Anda di halaman 1dari 23

FAKULTI PERNIAGAAN

SEMESTER JANUARI / 2019

BMOM5203

ORGANISASI DAN PENGURUSAN PERNIAGAAN

NO. MATRIKULASI : 790810075442002


NO. KAD PENGNEALAN : 790810075442
NO. TELEFON : 011 15154669
E-MEL : fazikrina@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : ONLINE


BMOM5203

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

BAHAGIAN A : PENGENALAN MENGENAI SYARIKAT

A.1 Latar Belakang Syarikat, Identiti Korporat dan Carta 1


Organisasi
A.2 Peranan dan Sumbangan Di Dalam CSR 4

BAHAGIAN B : TINJAUAN LITERATUR

B.1 Kajian Literatur Lepas Yang Berkaitan CSR 9


B.2 Kepentingan CSR Di Dalam Organisasi Perniagaan 12

BAHAGIAN C : Peringkat – Peringkat CSR 14

BAHAGIAN D: KESIMPULAN 17

RUJUKAN 18

APENDIKS 1: METODOLOGI KAJIAN 20

APENDIKS 2: BORANG SOAL SELIDIK 21

1
BMOM5203

BAHAGIAN A : PENGENALAN MENGENAI SYARIKAT

A.1 Latar Belakang Syarikat, Identiti Korporat dan Carta Organisasi

Apakah yang dimaksudkan dengan tanggungjawab sosial korporat? Bagaimanakah ianya


bermula? Apakah kebaikan mahupun keburukkan yang diperolehi dari pelaksanaan tanggungjawab
sosial ini? Bagaimanakah tanggungjawab sosial korporat ini dapat menyemai sifat mulia jatidiri
terhadap para pekerja sesuatu organisasi? Persoalan-persoalan ini sering bermain di fikiran sama ada
individu, masyarakat ataupun organisasi syarikat itu sendiri. Tanggungjawab sosial korporat (CSR)
secara umumnya bermaksud komitmen syarikat dan organisasi korporat terhadap keperluan sosial
yang meliputi hak-hak masyarakat, penjagaan alam sekitar, kebajikan para pekerja, hak-hak
pengguna dan sebagainya.
Justeru itu, kajian ini akan membincangkan khususnya tentang tanggungjawab sosial korporat
sebuah organisasi perbankan Islam di Malaysia, latar belakang institusi perbankan tersebut, adakah
institusi memperolehi sama ada kebaikan atau keburukkan dari pelaksanaan tanggungjawab sosial ini
dan bagaimanakah tanggungjawab sosial korporat ini dapat menyemai sifat mulia jati diri terhadap
para pekerja di institusi perbankan tersebut.
Industri perbankan Islam di Malaysia telah berkembang dengan pesat sejak ia mula
diperkenalkan pada Mac 1983. Ekoran dari permintaan masyarakat yang tinggi terhadap produk-
produk perbankan Islam, bank-bank konvensional di Malaysia turut mengambil peluang dalam
menawarkan produk-produk berkaitan yang selari dengan prinsip Syariah kerana ianya dapat
mendatangkan prospek ekonomi yang lebih baik bagi institusi masing-masing. Sistem perbankan
Islam terus berkembang dengan penubuhan bank islam keduanya iaitu Bank Muamat Malaysia pada
tahun 1999 dengan nama Bank Bumi-Muamalat ekoran daripada penggabungan antara Bank
Bumiputera Berhad dengan Bank Of Commerce (M) Berhad. Sehingga kini terdapat 21 buah bank di
Malaysia termasuk bank dari luar negara yang mengamalkan perbankan Islam sepenuhnya dan 15
buah bank termasuk bank perdagangan, bank pelaburan dan bank pembangunan yang terlibat dengan
skim perbankan Islam. Perkembangan yang pesat dalam industri perbankan Islam negara berupaya
menjadi pemangkin yang baik dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat. Institusi
kewangan yang berpaksikan Islam dalam menjalankan setiap operasi perniagaannya, seharusnya

2
BMOM5203
mempunyai kesedaran yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab sosial yang telah ditetapkan
sebagaimana yang tercatat di dalam ajaran Islam.
Bank Muamalat yang telah memulakan operasinya pada 1 Oktober 1999 adalah merupakan
gabungan aset dan liabiliti yang terdiri daripada DRB-HICOM yang memegang sebanyak 70%
saham syarikat manakala Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) pula memegang 30% lagi
daripada saham syarikat terbabit.

Rajah 1 : Logo Bank Muamalat Malaysia

Pada dasarnya, logo dan identiti Bank Muamalat dibentukkan daripada satu garisan yang
dinamik dan berterusan. Garisan tunggal pula melambangkan objektif penubuhan bank iaitu
mengutamakan kecekapan dan kedinamikan serta visi yang jelas dan cekap. Ini turut juga
mencerminkan hubungan yang erat di antara bank dan pelanggan-pelanggannya.
Kubah pula didasari daripada seni reka arkitek Islam. Reka bentuk ini digunakan sebagai
suatu tempat untuk berlindungan dengan doa dan pengharapan. Ini menunjukkan produk dan
perkhidmatan yang disediakan oleh Bank Muamalat adalah menepati kehendak para pelanggan. Lima
buah kubah melambangkan Rukun Islam yang lima perkara dan juga kewajipan solat lima waktu bagi
kaum muslim. Selain itu, lima kubah ini juga melambangkan Rukun Negara lima perkara yang
menjadi asas pegangan warganegara Malaysia. Manakala pautan di antara lima kubah pula
menunjukkan hubungan yang baik di antara bank, pelanggan dan persekitaran luarannya. Rangkaian
dan kebersamaan ini bertepatan dengan terjemahan asal Bank Muamalat yang membawa maksud
“hubungan sesama manusia”.
Terdapat dua warna yang digunakan untuk logo insititusi ini. Warna biru diraja mewakili
kekuatan dan keyakinan yang tinggi manakala oren pula melambangkan kemesraan dan keterujaan.
Warna oren ini adalah signifikasi yang mewakili prinsip bank iaitu mesra pelanggan, mempunyai
pertumbuhan yang berterusan dan tidak statik tetapi sentiasa dinamik.

3
BMOM5203

Pengarah Urusan

TimbalanPengarah Ketua Pengurus Ketua Pengurus Eksekutif Naib


Urusan Operasi Berisiko Presiden Kewangan

Eksekutif Naib Presiden Ketua Pegawai Eksekutif Naib Presiden


Sumber Manusia Teknologi Perniagaan Perbankan

Senior Naib Presiden Ketua Auditor Dalaman Ketua Pengurusan


Pengurusan Kredit Pematuhan

Rajah 2 : Carta Organisasi Bank Muamalat

Bank Muamalat ini ditadbir urus oleh 11 orang pekerja mahir berdasarkan hirarki pengurusan
tertinggi yang di ketuai oleh seorang Pengarah Urusan dan Timbalan Pengarah Urusan, diikuti oleh
Ketua Pengurus Operasi, Ketua Pengurus Berisiko, Eksekutif Naib Presiden Bahagian Kewangan,
Eksekutif Naib Presiden Sumber Manusia, Ketua Pegawai Teknologi, Eksekutif Naib Presiden
Perniagaan Perbankan, Senior Naib Presiden Pegurusan Kredit, Ketua Auditor Dalaman dan Ketua
Pengurusan Pematuhan organisasi.

A.2 Peranan dan Sumbangan Di Dalam CSR

Program-program CSR yang dilaksanakan oleh bank ini tertumpu kepada empat kumpulan
utama iaitu tanggungjawab sosial di tempat kerja atau pekerja-pekerja, persekitaran, komuniti dan
kumpulan sasaran perniagaan (marketplace). Setiap kumpulan ini mendapat banyak manfaaat dari
program CSR yang dijalankan oleh pihak BMMB. Oleh kerana tanggungjawab CSR ini adalah
agenda rasmi bank, maka program-program yang dilakukan ini adalah berterusan dengan wujudnya
satu acara besar akan diadakan setiap dua bulan sekali yang dilaporkan sebagai program CSR.

4
BMOM5203

Antara bentuk program yang dijalankan bagi tanggungjawab sosial terhadap para pekerja
adalah seperti Kursus Pengurusan Jenazah yang telah dijalankan pada 20 Julai 2018, bertempat di
Menara Bumiputra bagi kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad. Program ini dianjurkan oleh
Jabatan Dakwah Wakaf & Zakat BMMB , bagi menerapkan semangat menyebarkan ilmu untuk
mempelajari dan menginsafi perihal berkaitan pengurusan jenazah dan kematian. Kehadiran terdiri
daripada kakitangan HQ BMMB seramai 70 orang di kalangan lelaki dan wanita. Program ini
mengandungi dua sesi iaitu teori dan praktikal yang bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada
pukul 1.00 petang. Peserta didedahkan dengan ilmu kaedah menghadapi musibah, sunnah ketika sakit
dan SakaratulMaut, adab-adab ketika menziarahi pesakit, memandikan jenazah, menkafani jenazah,
solat jenazah dan teori pemakaman jenazah. Selain itu program tahunan Sayangi Malaysiaku untuk
Sambutan Hari Kemerdekaan juga turut dijalankan pada 29 Ogos 2018, dengan tujuan untuk
menghidupkan semula suasana sambutan kemerdekaan pada 1957 di Laluan Warisan berhadapan Ibu
Pejabat Bank Muamalat Jalan Melaka. Program CSR kedua bagi 2018 adalah Majlis Sambutan Hari
Raya bersama kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad 2018 yang juga merupakan acara
tahunan BMMB yang bertujuan untuk menyambut Hari Raya bersama-sama dengan tenaga kerja
BMMB, disamping mengukuhkan hubungan silaturahim diantara semua pekerja tidak kira kaum
atau bangsa bersama-sama dengan Ahli Lembaga Pengarah dan juga Pihak Pengurusan, bertempat di
Tempat Letak Kereta, Aras Bawah Menara Bumiputra. Tema bagi tahun ini adalah "Demam Bola
Raya" bersempena World Cup Russia 2018 yang mana gerai akan dibahagikan mengikut rumah
sukan iaitu Biru, Hijau, Merah, Kuning, Ungu dan Oren. Tujuan majlis hari raya seperti ini adalah
untuk memupuk dan mengamalkan amalan tolong menolong dan bersedekah diantara kakitangan dan
mengeratkan perasaan kasih sayang dan keperihatinan diantara kakitangan BMMB. Acara CSR
ketiga pula adalah Kempen E-Derma Sambil Meraikan Anak-Anak Maahad Tahfiz Serta Golongan
Kurang Bernasib Baik di dalam majlis berbuka puasa bersama-sama pengurusan tertinggi serta
kakitangan BMMB. Program ini adalah inisiatif tahunan yang diadakan bertujuan untuk menyambut
Ramadhan Al Mubarak dengan memberi sumbangan berupa beg dan duit raya untuk anak-anak
Mahaad Tahfiz. Manakala, untuk golongan kurang bernasib baik (gelandangan) di sekitar kawasan
Masjid Jamek, Kuala Lumpur pula diberi kain pelekat, baju untuk lelaki, kain batik dan baju untuk
wanita. Di samping itu, BMMB turut melancarkan Kempen ‘eDerma’ dan memperkenalkan perincian
terbaru Aplikasi i-Muamalat iaitu ‘QR Pay’. Aplikasi ini membolehkan pelanggan yang mengunjungi
masjid terutamanya pada waktu solat Jumaat untuk menderma terus menerus menerusi telefon pintar
mereka tanpa menggunakan tunai.Aplikasi i-Muamalat ini boleh dimuat turun dari “Google Play
Store” dan juga “Apple Store” dan pelanggan-pelanggan Bank Muamalat hanya perlu menggunakan

5
BMOM5203

kata nama dan kata laluan yang sama dengan perbankan internet untuk menggunakan “i-muamalat
mobile”.
Manakala bagi program tanggungjawab CSR persekitaran pula, telah diadakan aktiviti
“Muamalat Merdeka Coral Conservation Dive 2018” iaitu aktiviti berkaitan dengan kegiatan selam
skuba. Seramai 18 penyelam scuba dari Bank Muamalat Malaysia Berhad menyertai aktiviti ini.
Matlamat paling utama ialah mengambil bahagian dalam tanggungjawab sosial korporat yang
memfokuskan kepada penduduk pulau yang jauh dari bandar besar. Dan juga aktiviti pendakian
dengan tema ANNAPURNA BASE CAMP (ABC) di Nepal India. Seramai enam peserta telah
mengikuti program CSR ini bagi julung-julung kalinya dengan matlamat membentuk jati diri di
samping menyampaikan bantuan sumbangan kepada kanak-kanak tahfiz di Nepal, India.
Antara bentuk program yang dijalankan bagi tanggungjawab sosial terhadap komuniti adalah
seperti program Kembali Ke Sekolah bersama 150 orang pelajar yang diadakan di Ibu Pejabat Bank
Muamalat, Menara Bumiputra, Kuala Lumpur. Para pelajar terdiri daripada 3 buah sekolah terpilih di
sekitar Kuala Lumpur menerima sumbangan berupa kelengkapan sekolah bernilai RM350 dan wang
tunai berjumlah RM100. Program-program komuniti lain juga adalah seperti Wakaf Selangot
Muamalat Menyumbang Kepada Hospital Waqf An-Nur, Forum Perdana EHwal Islam “Jantung
Hatiku” dengan kerjasama Insitut Jantung Negara, Program Kayuhan Amal & Gotong royong di
Maahad Tahfiz Chemperoh, Sunnah Berkuda dan Memanah BMMB Bersama Anak-Anak Orkid dan
banyak lagi.
Bagi program yang dijalankan untuk tanggunjawab sosial terhadap kumpulan sasaran
(marketplace) pula adalah seperti aktiviti Acara Avillion Coastal Ride 2017 (ACR17) yang
dianjurkan oleh DRB HICOM bertempat di Avillion Hotel, Port Dickson Negeri Sembilan. Ini juga
merupakan acara berbasikal tahunan oleh BMMB.

6
BMOM5203

Bil Item Sangat Ber- Tidak

Bersetuju setuju setuju

(%) (%) (%)

1 Pihak organisasi bertanggungjawab sepenuhnya

untuk memastikan bahawa seluruh rangkaian 80 20 0

aktiviti perniagaan mereka adalah tidak

memudaratkan alam sekitar.

2 Pihak organisasi adalah pihak yang

bertanggungjawab sepenuhnya untuk 80 20 0

melaksanakan aktiviti CSR terhadap

masayarakat dan memastikannya adalah

aktitiviti penting pada organisasi.

3 Pihak organisasi bertanggungjawab memastikan


program CSR yang dijalankan adalah mencakupi 80 20 0
empat aspek yang penting seperti tanggungjawab
CSR di tempat kerja, persekitaran, komuniti dan
sasaran perniagaan.
4 Pihak organisasi harus memastikan program CSR
adalah sesuai dilaksanakan untuk setiap peringkat 80 20 0
pekerja-pekerja organisasi.
5 Semua peringkat pekerja seharusnya mengambil

bahagian di dalam setiap program CSR yang 80 20 80

dilaksanakan.

6 Pihak organisasi perlu memastikan kepelbagaian


aktiviti program CSR agar tidak membosankan para 70 30 0
pekerja.

7
BMOM5203
7 Pihak organisasi bertanggungjawab untuk
memastikan program CSR dianjurkan setiap bulan 70 70 0
atau tahun dan dijadikan acara wajib bagi
organisasi.
8 Pihak organisasi harus memastikan agar program
CSR yang dijalankan adalah menepati visi, misi dan 70 30 0
tujuan asal organisasi.
9 Pihak organisasi harus memastikan agar program
CSR adalah memberi faedah kepada para pekerja 70 30 0
dan organisasi khususnya.
10 Pihak organisasi dan para pekerja harus memastikan
agar program CSR adalah memberi manfaat kepada 70 30 0
masyarakat sekeliling, umumnya.

Jadual 1 : Hasil Keputusan Soal Selidik

8
BMOM5203

90

80

70

60

50
Sangat Bersetuju

40 Bersetuju
Tidak Bersetuju
30

20

10

0
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6 Soalan 7 Soalan 8 Soalan 9 Soalan SOALAN
10

Graf 1 : Hasil Keputusan Soal Selidik

BAHAGIAN B : TINJAUAN LITERATUR

Terdapat beberapa kajian terdahulu yang telah ditelaah oleh pengkaji di dalam
membincangkan isu mengenai CSR ini bagi memastikan ianya bukan suatu kajian yang berulang.
Neil H.Jacoby (1973), di dalam bukunya ada membincangkan tentang tanggungjawab sosial dan
institusi korporat di Amerika Syarikat bermula dengan kritikannya terhadap syarikat korporat di
Amerika sehinggalah kepada tanggungjawab-tanggungjawab yang perlu dimainakan sama ada
sebagai aktivis sosial, pencinta alam sekitar dan sebagianya. Penaksiran sosial terhadap insititusi
korporat di Amerika telah mendorong mereka untuk menganalisis isu-isu yang timbul seperti
tumpuan dan pecahan isu autokrasi dan demokrasi dalam corporate government. Pengkaji turut
mengemukakan tiga peranan sosial yang penting bagi bagi sektor korporat di Amerika iaitu

9
BMOM5203

membantu menyelesaikan masalah sosial, meningkatkan kualiti alam sekitar dan juga menyediakan
peralatan ketenteraan kepada pihak kerajaan.
Selain itu, pengkaji juga membincangkan mengenai teori tanggungjawab CSR oleh sektor
korporat dalam dua model iaitu Model Pasaran Klassik ( The Classical Market Model) dan Model
Pengurusan (Managerial Model). Berdasarkan model-model tersebut, satu teori baru mengenai CSR
dibentuk iaitu Model Persekitaran Sosial (Social Environment Model) yang diharap dapat
mengelakkan kesilapan yang telah berlaku sebelum ini dan memberikan penyelesaian rasional
terhadap tindakan sosial korporat dengan motif megoptimumkan keuntungan.
Carol Archie B (1991) telah menyentuh beberapa ciri yang ada pada tanggungjawab CSR
yang tertumpu kepada moral dan hala tuju pengurusan organisasi stakeholders. Perbincangan
tanggungjawab CSR ini digambarkan dalam bentuk piramid yang merangkumi tiga moral dan hala
tuju stakeholder iaitu pengurusan tidak bermoral, pengurusan yang tidak berdasarkan ukuran moral
dan pengurusan moral khususnya kepada pelanggan dan masyarakat tempatan. Manakala dalam
kajian ini, pengkaji turut membincangkan mengenai empat peringkat tanggungjawab dalam piramid
tanggungjawab CSR. Ia terdiri daripada tanggungjawab ekonomi, tanggungjawab undang-undang,
tanggungjawab etika dan tanggungjawab philanthropic. Setiap satu kategori tanggungjawab ini
memerlukan perhatian yang mendalam bagi sektor korporat.
Abdul Manaf Bohari dan Nik Mutasim Nik Abdul Rahman (2001) pula melihat konsep
tanggungjawab CSR ini daripada perspektif negara Malaysia dari segi masalah-masalah yang
dihadapi, pelaksanaan dan juga cabarannya. Pengkaji turut membincangkan mengenai pihak
berkepentingan bagi institusi korporat yang mana merangkumi keseluruhan masyarakat yang turut
menerima impak daripada keputusan dan polisi korporat sesebuah institusi tersebut.
David Henderson (2001) pula menyatakan bahawa walaupun terdapat banyak penulisan
mengenai CSR dilakukan namun tidak terdapat satu penyampaian standard yang dipersetujui dan
buku teks yang berautoriti yang menerangkan mengenai CSR. Namun begitu, penerangan dan
panduan mengenainya diperolehi dari dunia perniagaan itu sendiri melalui penerbitan-penerbitan
yang dilakukan oleh firma-firma dan organisasi perniagaan, termasuklah pernyataan polisi korporat
dan ucapan-ucapan oleh CEO syarikat ataupun tokoh-tokoh perniagaan yang lain. Dalam laporan
yang disediakan oleh WBCSD (World Business Council for Sustainable Development) yang bertajuk
Corporate Social Responsibility: Making Good Business Sense menyatakan bahawa satu definisi
mengenai CSR yang boleh diterima secara universal masih belum dapat dibangunkan. Namun begitu,
terdapat garis panduan dan pedoman yang disediakan dalam tiga aspek utama yang berkaitan doktrin
tersebut iaitu rasional atau makna yang tersirat daripadanya, amalan penglibatannya dan kesannya

10
BMOM5203

yang meluas terhadap apa yang patut dilakukan oleh sesebuah organisasi perniagaan. Pengkaji turut
menyatakan bahawa, walaupun konsep CSR merupakan suatu doktrin yang radikal di mana
mengandungi satu konsep baru dan luas terhadap peranan yang perlu dimainkan oleh sektor swasta
dan bagaimana ianya harus dilakukan. Organisasi korporat seharusnya memainkan peranan penting
dalam menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik melalui corporate citizenship (merakyatkan
syarikat). Dalam erti kata lain, sektor korporat harus menyokong dan berusaha dalam mencapai
pembangunan yang seimbang dari segi ekonomi, persekitaran dan sosial.
Kenneth Amaeshi (2004), pula membahaskan mengenai tanggungjawab CSR yang dilihat dari
perspektif stakeholder dari dua negara yang berlainan iaitu United Kingdom yang mewakili blok
negara maju dan juga Nigeria yang mewakili blok negara membangun. Dalam kajian ini, beliau
menyatakan bahawa CSR sekarang sedang menuju kearah globalisasi terutamanya melalui syarikat
transnasional (TNCs), namun bagaimanakah falsafah dan nilai dalam CSR ini dikongsi bersama
antara ekonomi negara maju dan ekonomi negara membangun. Artikel ini juga membincangkan
mengenai bagaimana penerimaan CSR di negara membangun dan apakah makna CSR tersebut di
dalam ekonomi mereka.
Janet L.H Looi (2005) dan Tay Kay Luan (2005) dalam artikel yang dibentangkan di
persidangan pentadbiran korporat Asia, memfokuskan kepada kesesuaian tanggungjawab CSR bagi
perniagaan Asia. Pengkaji juga menyentuh mengenai perniagaan orang Asia yang secara
tradisionalnya dikuasai oleh sesebuah keluarga ataupun perniagaan milik negara. Bentuk perniagaan
orang Asia ini pada awalnya kurang telus dan mendiskriminasi orang luar. Pengurusan perniagaan
tersebut adalah tidak seimbang iaitu kesetiaan adalah kepada ketua dan bukannya kepada syarikat
secara keseluruhannya.
Asyraf Wajdi Dusuki (2008) dalam artikelnya membincangkan tentang pandangan islam
mengenai tanggungjawab CSR di mana menurut beliau pandangan Islam terhadap CSR lebih bersifat
kerohanian (holistic) yang mana ianya bersandarkan kepada dua sumber utama dalam Islam iaitu Al-
Quran dan Al-Sunnah. Al-quran dan Al-Sunnah telah menetapkan satu rangka kerja alternatif
berkaitan dengan hubungan manusia dengan manusia dan juga makhluk Allah yang lain. Prinsip-
prinsip etika dan moral yang terhasil daripada ajaran Allah adalah lebih kekal dan bersifat mutlak
yang sekaligus dapat menjadi menjadi panduan terbaik bagi institusi korporat dalam menjalankan
aktiviti perniagaan seiring dengan tanggunjawab sosial mereka. Asas kepada kefahaman mengenai
CSR dalam Islam bermula dengan konsep Syariah itu sendiri yang merupakan tapak asas bagi
sesuatu perkara dalam Islam. Pengkaji juga turut membincangkan mengenai kesan Syariah terhadap
CSR. Umumnya, keprihatinan terhadap tanggungjawab sosial dalam Islam bermula daripada

11
BMOM5203

ketaqwaan kepada Allah yang merupakan faktor penggalak seseorang individu Muslim dalam
melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan larangannya.

B.2 Kepentingan CSR Di Dalam Organisasi Perniagaan

Dewasa ini, umum mula menerima pakai konsep CSR ini dan mula menyedari kepentingan
konsep terbabit di dalam segala aspek sesebuah institusi syarikat dan organisasi korporat. Masyarakat
juga mula menyedari akan faedah yang boleh diterima dari pelaksanaan konsep ini oleh institusi
korporat. Berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh unit kepakaran ekonomi (Economist Intelligence
Unit), 88% daripada eksekutif-eksekutif di pelbagai syarikat mengatakan bahawa CSR atau CR
menjadi satu pertimbangan yang penting dalam proses membuat keputusan berkaitan pelaburan.
Antara kepentingan dan faedah yang boleh diperolehi melalui pelaksanaan CSR ialah amalan ini
dapat membantu keperluan utama (bottom-line) sesebuah syarikat. Satu terma yang selalu digunakan
ialah triple bottom-line (tiga keperluan utama), iaitu keperluan untuk keuntungan, di samping faedah
untuk sosial dan alam sekitar atau kemakmuran ekonomi (economic prosperity), tanggungjawab
sosial (sosial responsibility) dan kemampanan alam sekitar (environmental sustainability).
Sebenarnya agak sukar untuk mengaitkan keuntungan syarikat dengan pelaksanaan CSR, walaupun
ianya bukan sesuatu yang mustahil. Davis, ketua bagi Davis Global Advisors, Boston mengatakan
bahawa ianya adalah sukar untuk mengukur kesan dan kaitan antara prestasi syarikat dengan
pelaksanaan CSR (Ibid) dan kebanyakkan data yang menunjukkan tidak banyak perkaitan antara
keduanya.namun begitu, tidak harus dinafikan bahawa pelaksanaan CSR ini sedikit sebanyak
membantu syarikat dalam menjalankan operasi. Walaupun bukan dalam jangka masa pendek , namun
kesannya mungkin dapat dilihat pada masa akan datang.
Berdasarkan tinjauan yang dilakukan juga, faeadah paling penting yang diterima oleh syarikat
perniagaan dalam melaksanakan tanggunjawab sosial ialah peningkatan dalam jenama (brand
enhancement) dan nilai moral pekerja yang lebih baik. Sebagai contoh, syarikat A mengadakan
program kebajikan masyarakat di sesebuah kampung dan secara tidak langsung, masyarakat
kampung tersebut akan mengetahui kewujudan syarikat tersebut yang tidak pernah diketahui sebelum
ini. Situasi ini dapat menyumbang ke arah peningkatan jenama bagi syarikat tersebut. Selain itu, nilai
moral pekerja juga dapat ditingkatkan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Pekerja akan lebih
mengambil berat terhadap masyarakat sekeliling yang juga dapat mewujudkan nilai-nilai murni

12
BMOM5203

seperti bertimbang rasa, bekerjasama, tolong menolong dan sebagainya. Secara tidak langsung,
sesebuah syarikat yang bertanggungjawab tersebut akan dipenuhi dengan individu-individu yang
bermoral dan mengambil berat tentang individu yang lain. Kesimpulannya, pelaksanaan CSR ini
dapat meningkatkan reputasi sesebuah syarikat. Menurut Oliver Falck & Stephen Heblich (2007),
dari perspektif supply-side, ia dapat menarik, mengekal dan memotivasikan pekerja-pekerja yang
berkualiti. Manakala dari perspektif demand-side, reputasi yang baik dapat meningkatkan nilai
sesuatu jenama yang secara tidak langsung meningkatkan nama baik syarikat yang boleh dianggap
sebagai satu aset yang boleh dijual bagi syarikat.
Di samping itu, syarikat-syarikat yang memiliki standard CSR yang tinggi mampu untuk
menguruskan risiko yang dihadapi dan sekaligus meningkatkan reputasi syarikat. Contohnya seperti
syarikat yang tersenarai dalam FTSE4Good mampu untuk menunjukkan dengan jelas tanggungjawab
mereka kepada pelabur, pemilik saham, para pekerja, pelanggan dan juga masyarakat. Selain itu
mampu juga untuk menarik dan mengekalkan pekerja-pekerja yang berkualiti tinggi dan sekaligus
dapat mengurangkan kadar penggantian dan kos pengambilan pekerja. Selain itu, pelaksanaan CSR
penting untuk mencapai keseimbangan dan meminimumkan kuasa sektor korporat terutamanya
bidang politik kerana ianya mempuyai pengaruh yang besar ke atas pasaran. Jadi pelaksanaan CSR
dapat mengurangkan unsur permainan politik di antara korporat kerana mereka akan di dedahkan
secara langsung kepada masyarakat umum. Apabila sektor korporat melaksanakan tanggungjawab
sosialnya, kepentingan dan tuntutan semasa masyarakt akan dapat dilindungi dan dipenuhi. Sektor
korporat berkuasa dalam menentukan teknologi industri, tujuan kerja, letakan loji, peruntukan
sumber dan ganjaran.
Faedah lain daripada pelaksanaan CSR juga dapat menyumbang dalam membangunkan
bidang Sains Dan Teknologi. Ini boleh dilihat melalui program-program dan sumbangan dana dalam
bidang ini meningkat. Contohnya, pemberian komputer riba kepada para pelajar sekolah, kolej atau
universiti di mana mampu meningkatkan kadar celik IT dan ICT di kalangan masayarakat. Selain itu
teras pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-9 telah menumpukan kepada memanfaatkan
sains, teknologi dan inovasi. Pelbagai program berbentuk CSR telah dilaksanakan bagi
menggalakkan aplikasi sains dan teknologi dalam aktiviti harian dan program-program ini adalah
inisiatif MOSTI dan pelbagai agensi kerajaan serta sektor swasta. Terdapat lebih 13 projek CSR yang
telah dikenalpasti dan dilaksanakan yang melibatkan dana peruntukan berjumlah RM13 juta di mana
projek-projek ini tertumpu kepada aplikasi sains dan teknologi dalam masyarakat yang berteraskan
kepada lima bidang iaitu ICT, bioteknologi, industri, perkhidmantan sains dan sea to space. Projek
ini menyasarkan komuniti sasaran yang terdiri daripada komuniti miskin luar bandar, ibu tunggal,

13
BMOM5203
belia, OKU, warga emas, orang asli dan juga IKS. Melalui pelaksanaan ini, masyarakat akan lebih
terdedah kepada dua bidang ini yang dilihat semakin berkembang pesat dan mempunyai faedah serta
kepentingan tersendiri dalam membangunkan negara.

BAHAGIAN C : Peringkat – Peringkat CSR

Rajah 3 : Piramid tanggungjawab CSR

Seperti mana yang kita dapat lihat dalam Rajah 3, bertepatan dengan Carroll (1991) yang
mengatakan bahawa terdapat empat peringkat tanggungjawab dalam piramid tanggungjawab sosial
korporat. Ia terdiri daripada tanggungjawab tanggungjawab ekonomi, tanggungjawab undang-
undang, tanggungjawab etika dan tanggungjawab kedermawanan (philanthropic) . Setiap satu
kategori tanggungjawab ini memerlukan perhatian yang lebih mendalam bagi sektor korporat.
Umumnya masyarakat mengetahui bahawa organisasi perniagaan ditubuhkan dan diwujudkan
sebagai satu entiti ekonomi yang bertujuan untuk menyediakan barang dan perkhidmatan kepada ahli
masyarakat. Motif keuntungan menjadi insentif utama bagi pengusaha dalam menjalankan aktiviti
perniagaan mereka. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa, firma atau syarikat merupakan satu unit
asas ekonomi dalam masyarakat. Oleh itu peranan utamanya ialah menghasilkan barang dan
perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna di samping memperolehi pendapatan yang berpatutan
di dalam proses tersebut. Namun, pandangan mengenai motif keuntungan telah berubah menjadi
memaksimumkan keuntungan dan keadaan ini menjadi nilai yang dipegang sejak itu.

14
BMOM5203

Merujuk kepada tanggungjawab undang-undang, masyarakat tidak hanya mendorong sektor


korporat untuk beroperasi berpandukan motif keuntungan namun perlu mematuhi undang-undang
dan peraturan seperti yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan dan negeri sebagai satu peraturan
dasar yang perlu dipatuhi oleh sesebuah institusi korporat. Sesebuah firma diharapkan akan mengejar
misi ekonomi mereka dengan berpandukan kepada undang-undang yang telah ditetapkan sebagai
memenuhi keperluan kontrak sosial antara perniagaan dan masyarakat. Tanggungjawab undang-
undang menggambarkan pandangan etika statut dalam cara yang meliputi tanggapan asas terhadap
pengoperasian yang adil sebagaimana yang telah ditetapkan oleh penggubal undang-undang.
Tanggungjawab etika pula merujuk kepada aktiviti–aktiviti dan amalan-amalan yang
dilakukan atau dilarang oleh ahli masyarakat walaupun ianya tidak termaktub dalam undang-undang
walaupun di dalam tanggungjawab ekonomi dan undang-undang turut mengandungi nilai-nilai etika
mengenai keadilan dan kesaksamaan. Tanggungjawab etika ini mengandungi standard-standard,
normanorma ataupun jangkaan yang menggambarkan keprihatinan terhadap apa yang dianggap oleh
pengguna, pekerja, pemegang saham, dan komuniti masyarakat sebagai adil ataupun perlindungan
terhadap hak moral pihak berkepentingan. Tanggungjawab etika boleh dilihat sebagai nilai-nilai dan
norma-norma yang baru muncul yang diharapkan oleh masyarakat terhadap institusi korporat,
walaupun nilai-nilai tersebut mungkin menggambarkan standard prestasi yang lebih tinggi daripada
yang ditetapkan oleh undang-undang.
Tanggungjawab filantropi atau perikemanusiaan pula merangkumi tindakan-tindakan sektor
korporat yang bertindakbalas terhadap jangkaan masyarakat iaitu perniagaan menjadi warganegara
korporat yang baik (good corporate citizenship). Ini termasuklah terlibat dalam keputusan atau
program-program yang berkaitan dengan kebajikan manusia. Contohnya ialah sumbangan sektor
korporat terhadap sumber-sumber kewangan seperti sumbangan terhadap seni, pendidikan atau
komuniti. Program-program seperti program keusahawan atau kepimpinan merupakan contoh
tanggungjawab filantropi bagi sektor korporat. Perbezaan antara tanggungjawab filantropi dan
tanggungjawab etika ialah dalam tanggungjawab filantropi, sektor korporat tidak diharapkan untuk
terlibat secara langsung dalam nilai etika atau nilai moral. Komuniti masyarakat mengharapkan
sumbangan sektor korporat untuk menyumbangkan wang, kemudahan dan masa pekerja mereka
kepada program-program kemanusiaan atau untuk tujuan kebajikan dan kemanusiaan tetapi tidak
menganggap firma itu tidak beretika jika mereka tidak menyediakan apa yang dikehendaki oleh
masyarakat tersebut. Oleh itu, tanggungjawab filantropi ini adalah lebih kepada atas dasar budi bicara
dan kesediaan secara sukarela institusi korporat walaupun selalunya terdapat jangkaan sosial bahawa
sektor korporat itu menyediakannya. Asas gagasan idea bagi CSR ini bermula dengan prestasi

15
BMOM5203

ekonomi. Dalam masa yang sama sesebuah perusahaan dijangkakan akan mematuhi peraturan dan
undang-undang kerana ianya merupakan satu peraturan sosial terhadap penerimaan dan penolakan
bagi sesuatu tingkah laku.
Tanggungjawab seterusnya ialah etika. Pada tahap ini sektor korporat bertanggungjawab
untuk melakukan apa yang betul, adil, saksama dan mengelakkan atau mengurangkan kemudaratan
yang akan diterima oleh pihak berkepentingan. Akhir sekali, sektor korporat dilihat sebagai
warganegara korporat yang baik. Keadaan ini ditunjukkan melalui tanggungjawab filantropi di mana
sesebuah perniagaan atau perusahaan itu bersedia untuk menyumbangkan sumber kewangan dan
tenaga kepada masyarakat dan juga untuk meningkatkan taraf hidup.
Pelaksanaan CSR di Bank Muamalat Malaysia Berhad bermula seiring dengan penubuhannya
pada tahun 1999. Semenjak dari itu, pelbagai program yang berbentuk kebajikan telah dilaksanakan
sebagai satu usaha untuk memenuhi tanggungjawab sosial yang telah ditetapkan. Program-program
CSR yang dilaksanakan adalah diuruskan oleh satu jabatan dalam organisasi bank ini iaitu Jabatan
Komunikasi Korporat209 yang bertindak sebagai pengantara antara institusi ini dengan masyarakat
luar. Selain itu, sebagaimana yang diketahui, Bank Muamalat Malaysia Berhad ini merupakan bank
Islam yang kedua di Malaysia dan ianya telah melaksanakan tanggungjawab sosialnya semenjak dari
penubuhan tersebut sebagai sebahagian dari polisi bank yang telah ditetapkan oleh organisasi
tersebut. Pelaksanaan CSR juga telah menjadi projek rasmi institusi ini yang harus dilaksanakan
sekali dalam tempoh dua bulan. Institusi ini percaya, dengan melaksanakan aktiviti CSR pemimpin-
pemimpin korporat dan juga pekerja-pekerja bank boleh memberi sumbangan kepada masyarakat
walaupun dalam jumlah sedikit. BMMB turut menjadikan aktiviti CSR sebagai platform untuk
mempromosikan bank dan juga produk-produk perbankan yang ditawarkan kepada masyarakat . Di
samping melaksanakan aktiviti kebajikan secara tidak langsung ianya dapat membantu
memperkenalkan BMMB di samping dapat meningkatkan imej bank di mata masyarakat. Sekiranya
sebelum ini masyarakat tidak tahu atau kurang mengenali BMMB, dengan aktiviti CSR yang
membolehkan warga bank ini turun padang bertemu masyarakat, maka secara tidak langsung
masyarakat akan lebih peka dan arif mengenai institusi ini serta produk perbankan yang ditawarkan.
Dalam erti kata lain, CSR dapat dijadikan strategi pemasaran dalam memasarkan produk perbankan
dan juga batu loncatan dalam memperkenalkan BMMB kepada masyarakat.
Program yang dilaksanakan di BMMB ini lebih terarah kepada memberikan sumbangan
dalam bentuk wang ringgit kepada pihak yang memerlukan di samping melakukan usahasama
dengan pelbagai pihak untuk melaksanakan program-program berbentuk kebajikan untuk
kepentingan masyarakat secara keseluruhannya. Daripada itu, pengkaji dapat menyatakan bahawa

16
BMOM5203

BMMB telah mengamalkan tanggungjawab peringkat tertinggi di dalam piramid tanggungjawab


sosial iaitu filantropi.

BAHAGIAN D: KESIMPULAN

Tanggungjawab sosial korporat merupakan satu medium terbaik untuk organisasi korporat
melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat dan alam sekitar. Sehubungan dengan itu,
konsep dan pelaksanaan CSR ini perlu diperkemas dan dimantapkan bagi memastikan ianya dapat
memberikan keputusan dan kesan yang diingini sesuai dengan matlamat pelaksanaannya. Dalam
memastikan CSR ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik di masa akan datang, semua pihak sama
ada syarikat, masyarakat bahkan juga kerajaan perlu berganding bahu dan mengembleng tenaga
bersama-sama menjayakan CSR ini agar ianya tidak hanya menjadi satu konsep semata-mata. Oleh
itu, terdapat beberapa cadangan yang dirasakan perlu diberi perhatian untuk meningkatkan dan
memantapkan pelaksanaan CSR ini.
Pelaksanaan CSR seharusnya sepadan dengan kapasiti syarikat. Syarikat yang berkapasiti
besar perlu melaksanakan CSR mengikut kemampuan syarikatnya. Bukan hanya sekadar
mengadakan jamuan makan untuk meraikan anak yatim dan sebagainya, tetapi, skopnya mestilah
lebih luas daripada itu. Ini bagi memastikan kesan yang akan diterima berada pada tahap maksima.
Bagi syarikat yang berkapasiti kecil pula, harus juga mengikut kesesuaian syarikat dalam
melaksanakan CSR. Pelaksanaan CSR mestilah sepadan dengan kapasiti syarikat bagi memastikan
ianya tidak membebankan syarikat dan juga bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Selain itu,
garis panduan ini diperlukan bagi membolehkan syarikat melaporkan aktiviti CSR yang dijalankan ke
dalam laporan tahunan syarikat. Ini kerana, terdapat syarikat yang melaksanakan CSR tetapi tidak
menyatakannya di dalam laporan tahunan masing-masing. Ini membuatkan masyarakat amnya dan
pihak berkepentingan syarikat khususnya tidak mengetahui kewujudan program CSR yang
dijalankan. Dengan wujudnya garis panduan yang khusus syarikat korporat serta pihak
berkepentingannya akan lebih jelas dengan perjalanan dan pelaksanaan CSR yang dijalankan.

(5319 perkataan)

17
BMOM5203
RUJUKAN

Blair J. Kolasa (1972), Responsibility In Business, New Jersey: Prentice Hall.

Neil H. Jacoby (1973), Corporate Power and Social Responsibility, New York: Macmillan
Publishing Co. Inc.

Imron A. Manan (1982), Pelbagai Masalah Tauhid Popular, Jimat Mantra Santet Sihir Hari-
Hari Naas, Dukun Ramal dan Lain-Lain, Surabaya: Pustaka Bina Ilmu.

BIRT (1994), Islamic Banking Practice: From The Practitioner‟s Perspective‟s, Kuala
Lumpur: BIMB Institute of Research and Training Sdn. Bhd.

Mahmoud M. Ayoub (1996), Islam, Iman dan Amal, Johor: Perniagaan Jahabersa.

Nor Mohamed Yakcop (1996), Teori, Amalan dan Prospek Sistem Kewangan Islam di
Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Mohd. Ali Abu Bakar (1999), Taqwa Asas Pembentukan Ummah, Selangor: Synergymate
Sdn.Bhd.

Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia.
Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Abdul Manaf Bohari & Nik Mutasim Abdul Rahman (2001), ―Tanggungjawab Sosial
Korporat di Malaysia: Masalah, Pelaksanaan dan Cabaran dalam Abdul Aziz Jemain et.al
(eds), Isu-Isu Ekonomi dan Pengurusan di Malaysia, Petaling Jaya: Prentice Hall.

Ahmad Sarji Abdul Hamid (2005), ―Makalah Khas Keadilan Sosial di Malaysia‖ dalam
Khairul Azhar.

Abdullah Muhammad Zin (2007), ―Keadilan Sosial pada Zaman Rasulullah dan Khulafa.

18
BMOM5203
Al-Rasyidin, dalam Khairul Azhar Idris (2007), Keadilan Sosial dari Perspektif Islam, Kuala
Lumpur: MPH Group Printing (M) Sdn. Bhd.

Idris (2007), Keadilan Sosial dari Perspektif Islam, Petaling Jaya: MPH Group Publishing
Sdn.Bhd.

Khairul Azhar Idris (2007), Keadilan Sosial dari Perspektif Islam, Kuala Lumpur: MPH
Group Printing (M) Sdn. Bhd.

Noor Shakirah Mat Akhir (2008), Al-Ghazali And His Theory of The Soul: A Comparative
Study, Pulau Pinang: Penerbit University Sains.

Samuel O.Idowu & Walter Leal Filho (2009), Global Practices of CSR, Berlin: Springer.

19
BMOM5203
APENDIKS : METODOLOGI KAJIAN

Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kajian kes untuk mengumpulkan data data kajian.
Menurut Mohd. Majid Konting (2005), kajian kes menekankan kepada pemahaman tentang tingkah
laku yang diamalkan dan perubahan tingkah laku responden kesan daripada pemboleh ubah yang
berkaitan. Kaedah ini lazimnya dipilih kerana berupaya menghasilkan sesuatu kelainan kepada
pembaca semasa mereka membaca cerita dan pengalaman peribadian mereka (Stake, 1995). Dua
teknik pengumpulan data iaitu teknik temu bual dan analisis dokumen telah digunakan untuk
mengumpulkan data kajian. Responden bagi temu bual kajian ini terdiri daripada (20) orang pekerja
pengurusan separuh mahir dan mahir bagi Bank Muamalat cawangan Pulau Pinang. Seramai 10
orang pekerja adalah terdiri daripada pekerja-pekerja yang telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun.
Responden kajian ini dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) iaitu
berdasarkan pengalaman bekerja mereka iaitu antara satu hingga lima tahun serta sumbangan dan
pengiktirafan yang telah mereka peroleh daripada pihak bank. Selain itu, Pengurus Cawangan dan
Pengurus Sumber Manusia serta Pegawai Komunikasi Korporat yang terlibat secara langsung dalam
mengendalikan pelaksanaan CSR di Bank Muamalat ini juga ditemu bual bagi tujuan trigulasi data.
Manakala analisis dokumen dijalankan bagi mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti CSR
yang berkaitan dengan responden kajian dan bertujuan untuk trigulasi data. Antara dokumen yang
dianalisis adalah portfolio sumbangan responden selama tempoh berkhidmat, buku rekod
perkhidmatan, laporan penilaian prestasi pekerja dan borang soal selidik pekerja.

20
BMOM5203

APENDIKS 2: BORANG SOAL SELIDIK

Sila tandakan jawapan yang bersesuaian :

Nama
Jawatan
Jabatan

1. Pihak organisasi bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan bahawa seluruh rangkaian


aktiviti perniagaan mereka adalah tidak memudaratkan alam sekitar.
Sangat Bersetuju Bersetuju Tidak Pasti
Tidak Bersetuju Sangat Tidak Bersetuju

2. Pihak organisasi adalah pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan


aktiviti CSR terhadap masayarakat dan memastikannya adalah aktitiviti penting pada
organisasi.
Sangat Bersetuju Bersetuju Tidak Pasti
Tidak Bersetuju Sangat Tidak Bersetuju

3. Pihak organisasi bertanggungjawab memastikan program CSR yang dijalankan adalah


mencakupi empat aspek yang penting seperti tanggungjawab CSR di tempat kerja,
persekitaran, komuniti dan sasaran perniagaan.
Sangat Bersetuju Bersetuju Tidak Pasti
Tidak Bersetuju Sangat Tidak Bersetuju

4. Pihak organisasi harus memastikan program CSR adalah sesuai dilaksanakan untuk setiap
peringkat pekerja-pekerja organisasi.
Sangat Bersetuju Bersetuju Tidak Pasti
Tidak Bersetuju Sangat Tidak Bersetuju

21
BMOM5203

5. Semua peringkat pekerja seharusnya mengambil bahagian di dalam setiap program CSR yang
dilaksanakan.
Sangat Bersetuju Bersetuju Tidak Pasti
Tidak Bersetuju Sangat Tidak Bersetuju

6. Pihak organisasi perlu memastikan kepelbagaian aktiviti program CSR agar tidak
membosankan para pekerja.
Sangat Bersetuju Bersetuju Tidak Pasti
Tidak Bersetuju Sangat Tidak Bersetuju

7. Pihak organisasi bertanggungjawab untuk memastikan program CSR dianjurkan setiap bulan
atau tahun dan dijadikan acara wajib bagi organisasi.
Sangat Bersetuju Bersetuju Tidak Pasti
Tidak Bersetuju Sangat Tidak Bersetuju

8. Pihak organisasi harus memastikan agar program CSR yang dijalankan adalah menepati visi,
misi dan tujuan asal organisasi.
Sangat Bersetuju Bersetuju Tidak Pasti
Tidak Bersetuju Sangat Tidak Bersetuju

9. Pihak organisasi harus memastikan agar program CSR adalah memberi faedah kepada para
pekerja dan organisasi khususnya.
Sangat Bersetuju Bersetuju Tidak Pasti
Tidak Bersetuju Sangat Tidak Bersetuju

10. Pihak organisasi dan para pekerja harus memastikan agar program CSR adalah memberi
manfaat kepada masyarakat sekeliling, umumnya.
Sangat Bersetuju Bersetuju Tidak Pasti
Tidak Bersetuju Sangat Tidak Bersetuju

22

Anda mungkin juga menyukai