Anda di halaman 1dari 38

1

Bab 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pengguna ialah seseorang atau benda yang menggunakan ; secara khususnya ,
seseorang yang membeli barangan dan menggunakan perkhidmatan untuk
kegunaan sendiri, tidak untuk dijual semula atau menggunakan bagi tujuan
pengeluaran sesuatu barangan yang lain untuk dijual"(Websters New World
Dictionary, 1972) . Secara mudah kita lihat pengguna dan konsep kepenggunaan ini
dalam konteks yang paling mikro iaitu diri kita sendiri. Kita sebagai individu adalah
pengguna tanpa mengira siapa sebenarnya kedudukan kita dalarn masyarakat
sekeliling. Sebahagian besar dari apa yang kita gunakan adalah hasil usaha orang
lain sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.
Walaupun barangan atau perkhidmatan itu kita keluarkan sendiri atau kita
bayar untuk menikmatinya tidak dinafikan bahawa kita adalah pengguna. Sebagai
pengguna yang terpaksa membayar dengan jumlah wang atau tenaga usaha dengan
kadar tertentu kita memang mengharapkan bahawa faedah yang kita perolehi dari
transaksi berkenaan adalah faedah yang paling maksimum. Kita juga merasa
bahawa kita perlu dilayan seperti raja dari segi barangan atau perkhidmatan yang
ditawarkan kepada kita kerana kita juga yang berhak menentukan sama ada kita
akan membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan dan dari siapa kita akan
mendapatkannya.
Mengikut

Peter

Drucker,

seorang

penulis

terkemuka

dalam

bidang

pengurusan, kepenggunaan bermakna yang pengguna melihat pengeluar-pengeluar


barangan sebagai mereka yang berminat tetapi tidak memahami hakikat sebenar

keperluan pengguna. Beliau menganggap pengeluar-pengeluar barangan sebagai


mereka yang tidak berusaha mengambil tahu, tidak memahami dunia hidup
pengguna dan mengharap pengguna membuat penentuan yang mana pengguna
sendiri tidak bersedia atau tidak dapat melakukannya.
Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia telah
memberi satu takrifan yang tepat pada "pengguna" dalam ucapannya semasa
merasmikan majlis sempena Hari Pengguna Sedunia Tahun 1992. Katanya "semua
rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan dalam masyarakat adalah pengguna.
Setiap insan adalah pengguna yang memerlukan barangan, perkhidmatan atau
kurniaan alam semula jadi. Atas asas itu, pengguna adalah asas segala kegiatan
ekonomi"(Mohd Yusuf Abdul Rahman,2004).
Sebagai pengguna kita memainkan peranan yang penting dalam ekonomi
negara kerana tujuan pengeluaran barangan atau perkhidmatan hanyalah satu iaitu
pengguna. Pengeluar atau penjual memerlukan maklumat-maklumat tentang apakah
dorongan-dorongan yang membuat pengguna memilih dan membeli barangan atau
perkhidmatan tertentu. Pengguna yang dimaksudkan di sini adalah pengguna akhir
atau "ultimate consumer"(Svensson G, 2001) seperti yang dinyatakan dalam buku
Re-evaluating The Market Concept European Bussiness Review kerana di pasaran
terdapat juga pembeli yang membeli barangan secara borong/pukal dengan tujuan
untuk menjual barangan itu semula atau pembeli bahan mentah yang memerlukan
pemprosesan sebelum dijual kepada pengguna akhir .
Kepuasan keperluan adalah asas kepada pembelian barang barang dan
perkhidmatan di pasaran. Keperluan ini terbahagi kepada dua iaitu keperluan primer
dan keperluan sekunder (Maslow, 1954). Keperluan primer adalah seperti makanan,
pakaian dan tempat tinggal yang asasi. Manakala keperluan sekunder pula adalah

berkait dengan personaliti dan perlakuan sosial seseorang misalnya pembelian


barangan atau perkhidmatan yang bertujuan menonjolkan sesuatu imej atau status
kepada orang lain dengan tujuan mendapatkan pengiktirafan sosial. Kadang kala
dorongan terhadap keperluan berbentuk sekunder menjadi begitu penting kepada
pengguna dan mengatasi keperluan primer kerana kebiasaanya keperluan sekunder
ini adalah tidak terbatas.
Selain itu, kita

sebagai pengguna mempunyai hak untuk membeli serta

menolak sesuatu barangan atau perkhidmatan yang tidak memuaskan kehendak


kita. Oleh itu, para pengguna memainkan peranan penting dalam menentukan harga
barangan dan perkhidmatan. Kebanyakan kita masih jahil tentang hak-hak kita
sebagai pengguna. Jika kita mendapati bahawa seseorang peniaga itu menjual
sesetengah barangan dengan harga yang terlalu tinggi padahal harganya lebih
rendah daripada harga yang ditetapkan, maka pengguna mempunyai hak untuk
melaporkan hal itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan untuk mengambil tindakan. Kita boleh juga melaporkan hal yang
sama kepada Persatuan Pengguna.
Pada setiap hari, kita dapat melihat pelbagai bentuk iklan yang disiarkan
melalui media elektronik dan media cetak. Banyak iklan disiarkan menjelang cuti
persekolahan, menjelang sesuatu perayaan dan sebagaunya. Semua ini adalah
untuk mempengaruhi pengguna supaya membeli dan berbelanja dengan boros. Jika
pengguna terpengaruh dengan iklan, maka semua orang akan berbelanja pada
masa yang sama. Hal ini akan menyebabkan harga barang akan meningkat
walaupun itu dikatakan dijual dengan jualan murah. Di sini pentingnya peranan kita
sama ada hendak mengikut kehendak penjual atau tidak.

Impak kesedaran kepenggunaan dalam kalangan rakyat negara ini sudah


tentu akan memberi impak ke atas peniaga dan pengeluar barang tempatan. Seperti
kata Ketua Eksekutif Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Muhammad
Sha'ani, golongan berkenaan akan terdorong untuk menjadi lebih bertanggungjawab
dengan menambah baik amalan pemasaran dan perniagaan mereka. "Mereka juga
akan menjadi sedar tanggungjawab serta had kebebasan dari segi pernyataan
tawaran dalam iklan dan bahan promosi," jelasnya. Dalam masa yang sama, kata
beliau, peniaga juga sudah tentu akan meningkatkan kemampuan untuk menarik
pelanggan dengan bukan sahaja menawarkan perkhidmatan yang mesra pelanggan
tetapi juga barang yang bermutu. Menurut Muhammad Sha'ani lagi, peniaga dan
pengeluar

barangan

juga

mungkin

terpanggil

untuk

mewujudkan

saluran

pengendalian aduan pengguna mereka sendiri berhubung perkhidmatan pelanggan


dan mekanisme menangani pembaikan dan tebus ganti.
Bagaimanapun, di sebalik pelbagai saluran aduan yang ada dan supaya "nasi
tidak menjadi bubur", sewajarnyalah masyarakat pengguna negara ini mengamalkan
sikap bijak berbelanja. Peniaga yang sudah tentu mahu mengaut keuntungan akan
melakukan apa sahaja untuk melariskan jualan barang atau perkhidmatan mereka,
justeru, pengguna perlu terus mengamalkan sikap bijak berbelanja dan "beringat
sebelum kena" dan "berjimat sebelum habis."
Kesimpulannya, para pengguna sememangnya sentiasa terdedah dengan
masalah kepenggunaan terutamanya dalam urusan jual beli dan sering merasakan
mereka masih tidak dilindungi. Namun begitu, fenomena ini boleh diatasi sekiranya
semua pihak termasuk pengguna sendiri bekerjasama dalam meningkatkan tahap
perlindungan pengguna di negara ini. Pengguna memainkan peranan penting dalam
membantu perkembangan ekonomi negara. Boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia
4

adalah pengguna, jadi sewajarnya perlindungan undang-undang diberi keutamaan


dalam memastikan kepentingan pengguna tidak terjejas. Penekanan terhadap
pelaksanaan undang-undang yang ada juga perlu dipertingkatkan supaya pengguna
tidak teraniaya. Pihak penjual juga perlu lebih rasional dan bersifat mesra-pengguna
bukan sahaja untuk memastikan hubungan yang baik dan adil dalam urusan jual beli,
malah ia akan turut memberi keuntungan kepada mereka.

1.2 Pernyataan Masalah


Kesedaran pengguna terhadap hak-hak dan kewajipan mereka sebagai
pengguna pada hakikatnya adalah merupakan masalah asas kepada pengguna.
Selagi belum timbul kesedaran di kalangan pengguna terhadap peranan dan
tanggungjawab mereka, selagi itulah usaha-usaha pergerakan pengguna dan
kerajaan untuk melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna serta usaha-usaha
kerajaan untuk membendung inflasi tidak dapat mencapai matlamatnya dengan
berkesan.
Sebagai buktinya, pada tahun 2009, isu ubat palsu didedahkan kepada
pengguna bagi tujuan menyedarkan masyarakat tentang bahayanya menggunakan
ubat yang tidak diiktiraf sebagai selamat oleh kerajaan. Dalam isu ini, pengguna
mempunyai hak dalam mendapatkan penerangan dalam megetahui kandungan
dalam ubat palsu tersebut. Walaupun jumlah ubat palsu yang berada di pasaran
menjadi perbalahan di antara kedua-dua Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Kesihatan, namun hakikatnya adalah
memang masih terdapat ubat palsu di pasaran Malaysia. Sekiranya ubat ini diguna
oleh pengguna, kesihatan pengguna boleh terjejas dan ini juga merangkumi hak

pengguna dalam mendapatkan keselamatan. Walaupun sudah terdapat peruntukan


undang-undang bagi menjamin pengguna memperolehi ubat-ubatan yang memenuhi
kriteria selamat, berkualiti serta mendatangkan kesan, sikap tamak haloba serta tidak
bertanggungjawab di kalangan segelintir rakyat boleh menyebabkan kesihatan
pengguna terjejas atau pengguna menghadapi risiko maut. Ini adalah kerana ubat
palsu tersebut dihasilkan di dalam operasi pengilangan tidak bersih, tiada kawalan
mutu serta persekitaran yang tidak terkawal sehinggakan sebarang kemungkinan
boleh berlaku seperti pencemaran kuman atau kehadiran logam berat di dalam
bahan mentah.
Oleh yang demikian, Pusat Racun Negara kali ini menerangkan lebih lanjut
tentang isu ubat palsu dengan menekankan kepada proses yang dilalui oleh sesuatu
ubat sebelum ianya dipasarkan di Malaysia, Definasi Ubat Palsu:
Ubat palsu merupakan penyediaan ubat yang mempunyai nama serta
rupa bentuk yang serupa dengan penyediaan ubat yang sememangnya telah diuji
serta diluluskan untuk digunakan oleh masyarakat Malaysia.

Ubat palsu atau tiruan boleh dianggap sebagai parasit kerana sediaan tersebut
menggunakan label serta nama dagangan yang sama dengan penyediaan tulen
tetapi dikilangkan di premis yang tidak diluluskan serta menggunakan bahan mentah
yang tidak berkualiti. Jika ia tidak diatasi bukankah ia dapat membahayakan pihak
pengguna?, fikir-fikirkan.
Acap kali kita membaca berita penipuan yang dilakukan oleh segelintir
peniaga ke atas pengguna. Pelbagai helah juga digunakan untuk memperdaya
pengguna, antaranya dengan tawaran potongan harga atau pemberian hadiah
percuma. Namun di sebalik pendedahan yang dibuat media, masih ada lagi
pengguna yang berjaya di'gula-gulakan' peniaga sehingga membuat pembelian yang
tidak perlu atau terbelit hingga membuat bayaran yang tinggi. Justeru, pengguna
6

perlu sentiasa peka dan berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tipu-helah
peniaga, terutama dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang. Pengguna juga
perlu berani menggunakan hak mereka untuk tampil membuat aduan jika menyedari
diri telah diperdaya atau produk yang dibeli kurang berkualiti. Namun kebanyakan
pengguna masih ada yang tidak mengetahui saluran mana yang boleh digunakan
dalam membuat aduan. Kekurangan kepekaan pengguna terhadap pertubuhan
persatuan kepenggunaan di Malaysia merupakan satu masalah yang utama.
Sebagai contoh dalam kes penipuan sindiket gores dan menang. Sebelum ini,
statistik Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM) pernah menunjukkan setiap hari kirakira empat orang, atau sebulan sejumlah 130 orang, menjadi mangsa penipuan
sindiket Gores dan Menang. Walaupun kerajaan sudah mengharamkan Gores dan
Menang, peraduan berkenaan dilihat masih berleluasa di seluruh negara bagai
cendawan tumbuh selepas hujan. Buktinya, media massa terutama akhbar-akhbar
tempatan sering memaparkan kes penipuan peraduan ini yang membabitkan jumlah
wang mangsa sehingga ribuan ringgit. Kalau difikir logik akal, dalam dunia hari ini
siapa yang sanggup memberikan sesuatu barangan bernilai tanpa memerlukan
seseorang

penerima

bersusah-payah

berusaha.

Ironinya,

mengapa

dalam

kekecohan akhbar mengetengahkan isu penipuan berkenaan, masih ada individu


dengan mudah terus dikelentong penganjur peraduan yang hanya bermodalkan air
liur, pujukan dan kebijaksanaan untuk memperoleh keuntungan? Pegawai Unit
Tindakan Khas Gores dan Menang & Ah Long Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM), Saharudin Bakar berkata, sikap kurang peka masyarakat menjadi punca
utama mengapa mereka dengan mudah menjadi mangsa skim itu Secara purata,
setiap bulan, PPIM menerima 15 hingga 20 kes aduan daripada mangsa yang ditipu

sindiket Gores dan Menang. Saharudin Bakar, Pegawai Unit Tindakan Khas Gores
dan Menang & Ah Long Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata :
Daripada apa yang dibincangkan antara saya dan mangsa, PPIM mendapati
kebanyakan mereka kurang peka dengan kes penipuan mengenai peraduan ini
yang dipaparkan media... Sikap kebanyakan masyarakat yang lebih gemar
membaca sesuatu ruangan contohnya politik dan hiburan, menyebabkan mereka
seringkali tidak mempedulikan isu kepenggunaan seperti penipuan gores dan
menang, Saharudin Bakar, Pegawai Unit Tindakan Khas Gores dan Menang &
Ah Long Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Menurut Saharudin lagi, masyarakat terutamanya perlu berhati-hati dan


mengenali ciri-ciri skim Gores dan Menang bagi mengelakkan diri atau keluarga
menjadi mangsa. Bukan mahu mendiskriminasi, katanya, wanita dinasihatkan
supaya lebih berhati-hati kerana aduan membabitkan penipuan peraduan itu
semuanya diterima daripada mangsa wanita. Namun, lelaki juga dinasihatkan
supaya berwaspada dengan taktik licik yang digunakan agen peraduan itu bagi
memanipulasi pemikiran mangsa.
Masalah

yang

dihadapi

oleh

pengguna

adalah

terlalu

banyak.

Walaubagaimanapun, masalah-masalah yang dihadapi adalah bersabit dari usaha


pengguna untuk mendapatkan hak-hak mereka sebagai pengguna yang berpunca
kegagalan sistem pasaran dan institusi-institusi di dalamnya memberikan segala hak
yang sepatutnya diperolehi pengguna. Di samping itu pengguna-pengguna sendiri
adalah kurang peka kepada hak-hak mereka yang disediakan oleh undang-undang
dan peraturan yang diwujudkan untuk melindungi mereka. Tidak ramai di antara
pengguna di negara ini yang memberi perhatian terhadap hak-hak mereka yang
diperuntukkan dalam undang-undang sebelum pengguna membeli sesuatu barangan
atau perkhidmatan di pasaran.

Oleh itu, melihat daripada kewujudan permasalahan ini telah mendorong


pengkaji membuat satu kajian bagi mengkaji sejauhmanakah kepekaan rakyat
Malaysia mengetahui hak-hak mereka sebagai seorang pengguna. Kajian ini juga
turut secara langsung melihat kepekaan pengguna bandar dalam melibatkan diri
dalam kepenggunaan. Pengkaji

juga berharap hasil kajian ini dapat memberi

kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk bertindak sebagai pengguna bijak dan
menggunakan keseluruhan hak-hak mereka untuk mendapat pembelaan.

1.3 Persoalan Kajian


Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk

mengenal pasti sejauh mana

kepengguaan dapat memberi kesedaran kepada pengguna mengenai hak-hak


mereka sebagai seorang pengguna. Berdasarkan objektif kajian, diharapkan kajian
ini dapat menjawab beberapa persoalan berikut :

1. Sejauhmanakah tahap kesedaran penduduk bandar terhadap kepenggunaan?


2. Apakah sikap yang ditonjolkan oleh pengguna bandar mengenai
kepenggunaan?
3. Adakah kekurangan pengetahuan tetntang kepenggunaan menyebabkan
pengguna bandar menghadapi masalah berkaitan isu pengguna?
4. Adakah kewujudan badan atau persatuan yang dapat membantu mereka
dalam menuntut hak-hak sebagai pengguna?

10

1.4 Objektif kajian

Objektif Umum
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana kepenggunaan memeberi
kesedaran kepada penduduk bandar mengenai hak-hak mereka sebagai pengguna.

Objektif Khusus
Antara objektif kajian adalah seperti berikut :

1. Mengenal pasti perkaitan tahap kesedaran pengguna bandar dengan


kepenggunaan.
2. Mengenal pasti perkaitan sikap pengguna bandar dengan kepenggunaan.
3. Mengenal pasti perkaitan antara masalah yang lazim dihadapi oleh pengguna
dengan kepenggunaan.
4. Menjelaskan kepenggunaan dalam mendapatkan keadilan sosial pengguna.

1.5 Hipotesis Kajian

Ha1 : Terdapat perkaitan yang signifikan antara tahap pengetahuan


pengguna bandar dengan kepenggunaan.
Ho1 : Tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara tahap pengetahuan
pengguna bandar dengan kepenggunaan.
Ha2 : Terdapat perkaitan yang signifikan antara sikap pengguna bandar
dengan kepenggunaan.
Ho2 : Tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara sikap pengguna bandar
dengan kepenggunaan.
10

11

Ha3 : Terdapat perkaitan yang signifikan antara masalah yang dihadapi oleh
pengguna bandar dengan kepenggunaan.
Ho3 : Tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara masalah yang dihadapi
oleh pengguna bandar dengan kepenggunaan.

1.6 Definisi Istilah


1. Tahap Kesedaran
Konsepsual : Peringkat sedar ini adalah peringkat yang disedari oleh
seseorang. Ini adalah merangkumi kepada tingkah laku, tindakan, perasaan,
pemikiran dan ingatan. Contoh perbuatan atau pemikiran sedar ialah minum,
berjalan, berasa gembira atau sepi. (Richard Wolllhem dalam Buku Sigmund
Freud: 1990)
Operasional : Masalah-masalah yang timbul yang menyebabkan pengguna
tidak menyedari hak-hak mereka telah diselewengkan. Tahap kesedaran yang
pengkaji akan lihat melalui reaksi, pengalaman dan pengetahuan mereka
dalam mereka menjawab soal selidik yang diberikan.
2. Pengguna
Konsepsual : Menurut Nurizan Yahya dalam Sarbin (1954) peranan seorang
pengguna ialah merancang apa yang hendak dibeli, mencari barang untuk
dibeli, membeli dan seterusnya menggunakan barang-barang tersebut. lni
menunjukkan pengguna boleh mempengaruhi jenis barang-barang yang dijual
di pasaran (Schoenfeld dan Natella, 1970).

11

12

Operasional : Dalam kajian ini, penilaian terhadap kesedaran pengguna


bandar terhadap hak-hak mereka sebagai pengguna dan pemahaman mereka
kepada kepenggunaan dapat dinilai melalui tahap pendidikan mereka.
3. Hak Pengguna
Konsepsual : Perlindungan yang diberikan kepada pengguna dalam
berhubung hak asasi mereka.( Siti Zalikha Mohd Nor & Shofian Ahmad:2004)
Operasional : Kajian akan menerangkan kandungan yang terdapat dalam
deklarasi hak pengguna seperti hak untuk mendapat penerangan, hak
membuat pilihan, hak menuntut keselamatan dan hak mendapat pendengaran
dan empat hak yang telah ditambah oleh Consumer International ( Kongres
Amerika Syarikat, Kennedy, 1962).
4. Kepenggunaan
Konsepsual : kepenggunaan ditakrifkan sebagai pergerakan sosial yang
rencam

dan

tersusun

dalam

usahanya

untuk

mempertingkatkan

kesejahteraan ekonomi yang sihat dan kuasa politik pengguna. Takrifan ini
memberi istilah kepenggunaan dan pergerakan pengguna digunakan secara
bertukar ganti (Mayer: 1989).
Operasional : Melalui kajian ini, pengkaji melihat bagaimana pergerakan sosial
seperti badan-badan kerajaan dan persatuan yang ditubuhkan dibawah
pergerakan sosial pengguna ini membantu menyedarkan pengguna.

1.7 Skop dan Limitasi


Kajian ini hanya terhad dan tertumpu kepada penduduk di sekitar kawasan
perumahan Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor sahaja. Penyelidik memilih
kawasan perumahan tersebut kerana kawasannya yang berdekatan dengan bandar
12

13

Johor Bahru. Penyelidik mahu mengkaji sejauhmana kepenggunaan dapat memberi


kesedaran kepada pengguna bandar mengenai hak-hak pengguna dan bagaimana
ia memberi perlindungan pada pengguna.

Responden yang dipilih adalah terdiri

daripada penduduk dewasa yang berumur lingkungan dari 25 tahun ke atas. Hanya
seramai 100 orang penduduk yang tinggal tetap di sekitar kawasan perumahan Padi
Huma fasa pertama dan kedua di Bandar Baru Uda, Johor Bahru sahaja yang dipilih
sebagai responden untuk mendapatkan maklumat dan tidak melibatkan keseluruhan
penduduk di kawasan perumahan tersebut.
Dapatan kajian ini bergantung kepada keupayaan responden menggunakan
pengalaman, pemahaman dan pengetahuan mereka tentang perkara yang ingin
dikaji dan ketepatan hasil kajian juga bergantung kepada kejujuran responden dalam
menjawab soalan-soalan yang dikemukakan semasa temu bual dan soal selidik yang
IV (INPUT)
dijalankan ke atas responden.
Kepenggunaan
Kajian juga tidak boleh dilakukan secara menyeluruh disebabkan tempoh
masa yang terhad. Tambahan pula, pengkaji perlu menggunakan sumber kewangan
sendiri dalam menjalankan kajian ini. Sehubungan dengan itu, kajian hanya dapat
DV (OUTPUT)
dibuat untuk bilangan sampel yang kecil sahaja.
Kesedaran Pengguna
Bandar
1.8 Kerangka Konsep

Penubuhan
-memberi kesedaran
pada pengguna.
Matlamat
- Menyebarkan
maklumat tentang
hak pengguna dan
beri pendidikan
serta lain- lain .

Ketahui hak-hak
pengguna

13

14

Ketahui medium untuk


mendapatkan
perlindungan

Ketahui aktiviti yang


dijalankan oleh
persatuan pengguna
dan ikuti program yang
dianjurkan

Kaedah yang
digunakan dalam
menyalurkan
maklumat pada
pengguna seperti
kempen kesedaran,
Seminar dan
sebagainya.

Bab 2
Tinjauan Literatur
2.0 Pendahuluan
Di dalam bab ini, pengkaji akan menerangkan konsep pengguna dan
kepenggunaan. Selain itu, pengkaji akan meninjau dan melungsuri kajian-kajian
lepas yang berkaitan dengan tajuk kajian iaitu berkenaan kepenggunaan, tahap
kesedaran pengguna dan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan pengguna.
Walaubagaimanapun, belum ada kajian yang berkaitan dengan sejauh mana
kepenggunaan itu sendiri dapat memberi kesedaran

kepada pengguna bandar

terutama dari segi pengetahuan mereka terhadap hak-hak-pengguna. Aspek yang


dilihat dalam menilai tahap kesedaran pengguna bandar terhadap kepenggunaan
adalah

dari

segi

pengetahuan,

pengalaman

dan

reaksi

mereka

terhadap

14

15

permasalahan yang berlaku ke atas pengguna. Tahap kesedaran pengguna adalah


berbeza mengikut tahap pendidikan dan sektor pekerjaan mereka.

2.1 Konsep Pengguna dan Kepengunaan


2.1.1 Konsep Pengguna
Istilah pengguna diambil daripada kata dasar guna yang turut menjadi kata
dasar bagi istilah pengguna. Kamus Webster menakrifkannya seperti berikut :
menggunakan; berbelanja secara bebas; makan dan minum; gelojoh; menerima
apa sahaja dan sebagainya.

Selanjutnya, Websters New World Dictionary menakrifkan istilah pengguna sebagai ;


seseorang atau benda yang menggunakan; secara khususnya, seseorang yang
membeli barangan dan menggunakan perkhidmatan untuk kegunaan sendiri,
tidak untuk dijual semula atau menggunakannya bagi tujuan pengeluaran sesuatu
barangan yang lain untuk dijual.

Akta Perlindungan Pengguna 1999 Malaysia, menakrifkan pengguna sebagai


orang perseorangan yang terlibat dengan pembelian barangan atau perkhidmatan
untuk kegunaan sendiri. Akta ini tidak terpakai jika pembeli membeli barang-barang
atau perkhidmatan untuk tujuan perniagaan.
Persatuan Pengguna-Pengguna Selangor dalam buku kemoratifnya, Selangor
Consumers Association, The First Five Years, 1965-1970 telah menakrifkan
pengguna sebagai sesiapa sahaja yang berusia 15 tahun ke atas yang membeli
barangan dan perkhidmatan bagi penggunaan peribadi.

15

16

Menurut Leon G. Schiffman dan Leslie Lazar Kanuk (1983), pengguna ialah
istilah yang digunakan bagi menjelaskan 2 jenis entiti yang menggunakan barangan
iaitu pengguna persendirian yang membeli barangan dan perkhidmatan untuk
kegunaan sendiri atau bagi seisi rumah mereka. Satu lagi entiti ialah pengguna
organisasi yang membeli produk, peralatan dan perkhidmatan untuk menjalankan
organisasi mereka.
2.1.2 Konsep Kepenggunaan
Kepelbagaian takrifan kepenggunaan bukan sahaja bergantung pada siapa
yang menakrifkannya, tetapi juga dilihat sama ada kepenggunaan merupakan
sebuah pergerakan sosial.Menurut Mohd Hamdan, kepenggunaan ialah pergerakan
sosial yang bertujuan mempertingkatkan hak-hak dan perlindungan pengguna
daripada mereka yang berniat untuk memburukkan kesejahteraan pengguna. Ia
melihat misi pergerakan pengguna untuk mengutarakan ketidakseimbangan asas
dalam masyarakat demi kepentingan pengguna, bagi mewujudkan masyarakat yang
lebih

bertanggungjawab

terhadap

keperluan

dan

kepentingan

pengguna

(IOCU,1991).
Di dalam Tan Boon Kean dan Bishnan Singh (1994), persatuan pengguna
ialah sebuah pertubuhan sukarela bukan kerajaan. Ia ditubuhkan dengan tujuan un
tuk memberikan khidmat yang khusus atau sebagai organisasi khidmat masyarakat.
Persatuan pengguna di Malaysia sentiasa peka terhadap isu pembangunan,
terutama jika ia memberikan kesan buruk kepada pengguna yang lemah, seperti
golongan miskin.
Satu lagi takrifan mengenai kepenggunaan ialah dari Rokiah Talib (1989).
Kepenggunaan ialah pergerakan sosial yang prihatin terhadap nilai untuk manusia

16

17

dan gaya hidup mereka, nilai untuk wang yang dibelanjakan oleh pengguna di
pasaran. Ia adalah satu usaha terancang daripada masyarakat melalui aktiviti
individu atau sekumpulan manusia untuk mendapatkan perlindungan pengguna.
Gurmit Singh K.S (1990), kepenggunaan ialah pergerakan pengguna yang
berkepentingan dalam masyarakat yang menjadi naungan kepada kumpulan
pendesak. Ciri asas menentukan kumpulan kepentingan umum berbanding
kumpulan pendesak lain, ialah mereka tidak menuntut keuntungan material dan
faedah yang lain secara langsung kepada ahli mereka. Kajian Gurmit mendapati ini
mengurangkan usaha pergerakan pengguna untuk mendapatkan keahlian daripada
kalangan mereka yang mempunyai kepentingan peribadi. Hal ini juga menyebabkan
persatuan pengguna sering menghadapi masalah mempunyai ahli yang hanya
sekadar suka-suka.
Menurut Mohd Hamdan (2000) kesan daripada pergerakan pengguna dan
pesatnya tekanan bagi mewujudkan peraturan pengiklanan yang ketat menyebabkan
wujudnya istilah baru : kepenggunaan, atau satu tindakan sosial yang bertujuan
untuk memperkembangkan hak pembelian orang ramai. Oleh itu, kepengunaan
menyebabkan bertambahnya para pengiat pengguna dan agensi penguatkuasa
undang-undang. Ia juga meningkatkan lebih banyak penyelidikan pengguna oleh
pengiklan, agensi dan media dalam usaha untuk mengetahui keinginan pengguna
dan kaedah bagi memenuhi keinginan tersebut
2.2 Tinjauan Literatur Tingkah Laku Pengguna Bandar
Tingkah laku seseorang pengguna juga mencerminkan taraf kesedarannya
terhadapaspek-aspek kepenggunaan. Ini termasuklah kefahamannya terhadap hakhak dan tanggungjawab sebagai pengguna. ThaI dan Holcome (1973) berpendapat,
pengguna yang mempunyai taraf kesedaran yang tinggi membelanjakan wang
17

18

dengan berhati-hati seterusnya dapat mencari matlamat yang dirancangkan. Di


samping itu taraf kesedaran pengguna juga dipengaruhi oleh umur, pendapatan
(Dickinson, 1974), taraf pelajaran (Berkman dan Gilson, 1978) dan keadaan
persekitaran individu.
Dalam kajian Siti Aisyah Bt. Panatik Ishak Bin Mad Shah Azizah Bt. Rajab
(2004),

bertajuk Proses Membuat Keputusan Dalam Tingkah Laku Membeli Di

Kalangan Pennguna: Kajian Kes Di Johor Bahru di dapati tingkah laku pengguna
memainkan peranan dalam pengguna membuat keputusan pembelian. Jika menurut
pandangan kajian Harold (1978), kelakuan membeli melibatkan proses penilaian
harga dan kedudukan produk atau kualiti sesuatu barangan selain kepuasaan
selepas belian adalah faktor terpenting yang akan menentukan pembelian pengguna
di masa yang akan datang.
Hasil kajian ini juga boleh dikaitkan dengan tindakan seseorang yang banyak
dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran yang termasuk dalam psychological
field (James, 1978). Jika dibandingkan dapatan kedua-dua kajian ini, terdapat
persamaan yang dikemukan. Ianya dapat dilihat melalui pembuktian bahawa proses
pembuatan keputusan seseorang pengguna dalam sesuatu pembelian dipengaruhi
beberapa faktor yang dipecahkan kepada dua faktor iaitu faktor dalaman dan faktor
luaran. Berdasarkan hasil kajian juga mendapati taraf pendidikan mempunyai
pengaruh ke atas perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembuatan
keputusan dalam pembelian barangan.
Menurut satu kajian yang dijalankan iaitu bukan sahaja melihat kepada input
penggunaan seperti penentuan tentang apa yang perlu dihasilkan, bagaimana input
digunakan dalam proses pengeluaran, agihan barangan dan perkhidmatan yang
dihasilkan, tetapi juga mengaitkan penggunaan dengan tahap hidup (Magribi,1991).

18

19

Menurut Motavalli (1996), Di negara perindustrian sudah jelas bahawa tahap


penggunaan yang tinggi tidak bermakna pencapaian yang lebih tinggi ataupun
kehidupan yang lebih baik. Kualiti hidup adalah subjektif yang dilihat daripada
pelbagai aspek kesejahteraan termasuklah keadaan hidup yang dialami, kepuasan
terhadap keperluan dan kehendak, kesejahteraan fizikal, penggunaan material dan
bukan material serta kebebasan manusia (United Nation,1954 ).
Harold (1978) menyatakan bahawa keputusan membeli di kalangan pengguna
sering dipengaruhi oleh faktor komunikasi media. Ini kerana media menyediakan
pengguna dengan dua maklumat penting. Sebagai saluran hiburan, media
menyediakan maklumat tentang fesyen semasa, produk terkini dan sebagainya
untuk membolehkan pengguna mengetahui produk dan perkhidmatan yang boleh
mereka dapatkan di pasaran. Media juga dapat menyediakan maklumat tentang
jenama, tempat untuk mendapatkan sesuatu barang, promosi-promosi terkini dan
diskaun.

Selain

itu,

faktor

komunikasi

interpersonal

juga

penting

untuk

mempengaruhi keputusan membeli di kalangan pengguna. Untuk mencari produk


dan servis yang benar-benar dapat memenuhi kepuasan, pengguna sering
berkomunikasi dengan pengguna lain untuk mendapatkan pengalaman dan
pendapat mereka serta untuk melihat personaliti dan gaya hidup mereka (Harold ,
1978). Ini secara langsung membentuk satu pergerakan kepenggunaan yang
bertujuan untuk mengawal pengguna-pengguna

agar tidak terpengaruh dengan

media-media di luar sana.


Menurut ThaI dan Holcome (1973), perlakuan seorang pengguna dipengaruhi
oleh faktor-faktor sosioekonomi. lni termasuklah pendapatan, pelajaran dan tempat
tinggal individu. Wang merupakan suatu sumber yang penting untuk mengukur nilai

19

20

sesuatu barang dan sebagai bahan perantaraan di pasaran. Pendapatan keluarga


juga mencerminkan kedudukan kelas sosial keluarga tersebut.
Biasanya pengguna dari kelas atasan menjaga prestij mereka dengan
membeli barang-barang yang mahal kerana menurut mereka kualiti barang
ditentukan

oleh

harganya

(Leavitt,

1954

dan

Connet,

1968).

Pengguna

berpendapatan rendah pula lebih suka membeli barang barang lebih murah dan
bersesuaian dengan kedudukan ekonomi mereka (Myers et at., 1974). Keadaan ini
menunjukkan pendapatan menentukan jenis barang yang dipilih.
Pelajaran merupakan faktor yang menentukan pendapatan (Tan, 1982),
tingkah laku dan daya pemikiran individu. Harris (1970) berpendapat pengguna yang
berpelajaran tinggi lebih suka membuat penyelesaian tentang sesuatu masalah
mengenai sesuatu barang dengan mengemukakan soalan-soalan kepada penjual
sebelum membeli. Mereka juga lebih suka mengambil tahu tentang barang-barang
baru yang dijual di pasaran (backlin, 1969). keadaan tempat tinggal seseorang
merupakan faktor persekitaran yang mempengaruhi perlakuan pengguna.

2.3 Tinjauan Literatur Sikap Pengguna Bandar Terhadap Kepenggunaan.


Menurut kajian Nurizan Yahya, Jaiyah Shahbuddin dan Jariah Masud (1985)
aspek kesedaran pengguna yang dikaji ialah kesedaran terhadap hak-hak dan
tanggungjawab sebagai pengguna dan kesedaran terhadap undang-undang
perlindungan pengguna di negara ini. Hasil kajiannya didapati kebanyakan
responden (64 peratus) tidak pernah memeriksa keselamatan barang semasa
membeli. Didapati 60 peratus responden' tidak pernah membaca segala arahan
sebelum membeli sesuatu barang dan hanya 7 peratus responden yang selalu
mengikut arahan yang dicadangkan ketika mengguna dan menjaga barang- barang

20

21

yang dibeli terutamanya barang -barang elektrik. Kebanyakan responden (76 peratus)
tidak pernah membaca surat perjanjian jual beli sebelum surat tersebut
ditandatangani. Mengenai hak untuk didengari pula, 36 peratus responden selalu
memulangkan semula barang-barang yang dibeli jika barang tersebut tidak seperti
yang diakui. Juga didapati lebih separuh responden (52 peratus) mengatakan mereka

mengetahui hak-hak mereka sebagai pengguna. Lazimnya pengguna luar bandar


mempunyai taraf pelajaran dan pendapatan yang rendah jika dibandingkan dengan
pengguna bandar (Scott, 1976). Keadaan ini menyebabkan tingkah laku pengguna
bandar dan luar bandar berbeza (Thompson, 1976). Dalam keadaan inflasi,
perbelanjaan hidup keluarga meningkat kerana kenaikan harga barang tidak selaras
dengan pertambahan pendapatan keluarga (Levy, Feldman, dan Sosserath, 1976
dan Bailard, Biehl dan Kaiser, 1977). Dalam sistem ekonomi bebas seperti di
Malaysia, isu-isu inflasi, kenaikan perbelanjaan hidup, kualiti barang yang rendah,
penjualan barang-barang yang tidak selamat dan penipuan di pasaran merupakan
masalah utama kepada pengguna. Keadaan ini menyebabkan pengguna tidak
mendapat pulangan yang sepatutnya malah memberi kesan yang buruk kepada
keselamatan dan kesihatan mereka (Nurizan Yahaya, Jaiyah Shahbuddin dan Jariah
Masud, 1985).
Di negara ini terdapat banyak undang-undang yang digubal untuk memberi
perlindungankepada pengguna daripada dieksploit oleh pihak penjual. Walaupun
begitu undang-undang tersebut tidak dikuatkuasakan sepenuhnya. Sebagai contoh,
sehingga hari ini masih ada pihak yang tidak memenuhi kehendak Akta Perihal
Dagangan 1972. Penyelewengan di pasaran berpunca daripada kurang kawalan,
penguatkuasaan undang-undang dan juga kesalahan pengguna sendiri Ini
disebabkan undang-undang tersebut tidak dikuatkuasakan dan tidak diterangkan
21

22

kepada pengguna. Maka pengguna tidak tahu dan memahami undang-undang yang
wujud.

2.4 Tinjauan Literatur Tahap Kesedaran Pengguna terhadap Pergerakan


Kepenggunaan
Kajian Mohd Nasir Yusof (2003) adalah berkenaan dengan melihat
sejauhmana kewujudan organisasi dan persatuan-persatuan pengguna bukan
kerajaan di Malaysia dalam memperjuangkan hak-hak masyarakat pengguna
mereka. Lokasi kajian ini adalah di sekitar kawasan Lembah Klang. Responden yang
dipilih adalah seramai 320 orang. Hasil kajian mendapati responden lelaki lebih
berpengetahuan mengenai bidang kepenggunaan lebih daripada pihak perempuan.
Walhal, di dalam buku Hj Hamdan Adnan, Konsep Asas Kepenggunaan sendiri
menyebut wanita adalah pengguna dan pembeli terbesar lebih daripada lelaki. Hasil
kajian juga mendapati tahap pendidikan dan jenis pekerjaan seseorang responden
memainkan peranan utama dalam jawapan yang diberikan oleh responden. Ini dapat
dilihat dengan ketara dalam jawapan yang diberikan oleh responden yang
berpendidikan tinggi.
Selain itu, di dalam kajian tersebut juga dapat dilihat, majoriti responden
adalah bukan ahli persatuan pengguna. Mohd Nasir (2003) mengatakan sikap tidak
mahu melibatkan diri dalam mana-mana persatuan yang memperjuangkan hak asasi
manusia masih lagi menebal di jiwa mereka. Oleh hal demikian, beberapa cadangan
penambahbaikan dalam aktiviti yang dibuat oleh persatuan pengguna perlu
ditingkatkan. Menurut Anwar Fazal (1993), penubuhan Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( kini Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) yang memberi tumpuan yang khusus terhadap

22

23

hal-hal yang berkaitan dengan kepenggunaan telah menunjukkan bahawa kerajaan


Malaysia sememangnya mengambil sikap serius dalam melindungi pengguna.

Bab 3
Metodologi
3.0 Pendahuluan
Metadologi kajian adalah merujuk kepada cara yang paling berkesan untuk
mendapatkan maklumat yang berguna dengan kos yang sangat minimum, bagi
mendapatkan keputusan sesuatu penyelidikan. Ia juga merupakan komponen yang
penting dalam usaha untuk mencapai keputusan yang objektif, jelas, tepat dan boleh
dipercayai. Peranan bab ini adalah untuk membincangkan kaedah yang digunakan
dalam menjalankan kajian. Ia merangkumi aspek reka bentuk kajian, sampel dan
populasi, kaedah pengumpulan data dan instrumen yang digunakan serta kaedah
analisis yang diguna pakai.
3.1 Reka Bentuk Kajian
23

24

Kajian pengkaji adalah berbentuk tinjauan. Tujuan penyelidikan yang


digunakan ialah tujuan penyelidikan berbentuk penjelasan. Kajian tinjauan ini adalah
proses pengumpulan data dimana sekumpulan individu tertentu perlu menjawab
soalan yang disediakan. Kajian ini turut menyeluruh iaitu mengenai sesuatu isu atau
masalah, kutipan data yang cepat, penggunaan saiz sampel yang besar, maklumat
dipungut secara terus daripada responden dalam masa singkat dan dapat membuat
kenyataan umum untuk sesuatu populasi kajian (Chua, 2006). Pengkaji memilih
pensampelan sistematik (systematic sampling). Walau bagaimanapun pemilihan
sampel dalam kajian tinjauan adalah secara rawak daripada sesuatu populasi yang
dikenal pasti (Gay & Airasian,2000).
Penyelidikan tinjauan adalah melibatkan pungutan data secara sistematik,
sama ada melalui soal selidik yang dilengkapkan oleh responden secara kumpulan.
Bagi memperolehi sesuatu maklumat berkenaan populasi, ramai orang yang
dikatakan sebagai responden disampel berkenaan perkara yang sama. Oleh itu
standardization penting dalam penyelidikan tinjauan. Maklumat yang diminati boleh
berbentuk pengetahuan, kepercayaan, sikap, pandangan,ciri,tingkah laku lampau
dan terkini,persepsi keberkesanan sesuatu program dan sebagainya. Maklumat yang
diberitahu responden adalah pembolehubah.
Salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan
umum

(generalization)

tentang

sesuatu

populasi.

Dalam

usaha

membuat

generalisasi, pengkaji mula dengan mengenalpasti populasi sasaran. Oleh kerana


populasi sasaran kebiasaannya terdiri daripada bilangan ahli terlalu ramai untuk
dikaji, pengkaji memilih sampel representatif dengan menggunakan strategi
persampelan, kebarangkalian yang sesuai, iaitu sampel yang berupaya mewakili
populasi sasaran dari segi pembolehubah yang diminati. Dengan menggunakan
24

25

prosedur statistik inferens yang sesuai, pengkaji boleh membuat generalisasi


dapatan sampel ke populasi sasaran selepas mengkaji sampel.
Penyelidikan tinjauan ini dapat mengukur (mengkuantitatifkan) semua
pemboleh ubah ini. Berbilang pemboleh ubah boleh diukur dan berbilang hipotesis
boleh diuji melalui tinjauan. Penyelidikan tinjauan bergantung pada responden
membuat laporan kendiri berkenaan pengetahuan, pengalaman, kepercayaan, sikap,
pandangan dan tingkah laku mereka. Dengan itu kesahan dapatan penyelidikan
tinjauan antara lain bergantung kepada kejujuran mereka. Tujuan penyelidikan
tinjauan adalah bertujuan memperolehi maklumat. Kekuatan penggunaan kaedah
tinjauan dapat ditunjukkan seperti cara yang sering digunakan bagi memperoleh
maklumat masa lampau subjek salah satu daripada beberapa teknik yang ada bagi
mendapatkan maklumat berkaitan kepercayaan, sikap dan motivasi dapat digunakan
ke atas populasi manusia normal kecuali pada kanak-kanak, kaedah yang efisien
bagi mengutip data dalam jumlah yang banyak pada kos yang rendah dalam tempoh
yang singkat tinjauan yang berstruktur dan bersesuaian dengan analisis stastik.
Penyelidikan yang menggunakan strategi penyelidikan tinjauan (survey) lebih
sesuai sekiranya kajian itu untuk mendapatkan pelbagai maklumat tentang populasi
melalui sample atau tinjauan yang melibatkan elemen yang tidak banyak. Sampel
yang dikumpul perlu mempunyai kriteria atau sifat populasi tersebut. Perkara ini perlu
agar maklumat yang dikumpul melalui sampelan yang kecil itu dapat memberi
pernyataan dan gambaran umum tentang populasi secara keseluruhan.
Tujuan penyelidikan yang digunakan ialah berbentuk penjelasan. Tujuan
penyelidikan ini adalah bergantung kepada persoalan kajian. Di dalam kajian ini,
populasi yang diminati adalah pengguna bandar dan perkaitan yang ingin disiasat

25

26

adalah antara pembolehubah pengetahuan mengenai kepenggunaan dengan tahap


kesedaran pengguna bandar dalam mengetahui hak-hak pengguna. Jika terdapat
perkaitan yang kuat, pengetahuan kepenggunaan dapat digunakan bagi membuat
ramalan berkenaan tahap kesedaran pengguna bandar dalam mengetahui hak-hak
pengguna. Dalam erti kata lain, penyelidik boleh menggunakan perkembangan
kepenggunaan dalam menjelaskan tahap kesedaran pengguna bandar. Sekiranya
penyelidikan tinjauan digunakan untuk tujuan ini, ia dipanggil penyelidikan tinjauan
korelasi atau penyelidikan korelasi (Rosier, 1997; Shaughnessy, Zechmeister, &
Zechmeister, 2003). Creswell (2005) menjelaskan penyelidikan korelasi bergantung
kepada ciri-ciri seperti penyelidik mengkorelasikan dua atau lebih pembolehubah;
penyelidik memungut data pada suatu masa tertentu; penyelidik menganalisis semua
peserta kajian sebagai satu kumpulan tunggal; penyelidik memungut sekurangkurangnya dua skor, setiap skor untuk satu atau lebih pembolehubah, daripada
setiap peserta kajian dalam kumpulan.
Data kajian ini adalah berdasarkan skor terhadap item-item yang telah
dikodkan.Analisis data dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Package
for Social Science(SPSS) version 17.0.

3.2 Pensampelan
3.2.1 Populasi kajian
Menurut Azrul Hisham (2009), Populasi kajian adalah sekumpulan sasaran yang
hendak dikaji oleh seseorang penyelidik. Menurut Mohamad Najib (1999), populasi
merupakan semua ahli di dalam suatu kelompok. Populasi juga merupakan sumber
data atau maklumat yang diperolehi berkenaan penyelidikan yang dijalankan.
26

27

Populasi kajian ialah sekumpulan individu, keluarga, kumpulan, organisasi, komuniti


dan peristiwa yang hendak dikaji oleh penyelidik. Dalam kajian ini, populasi pengkaji
adalah sekitar penduduk Bandar Baru Uda yang menetap di kawasan perumahan di
Jalan Padi Huma fasa pertama dan kedua. Populasi penduduk di kawasan Padi
Huma terdiri daripada kira-kira 1000 orang dan terdiri dari 500 unit perumahan.
Namun pengkaji hanya akan mengambil 50 responden mewakili 50 buah unit rumah
sahaja. Ini bermakna 1 buah rumah mewakili 1 responden.

3.2.2 Sampel Kajian


Menurut Sidek Mohd Noah (2002), sampel kajian adalah cabutan kes atau subjek
daripada sesuatu populasi. Sampel kajian adalah sebahagian subset dari populasi.
Kesemua individu dalam sampel dikenali sebagai subjek. Pengkaji telah memilih 50
buah rumah dengan menggunakan pensampelan secara sistematik. Seramai 50
orang responden adalah daripada penduduk Bandar Baru Uda yang menetap di
kawasan perumahan Padi Huma di fasa pertama dan kedua. Oleh itu, pengkaji hanya
akan mengambil 50 responden mewakili 50 buah rumah sahaja. Ini bermakna 1 buah
rumah mewakili 1 responden. Kaedah pengambilan pensampelan adalah secara
sistematik iaitu memilih elemen pertama secara rawak dan kemudiannya mengikut
jumlah sampel yang di perlukan, setiap elemen ke k di pilih. Oleh itu, pengkaji
hendaklah mengenal pasti selang k dengan mendapatkan nisbah N/n dimana N saiz
populasi dan n saiz sampel. Memandangkan pengkaji memilih seramai 50 orang
responden, populasi unit perumahan Padi Huma pula adalah terdiri dari 500 unit
rumah. Berikut merupakan cara pengiraan:

k = N/n
27

28

Oleh demikian, pengkaji hanya akan menyerahkan borang soal selidik kepada rumah
no 10, no 20, no 30... dan seterusnya.

3.2.3 Bentuk Kerangka Pensampelan


Kajian
keberangkalian

ini

menggunakan

pensampelan

kebarangkalian.

Pensampelan

ialah satu teknik pensampelan di mana setiap ahli dalam

populasinya mempunyai peluang untuk dipilih sebagai responden dalam kajian.


Persampelan ini memerlukan sekumpulan responden diambil berdasarkan ciri-ciri
tertentu bagi mengambarkan secara keseluruhan populasi yang hendak dikaji.
Prinsip utamanya ialah untuk menjelaskan keseluruhan populasi. Individu yang
diambil sebagai sampel haruslah mempunyai kesemua variasi yang wujud dalam
populasi tersebut. Oleh itu, pensampelan kebarangkalian akan digunakan oleh
penyelidik apabila memerlukan penjelasan statistik yang tepat untuk populasi yang
besar. Lazimnya penyelidikan tinjauan yang berskala besar akan mengunakan
kaedah pensampelan kebarangkalian.
Jenis pensampelan yang sesuai bagi kajian ini ialah pensampelan sistematik.
Setiap unit dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai
responden kajian. Elemen dari sampel tidak dipilih secara rawak mudah, tetapi
mengunakan strategi tertentu. Di dalam kajian ini,pengkaji meletakkan setiap
penghuni yang kesepuluh dipilih dari daftar nombor rumah kediaman (kerangka
pensampelan) sebagai sampel kajian.

28

29

3.3 Tahap Pengukuran


Tahap pengukuran yang digunakan dalam kajian ini ialah skala nominal dan ordinal.
3.3.1 Skala Nominal
Skala nominal merupakan pengukuran data yang paling rendah. Nombor mewakili
data taraf nominal boleh digunakan hanya untuk pengelasan dan kategori. Nombor
yang digunakan hanayalah untuk membezakan jantina, taraf perkahwinan, status
pekerjaan dan taraf pendidikan dan bukanlah untuk memberikan penyataan nilai.
Kebanyakan soalan-soalan demografi yang digunakan hanyalah untuk pengelasan
sahaja. Di dalam kajian ini, bagi mengelaskan jantina responden, lelaki ditandakan
sebagai 1 manakala perempuan ditandakan sebagai 2 untuk memudahkan
pengiraan. Nombor hanya digunakan untuk mengkelaskan jantina sahaja. Nombor 1
bukan menandakan pengkelasan tertinggi. Ia hanya bertujuan untuk membezakan di
anatara lelaki (1) dan perempuan (2).
3.3.2 Skala Ordinal
Pengukuran data bertaraf ordinal adalah lebih tinggi daripada nominal. Data ordinal
boleh digunakan untuk membuat susunan atau darjah tertentu serta membuat
perbandingan. Data disusun dengan teratur yang bermula dengan angka kecil
kepada angka yang lebih besar. Label nombor tidak mepunyai nilai sebenar
melainkan untuk menunjukkan tahap sahaja. Dalam kajian, dengan mengunakan
data ordinal penyelidik boleh menilai tahap kesedaran pengguna bandar terhadap
kepenggunaan dengan nombor 1 hingga 4. Skala Likert adalah contoh skala yang
popular dan sering digunakan. Responden perlu menyatakan sama ada mereka
bersetuju atau tidak bersetuju dengan sesuatu penyataan. Seringkali beberapa item
digunakan untuk mengukur satu pembolehubah. Skor daripada item-item ini boleh
29

30

digabungkan untuk membentuk satu indeks.Penyelidik boleh mengenal pasti sikap


pengguna bandar terhadap kepenggunaan sama ada sangat tidak setuju, tidak
setuju, setuju ataupun sangat setuju. Beberapa soalan soal-selidik jenis skala Likert
yang digunakan oleh penyelidik adalah jenis ordinal. Berikut merupakan contoh skala
tersebut:
Sikap Pengguna Bandar Terhadap Kepenggunaan
Bil

Perkara

Saya sedar akan kewujudan kepenggunaan

Sanga

Tidak

Setuj

Sanga

t Tidak

Setuj

Setuju

Setuju

3.4 Instrumen Kajian


Bagi menjalankan penyelidikan, penyelidik telah menggunakan instrumen
borang soal selidik bagi mendapatkan data. Kategori soalan yang terdapat di dalam
borang soal selidik ialah pertama, soalan yang berkenaan dengan latar belakang
iaitu untuk mengenal pasti ciri-ciri individu. Kedua, soalan yang berkaitan dengan
pengetahuan responden terhadap pertubuhan kepenggunaan. Bagi kategori soalan
ketiga dan keempat ialah berkaitan dengan pandangan atau nilai responden. Soalan
ini bertujuan untuk memahami proses kognitif dan mengenal pasti pentafsiran
seseorang. Soalan kelima adalah berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh
pengguna. Soalan ini bagi menjelaskan mengapa pengguna tidak mengetahui
kepenggunaan.
Jenis soalan yang terdapat di dalam borang soal selidik ialah jenis tertutup
(close ended). Jenis soalan ini berstruktur dan mempunyai pilihan yang tetap dan

30

31

terdapat alternatif yang sudah disediakan. Skala soalan yang digunakan ialah skala
norminal dan ordinal. Bentuk soalan terdiri daripada soalan dwi pilihan dan soalan
berskala. Jadual 1 menunjukkan skala yang digunakan untuk mendapatkan data:
Jadual 1: Skor berdasarkan skala
Skor

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Setuju

Sangat

Setuju
Kategori

Tidak Setuju

Setuju

Soal selidik untuk menjawab persoalan kajian dibahagikan kepada lima


bahagian. Didahului dengan soalan mengenai latar belakang responden terlebih
dahulu. Susunan soalan didahului dengan soalan umum dan diikuti dengan soalan
khusus. Penyelidik juga menyusun soalan daripada soalan yang mudah kepada
soalan yang sukar. Selain itu, soalan juga diselangi dengan soalan positif dan soalan
negatif.
Bahagian A
Bahagian ini merupakan soal selidik yang berkaitan dengan maklumat diri
responden. Ia dibentuk sendiri oleh penyelidik dan bertujuan untuk mendapatkan
latar

belakang

responden.

Antara

perkara-perkara

yang

dimuatkan

untuk

mendapatkan data peribadi responden adalah jantina, umur, bangsa, taraf


perkahwinan, agama, status pekerjaan, pendidikan akhir dan pendapatan pekerjaan
sebulan.
31

32

Bahagian B
Dalam bahagian ini penyelidik mencipta soalan bagi mengetahui pengetahuan
responden mengenai pertubuhan persatuan dan pergerakan kepenggunaan di
Malaysia. Bahagian ini mempunyai 7 item yang diukur melalui skala tidak tahu dan
tahu.
Bahagian C
Dalam bahagian ini penyelidik mengemukakan soalan terhadap responden
mengenai pengetahuan pengguna bandar terhadap kepenggunaan . Terdapat 9 item
didalamnya dan mengunakan skala Likert.

Bahagian D
Dalam bahagian ini penyelidik ingin mengetahui sikap pengguna bandar terhadap
kepenggunaan. Item yang terkandung di dalam bahagian ini mengandungi 14 item.
Skala Likert digunakan untuk bahagian ini.
Bahagian E
Melalui bahagian ini penyelidik bertanyakan berkaitan dengan masalah yang
dihadapi oleh pengguna bandar. Terdapat 9 item di dalam bahagian ini di mana
skalanya terdiri daripada skala likert.
Saunders et. Al. (2000) memberi komen berkaitan reka bentuk soalan soal
selidik akan bergantung kepada bagaimana ia ditadbirkan. Sama ada ia akan
menjadi self-administered atau temuduga-administered. Berdasarkan kategori ini,

32

33

mereka menetapkan bahawa terdapat 6 kaedah atau jenis soalan yang berbeza.
Pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah soal selidik melalui pos.
3.4.1 Pengumpulan Data Melalui Soal Selidik Melalui Pos
Mangion

(1995)

mencadangkan

bahawa

kajian

soal

selidik

melaui

pos

dipertimbangkan apabila :
Sample yang dikaji hanya boleh diedarkan borang soal selidik secara pos
sahaja kerana masalah geografi.
Subjek kajian perlu diberi masa kerana mempunyai kepentingan dan minat
yang tinggi terhadap subjek yang dikaji.
Soalan ditulis dalam bentuk tertutup.
Soalan berbentuk soal selidik melalui pos sesuai diaplikasikan bagi situasi di
mana soalan yang tidak memerlukan jawapan yang panjang lebar dan hanya
jawapan secara terus menjawab soalan. Responden juga diberikan masa untuk
menjawab borang soal selidik. Responden akan memberikan jawapan yang lebih
jujur berbanding teknik lain lebih-lebih lagi jika ia melibatkan isu-isu sensitif. Soalan
soal selidik melalui pos dikatakan kosnya agak murah jika dibandingkan dengan saiz
sampel yang serupa dengan lain-lain teknik pengumpulan.
3.4.2 Penghantaran Dan Pengumpulan Soalan-Soalan
Penghantaran dan pengumpulan borang soal selidik melalui pos adalah lebih
mudah dilakukan menggunakan tangan kepada setiap responden dan mengutipnya
kemudian. Kaedah ini mempunyai kelebihan kerana pengkaji mempunyai hubungan
secara terus dengan responden maka responden mempunyai ruang masa untuk
melengkapkan borang soal selidik yang diedarkan. Seperti kaedah penyelidikan yang
lain, kaedah ini akan menentukan sejauh mana responden tertarik hati terhadap
33

34

tinjauan tersebut. Kelemahan yang patut dipertimbangkan jika menggunakan


pendekatan ini ialah masa dan usaha yang digunakan bagi proses penghantaran dan
pengumpulan soalan soal selidik tersebut.
3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan
Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen amat penting
bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan.
Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka
semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan
berkualiti. Seseorang penyelidik merujuk kepada beberapa orang panel penilai (pakar) untuk
menyemak reka bentuk soal selidik dan indeks reliabiliti sesuatu instrumen.

3.5.1 Kesahan Instrumen Soal Selidik (Kuantitatif)


Kesahan didefinisikan sebagai ketepatan (appropriateness), kebenaran
(truthfulness),

bermakna

(meaningfulness)

dan

kebolehgunaan

(usefulness)

instrumen yang membolehkan data-data diinferenskan (Fraenkel Jack. R dan


Norman. E. Wallen, 1996). Menurut David Campbell dan David Fiske (1959),
Kesahan juga bermaksud ; persetujuan antara dua percubaan untuk mengukur trait
yang sama secara maksimum dengan kaedah yang berlainan.
3.5.2 Kebolehpercayaan Instrumen Soal Selidik (Kuantitatif)
Menurut William Wiersma (2000), Kebolehpercayaan instrumen ialah suatu
nilai ukuran untuk menentukan ketekalan skor setiap item. Ketekalan bermaksud
apabila item yang sama diuji beberapa kali kepada subjek yang sama pada selang
masa yang berlainan tetapi tetap memberi skor keputusan atau jawapan yang sama

34

35

atau hampir sama (Howard Wainer & Henry I. Braun (1988)) . Mengikut Campbell
dan Fiske (1959), reliabiliti diertikan sebagai; persetujuan antara dua usaha untuk
mengukur sifat (trait) yang sama secara maksimum melalui kaedah yang sama.
Menurut David Pratt (1980), konsep pengukuran reliabiliti dalam kaedah
kuantitatif khasnya penggunaan soal selidik direka untuk menguji kelompok soal
selidik melalui kajian rintis (pilot test) yang bererti; satu ujian skala kecil (small-scale
testing).

3.6 ANALISIS DATA


Data-data yang diperolehi akan dianalisis berdasarkan tujuan dan hipotesis kajian.
Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan komputer dengan program yang
digunakan ialah Stastistical Package of Social Science Version 17.0 (SPSS/PC).
Penganalisisan data berstatistik menggunakan perisisan pengaturcaraan SPSS
dapat menghasilkan pengiraan yang tepat dan kerana itu bebas daripada ralat (Majid
Konting, 1990). Selain daripada itu statistik deskriptif juga digunakan seperti min,
kekerapan dan peratusan. Aras signifikan ialah p < 0.05.Untuk mengukur tahap,
menurut Chan Yuen Fook (1999) skala empat Likert diukur melalui sistem tiga kuartil
(quartiles) mengikut skor julat min (Ghazali Darusalam 2003).

35

36

Bibliografi
1. Arabi Idid (1993), Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Azrul Hisham Abdul Manaf. 2009. Faktor-Faktor Tekanan Dan Kesannya
Kepada Guru Sekolah Menengah Kebangsaan. Tesis Ijazah Sarjana Muda
Fakulti Pendidikan. Universiti Utara Malaysia.
3. Dr. Hj. Ghazali Bin Hj. Darusalam. 2003. Kesahan Dan Kebolehpercayaan
Dalam Kajian Kualitatif Dan Kuantitatif. Penulisan Ilmiah yang tidak
diterbitkan. Maktab Perguruan Islam, Bangi.
4. David Campbell dan David Fiske. 1959. Convergent and Discriminant Validation.
Psychological Bulletin, Vol. 56.
5. Fraenkel Jack. R dan Norman. E. Wallen. 1996. How to Design and Evaluate
Research. USA :Mc. Fraw-Hill Inc.
6. Jas Laile Suzana Jaafar. 2008. Pengenalan kepada Psikologi Kanak-Kanak
dan Remaja. Kuala Lumpur :Penerbitan ARAH Pendidikan.

36

37

7. Leon G. Schiffman dan Leslie Lazar Kanuk .1983. Consumer Behaviour. New
Jersey, USA.
8. Marion L.Beaver, Bon Miller. 1992. Clinical Social Work Practice With The
Elderly Primary, Secondary, and Tertiary Intervention. Wadsworth Publication
Co.
9. Mohd Hamdan Hj Adnan. 2000. Memahami Kepenggunaan. Selangor:
Penerbitan FOMCA.
10. Mohd Yusuf Abdul Rahman. 2004. Kepenggunaan: Perjuangan Dan Cabaran.
Selangor: Penerbit Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan.
11. Nurizan Yahya, Jaiyah Shahbuddin dan Jariah Masud (1985). Pengaruh
Faktor-Faktor Sosio-Ekonomi Terhadap Kesedaran Pengguna. UPM Selangor:
PERTANIKA Vol 8 No. 1.
12. Peter Drucker. 1969.

The

Shame

Of

Marketing.

Hal

60

dalam

Marketing/Communication, August 1969.


13. Prof Madya Dr. Aziz Yahya, En Shahrin Hashim, En Jamaludin Ramli, En
Yusof Boon, Dr Abdul Rahim Hamdan, Prof Madya Syed Mohamad Shafeq
Ayed Mansur Al-Habshi (2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan
Teori, Analisis & Intrpretasi Data. Kuala Lumpur: PTS Publication Distributora
Sdn Bhd.
14. Richard Wollhem. 1990. Sigmund Freud. New York.
15. Rob Dransfield, Eddie fox, Philip Guy, Dave Needham, Janice Wilde. 2004.
Business For foundation Degree adn Higher . Jordan Hill: Oxford.
16. Robert N. Mayer. 1989. The Consumer Movement Guardian Of the Market
Place. Boston : Twayne Publishers.
17. Schoenfeld dan Natella. 1970. The Consumer and His Dollars. New
York.Oceana Publication Inc.
18. Siti Aisyah Bt. Panatik, Ishak Bin Mad Shah, Azizah Bt. Rajab. 2004. Kajian
Terhadap Proses Membuat Keputusan Dalam Tingkah Laku Membeli Di
Kalangan Pennguna: Kajian Kes Di Johor Bahru. Penyelidikan dari Jabatan
Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan
Sumber Manusia : Universiti Teknologi Malaysia.
37

38

19. Svensson G .2001. Re-evaluating The Market Concept European Bussiness


Review. Vol 13. No.2 pp 95-101.
20. Tan Boon Kean dan Bishnan Singh. 1994. Uneasy Relations: The NGOs in
Malaysia. Kuala Lumpur: APDC.
21. ThaI dan Holcome. 1973. Your Family and Its Money. Boston. Haughton
Mifflin Co.
22. Zaini Nasohah, Siti Zalikha Mohd Nor dan Shofian Ahmad. (2004). Utusan
Publications.

38

Anda mungkin juga menyukai