Anda di halaman 1dari 22

BBEK1103

ISI KANDUNGAN

1.0

Jenis-jenis Sistem Ekonomi.

37

2.0

Masalah Asas Ekonomi...

8 - 11

3.0

Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi

12 15

4.0

Kelebihan dan Kelemahan..

16 20

5.0

Kesimpulan.. 21

Rujukan 22

BBEK1103

1.0

JENIS-JENIS SISTEM EKONOMI Penyelidikan mengenai bagaimana masyarakat menggunakan sumber yang terhad untuk memenuhi sumber yang tidak terhad adalah ditakrifkan sebagai ekonomi, ( Munzarina Ahmad Samidi et al., 2011 ). Menurut Khalidah Khalid Ali et al. , (p:12, 2008), ekonomi juga merupakan satu kajian sosial yang mengkaji mengenai kekurangan dan pilihan. Terdapat empat jenis sistem ekonomi yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

1.1

Sistem Ekonomi Tradisional Sistem ekonomi tradisional merupakan sistem ekonomi yang tertua dan berpengaruh di mana kegiatan ekonomi yang melibatkan tradisi turun temurun yang berlaku dalam sesebuah masyarakat dan telah menjadi nilai setempat ( Munzarina Ahmad Samidi et al., 2011 ). Sistem ekonomi ini juga dikenali sebagai ekonomi sara diri. Kegiatan ekonomi ini dijalankan secara bersama untuk mendapat kepentingan bersama kerana segala barang serta keperluan yang diperlukan dipenuhi oleh masyarakat itu sendiri dengan kata lain ia diatur oleh masyarakat itu sendiri. Dalam sistem ini tugas pemerintah adalah memberikan perlindungan iaitu pertahanan serta menjaga tertib umum. Contohnya dapat dilihat di Kedah di mana kebanyakan penduduknya menjalankan kegiatan ekonomi berdasarkan tradisi nenek moyang mereka berbanding dengan keperluan pasaran iaitu dengan menanam padi sebagai sumber pendapatan utama.

1.1.1

Ciri-ciri Sistem Ekonomi Tradisional

Terdapat beberapa ciri yang mewakili sistem ekonomi tradisional iaitu sistem ini masih terikat dengan tradisi di mana masyarakat melakukan kegiatan ekonomi berdasarkan tradisi yang diamalkan oleh nenek moyang mereka yang dianggap sebagai perkara yang perlu disambung dan dikekalkan. Selain itu, ciri lain adalah sistem ini tidak memerlukan modal yang besar hanya sekadar pertukaran barang 2

BBEK1103

atau perkhidmatan seperti sistem barter. Dalam sistem ekonomi ini tidak wujud pembahagian kerja di antara masyarakat kerana masing-masing bekerja dengan cara sendiri untuk menampung hidup masing-masing. Selain itu, masyarakatnya mengamalkan cara hidup berkelompok dan berkeluarga kerana mereka memerlukan antara satu sama lain. Tanah merupakan salah satu sumber kehidupan dan pendapatan mereka di mana mereka menggunakannya dengan bercucuk tanam.

1.2

Sistem Ekonomi Pasaran Bebas / Kapitalis Sistem ini juga dikenali sebagai sistem ekonomi kapitalis atau laissez faire. Menurut Khalidah Khalid Ali et al.,(p:15, 2008), mendefinasikan bahawa sistem ekonomi pasaran bebas adalah satu sistem ekonomi yang tidak ada campur tangan kerajaan, individu atau sektor swasta mempunyai kebebasan dalam menjalankan aktiviti ekonomi yang hendak dilakukan. Setiap keputusan ekonomi yang dibuat berdasarkan keperluan pasaran.. Dalam sistem ini kuasa pasaran bebas dan mekanisme harga yang menentukan pengeluaran, kos, penetapan harga barang dan perkhidmatan dan sebagainya. Sistem ekonomi ini bermatlamatkan keuntungan, kewangan dan kebendaan berasakan pemilikan harta sendiri atau perniagaan dan bagi individu atau syarikat yang mempunyai modal atau harta mereka mempunyai hak dan kebebasan menjalankan perdagangan. Contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi tersebut adalah Amerika Syarikat

1.2.1

Ciri-ciri Sistem Ekonomi Pasaran Bebas / Kapitalis

Sistem ekonomi pasaran bebas ini mempunyai beberapa ciri iaitu matlamat pengguna adalah untuk mendapat kepuasan yang maksimum manakala pengeluar pula mendapat keuntungan yang maksimum. Dalam sistem ini, sumber ekonomi bebas dimiliki oleh individu atau pihak swasta dan tiada campur tangan oleh kerajaan dan mereka berhak untuk memilih, memindah milik atau menggunaknnya untuk kegiatan ekonomi . Dalam sisitem ini tiada sebarang cukai yang akan dikenakan oleh pihak kerajaan kepada mereka dan kerajaan tidak akan memberi sebarang subsidi terhadap barang atau perkhidmatan. Selain itu, dalam 3

BBEK1103

sistem ini pengguna mempunyai kuasa yang agung dan dianggap sebagai raja dimana pengeluar akan mengeluarkan sesuatu barang atau perkhidmatan mengikut kehendak pengguna. Sistem ekonomi ini juga mempunyai ciri mementingkan diri. Pengguna serta pengeluar juga bebas untuk membuat keputusan masing-masing yang berkaitan dengan ekonomi dan mereka juga bebas untuk bersaing bagi kepuasan dan keuntungan masing-masing. Antara ciri lain adalah setiap harga barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan ditentukan melalui mekanisme harga.

1.3 Sistem Ekonomi Perancangan Pusat Sistem ekonomi ini dilakukan oleh pihak kerajaan atau pemerintah secara berpusat. Wujudnya sistem ini disebabkan ketidakstabilan dalam sistem ekonomi bebas dan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem ekonomi yang stabil. Kerajaan mempunyai kuasa sepenuhnya untuk membuat perancangan serta keputusan mengenai ekonomi untuk faedah masyarakat, (Khalidah Khalid Ali et al., p:15, 2008). Dan jika terdapat sebarang masalah yang berkaitan dengan ekonomi pihak kerajaan atau agen-agen ekonomi sahaja akan menyelesaikan masalah tersebut dan pengguna atau pengeluar tidak mempunyai kuasa atau hak. Segala sumber-sumber atau hak milik perorangan tidak boleh diakui kerana dikuasai oleh kerajaan dan tiada individu atau perniagaan yang dapat berusaha bebas dalam kegiatan ekonomi kerana semuanya telah diatur oleh kerajaan. Terdapat beberapa negara yang menerapkan sistem ekonomi tersebut mengamalkan ideologi komunis atau sosialis seperti China, Korea Utara dan Cuba.

1.3.1

Ciri-ciri Sistem Ekonomi Perancangan Pusat

Sistem ekonomi ini berlandaskan beberapa ciri iaitu semua faktor pengeluaran seperti buruh, tanah, modal dan usahawan adalah dimiliki oleh kerajaan. Pengguna atau pengeluar tidak mempunyai hak terhadap sumber-sumber tersebut dan sumber kekayaan adalah milik negara. Sistem ini mengutamakan kebajikan masyarakat di mana tanggungjawab kerajaan adalah untuk mengurus ekonomi negara adil dan saksama serta tiada yang terasing mengikut golongan kaya atau miskin. Matlamat pengguna untuk mendapat kepuasan yang maksimum terhadap sesuatu barang atau 4

BBEK1103

perkhidmatan juga terbatas manakala pengeluar juga tidak bebas untuk mendapat keuntungan yang maksimum untuknya kerana semuanya telah terancang oleh kerajaan. Selain itu, dengan adanya pengaruh kerajaan yang menguasai kegiatan ekonomi maka tidak wujud persaingan dalam kegiatan ekonomi.

1.4 Sistem Ekonomi Campuran Menurut Khalidah Khalid Ali dan rakan-rakan di dalam bukunya (p:16,2008) menyatakan bahawa sistem ekonomi campuran adalah satu sistem ekonomi yang dilakukan secara bebas selagi ianya tidak menimbulkan masalah kepada masyarakat dan dengan campur tangan kerajaan sekiranya menghadapi sebarang masalah. Manakala menurut Wikipedia, ensiklopedia bebas, sistem ekonomi ini adalah penggabungan lebih dari satu aspek sistem ekonomi yang mengandungi unsur kapitalis dan sosialis. Dapat dilihat dalam sistem ekonomi ini iaitu kerjasama diantara kerajaan dan pihak persendirian dalam mengeluarkan barangan serta perkhidmatan serta bersama-sama dalam menyelesaikan masalah-masalah asas ekonomi.

1.4.1

Ciri-ciri Sistem Ekonomi Campuran

Antara cirri-ciri sistem ekonomi ini adalah pemilikan bebas. Ia bermaksud sumbersumber atau faktor-faktor pengeluaran bebas dimiliki oleh individu atau pihak swasta. Tetapi demi menjaga kebajikan masyarakat dan kestabilan ekonomi negara kerajaan menggunakan undang-undang untuk mengawal sumber dan faktor pengeluaran tersebut. Ciri lain sistem ekonomi ini adalah bebas membuat keputusan dan pilihan. Individu, pihak swasta dan pihak kerajaan bersama-sama dalam membuat sesuatu keputusan yang melibatkan sesuatu kegiatan ekonomi seperti mengenakan cukai dan memberi subsidi barangan atau perkhidmatan terhadap pengguna dan pengeluar dan sebaginya. Namun, individu atau pihak swasta bebas untuk membuat pilihan atau keputusan masing-masing dalam menggunakan sumbersumber pengeluaran atau dalam mengeluarkan sesuatu barang atau perkhidmatan tanpa ada sebarang halangan dan mereka bebas untuk bersaing untuk mencari keuntungan maksimum masing-masing tetapi tetap dikawal oleh pihak kerajaan 5

BBEK1103

supaya persaingan tersebut adil dan sihat. Campur tangan kerajaan adalah dalam kegiatan ekonomi. Selain itu, ciri sistem ekonomi ini adalah penentuan harga di mana setiap barangan keperluan yang dikeluarkan mestilah ditentukan oleh pihak kerajaan demi menjaga kebajikan masyarakat. Manakala bagi harga sesuatu barangan atau perkhidmatan yang tidak ditentukan oleh pihak kerajaan akan ditentukan oleh mekanisme harga. Pihak kerajaan pula akan mengeluarkan barangan yang gagal dikeluarkan oleh pihak swasta berdasarkan mekanisme harga demi menjaga kebajikan masyarakat dan mengawal pasaran supaya pihak swasta mengeluarkan barangan atau perkhidmatan yang bermanfaat kepada masyarakat. Dalam sistem ekonomi ini, pengguna, pihak swasta dan pihak kerajaan mempunyai matlamat yang tersendiri. Bagi pengguna mereka menginginkan kepuasan yang maksimum, pihak swasta menginginkan keuntungan yang maksimum dan pihak kerajaan pula ingin memaksimumkan kebajikan masyarakat.

BBEK1103

2.0

MASALAH ASAS EKONOMI Berikutan kehendak manusia yang tidak terhad terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan serta pemilikan faktor-faktor atau sumber-sumber pengeluaran yang terhad telah menimbulkan beberapa masalah ekonomi seperti kekurangan, pilihan dan kos lepas. Kesan daripada masalah ini wujudnya pula masalah asas ekonomi iaitu apakah barang yang perlu dikeluarkan, bagaimana barang akan dikeluarkan, dan untuk siapa barang itu dikelarkan. Berikut merupakan masalah asas ekonomi bagi dua buah negara iaitu Amerika Syarikat yang mengamalkan sisitem ekonomi pasaran bebas/kapitalis dan Malaysia yang mengamalkan sistem ekonomi campuran.

2.1

Amerika Syarikat dan Masalah Asas Ekonomi Amerika Syarikat merupakan antara sebuah negara yang mengamalkan sistem ekonomi pasaran bebas/kapitalis. Semua sumber atau faktor pengeluaran dimiliki oleh pegguna atau pengeluaran tanpa campur tangan kerajaan dan bebas dari dikenakan cukai. Mereka juga bebas untuk membuat keputusan dan bersaing demi mencapai matlamat yang diinginkan iaitu mencari kepuasan dan keuntungan yang maksimum. Sesiapa sahaja bebas untuk menjalankan kegiatan ekonomi dengan syarat mempunyai sumber dan modal tanpa ada halangan. Namun di sebalik sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara ini terdapat beberapa masalah asas ekonomi yang dikenal pasti iaitu:

a) Apakah barang yang hendak dikeluarkan? Masalah ini dialamai oleh pengeluar di Amerika Syarikat. Di negara ini segala barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan haruslah menepati permintaan dan kehendak masyarakat. Jika pengguna mahu sesuatu barang yang berkualiti dengan harga yang murah maka pengeluar harus akur dengan permintaan itu kerana pengguna dianggap sebagai raja. Hal demikian menjadi masalah bagi pengeluar untuk memenuhi kehendak pengguna kerana pemilikan sumber atau faktor 7

BBEK1103

pengeluaran seperti tanah, buruh, modal dan usahawan yang terhad. Pengeluar terpaksa berhutang untuk memenuhi kehendak pengguna dan hal ini telah membuktikan bahawa Amerika Syarikat merupakan negara yang memiliki hutang yang paling banyak di dunia, (Bernama, 2011). Pengeluar juga berhadapan dengan masalah pilihan di mana mereka harus membuat pilihan yang dianggap paling baik untuk memuaskan kehendak pengguna walaupun terpaksa melepaskan sesuatu yang dianggap boleh diperolehi iaitu kos lepas. b) Bagaimana barang hendak dikeluarkan? Setelah pengeluar memutuskan apa barang yang hendak dikeluarkan, pengeluar juga berhadapan dengan masalah bagaimana untuk mengeluarkan barang tersebut. Dengan kekurangan sumber dan faktor pengeluaran serta perlu menepati citarasa pengguna dalam menjaga kualiti barang yang dikeluarkan, sukar untuk pengeluar menghasilkan barang yang berkualiti dengan penghasilan kos yang rendah dan minima tanpa keuntungan yang maksimum. Kekurangan sumber teknologi juga mengakibatkan pengeluar sukar menghasilkan barang tersebut. Pengeluar terpaksa mencari jalan sedaya mungkin untuk mengatasi kekurangan ini supaya membolehkan barang atau perkhidmatan yang diminta dapat dikeluarkan. c) Untuk siapa barang itu dikeluarkan? Apabila pengeluar ingin mengeluarkan sesuatu barang dikeluarkan, timbul pula masalah untuk siapa barang tersebut dikeluarkan. Maksudnya siapa yang akan menikmati faedah dari barang tersebut. Adakah barang yang dikeluarkan hanya untuk orang kaya atau mampu diperolehi oleh orang miskin. Pengeluar perlu tahu setiap barang yang di keluarkan bergantung pada kuasa beli pengguna dan perlu membuat pilihan yang tepat dan jika tidak pengeluar akan rugi dengan tidak pasti siapa yang akan membeli barang atau perkhidmatan tersebut. Contohnya jika permintaan terhadap barangan elektrik di Amerika Syarikat meningkat tetapi sumber atau faktor terhad maka pengeluar akan mencari kekurangan tersebut walaupun terpaksa mengambilnya dari negara luar. Ini telah menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan semestinya harga barang tersebut akan meningkat. Di sini pengeluar perlu tahu untuk siapa barang tersebut dikeluarkan. Dan jika barang

BBEK1103

tersebut mahal maka rakyat yang kurang mampu tidak dapat membelinya walaupun itu adalah sebahagian daripada keperluan dan permintaan mereka.

2.1

Malaysia dan Masalah Asas Ekonomi Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran yang merupakan campuran dari sistem ekonomi pasaran bebas/kapitalis dan sistem ekonomi perancangan pusat/sosialis. Di Malaysia, individu dan pihak swasta mempunyai hak terhadap sumber atau faktor pengeluaran tetapi tetap dikawal oleh kerajaan dengan undang-undang yang telah ditetapkan. Peletakan harga barang ekonomi ditentukan oleh mekanisme harga manakala barangan keperluan akan ditentukan oleh kerajaan untuk menjaga kebajikan masyarkat. Namun kerajaan akan memantau dan mengawal harga barang ekonomi supaya ianya tidak melebihi dari harga pasaran. Pihak swasta bebas bersaing untuk memuaskan keuntungan tetapi tetap dikawal oleh kerajaan supaya ianya persaingan yang sihat dah adil. Cukai dikenakan dan kerajaan mengeluarkan subsidi dan mengeluarkan barang yang perlu dan gagal dikeluarkan oleh pihak swasta. Sistem ekonomi ini dianggap adil kepada semua tetapi terdapat juga masalah yang dikenal pasti. Sistem ekonomi ini juga mempunyai mepunyai masalah asas iaitu: a) Apa barang yang hendak dikeluarkan? Malaysia yang mempunyai jutaan penduduk yang masing-masing sememangnya mempunyai permintaan yang tersendiri. Tetapi berikutan masalah kekurangan sumber dan faktor pengeluaran yang dihadapi, pihak swasta dan kerajaan sukar untuk memenuhi permintaan tersebut dan mereka tidak pasti apakah barangan yang perlu dikeluarkan. Contoh permintaan yang tinggi terhadap kereta selepas era kemerdekaan tetapi dengan kekurangan sumber pengeluaran Malaysia tidak dapat memenuhi permintaan tersebut dan pihak swasta dan kerajaan tidak pasti apa barang yang hendak dikeluarkan berdasarkan permintaan tersebut. b) Bagaimana barang hendak dikeluarkan Jika pengeluar telah mengenal pasti apa barang yang hendak dikeluarkan, mereka berhadapan dengan satu lagi masalah iaitu bagaimana barang tersebut hendak 9

BBEK1103

dikeluarkan. Masalah ini terjadi bergantung kepada siapa yang mengeluarkannya. Jika pihak swasta yang mengeluarkan barang tersebut maka mereka mestilah menggunakan teknologi yang meminimumkan kos dan memikrkan keuntungan yang maksimum manakala jika kerajaan yang akan mengeluarkan barang tersebut, kerajaan sendiri yang akan memilih teknik apa yang akan digunakan tanpa memikirkan tentang kos pengeluaran kerana kerajaan tidak mengutamakan keuntungan tetapi kebajikan masyarakat. c) Untuk siapa barang itu dikeluarkan Masalah ini berkaitan dengan siapa yang akan menggunakan dan memperolehi faedah daripada barang yang dikeluarkan. Bagi barang ekonomi, pihak swasta harus mengikut keluk permintaan di mana mereka harus tahu siapa yang meminta dan siapa yang sanggup mengeluarkan wang untuk membeli. Berbeza dengan barang awam yang dikeluarkan oleh kerajaan, kerajaan yang akan menetukan siapa yang akan memperolehi dan menikmati faedah dari barang tersebut seperti Syarikat Perumahan Negara yang telah menetapkan untuk membina rumah hanya untuk golongan yang berpendapatan rendah.

10

BBEK1103

3.0 3.1

Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi Penyelesaian masalah asas ekonomi sistem ekonomi pasaran bebas/kapitalis di Amerika Syarikat Masalah-masalah yang timbul dalam sistem ekonomi di negara ini iaitu apa, bagaimana dan untuk siapa sesuatu barangan dan perkhidmatan itu dikeluarkan dikatakan dapat diselesaikan oleh pengguna dan pengeluar itu sendiri. Berikut merupakan penyelesaian terhadap masalah tersebut: a) Penyelesaian masalah kepada apa barangan atau perkhidmatan yang perlu dikeluarkan? Masalah apa barangan dan perkhidmatan yang perlu dikeluarkan dapat diselesaikan apabila wujudnya permintaan terhadap barangan atau perkhidmatan tersebut. Pengguna merupakan syarat utama kepada penyelesaian masalah ini kerana apa saja barang yang ingin dikeluarkan di negara ini adalah bergantung kepada keinginan pengguna itu sendiri. Pengguna akan memberi keutamaan ke atas barang atau perkhidmatan yang akan memaksimumkan kepuasan mereka. Namun pemintaan dan keinginan pengguna ini juga haruslah disokong dengan kuasa beli dan wang yang dimilikinya. Jika permintaan ini berlaku maka akan wujudlah keluk permintaan. Namun terdapat syarat lain untuk memastikan apa barang yang akan dikeluarkan iaitu pengeluar. Adakah pengeluar sanggup untuk mengeluarkan barangan atau perkhidmatan tersebut untuk memaksimumkan keuntungan mereka. Jika keluk permintaan terhadap sesuatu barang wujud maka akan wujud keluk penawaran di dalam pasaran tersebut. Tetapi apabila tiada pengeluar yang sanggup untuk mengeluarkan barangan tersebut atas sebab barangan tersebut tidak dapat memaksimumkan keuntungan mereka maka tiada keluk penawaran yang wujud dan barangan tersebut tidak akan dikeluarkan di pasaran. b) Penyelesaian kepada masalah bagaimana untuk mengeluarkan barangan atau perkhidmatan tersebut? 11

BBEK1103

Pengeluar berperanan penting dalam menyelesaikan masalah ini sejajar dengan matlamat mereka untuk mendapat keuntungan yang maksimum. Pengeluar akan memastikan bahawa wujudnya keluk permintaan terhadap sesuatu barangan yang akan dikeluarkan dan pengusaha tidak akan mengeluarkan barang jika tiada keluk permintaan. Dengan adanya keluk permintaan ini pengeluar yakin bahawa pengguna sememangnya sanggup membeli barangan tersebut dan matlamat untuk mencapai keuntungan yang maksimum boleh tercapai. Jika pengeluar telah menetapkan apa barang yang hendak dikeluarkan, maka pengeluar harus menggunakan teknik pengeluaran dan teknologi yang cekap dengan melibatkan kos pengeluaran yang minima. Dengan itu, pengeluar akan dapat menghasilkan keluk pengeluaran bagi sesuatu barang c) Penyelesaian kepada masalah untuk siapa barang atau perkhidmatan tersebut dikeluarkan? Penyelesaian bagi masalah ini bergantung kepada kewujudan keluk permintaan iaitu di mana wujudnya permintaan sesuatu barang daripada penguna. Pengeluar akan mengeluarkan barang tersebut kepada mereka yang mempunyai kuasa beli iaitu mereka yang mempunyai pendapatan atau wang dan sanggup menggunakannya untuk membeli barang tersebut. Tanpa wujudnya permintaan, sesuatu barang tidak akan dikeluarkan kerana takut tiada yang membelinya dan merugikan pengeluar.

2.2

Penyelesaian masalah asas ekonomi sistem ekonomi campuran di Malaysia Segala masalah asas ekonomi yang berlaku dalam sistem ekonomi campuran di Malaysia dikatakan dapat diselesaikan oleh pihak swasta dan kerajaan. Berikut merupakan penyelesaian terhadap masalah-masalah tersebut. a) Penyelesaian kepada masalah apakah barang atau perkhidmatan yang akan dikeluarkan? Penyelesaian kepada masalah ini juga ditentukan oleh permintaan dari pengguna, pihak swasta dan kerajaan. Secara umumnya, barang atau perkhidmatan dalam sistem ini boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu barang ekonomi atau barang awam. Bagi barang ekonomi, pihak swasta akan menentukan 12

BBEK1103

pengeluarannya berdasarkan permintaan dari pengguna yang mana mereka mempunyai kuasa beli yang mana sanggup membayar untuk mendapatkan barang tersebut. Apabila wujudnya keluk permintaan maka pihak swasta akan melihat sama ada barang tersebut boleh menguntungkan mereka atau tidak. Jika boleh pihak swasta akan mengeluarkan barang tersebut dan wujudlah keluk penawaran. Bagi barang awam pula, pihak kerajaan akan menetukan pengeluarannya berdasarkan permintaan dari pengguna yang gagal dikeluarkan oleh pihak swasta yang mana barang tersebut tidak dapat memberi keuntungan yang maksimum kepada mereka. Kerajaan akan campur tangan untuk memaksimumkan kepuasan pengguna contohnya seperti penyediaan jalan raya di kawasan luar bandar. Kerajaan yang akan melaksanakan permintaan tersebut berikutan pihak swasta tidak mahu melaksanakannya kerana yakin tidak memberi keuntungan kepada mereka kerana jalan raya percuma dan boleh digunakan oleh sesiapa saja tanpa bayaran. b) Penyelesaian kepada masalah bagaimana barang hendak dikeluarkan? Pihak swasta dan kerajaan merupakan penyelesaian terhadap masalah ini. Apabila wujudnya keluk permintaan terhadap sessuatu barang, pihak swasta telah mengenal pasti apa barang yang hendak dikeluarkan dan mendapat keuntungan yang maksimum melalui pengeluaran tersebut. Pihak swasta akan menggunakan sumber atau faktor pengeluaran yang ada serta teknik pengeluaran yang akan menghasilkan barang yang mempunyai kos yang rendah dan minima untuk mendapat pulangan keuntungan yang maksimum. Tetapi jika barang tersebut tidak dapat dikeluarkan oleh pihak swasta, maka kerajaan akan campur tangan dengan cuba untuk mengeluarkan barang tersebut. Bagi barang awam pula, kerajaan akan menggunakan teknik pengeluaran yang cekap dan baik bergantung kepada cara kerajaan itu sendiri untuk mengeluarkan barang atau perkhidmatan. Teknik pengeluaran yang digunakan juga berdasarkan kebajikan terhadap masyarakat. c) Penyelesaian kepada masalah untuk siapa barang itu dikeluarkan? Bagi barang ekonomi, pihak swasta akan memastikan wujudnya keluk permintaan dan barang tersebut akan dikeluarkan berdasarkan permintaan di mana pengguna 13

BBEK1103

mempunyai kuasa beli dengan sanggup membayar untuk mendapatkan barang tersebut. Berlainan pula dengan barang awam, kerajaan yang akan menentukan untuk siapa barang tersebut dikeluarkan berdasarkan sesuatu barang atau perkhidmatan yang akan dikeluarkan, (Ngu HS & Md Zyadi Md Tahir, 2009). Contohnya seperti di Malaysia, kerajaan telah membina sebuah klinik kesihatan di perkampungan Orang Asli dengan tujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat setempat. Kerajaan telah menentukan bahawa perkhidmatan tersebut telah diberikan kepada penduduk di kawasan tersebut. Dan penyelesaian terhadap masalah ini dapat diselesaikan.

14

BBEK1103

4.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN Berikut merupakan kelebihan dan kelemahan sistem ekonomi pasaran bebas/kapitalis dan sistem ekonomi campuran.

4.1 Kelebihan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas / Kapitalis Terdapat beberapa kelebihan yang dapat dilihat dalam sistem ekonomi ini yang menjanjikan kebebasan individu dan kumpulan yang tinggi dalam pasaran berbanding sistem ekonomi yang lain. Berikut adalah kelebihan dalam sistem ekonomi ini. a) Kebebasan dalam pasaran Sistem ini membolehkan apa saja faktor atau sumber pengeluaran dimiliki oleh individu atau pihak swasta itu sah secara mutlak tanpa adanya campur tangan kerajaan dan mereka berhak unutk menggunakan sumber atau faktor pengeluaran tersebut dalam apa juga kegiatan ekonomi yang dijangka dapat menghasilkan keuntungan kepada mereka. Mereka juga bebas untuk memilih dan membuat keputusan untuk memaksimumkan kepuasan dan keuntungan mereka. Pendapatan yang mereka miliki juga bebas dari kutipan cukai dan secara tidak langsung mereka akan mendapat keuntungan yang maksimum. b) Wujudnya persaingan untuk maju dan kualiti barang yang bermutu tinggi Kebebasan individu atau pihak swasta dalam kegiatan ekonomi akan mewujudkan persaingan untuk lebih maju dikalangan mereka dalam menghasilkan sesuatu barang atau perkhidmatan yang menjadi permintaan pengguna. Dengan adanya banyak persaingan ini maka kualiti barang yang dihasilkan adalah bermutu tinggi bagi merebut kepuasan pelanggan, (Ngu HS & Md Zyadi Md Tahir, 2009). Contohnya di Amerika Syarikat permintaan kepada penggunaan telefon mudah alih semakin meningkat dan banyak syarikat bersaing untuk menghasilkannya. Persaingan ini telah membuatkan Syarikat Apple telah menghasilkan telefon pintar yang canggih dan berkualiti iaitu iphone yang mendapat sambutan seluruh 15

BBEK1103

dunia sekaligus menjadikan syarikat itu menduduki tempat teratas dengan mengatasi pesaingnya (AFP,2013).

c) Penentuan harga dan pertumbuhan ekonomi Penentuan harga bagi setiap barang di pasaran ditentukan oleh individu itu sendiri atau mekanisme harga bukannya ditentukan oleh kerajaan. Pengeluar bebas untuk meletak harga bahkan mereka bebas meletakan harga yang tinggi melebihi harga pasaran untuk memaksimumkan keuntungan mereka. Secara tidak langsung pengeluar akan mendapat keuntungan daripada harga sesuatu barang atau perkhidmatan yang telah ditetapkan itu sekali gus meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan menggunkan keuntungan tersebut untuk melabur dan sebagainya.

4.2 Kelemahan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas / Kapitalis Terdapat juga beberapa kelemahan yang terdapat dalam sistem ekonomi ini, antaranya adalah: a) Taburan pendapatan yang tidak seimbang dan kuasa monopoli Sistem ini dilihat terlalu bebas dan akan menyebabkan berlakunya taburan pendapatan yang tidak seimbang di dalam negara dan wujudnya golongan yang kaya dan ada golongan yang miskin. Golongan yang kaya akan menindas golongan yang miskin dengan barang yang dikeluarkan dijual dengan harga yang tinggi dan tidak mampu dibeli oleh golongan yang miskin ini. Ini telah menyebabkan berlakunya ketidakadilan pada semua dan kebajikan rakyat diabaikan kerana tiada campur tangan kerajaan. Bagi firma-firma yang besar pula akan menggunakan kuasa monopoli iaitu menguasai pasaran dan menindas firma yang kecil demi untuk memaksimumkan keuntungannya. b) Masalah penawaran barang awam Kebebasan pasaran telah mengakibatkan sistem ini tidak dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan penawaran barang awam seperti perkhidmatan keselamatan, penyediaan jalan raya di kawasan luar bandar, sekolah, penyediaan lampu jalan dan sebagainya. Ini kerana pihak swasta tidak dapat memastikan 16

BBEK1103

bahawa pengguna yang mendapat faedah dari penggunaan barang tersebut dapat atau tidak dapat membayar penggunaan tersebut kepada pengeluar. Mereka tidak membiayai pengeluaran barang awam tersebut kerana perkara tersebut tidak menguntungkan mereka kerana matlamat utama mereka adalah untuk memaksimumkan keuntungan mereka. c) Kesan-kesan negatif Akibat kebebasan pasaran dan pengeluaran yang tidak terkawal dalam sistem ini telah menyebabkan berlakunya kesan-kesan negatif yang akan memberikan impak yang buruk terhadap masyarakat dan negara seperti pencemaran yang akan meyebabkan penyakit berbahaya dan akan menjejaskan tingkat kebajikan rakyat bahkan masyarakat yang menanggung kesan dari keuntungan yang mereka perolehi. Selain itu kesan ini dapat dirasai oleh pekerja bawahan serta buruh di mana tenaga dan perkhidmatan mereka tidak diperlukan kerana firma akan mengeluarkan barang mengikut permintaan dan tujuan mereka untuk memaksimumkan keuntungan mereka sahaja dan hal tersebut akan menyebabkan berlakunya pengangguran di negara tersebut. Selain itu, apabila masalah pengangguran ini semakin meningkat maka masalah jenayah juga turut meningkat.

4.3 Kelebihan Sistem Ekonomi Campuran Terdapat bebrapa kelebihan yang ada dalam sistem ekonomi campuran ini antaranya ialah: a) Kebebasan dalam pasaran Pengguna atau pengeluar bebas untuk memiliki sumber atau faktor pengeluaran. Pengguna juga bebas untuk membuat keputusan untuk memenuhi kepuasan yang maksimum manakala pengeluar pula bebas membuat keputusan untuk mengeluarkan sesuatu barang atau perkhidmatan dan keputusan yang dibuat berdasarkan tujuan sebenarnya untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum. Pengeluar juga bebas untuk menentukan harga bagi setiap barang ekonomi yang dikeluarkan berdasarkan mekanisme harga, (Ngu H.S & Md Zyadi Md Tahir, (2007).

17

BBEK1103

b) Penawaran barang awam dan kebajikan masyarakat Dalam sistem ekonomi ini, penawaran barang awam tidak diketepikan lagi kerana kerajaan yang memainkan peranan untuk mengeluarkan setiap permintaan terhadap barang awam tersebut. Kerajaan turut memberi subsidi terhadap sektor-sektor atau barang demi menjaga kebajikan terhadap masyarakat seperti di Malaysia, kerajaan memberi subsidi kepada penggunaan bekalan elektrik, petrol, gula dan sebagainya. Kebajikan masyarakt juga terpelihara apabila penentuan harga setiap barang yang dikeluarkan ditentukan dan dipantau oleh kerajaan supaya harga yang ditetapkan tidak melebihi harga pasaran yang ditetapkan dan membolehkan pengguna yang kurang mampu untuk memperolehi barang tersebut. c) Taburan pendapatan yag seimbang dan kestabilan ekonomi Dengan adanya campur tangan kerajaan dalam sistem ini, taburan pendapatan rakyat di negara ini akan menjadi seimbang kerana kerajaan mengenakan dasar cukai dan subsidi. Tiada lagi perbezaan golongan dan rakyat yang tertindas. Kestabilan ekonomi juga akan kukuh kerana campur tangan kerajaan yang berperanan sebagai penstabil ekonomi apabila berlakunya kemelesatan ekonomi dalam di negara dengan mewujudkan dasar-dasar kewangan. Contohnya Malaysia mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1997-1998 , dengan campur tangan kerajaan dan beberapa strategi untuk menangani masalah ini akhirnya ekonomi Malaysia kembali stabil,(Arkib,1998).

4.4 Kelemahan sistem ekonomi campuran Sistem ekonomi campuran ini juga mempunyai beberapa kelemahan antaranya: a) Kurang memaksimumkan keuntungan Pihak swasta kurang memaksimumkan keuntungannya kerana terbatas dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam pasaran contohnya seperti penetapan harga yang tidak boleh lebih dari harga yang telah ditetapkan.

18

BBEK1103

Selain itu pendapatan yang kurang ini disebabkan kewajipan pihak swasta membayar cukai yang telah ditetapkan.

b) Bebanan kerajaan lebih dari pihak swasta Dapat dilihat dalam sistem ekonomi ini adalah kerajaan mempunyai bebanan yang tinggi berbanding pihak swasta kerana kerajaan bertanggungjawab memastikan ekonomi negara tersebut stabil. Jika terdapat sebarang masalah kerajaanlah yang akan memulihkannya dengan memikul tanggungjawab tersebut berbanding pihak swasta demi menstabilkan aliran ekonomi negara. Contohnya pada kemelesetan ekonomi Malaysia 1997-1998, kerajaanlah yang telah memikul bebanan tersebut bagi memulihkan dan menstabilkan ekonomi negara. c) Pembaziran sumber pengeluaran Pembaziran sumber pengeluaran ini boleh berlaku apabila kerajaan mengalami kerugian yang besar akibat pengurusan yang tidak cekap dalam sesuatu kegiatan ekonomi. Ini menyebabkan pembaziran sumber seperti modal, tanah, buruh dan teknologi yang sepatutnya boleh digunakan oleh pihak swasta untuk memajukan dan memaksimumkan keuntungan mereka. Contohnya di Malaysia, projek kerajaan untuk menaik taraf sekolah di Kota Kinabalu, Sabah terbengkalai dan mengakibatkan kerugian yang besar dari segi sumber pengeluaran, (Mohd Azrone Sarabatin,2010).

19

BBEK1103

5.0 KESIMPULAN Berdasarkan penerangan mengenai sistem ekonomi pasaran bebas/kapitalis dan sistem ekonomi campuran di atas, dapat disimpulkan bahawa sistem ekonomi campuran lebih baik digunakan dalam sesebuah negara kerana adanya campur tangan kerajaan dalam kegiatan ekonomi. Dengan adanya campur tangan ini pihak swasta dan kerajaan yang bekerjasama dalam mengeluarkan barang dan segala kegiatan ekonomi terkawal. Campur tangan kerajaan ini juga dapat menjaga kebajikan masyarakat dan tiada penindasan bagi rakyat yang kurang berkemampuan. Berbanding pula dengan sistem ekonomi pasaran bebas yang tiada campur tangan kerajaan dan segala keputusan mengenai kegiatan ekonomi adalah bebas serta berlakunya penindasan terhadap golongan yang kurang mampu dan miskin. Selain itu, sistem ekonomi campuran lebih baik daripada sistem ekonomi pasaran bebas/kapitalis kerana akan mewujudkan taburan pendapatan yang seimbang dan keseimbangan ekonomi dengan adanya bayaran cukai dan juga subsidi dari kerajaan untuk meringankan beban rakyat yang berpendapatan rendah. Dan kerajaan juga memainkan peranan sebagai penstabil ekonomi apabila berlakunya kemelesetan ekonomi dan pihak swasta tidak perlu bimbang kerana adanya kerajaan sebagai penyelamat. Sistem ekonomi campuran juga lebih baik dari sistem ekonomi pasaran bebas/kapitalis kerana dalam sistem ini akan melaksanakan penawaran bagi barang atau perkhidmatan awam manakala bagi sistem ekonomi pasaran bebas/kapitalis, penawaran untuk barang awam diketepikan kerana tidak mendatangkan keuntungan bagi mereka.

(4291 patah perkataan)

20

BBEK1103

RUJUKAN

AFP, (2013). Apple ungguli segmen telefon mudah alih di AS.[Online]. Available: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Appleunggulisegmentelefonmudahal ihdiAS/Article/. [10.2.2013].

Arkib, (1998). Menangani kegawatan ekonomi. [Online]. Available : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0325&pub=Utusan_Mal aysia&sec=Rencana&pg=ot_03.htm. [ 11.2.2013].

Khalidah Khalid Ali, (2008). Business management: A Malaysian Perspective. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Mohd Azrone Sarabatin, (2010). Sekolah tak siap ganggu pelajar. [Online]. Available: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sekolahtaksiapganggupelajar/Article /. [11.2.2013].

Munzarina Ahmad Samidi et al., (2011). Principles of Microeconomics Microeconomics I. Open University Malaysia: Centre for Instructional Design And Technology.

Ngu H.S & Md Zyadi Md Tahir, (2007). Teks Pra-U STPM Matrikulasi : Mikroekonomi. Selangor: Pearson Malaysia Sdn.Bhd.

Normaz Wana Ismail, (2009). Pengenalan kepada ekonomi. Selangor: Arah Pendidikan Sdn.Bhd. 21

BBEK1103

___________, (2011). Ulasan Pasaran: Krisis hutang jejas pasaran. [Online]. Available: http://www.bharian.com.my/articles/UlasanPasaran_Krisishutangjejaspasaran/Art icle/. [19.2.2013].

22

Anda mungkin juga menyukai