Manakala American College Dictionary
(1964) mendefinisikan komunikasi sebagai kaedah penghantaran mesej oleh tentera, arahan
menggunakan telefon, telegraf, radio dan kurier, tetapi definisi ini agak terhad maksudnya
kepada kaedah penghantaran mesej menggunakan peralatan tertentu. Sementara itu, Harold
Lasswell, (1948) pula menyatakan komunikasi sebagai satu cara yang mudah untuk
menerangkan satu kegiatan komunikasi adalah dengan menjawab soalan – soalan seperti
“Siapa Kata, Apa Dalam Saluran, Mana, Kepada Siapa,Dengan Kesan apa?. Secara
umumnya, komunikasi ialah proses bagaimana seseorang itu mencipta makna interaksinya
dengan individu – individu lain.

1
VKMB1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II

2.0 CIRI – CIRI KOMUNIKASI YANG BERKESAN


Keberkesanan komunikasi merujuk kepada sumber atau penyampai maklumat yang
dapat menyampaikan maklumat atau perutusan, idea atau pengetahuan kepada penerima
dengan baik, tepat dan maksudnya tanpa menimbulkan kekeliruan atau salah faham.
Komunikasi yang berkesan mempunyai empat ciri iaitu kefahaman, keseronokan, menjaga
kepercayaan sasaran dan adanya tindakan yang menyusul.

2.1 Ciri Kefahaman


Cara – cara seseorang berkomunikasi dengan berkesan ialah apabila orang yang
mendengarnya memahami kata – katanya sebagaimana yang dimaksudkan. Jika pendengar
memahami lain apa yang dimaksudkan, maka boleh disimpulkan bahawa komunikasi itu
tidak berkesan kerana maklumat gagal disampaikan. Contohnya apabila seseorang berkata
“kita hendaklah menjadi insane syumul”. Apakah yang dimaksudkan dengan “syumul”?
Kepada si A, di mana beliau sebagai seorang yang mengerjakan kelima – lima rukun Islam,
dia mungkin yakin bahawa dia sudah syumul, tetapi si B itu belum syumul. Dalam konteks
ini, ayat itu tidak mencipta komunikasi yang berkesan disebabkan ayat tersebut difahami
dengan cara – cara yang berlainan oleh pihak – pihak yang mendengarnya.

2.2 Menjaga Kepercayaan Sasaran.


Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi yang berkualiti di mana perkara yang
sangat penting di dalam komunikasi ialah kepercayaan sasaran kepada pemimpin. Bagi
menjaga kepercayaan adalah dengan bercakap apa yang benar sahaja. Dalam konteks ini,
setiap perbualan yang dituturkan mampu menarik kepercayaan orang lain. Jika sesekali orang
mengetahui bahawa percakapannya hanya dusta, maka tiada lagi kepercayaan yang diberikan
kepadanya.

2.3 Ciri Keseronokan.


Bukan sepanjang masa seseorang individu itu berkomunikasi disebabkan mempunyai
mesej yang khusus yang hendak di sampaikan kepada sasarannya sebaliknya dia cuma ingin
mencari keseronokan daripada kehadiran orang lain bersama – samanya. Sesetengah ucapan
di khalayak ramai adalah bertujuan untuk menimbulkan rasa seronok seperti ucapan selepas
jamuan makan ataupun ucapan penghargaan. Kebanyakan perbualan harian adalah bertujuan
untuk menimbulkan rasa keseronokan. Contohnya di kantain pejabat, di majlis ulang tahun
dan di kenduri – kendara.

2
VKMB1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II

2.4 Wujudnya Tindakan Susulan.


Ada juga yang berkomunikasi disebabkan dia mahu supaya ada tindakan dilakukan.
Sebagai contoh, seorang jurujual berkomunikasi dengan pelanggannya disebabkan dia mahu
orang itu membeli barang jualanya. Dengan ini orang awam mungkin betul – betul
memahami maksud penutur dan mereka mungkin seronok dengan kehadiranya dan apakah
yang dikatakannya. Hubungan mereka mungkin bertambah mesra tetapi jika orang – orang
itu tidak melakukan apa yang diharapkan, maka komunikasi mereka dikatakan belum
berkesan. Contoh lain pula apabila seseorang pemimpin berdakwah kepada sekumpulan
penagih dadah di pusat pemulihan disebabkan dia mahu penagih – penagih itu berhenti
menggunakan dadah. Tetapi penagih tersebut meneruskan perbuatan menggunakan dadah
setelah keluar daripada pusat pemulihan. Hal ini menunjukkan komunikasi si pemimpin itu
tidak berkesan.

2.5 Pendengar Yang Baik.


Semasa kita menerima dan member maklumat kepada sesuatu pihak yang lain, kita
perlulah menjadi seorang pendengar yang baik. Bukan setakat itu, kita juga mesti menjadi
pendengar yang aktif supaya apa yang telah diterima akan dapat diaplikasikan dalam diri.
Kalau seseorang individu berkomunikasi dengan orang lain tetapi tidak mendengar dengan
teliti, maka komunikasi itu akan terhalang kerana pihak yang menerima maklumat itu tidak
mengambil perhatian dan mendengar dengan baik. Ini menyebabkan penerima maklumat
akan mendapat maklumat yang kurang jelas dan ini boleh menyalah tafsirkan sesuatu
maklumat. Contohnya di kelas apabila anak murid tidak mendengar dengan teliti apa yang
diajar oleh cikgu, maka pelajar tidak dapat mentafsirkan maklumat tersebut pada hari
peperiksaan. Ini menunjukkan komunikasi cikgu tersebut tidak berkesan .

2.6 Senyuman Dan Mimik Air Muka


Dengan memberikan senyuman kepada seseorang akan menunjukkan kita
menghormati orang lain dan juga menunjukkan budaya kita. Selaian itu dengan senyuman
dan menunjukkan mimik air muka terhadap seseorang, orang itu akan memahami sesuatu
masalah yang kita hadapi. Jadi dengan keadaan ini, sudah tentu pihak tersebut akan menegur
dan menanya terhadap diri kita, maka terjadilah komuniksi dengan langsungnya.

3
VKMB1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II

3.0 FUNGSI KOMUNIKASI

Komunikasi mempunyai fungsi – fungsi tertentu. Menurut Schramm (1971) membuat


kesimpulan bahawa komunikasi mempunyai beberapa fungsi yang melibatkan penghantaran
mesej yang dilakukan melalui proses memberitahu, mendidik, memujuk dan menghibur.

3.1 Fungsi memberitahu

Fungsi memberitahu menumpukan perhatian kepada penyampaian. Tujuan fungsi ini


adalah untuk memberitahu orang lain tentang sesuatu maklumat atau perkara oleh penyampai.
Seseorang penyampai akan memastikan bahawa sesuatu maklumat itu dapat disalurkan
kepada penerima maklumat melalui komunikasi yang berkesan.

3.2 Fungsi mendidik

Menurut Schramm, fungsi mendidik merupakan suatu perkara yang penting untuk
memastikan bahawa kedua-dua pihak penyampai dan penerima maklumat mencapai tujuan
mereka.Tugas utama fungsi ini adalah untuk memberikan maklumat bagi menambahkan
pengetahuan seseorang tentang sesuatu perkara, dengan harapan si penerima maklumat akan
terpengaruh dengan pendapat dan sikap seperti yang disarankan dalam jangka masa panjang.
Menurutnya, keberkesanan fungsi ini bergantung kepada sejauh manakah seseorang itu
merasai bahawa pengetahuannya bertambah akibat pendedahan terhadap maklumat yang
diterimanya.

3.3 Fungsi memujuk

Fungsi memujuk bertujuan untuk mempengaruhi dan mengubah sikap dan tingkah laku
penerima. Penggunaan komunikasi bagi fungsi memujuk haruslah dapat menembusi perasaan
dan emosi individu ataupun kumpulan yang menjadi sasaran maklumat.

3.3 Fungsi menghibur

Fungsi ini tercapai apabila seseorang itu dapat melapangkan fikirannya. Antara bentuk
komunikasi yang lazim digunakan untuk menghibur termasuklah wayang gambar, fotograf,
lukisan, drama, persembahan serta rancangan hiburan siaran radio dan televisyen. Lazimnya
aspek pendidikan, pemujukan dan penerangan akan diselitkan di dalam sesuatu bentuk
hiburan kerana bentuk-bentuk hiburan yang dinyatakan ini amat digemari ramai.

4
VKMB1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II

4.0 CIRI – CIRI KOMUNIKATOR YANG BAIK, EFEKTIF DAN EFISIEN

Komunikasi yang mesra, efektif dan efisien biasanya akan terjalin hasil daripada
wujudnya perasaan puas hati, rasa dihargai dan berkeinginan untuk saling berkerjasa antara
kedua – dua pihak yang terlibat. Ia terbentuk daripada tercapainya ciri – ciri komunikasi
berkesan iaitu kandungan, kejelasan, kepercayaan kaedah penyampaian yang baik dan lain –
lain lagi. Antara ciri – ciri komunikator dalam dunia komunikasi ialah:

 Mengawal perilaku dan menunjukkan kesopanan serta kehalusan budi pekerti ketika
berkomunikasi. Seseorang fasilitator atau orang yang bercakap di khalayak ramai
haruslah mempunyai personaliti diri yang baik dan kemas ketika menyampaikan suatu
ceramah atau maklumat kepada pendengar atau audien.

 Akal, pancaindra dan system biological manusia dibentuk untuk mempersiapkan mereka
bagi membolehkan mereka menjadi komunikator di dalam satu dunia yang sungguh
kompleks iaitu “dunia komunikasi”. Sebagai seorang komunikator, manusia perlu
menggunakan akal mereka untuk mengetahui dan mengenal apa sahaja yang wujud
sebagai realiti.

 Menggunakan perkataan yang tepat dan ringkas serta tekanan suara yang lembut tetapi
jelas.

 Mengelakkan diri daripada menggunakan perkataan – perkataan yang boleh


menyinggung perasaan orang ramai seperti bertanya hal peribadi, masalah kewangan dan
sebagainya.

 Sentiasa insaf dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan serta sentiasa
berfikiran terbuka dan ikhlas sepanjang masa.

 Mengawal memek muka dan pergerakan diri daripada perkara – perkara yang boleh
memberikan makna bahawa kita tidak menyenangi keadaan dan kehadiran orang awam.

 Sentiasa menunjukkan kesediaan untuk berkhidmat dan memberikan kerjasama kepada


orang ramai sepanjang masa. Mereka bersikap terbuka dengan maklumat serta
memberitahu awal apabila ada perubahan yang akan terjadi.

5
VKMB1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II

4.1 Ciri – Ciri Untuk Menjadi Pendengar Yang Berkesan

Sekiranya komunikasi tidak dapat dilakukan dengan berkesan, maka sesuatu


maklumat yang disampaikan tidak dapat difahami dengan baik oleh pendengar. Oleh itu
pendengar atau audiens mesti menjadi pendengar yang berkesan untuk mencapai komunikasi
yang berkesan. Antara ciri – ciri untuk menjadi pendengar yang berkesan ialah:

 Berhenti Dari Bercakap


Pendengar tidak akan dapat mendengar dengan baik sekiranya bercakap semasa
penyampai menyampaikan sesuatu maklumat. Pendengar pasti tidak dapat mendengar
dengan jelas sambil bercakap.

 Berikan Keselesaan Kepada Orang Yang Bercakap


Membantu seseorang supaya ia merasa mudah untuk bercakap.Keadaan ini juga boleh
dikatakan sebagai “permissive environment”.

 Tanya Soalan
Ia menggunakan seoarang pendengar untuk bercakap dan menunjukkan bahawa dia
sedang mendengar. Ianya dapat membantu membentuk perkara selanjutnya.

 Elakkan Dari Gangguan (Luaran atau Dalaman)


Pendengar hendaklah mengelak daripada menulis menghentak kaki atau menyelak
kertas sewaktu mendengar sesuatu maklumat. Pendengar perlu sentiasa fokus untuk
mendengar.

6
VKMB1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II

5.0 HALANGAN KOMUNIKASI BERKESAN

Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang menyebabkan komunikasi


tersebut kurang berkesan. Antaranya adalah pemahaman yang berbeza, maklumat yang
tidak mencukupi, semantik - perkataan yang berlapis atau berbagai makna (selalunya
kiasan), punca yang diragukan (gosip), keadaan sekeliling yang tidak sesuai seperti bising
dansebagainya, leka memikirkan sesuatu, sekatan emosi (tidak mampu meluahkan apa
yangdifikirkan), kejadian yang baru berlaku (trauma), kurang minat dan prasangka. Kesemua
halangan ini boleh dikelaskan kepada lima katogori iaitu halangan fizikal, halangan
bahasa,halangan sikap penghantar, halangan sikap penerima dan halangan alam sekitar.

5.1 Fizikal
Halangan fizikal merupakan satu jenis halangan yang melibatkan kedua-dua belah
pihak.Keadaan fizikal yang membezakan penyampai dan penerima dari sudut pendidikan,
latar belakang, pemahaman, tahap intelektual dan sebagainya merupakan halangan yang
sangat ketara dalam komikasi. Ada orang yang biasa menggunakan cara komunikasi yang
agak kasar dan ada juga yang lemah lembut. Justeru ianya menjadi halangan fizikal yang
ketara apabila kedua-dua golongan ini berkomunikasi. Ada juga individu yang
kurangkemahiran komunikasi sejak kecil.

5.2 Bahasa
Perbezaan asal usul dan keturunan menyebabkan bahasa menjadi salah satu halangan
komunikasi berkesan. Penggunaan dialek yang kurang jelas, laras bahasa yang
berbeza, panjang ayat yang digunakan, kefasihan sebutan, kelancaran perkataan yang
digunakandan nada suara. Kadang kala penggunaan bahasa yang tidak jelas seperti
menggunakan perkataan yang susah disebut dan difahami juga menjadi penyebab maklumat
yang ingin disampaikan tidak tepat. Sesuatu perkataan mungkin membawa
erti yang berbeza antara individu dengan individu yang lain.

5.3 Sikap Penghantar


Sikap penghantar yang sering memerintah, mengarah, mengancam, memberi amaran
dan menghakimi menyebabkan kesan kepada penerima dimana mereka akan menjadi
pasif,tidak kreatif, takut dan terkongkong. Ini juga menjadi halangan yang besar kerana
komunikasi akan didorong dengan emosi dan pemikiran yang negatif. Penampilan orang yang

7
VKMB1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II

ingin menyampaikan sesuatu juga dilihat sangat penting dalam memberi keyakinan penerima
untuk mendengar apa yang ingin disampaikan. Sikap penghantar yang kerap menasihat atau
menyiasat dan bertanya secara terperinci akan menjadikan penerima merasa tidak selesa dan
seolah-olah telah melakukan kesalahan yang besar. Ini juga akan menjadi penghalang kepada
komunikasi.

5.4 Sikap Penerima


Sikap prejudis, konflik antara penerima dan pengirim, persepsi terhadap mesej
yanghendak disampaikan. Ada penerima yang telah mengetahui maklumat yang ingin
disampaikan oleh penghantar akan menganggap komunikasi itu membosankan dan mula
memberi perhatian terhadap perkara lain. Sesetengah penerima tidak dapat menerima
maklumat baru kerana menganggapnya tidak perlu. Manusia mendengar dan melihat apayang
mereka mahu dengar dan lihat sahaja. Pekerja yang sering ditegur tentang kerja,sesuatu hari
mendapat pujian tentang kerja akan sukar mempercayai apa yang didengar dan menganggap
ada mesej yang tersirat. Sekiranya kenyataan atau maklumat yangditerima bercanggah
dengan apa yang disangka lebih awal akan menghalang individu
untuk terus mendengar dan menerima mesej

5.5 Alam Sekitar


Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh, gelap atau kotor
turutmempengaruhi keberkesan satu proses komunikasi. Dalam situasi ini manusia
akanmudah rasa tertekan dan tidak menumpukan kepada apa juga yang ingin disampaikan.
Komunikasi tidak akan dapat mencapai matlamatnya dalam keadaan persekitaran yang
tegang. Alam sekitar yang tidak selamat juga mengundang kepada gangguan yang jelas
dalam komunikasi misalnya sewaktu rebut petit dan banjir. Proses kominikasi sering terjejas
kerana medium yang menghantar maklumat terputus atau terjejas akibat bencana alam.
Halangan alam sekitar berkait rapat dengan masalah persekitaran yang menyebabkan proses
komunikasi tidak efektif.

8
VKMB1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II

6.0 LANGKAH – LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN KEBERKESANAN


KOMUNIKASI.

Terdapat beberapa cadangan untuk menjadi penyampai yang berkesan. Hal ini akan
membantu untuk menjayakan komunikasi. Sesuatu komunikasi berkesan atau berjaya
bergantung pada kedua – dua pihak. Bagi mengatasi halangan komunikasi seseorang itu perlu
mangamalkan dasar “Pintu Terbuka”, mendapatkan maklumbalas , teliti maklumat dari
semua pihak dan lain- lain lagi. Selain itu terdapat beberapa juga cadangan lain yang boleh
meningkatkan keberkesanan komunikasi. Ia adalah seperti:

6.1 Bersedia

Hendaklah jelas matlamat yang ingin di capai dari komunikasi dan jelas cara yang
terbaik untuk menyampaikan mesej. Pastikan penerima telah bersedia secara fizikal atau
psikologi untuk menerima mesej seseorang.

6.2 Bersemuka

Bersemuka merupakan perhubungan mata yang menjadikan mesej yang disampaikan


lebih jelas dan mudah difahami.

6.3 Beri Peluang Untuk Penerima Bertanya atau Meminta Penjelasan

Beri peluang untuk penerima bertanya atau meminta penjelasa terutama bagi sesuatu
mesej atau perkara yang baru jika penerima belum pernah menerima mesej yang sama.

6.4 Gunakan Perkataan Atau Bahasa Yang Mudah Difahami

Apabila kita berkimunikasi perkataan yang berbagai maksud “double Meaning”,


susah difahami perlu dielakkan. Jika kita menggunakan perkataan yang spesifik dan mudah
difahami sudah tentu komunikasi tersebut akan berkesan.

9
VKMB1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II

7.0 KESIMPULAN

Komunikasi merupakan komponen penghidupan yang diperlukan untuk hidup dengan


lebih bermakna. Ia dipraktiskan atau dilakukan sejak manusia lahir sehinggalah ajal
menjemputnya. Komunikasi juga berperanan menjalinkan hubungan antara satu sama lain.
Oleh itu komunikasi berkesan penting bagi memastikan maklumat yang ingin disampaikan
dapat diterima sepenuhnya. Dengan adanya komunikasi yang berkesan di kalangan
komunikator, maka sesuatu maklumat dapat disampaikan dengan jelas dan mudah difahami
oleh pendengar. Walabagaimanapun komunikasi menjadi tidak sempurna apabila berlaku
halangan –halangan dalam berkomunikasi dengan orang yang pemarah, orang yang kurang
sopan dan orang yang pendiam tetapi menyimpan kemarahanya dan lain – lain lagi.

Kesimpulanya, keberkesanan komunikasi seseorang sangat penting dalam kehidupan


kita. Untuk mencapainya kita perlu menguasai kemahiran komunikasi secara berkesan.
Sekiranya kita boleh menguasainya dan mempraktikannya, ia akan membantu kita mencapai
kecemerlangan dan potensi tertinggi diri. Komunikasi yang berkesan akan melahirkan invidu
atau masyarakat yang berilmu, berketrampilan dan berkeyakinan.

10
VKMB1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II

RUJUKAN

1. Schramm, W. (1971). The Nature of Communication between Humans. In W.


Schramm, & D. F. Roberts (Eds.).

2. Sillars, S(1998). Success in communication. Suffolk: John Murry.

11
VKMB1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II

LAMPIRAN

12
VKMB1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II

13

Anda mungkin juga menyukai