Anda di halaman 1dari 16

ISI KANDUNGAN

1.0

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1.2 Objektif 1.3 Kaedah 1.4 Batasan 1.5 Definisi

2.0 PERANAN MEDIA MASSA

2.1 Mengawasi (Surveillance) 2.2 Menginterpretasi 2.3 Menghubung (Linkage) 2.4 Sosialisasi dan Menyebarkan Nilai 2.5 Menghibur (Entertainment) 2.6 Membujuk 2.7 Mempengaruhi

3.0 KESIMPULAN

4.0 BIBLIOGRAFI

1.0

PENDAHULUAN Media Massa sering dikaitkan dengan media cetak dan elektronik seperti akhbar, majalah, radio, Televisyen, Web dan WebTV. Negara kita pula memang boleh dianggap mempunyai penerbitan media cetak yang semakin meningkat saban tahun walaupun jumlah itu boleh ditingkatkan dengan lebih drastik dalam tempoh mendatang ini kerana sikap masyarakat yang suka membawa dan mencari informasi sudah mula kelihatan. Begitu juga dengan peningkatkan penggunaan radio, televisyen mahupun internet.

Fenomena ini menunjukkan bahawa media massa di negara ini memiliki peranan-peranan penting dalam pembangunan dan memepengaruhi perlakuan khalayak, khsusnya di negara

membangun seperti Malaysia.

Sumbangan utama media massa di negara ini ialah sebagai sumber maklumat kepada masyarakat kita. Saban hari kita dapat menerima semua berita atau maklumat mutakhir, ini menjadikan masyarakat kita mengetahui semua perkara yang berlaku, sedang, dan bakal terjadi di negara ini. Selain itu media massa juga berperanan untuk mengawasi, menginterpretasi, menghibur,

membujuk, menghubung, menyebarkan nilai dan mempengaruhi tindakan kolektif.

Media massa di negara ini memang mempunyai peranan yang penting dalam memastikan negara terus mampu membangun dan bersaing dengan negara lain. Ia juga dapat melahirkan masyarat yang bermaklumat dan berpengetahuan dari pelbagai aspek.

1.2

Objektif

Kertas kerja ini dihasilkan bagi membentangkan dengan terperinci peranan media massa dalam : i. Pembangunan negara ii. Mempengaruhi perlakuan khalayak

1.3

Kaedah Dalam menghasilkan tugasan ini, saya memperolehi

maklumat dari internet dengan merujuk beberapa laman web berkaitan. Selain itu, saya juga merujuk beberapa buah buku yang dari perpustakaan. . 1.4 Batasan Skop kajian atau ruanglingkup penulisan saya untuk kertas kerja ini adalah memfokaskan kepada peranan penting media massa dalam pembangunan dan keupayaan mempengaruhi perlakuan khalayak khususnya di Negara yang sedang membangun seperti Malaysia.

1.5

Definisi Teori

Teori Komunikasi Massa Secara umumnya komunikasi massa melibatkan proses perkongsian maklumat dari sumber menerusi penggunaan media yang ditujukan kepada khalayak yang ramai. Komunikasi massa dianggap berbeza dari bentuk komunikasi yang lain kerana melibatkan gabungan insan, mesej, saluran tertentu, gangguan, maklumbalas, konteks dan juga kesan tertentu. Menurut Dominick (2002), Komunikasi massa adalah proses mentransmisi mesej oleh sesebuah institusi yang kompleks kepada khalayak yang ramai dan heterogeneous dari pelbagai lokasi.

Gamble & Gamble (2002) pula mendefinisikan komunikasi massa sebagai proses mentransmisi mesej yang diproses oleh pengampang (gatekeeper) sebelum disampaikan kepada khalayak yang ramai menerusi saluran yang luas mencakupi media cetak, audio atau visual.

Vivian (2002), berpendapat bahawa komunikasi massa ialah satu proses yang melibatkan kelompok komunikator (mass communicator) yang menyampaikan pelbagai mesej (mass messages) kepada khalayak yang besar (mass audience) menerusi perantara media massa (mass media).

Kesemua

komponen

definisi

tersebut

melibatkan

kelompok

atau

kumpulan-kumpulan berikut: 1. Komunikator Mereka yang menghasilkan mesej merupakan komunikator massa. Penyediaan maklumat dilakukan oleh berbagai individu yang

menghasilkan kandungan mesej. Di antara komunikator termasuklah

penulis lirik lagu, penulis skrip, animator, wartawan, penyampai rancangan, dan pengamal media.

2. Mesej Mesej merupakan isi kandungan maklumat seperti cerita, cerpen, novel, filem, rancangan TV, berita atau lirik lagu, iklan di akhbar, papan tanda atau laman web. Mesej dalam komunikasi massa amat berstruktur dan diterima oleh khalayak yang ramai.

3. Media Massa Dalam konteks komunikasi massa, mesej ditransmisikan menerusi saluran tertentu. Media massa merupakan perantara mekanikal yang mengandungi, menyimpan dan mentransmisi mesej. Media massa juga mencakupi institusi yang menggunakan perantara tersebut untuk menyalurkan mesej. Secara ringkasnya, media massa terdiri dari media cetak dan media elektronik yang melibatkan organisasi media, individu di dalam industri media, polisi dan teknologi yang terlibat dalam distribusi komunikasi massa. Contoh media cetak ialah surat khabar, majalah dan buku-buku manakala media elektronik meliputi radio, filem, rakaman, televisyen, dan komputer.

Dengan

adanya

perantara

media,

mesej

dapat

disalurkan

kepadakhalayak yang meluas. Jarak antara penyampai dan penerima maklumat tidak menjadi halangan kerana maklumat boleh disalurkan dan juga diperolehi dari media massa dalam jangkamasa tertentu. Media massa merupakan pengganda maklumat yang berpotensi menyalurkan maklumat. Kemampuannya seolah-olah membentuk jaringan maklumat yang dikagumi.

Media Mass terbahagi kepada beberapa jenis iaitu: Jenis Media Contoh-contoh

Media cetak Media penyiaran Media digital

Buku, majalah, akhbar Radio dan televisyen Komputer, Internet, audio visual

4. Pengampang Pengampang merujuk kepada individu atau kumpulan yang berperanan memilih, merubah, menerima atau menolak mesej yang akan disalurkan menerusi komunikasi massa.

1. Khalayak Khalayak merujuk kepada pengguna dan penerima mesej menerusi media. Khalayak komunikasi massa terdiri daripada berbagai-bagai jenis dan ragam individu yang mempunyai kepentingan dan latar belakang yang berlainan malah berada di lokasi yang berbeza-beza. Saiz khalayak dalam konteks media massa tidak dapat ditentukan jumlahnya. Komunikasi yang terjalin menerusi komunikasi massa berlaku secara formal manakala jarak di antara sumber dan penerima adalah berjauhan dan terdiri dari sesiapa sahaja yang menggunakan media sama ada media cetak, media elektronik, media digital atau media berbentuk hiburan. Massa atau khalayak di dalam konteks komunikasi massa tidak mempunyai penyatuan, atau kepemimpinan dan kewujudannya rapuh. Mereka mempunyai kawalan yang amat minima atau kadang kala langsung tidak berkemampuan mengawal sumber maklumat yang diterimanya. Dalam proses komunikasi massa, maklumbalas dari khalayak adalah amat terhad Teori Pergantungan (Dependency Theory) Teori Pergantungan (Dependency Theory) yang diutarakan oleh Shaw dan McCombs, pula melihat bagaimana masyarakat memerlukan media massa sehingga mewujudkan keadaan di mana ada orang akan merasakan seolah-olah tugas harian merekat tidak lengkap kalau tidak dapat membaca akhbar, atau tidak dapat menonton berita di TV. Kita

sendiri tentu biasa mengalami keadaan ini di mana kita merasakan berita yang didapati dari media massa amat penting bagi kita dalam menajalankan tugas harian, contohnya keadaan di mana keperluan media amat tinggi ialah apabila berlaku bencana atau krisis. Keadaan amat memerlukan media massa ini dilihat sebagai pergantungan atau dependency. Penentuan Agenda Perspektif Penentuan Agenda merujuk pandangan bahawa media membentuk agenda untuk khalayak. Media menurut perspektif ini menganggap bahawa media tidak mungkin mengubah pandangan seseorang terhadap sesuatu isu tetapi boleh mengubah persepsi tentang apa yang penting. Media mampu memilih dan mendapatkan perhatian khalayak tentang idea, kejadian, tajuk-tajuk berita tertentu atau tentang seseorang. Contoh: Sekumpulan lima orang pelajar ditahan kerana berkelakuan kasar dan mencederakan guru. Hanya Salman yang diberitakan di muka hadapan akhbar tempatan. Media di dalam konteks ini menentukan agenda untuk menarik kesedaran umum ( public

consciousness). Apa yang tidak diberitakan oleh media kadang kala lebih penting dari apa yang disiarkan. Kemungkinan ada di antara maklumat penting yang tidak disiarkan. Kemungkinan juga berita tertentu sepatutnya dicetak di muka hadapan akhbar dan mendapat liputan dalam berita prima/berita utama. Pengampang (gatekeeper) media menjalankan peranannya menentukan berita yang mana harus diberi keutamaan dalam media.

Konsep yang diperkenalkan oleh Kurt Lewin pada tahun 1947 ini menghuraikan peranan pengampang (individu atau kumpulan) yang memilih dan menentukan berita yang melepasi aliran kawalan maklumat sebelum sampai kepada khalayak. Mereka ini terdiri daripada editor majalah, akhbar, penerbit radio dan televisyen, pengiklan, kumpulan

politik dan pemilik stesen yang mempunyai pengaruh menentukan maklumat yang disampaikan kepada khalayak. Kumpulan atau individu yang berperanan sebagai pengampang bukan hanya menyaring

maklumat dan kandungan malahan juga menentukan sumber maklumat. Kumpulan editor, penulis skrip, penerbit atau mereka di bahagian pemilihan program menentukan apa dan siapa yang harus dipaparkan dalam berita atau siapa yang boleh dijadikan sebagai pakar yang dijemput untuk satu-satu segmen rancangan televisyen. Analisis Penyuburan (Cultivation Analysis) Perspektif analisis Penyuburan yang diperkenalkan oleh George Gerbner dan rakanrakannya dari University of Pennsylvania menyatakan bahawa media televisyen mempromosi worldview yang tidak tepat tetapi khalayak menganggap serta menerimanya sebagai realiti kehidupan. Persepsi tentang realiti hidup dianggap serupa dengan apa yang digambarkan melalui program yang disiarkan di televisyen. Analisis penyuburan ini memfokus kepada kesan perlakuan dan pandangan khalayak

berdasarkan pendedahan yang begitu lama. Cuba bayangkan apa yang ditayangkan dalam filem Melayu, Hindustan dan Hollywood yang ditonton. Kehidupan yang digambarkan selalunya lebih menarik berbanding kehidupan sebenar. Hubungan peribadi yang sebenarnya bukanlah seindah yang digambarkan dalam filem. Namun apa yang ditonton di televisyen dipercayai akan membentuk perspektif khalayak terhadap apa yang berlaku secara kumulatif apabila khalayak terus menonton televisyen. Dengan kata lain, semakin lama seseorang itu menonton televisyen maka semakin cenderung ia mempercayai apa yang

ditontonnya sebagai realiti yang berlaku. Hakikatnya, terdapat hubungan antara imej media dengan pandangan seseorang terhadap realiti kehidupan.

Teori Pilin Kesenyapan

Teori Pilin Kesenyapan ini utarakan oleh Noelle-Neumann {1974). Teori ini menyatakan peranan media ialah membantu pembentukan pendapat umum. Media massa dan komunikasi antara perseorangan bertindak balas dalam membentuk pendapat umum. Berlaku apabila individu mempunyai tanggapan pendapat mereka adalah popular dan menyatakan pendapat tersebut menjadi pendapat umum. Teori ini berandaian bahawa orang ramai tahu pandangan yang utama dan mereka mengubah

pandangan mereka mengikut tanggapan mereka berkenaan pandangan utama. Apabila individu mempunyai tanggapan bahawa pendapat mereka adalah bukan pendapat ramai maka mereka akan berdiam diri. Proses berlaku dalam bentuk pilin yang membuat suatu pandangan tentang isu lebih utama berbanding pandangan sebaliknya. Pilin kesenyapan dibantu oleh media massa kerana isu yang diutarakan oleh media massa adalah isu utama.Mereka yang mempunyai pendapat yang berbeda akan mendiamkan diri. Bilangan yang berdiam diri di kalangan masyarakat akan bertambah hingga wujud pilin kesenyapan

Pendapat yang dinyatakan adalah pendapat umum manakala pendapat yang tidak dinyatakan adalah pendapat peribadi. Mereka yang

menyokong pandangan majoriti lebih sanggup menyatakan pendapat mereka berbanding mereka menyokong pandangan minoriti.

Kesanggupan menyuarakan pendapat bergantung kepada tanggapan tren/perubahan masa depan. Orang ramai lebih sanggup berkongsi pendapat dengan orang yang mempunyai pandangan yang sama. Nilai kendiri yang rendah membuat seseorang berdiam diri dan tidak menyuarakan pendapat. Selalunya orang lelaki dari kumpulan atasan atau menengah lebih mudah menyuarakan pendapat. Namun begitu Pilin kesenyapan tidak berlaku kalau individu atau kumpuian tidak takut disisih walau apapun akibatnya. Media massa dan komunikasi antara

perseorangan berupaya mempengaruhi kesediaan menyatakan pendapat dalam keadaan tertentu

sahaja

2.0

Peranan Media Massa

Menurut Dominick (2002) umpamanya melihat fungsi media massa dari perspektif berikut, iaitu ahli masyarakat perlu untuk berkomunikasi untuk membentuk hubungan dengan orang lain. Dengan berkembangnya masyarakat maka keperluan komunikasi meningkat. Seiringan dengan itu juga, masyarakat memerlukan perantara komunikasi yang dapat

memenuhi pelbagai keperluan.

Secara

umumnya

Media

Massa

memainkan

peranan

penting

dalampembangunan dan berupaya mempengaruhi perlakuaan khalayak. Antara peranan tersebut ialah: 2.1 Mengawasi (Surveillance) Pengawasan lebih dikenali sebagai pemberitaan dan peranan maklumat yang disebar oleh media. Tujuan pengawasan adalah untuk: (a) Memberi Amaran Pengawasan berbentuk amaran digunakan untuk mengingatkan khalayak ( masyarakat) akan terhadap sesuatu kejadian apabila yang media

dijangkakan

berlaku.

Contohnya,

memberitahu tentang ancaman seperti bencana alam, gempa bumi, banjir kilat, tsunami, pemanasan global, jangkaan atau

kemerosotan

ekonomi,

kenaikan

kadar

inflasi

peperangan.Peringatan berbentuk amaran ini mengingatkankan kepada khalayak tentang sesuatu ancaman yang melanda pada sesuatu masa. Televisyen contohnya akan memberhentikan siaran untuk menyiarkan berita tentang bencana alam yang sedang melanda sesuatu kawasan, atau memberikan amaran tentang wabak penyakit, peperangan dan sebagainya.

(b) Pengawasan Instrumental Pengawasan berbentuk instrumental ini membantu masyarakat. memperoleh maklumat seperti harga di bursa saham, produk baru, idea fesyen, resepi dan sebagainya. Peranan ini bukan hanya dikhususkan kepada media berbentuk berita, penerbitanpenerbitan ringkas dan kandungan media bertujuan menghibur seperti majalah teknikal juga menjalankan peranan mengawasi. 2.2 Menginterpretasi Media massa bukan hanya membekalkan fakta dan data tertentu. Ia juga memberikan maklumat tentang matlamat, maksud media dan akan

kesignifikanan

sesuatu

peristiwa.

Pengampang

menentukan mana berita yang penting yang akan disebarkan menurut kepentingan dan keutamaannya. Bukan semua berita yang diterima akan disebarkan di televisyen atau radio.

Selain dari menyiarkan berita, media juga menyediakan ruang untuk komentar pembacanya. Artikel yang membincangkan implikasi

sesuatu polisi, kritikan, karikatur juga membentuk interpretasi khalayak. Berdasarkan bahan yang dipaparkan ini, khalayak

memperoleh berbagai pandangan yang boleh dinilai sendiri oleh mereka. Interpretasi maklumat juga boleh didapati di halaman editorial surat khabar. Interpretasi, komen dan pendapat disediakan supaya pembaca memperoleh perspektif mendalam mengenai sesuatu pemberitaan. Fungsi ini juga dapat dilihat dalam rencana yang menganalisis peristiwa-peristiwa semasa atau polisi kerajaan.

Kenaikan harga gas dan impak kepada harga makanan juga termasuk dalam kategori ini.

2.3 Menghubung (Linkage) Media massa berkebolehan menggabungkan elemen yang berbeza di dalam masyarakat. Contohnya, pengiklanan berusaha menggabungkan keperluan pembeli dengan produk penjual. Pengundi mengumpul maklumat berkenaan wakil rakyat melalui surat khabar, televisyen, radio dan laman web. Menerusi rancangan yang disiarkan di media elektronik atau di akhbar, derma untuk kanak-kanak yang sakit dan mangsa peperangan dan bencana alam yang memerlukan bantuan ini. Fungsi menyampaikan mesej kepada khalayak merupakan peranan yang dilakukan oleh media. Komuniti yang terpisah tetapi berkongsi

kepentingan bersama juga dapat disatukan oleh media. Era teknologi pengkomputeran telah menyediakan perantara perhubungan yang pantas, menjangkaui masa dan sempadan khalayak. Pelbagai laman web, news groups dan chatrooms di Internet menyediakan wahana dan platform untuk berhubungan antara dua atau ramai orang atau membentuk komuniti maya. Kemudahan yang disediakan seperti laman web

menghubungkan pelbagai komuniti untuk berkongsi pendapat dan pengalaman hidup mereka dengan orang lain yang setara

permasalahannya. Kadang kala media Internet juga mencipta perhubungan dan menyatukan kumpulan sosial yang dulunya tidak menyedari bahawa mereka mempunyai minat yang serupa. Fungsi menghubungkan menyediakan ini juga memperlihatkan masyarakat kemampuan untuk media

akses

kepada

menyuarakan

kepentingan mereka.

Fungsi menghubung ini walau bagaimanapun ada kelemahannya. Ia mungkin memberi peluang kepada kumpulan tertentu untuk memprotes sehingga membawa kepada berlakunya pemberontakan. Ini boleh membawa bahaya kepada masyarakat.

2.4 Sosialisasi dan Menyebarkan Nilai Proses menyebarkan dan mentransmisi nilai dalam masyarakat ini dikenali sebagai proses sosialisasi (socialization). Fungsi

mensosialisasi merujuk cara individu menerima perlakuan dan nilai sesebuah kumpulan. Media massa memaparkan tentang pelbagai nilai masyarakat dan amalan mereka yang berbeza-beza. Menerusi pemerhatian, pendengaran dan pembacaan, seseorang itu dapat mempelajari bagaimana sesebuah masyarakat bertindak dan apakah nilai yang dibawa oleh mereka. Kadang kala media sengaja memupuk nilai di dalam diri khalayak. Ini dilihat melalui rancangan berbentuk nasihat seperti menggunakan topi keledar, kurangkan gula, jaga kesihatan dan memelihara harta awam. Di antara perantara media yang ada masa kini, yang manakah yang paling berpotensi untuk mentransmisi nilai di kalangan masyarakat? Televisyen mempunyai potensi besar mensosialisasi masyarakat kerana kemampuannya menyampaikan mesej kepada lebih ramai khalayak berbanding media yang lain. 2.5 Menghibur (Entertainment) Fungsi komunikasi massa yang paling adalah untuk menghibur. Filem, muzik , berita sukan, rancangan hiburan, sitkom dan kartun yang disiarkan di media memainkan fungsi hiburan kepada khalayak dengan kos yang rendah dan murah. Kebanyakan program di televisyen bertujuan memberi hiburan kepada khalayak. Khalayak menggunakan wang dan masa mereka menonton wayang,

mendengar muzik, menyewa video, melihat rancangan komedi di televisyen dan melayar internet. 2.6 Membujuk Fungsi membujuk media dapat dilihat melalui cara bagaimana pengiklan menarik minat khalayak untuk mengambil tindakan tertentu. Media penyiaran umpamanya menayangkan iklan shampoo, alatan

automobil, kawalan berat badan, promosi jualan mega untuk menarik minat khalayak membuat keputusan membeli. Oleh kerana khalayak menginterpretasi mesej yang diterima dari media yang ditonton atau dibaca, maka mereka tidak terkecuali dari elemen membujuk yang terkandung dalam mesej tersebut. Rancangan dokumentari atau temubual mempunyai elemen membujuk secara tidak langsung. Akhbar menjadikan pakej maklumatnya di bahagian editorial untuk mengemukakan pendapat dan membujuk.

2.7 Mempengaruhi Media mampu menyatukan sesebuah komuniti dalam masyarakat dengan menyalurkan mesej yang dikongsi. Akhbar yang hanya didapati di sebuah bandar tertentu umpamanya membentuk

pengetahuan dan pengalaman yang dikongsi bersama dalam komuniti di situ. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi mereka bertindak terhadap sesuatu isu yang timbul. Dalam keadaan tertentu, media membantu mempengaruhi pandangan tentang sesuatu isu. Teknologi komunikasi maklumat masa kini merupakan perantara yang amat berkuasadalam mengagih dan menyumbang maklumat dengan pantas tanpa halangan masa dan tempat. Setiap pengguna yang mempunyai akses akan mendapat makluamat dengan cepat. Internet merupakan platform yanga berpotensi mempengaruhi pencarian maklumat berbanding media cetak. Sepantas kilat sesuatu isu atau kejadian yang baru berlaku dipaparkan dan dapat diakses oleh khalayak. Badan-badan sosial dan komuniti yang mempunyai akses terhadap teknologi pada masa kini menggunakan Internet sebagai platform menyuarakan pandangan kolektif komunitinya di samping menjadi perantara berkomunikasi.

3.0 KESIMPULAN

Komunikasi massa sememangnya mempunyai fungsi penting di dalam segenap aspek kehidupan individu dan masyarakat. Khalayak sentiasa berinteraksi dengan media dalam setiap aktiviti yang dilakukannya. Media boleh mengawasi sesuatu yang berlaku di persekitaran media dan

mempengaruhi

perlakuan

khalayak.

Kepelbagaian

massa

membuka pintu yang luas terhadap dunia dan kehidupan sejagat dibandingkan dengan sebelumnya, tetapi Khalayak sebagai pengguna media mempunyai pilihan menentukan kegunaan media, memahami secara kritikal dan menilai maksud di sebalik kandungan mesej media.

Anda mungkin juga menyukai