Anda di halaman 1dari 20

TTooppiikk

33

Sifat Etika dalam Perniagaan Moden

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan beberapa masalah etika dalam
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan beberapa masalah etika dalam pengurusan;
2. Menjelaskan lima ciri masalah etika dalam pengurusan;
3. Menghuraikan
tiga
kaedah
menganalisis
masalah
etika
dalam
pengurusan; dan
4. Membincangkan etika dari perspektif Islam.
PENGENALAN

Topik ketiga ini akan meneliti pelbagai cara yang boleh digunapakai oleh organisasi untuk mencapai keseimbangan antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial apabila berhadapan dengan dilema etika. Anda akan mempelajari ciri-ciri masalah etika, melihat beberapa contoh masalah etika pada masa kini dan bagaimana menganalisis masalah etika dalam pengurusan. Akhir sekali, anda juga akan mempelajari bagaimana etika dinilai dari sudut perspektif Islam.

40

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

MASALAH ETIKA SEBAGAI MASALAH PENGURUSAN PENGURUSAN

Sedarkah anda bahawa masalah etika adalah masalah pengurusan? Ini adalah kerana ia merupakan konflik antara pprestasi ekonomi dengan pprestasi sosial organisasi. Oleh itu, suatu imbangan yang „betul‰ atau „sesuai‰ antara kedua- dua prestasi ini perlu diwujudkan. Namun, untuk mencapai keseimbangan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah kerana akan wujud dilema pengurusan.

Subtopik seterusnya akan membincangkan dengan lebih lanjut ciri-ciri masalah etika dalam pengurusan.

CIRI-CIRI MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN PENGURUSAN

Menurut Hosmer (1991), terdapat lima ciri masalah etika dalam pengurusan seperti yang disenaraikan dalam Rajah 3.1 berikut.

seperti yang disenaraikan dala m Rajah 3.1 berikut. Rajah 3.1: Lima ciri masalah etika dalam pengurusan

Rajah 3.1: Lima ciri masalah etika dalam pengurusan

Mari kita lihat setiap ciri tersebut dengan lebih terperinci dalam Subtopik 3.2.1 hingga Subtopik 3.2.5. Huraian dalam subtopik-subtopik tersebut adalah berdasarkan buku „The Ethics of Management‰ oleh LaRue Tone Hosmer (1991).

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

41

3.2.1 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Berpanjangan

Sedarkah anda bahawa hasil daripada keputusan dan tindakan para pengurus itu tidak terhenti pada satu peringkat sahaja? Sebaliknya, ia adalah berpanjangan sehingga ke seluruh lapisan masyarakat, dan pemanjangan inilah menjadi asas kepada hhujah etika.

Hujah ini mengatakan bahawa keputusan pengurus mempunyai impak ke atas mereka yang berada di dalam organisasi dan juga di luar organisasi iaitu masyarakat. Oleh kerana impak di luar organisasi adalah di luar kawalan mereka, para pengurus perlu mempertimbangkan setiap keputusan mereka dengan teliti dan serius. Sebagai contoh:

(a)

Rasuah mengubah proses-proses kerajaan;

(b)

Pencemaran menjejaskan kesihatan persekitaran; dan

(c)

Produk tidak selamat memusnahkan nyawa.

Kebanyakan orang dapat mengenali akibat jangka panjang yang terhasil daripada tindakan pengurus tanpa banyak bantahan. Jika terdapat bantahan, ia biasanya timbul daripada kewujudan alternatif yang pelbagai, hasil yang bercampur, akibat yang tidak pasti dan implikasi peribadi. Ciri-ciri alternatif ini akan menambah kerumitan proses pembuatan keputusan berkenaan tindakan tersebut.

Oleh itu, mari kita pelajari dengan lebih lanjut empat lagi ciri masalah etika yang memainkan peranan signifikan dalam pengurusan sebuah organisasi.

3.2.2 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Alternatif yang Pelbagai

Umumnya, isu-isu etika dalam pengurusan diandaikan sebagai suatu ddikotomi terbahagi kepada pilihan sama ada „ya‰ atau „tidak‰ sahaja tanpa sebarang alternatif lain.

Sebagai contoh, sesetengah orang menganggap bahawa organisasi menghadapi persoalan yang berbentuk jelas dan mudah seperti berikut:

(a)

Haruskah pengurus memberi rasuah atau tidak?

(b)

Haruskah kilang mencemar udara atau tidak?

42

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

Walau bagaimanapun, persoalan-persoalan tadi tidak menunjukkan situasi sebenar yang dihadapi dalam organisasi perniagaan. Walaupun rangka kerja dikotomi menyampaikan isu-isu etika dengan jelas, ia tidak mencerminkan dilema yang dihadapi oleh pengurus secara tepat. Oleh itu terdapat pelbagai alternatif yang perlu dipertimbangkan apabila membuat pilihan etika.

3.2.3 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil yang Bercampur

Isu-isu etika dalam pengurusan umumnya dianggap (pada sebahagian besarnya) sebagai bersifat aantitesis di mana pulangan kewangan adalah bertentangan secara langsung dengan kos sosial.

Sebagai contoh:

(a)

Merasuah secara tidak langsung. Namun dapat mengekalkan jumlah jualan barangan import kerana barangan boleh diterima dengan segera;

(b)

Mencemar udara atau air. Namun dapat mengelak kos memasang dan mengendali peralatan kawal pencemaran; dan

(c)

Reka bentuk suatu produk yang kurang selamat. Namun dapat mengurangkan kos bahan dan tenaga kerja pengeluaran.

Seperti juga rangka kerja dikotomi, model antitesis menilai akibat dengan cara menunjukkan isu-isu etika melalui fokus yang jelas. Namun ia tidak menggambarkan dilema pengurusan secara tepat. Faedah-faedah sosial dan kos serta pendapatan dan perbelanjaan kewangan juga perlu diambil kira kerana ia berhubung kait dengan kesemua alternatif dalam pilihan etika.

AKTIVITI 3.1 Anda adalah pemilik sebuah organisasi. Anda berhasrat untuk membangunkan suatu produk yang canggih
AKTIVITI 3.1
Anda adalah pemilik sebuah organisasi. Anda berhasrat untuk
membangunkan suatu produk yang canggih untuk memenuhi
keperluan masyarakat. Untuk menghasilkan produk tersebut,
organisasi anda perlu menjalankan beberapa ujian yang akan
mencemar kualiti udara.
Bagaimanakah cara anda menangani situasi ini berdasarkan ciri
„alternatif yang pelbagai‰ untuk membuat pilihan etika?

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

43

3.2.4 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Tidak Pasti

Umum berpendapat bahawa isu-isu etika dalam pengurusan adalah bbersifat bebas daripada risiko serta ketidakpastian di mana aakibat bagi setiap alternatif boleh diketahui. Sebagai contoh:

(a)

Jika merasuah, syarikat akan menerima barangan yang diimport dengan segera;

(b)

Jika melabur dengan membeli peralatan kawal-pencemaran, pencemaran akan dikurangkan; dan

(c)

Jika menghasilkan produk paling selamat, sejumlah kos tambahan tertentu perlu ditambah bagi setiap unit.

Model berketentuan yang sedemikian iaitu ttanpa kebarangkalian akan memudahkan proses menganalisis. Namun ia tidak menjelaskan dilema pengurusan secara tepat. Sebagai contoh, ia tidak menyatakan akibatnya jika keputusan untuk tidak merasuah pegawai kastam diambil. Selain itu, akibat bagi kebanyakan pilihan etika juga tidak dijelaskan.

3.2.5 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Implikasi Peribadi

Anda tentu sedar bahawa kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi peribadi. Mengikut fikiran umum, sebahagian besar isu-isu etika dalam pengurusan adalah bersifat bbukan peribadi dan terpisah daripada kehidupan dan kerjaya para pengurus. Kebanyakan orang percaya bahawa keputusan yang dianggap beretika dalam sesuatu operasi boleh mengurangkan keuntungan syarikat tetapi tidak menjejaskan gaji pegawai-pegawai eksekutif atau peluang kenaikan pangkat mereka.

Walau bagaimanapun, kawalan pengurusan telah direka bentuk untuk mencatat prestasi kewangan operasi dan bukannya kualiti etika terhadap keputusan- keputusan yang diambil ke arah mencapai prestasi kewangan tersebut. Kebanyakan sistem insentif juga adalah berdasarkan kawalan yang sama. Sebagai contoh:

(a) Laporan suku tahunan yang menguntungkan serta menyenangkan akan diterima jika hasil jualan barangan import dapat dikekalkan pada paras yang dijangka, walaupun jumlah perbelanjaan meningkat sedikit akibat memberi rasuah.

44

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

(b) Pulangan pelaburan modal akan lebih hampir kepada peratusan yang dirancang jika pemasangan peralatan mengawal pencemaran ditangguhkan.

Suatu model yang bersifat bukan peribadi tentu memudahkan proses membuat keputusan ke atas isu-isu etika, tetapi ia tidak menjelaskan dilema pengurusan secara tepat. Faedah dan kos kepada individu, termasuk faedah dan kos kewangan dan sosial, adalah berkait dengan kebanyakan alternatif keputusan etika.

Anda telah pun selesai mempelajari lima ciri masalah etika dalam pengurusan. Sebelum kita beralih ke subtopik seterusnya, cuba anda buat latihan berikut untuk menambah pemahaman anda.

LATIHAN 3.1 1. Bagaimanakah masalah etika timbul dalam pengurusan? Terangkan bagaimana anda mengatasi sesuatu masalah
LATIHAN 3.1
1. Bagaimanakah masalah etika timbul dalam pengurusan?
Terangkan bagaimana anda mengatasi sesuatu masalah etika
dengan menggunakan satu contoh.
2. Senaraikan ciri-ciri masalah etika dalam pengurusan.
3.3
3.3

CONTOH-CONTOH MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN

Apakah contoh-contoh yang boleh menggambarkan masalah etika? Mari kita lihat beberapa isu yang menimbulkan masalah dalam etika. Anda harus ingat bahawa kandungan moral setiap masalah adalah berbeza. Malah kita juga akan berbeza pendapat mengenainya.

Piawaian moral antara individu adalah berbeza-beza kerana sistem kepercayaan etika, nilai atau keutamaan, keyakinan terhadap perkara yang dianggap penting dan asas piawaian moral mereka juga adalah berbeza. Kepercayaan ini bergantung kepada latar belakang keluarga, warisan budaya, pengalaman pendidikan setiap orang dan faktor-faktor lain.

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

45

Namun perbezaan kepercayaan etika adalah tidak penting untuk kita bincangkan dalam topik ini. Perkara yang lebih penting adalah mengakui bahawa ia boleh mmendatangkan kesan buruk kepada ramai orang. Ia boleh mencedera atau memudaratkan orang lain dengan cara yang di luar kawalan mereka yang berpegang kepada kepercayaan etika tersebut. Keadaan cedera atau mudarat yang tidak terkawal ini merupakan elemen asas dalam dilema etika pengurusan. Keadaan tersebut wujud dalam contoh-contoh berikut:

(a)

PParas Harga Harga dilihat sebagai suatu keputusan ekonomi yang berdasarkan kkos dan permintaan. Walau bagaimanapun, paras harga boleh mendatangkan kesan buruk kepada sesetengah pelanggan. Dalam industri perbankan contohnya, gabungan faktor pengurangan kawal selia kerajaan dengan faktor persaingan antara firma khidmat kewangan lain telah memberi impak yang pelbagai.

Firma kewangan biasanya membayar kadar faedah yang sederhana tinggi ke atas wang simpanan pelanggan. Walau bagaimanapun, manfaat kadar faedah tersebut dinikmati terutamanya oleh pelanggan yang mempunyai jumlah simpanan yang besar. Untuk mengimbangi pertambahan faedah yang perlu dibayar bagi menarik penyimpan besar serta mencerminkan kos sebenar perkhidmatan, kebanyakan bank telah menaikkan yuran yang dikenakan kepada pelanggan kecil.

(b)

MMesej Pengiklanan Tahukah anda bahawa dalam pengiklanan, kebenaran adalah suatu isu yang kompleks? Terdapat dua situasi yang mengurangkan keberkesanan mesej pengiklanan iaitu:

(i)

Iklan televisyen atau majalah yang menyampaikan kebenaran secara tegar (setiap kenyataan disokong oleh kajian saintifik) adalah membosankan dan mungkin tidak berkesan.

(ii)

Iklan televisyen atau majalah yang langsung tiada kebenaran (dengan diiringi dakwaan yang melulu dan berlebihan) adalah menyalahi undang-undang dan tidak berkesan.

Sedarkah anda bahawa terdapat pelbagai tahap kebenaran dan penipuan yang berbeza-beza antara dua situasi ekstrem tadi? Walau bagaimanapun masalah utama dalam mesej pengiklanan adalah untuk mmenggariskan had yang sesuai antara dua tindakan ekstrem tersebut.

46

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

(c)

PPromosi Produk Tahukah anda bahawa promosi juga adalah satu bentuk pengiklanan? Terdapat juga promosi yang berbentuk tawaran hadiah-hadiah „percuma‰ dan potongan harga untuk menarik pelanggan.

Contohnya seperti yang dilakukan dalam industri penerbangan. Sebagai langkah menghadapi impak pembatalan kawal selia kerajaan ke atas industri penerbangan, syarikat-syarikat penerbangan telah melaksanakan promosi produk dalam bentuk penerbangan tambahan dan penginapan percutian. Promosi ini ditawarkan kepada penumpang-penumpang yang „kerap terbang‰ melebihi suatu jarak penerbangan tahunan yang ditetapkan oleh pihak syarikat penerbangan berkenaan.

Kebanyakan penumpang yang kerap terbang adalah untuk tujuan perniagaan. Faedah diberikan kepada penumpang yang memilih syarikat penerbangan dan membayar harga tiket mereka; bukannya kepada syarikat yang menjana jumlah trafik (jumlah penumpang serta jarak penerbangan terbanyak). Kos bagi faedah-faedah ini ditanggung oleh penumpang- penumpang biasa yang tidak kerap menggunakan khidmat penerbangan.

(d)

KKeadaan Tempat Kerja Bagi ramai tenaga kerja kasar dan perkeranian, keadaan tempat kerja mereka adalah tidak ideal. Paras suhu, kelembapan atau bunyi bising mungkin terlalu tinggi; pengalihan udara dan cahaya mungkin tidak memadai disertai dengan asap dan debu di sesetengah tempat kerja. Walaupun undang-undang negeri dan persekutuan telah mengharamkan keadaan mudarat serta bahaya ini, masih terdapat banyak ruang untuk memperbaiki keadaan tempat kerja golongan berkenaan.

(e)

KKhidmat Pelanggan Sejak beberapa tahun ini, kualiti produk yang menurun merupakan masalah dalam banyak industri. Sebagai contoh, penurunan kualiti dalam industri automobil telah menghasilkan produk yang kurang efektif di mana terdapat bermacam-macam kecacatan ketara yang boleh mengakibatkan masalah besar kepada pembeli. Ini mengakibatkan pengguna tidak dapat bergantung kepada kenderaan mereka bagi tujuan pengangkutan pergi dan balik kerja atau temu janji perubatan, membeli-belah, perjumpaan keluarga dan lain-lain.

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

47

(f)

PPengurangan Tenaga Kerja Terdapat banyak syarikat besar bertindak mengurangkan saiz dan kos operasi untuk membentuk suatu pasukan pengurusan yang lebih „kecil, padat dan hebat„.

Pada umumnya, operasi mengurangkan pekerja merupakan ttindak balas terhadap ttekanan persaingan. Walau bagaimanapun, ia merupakan kos kepada pekerja-pekerja yang terpaksa diberhentikan.

(g)

PPencemaran Alam Sekitar Walaupun umum mengetahui bahawa pembuangan sisa toksik boleh mengakibatkan kemusnahan alam sekitar dan bertentangan dengan undang-undang, kesalahan ini masih dilakukan oleh sesetengah syarikat dengan meluas.

(h)

HHubungan Komuniti Sebuah syarikat besar dalam sesebuah komuniti setempat memiliki kuasa ekonomi yang besar. Lebih-lebih lagi jika ia mempunyai banyak kilang- kilang di lokasi lain dan berupaya memindahkan kerja atau pekerjaan di antara pelbagai lokasi.

Oleh itu, kuasa ekonomi ini sering digunakan untuk menuntut ppotongan cukai. Ini akan memberi impak langsung ke atas penduduk komuniti setempat apabila kadar cukai mereka dinaikkan atau perkhidmatan dikurangkan.

(i)

HHubungan Pembekal Firma pengeluar yang lebih besar mempunyai kuasa ekonomi dalam komuniti di mana mereka beroperasi. Selain itu, mereka juga berkuasa ke atas pembekal-pembekal kecil yang membekalkan bahan mentah, alat-alat bahagian dan bekalan umum kepada mereka. Berdasarkan huraian ini, kita dapat simpulkan bahawa kuasa ekonomi merupakan suatu konsep yang sukar didefinisikan tetapi mudah dikenali.

48 TOPIK 3 SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN 3.4 ANALISIS MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN
48
TOPIK 3
SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN
3.4
ANALISIS MASALAH ETIKA DALAM
PENGURUSAN

Bagaimanakah caranya kita menguruskan masalah-masalah yang berkaitan dengan etika? Anda mungkin menganggap sesetengah contoh yang telah disebut dalam Subtopik 3.3 tadi sebagai situasi yang mudah diurus, manakala bagi sesetengah yang lain sebagai contoh penyalahgunaan kuasa atau kedudukan yang melampau. Namun keputusan-keputusan etika adalah lebih sukar untuk dibuat apabila seseorang itu terlibat secara langsung dalam situasi berkenaan.

Keputusan etika bukanlah pilihan antara betul atau salah yang mudah dibuat. Ia merupakan suatu pertimbangan kompleks untuk mmengimbangi prestasi ekonomi sesebuah organisasi dengan pprestasi sosialnya. Keseimbangan ini perlu wujud. Jadi, bagaimanakah caranya untuk mewujudkan keseimbangan ini? Kita boleh mencapainya melalui ttiga kaedah analisis yang relevan bagi menyelesaikan dilema etika dalam pengurusan (Rajah 3.2).

menyelesaikan dilema etika dalam pengurusan (Rajah 3.2). Rajah 3.2: Tiga kaedah analisis masalah etika dalam

Rajah 3.2: Tiga kaedah analisis masalah etika dalam pengurusan

Mari kita lihat bagaimana tiga kaedah ini diaplikasikan untuk mewujudkan keseimbangan antara prestasi ekonomi dengan sosial dengan menggunakan contoh pengurangan tenaga kerja dan penutupan kilang. Tiga kaedah analisis ini digunakan untuk menyelesaikan dilema etika dalam pengurusan seperti yang dihuraikan dalam Jadual 3.1 berikut.

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

49

Jadual 3.1: Kaedah Analisis Masalah Etika

Kaedah

Penerangan

Analisis

Kita boleh melihat masalah etika dari sudut pendekatan mmikroekonomi; iaitu dengan bergantung kepada kuasa-kuasa pasaran yang bersifat bukan peribadi untuk memutuskan antara prestasi ekonomi dan sosial. Adalah tidak menyenangkan jika para pekerja hilang pekerjaan apabila pengurangan tenaga kerja dan penutupan kilang berlaku. Walau bagaimanapun, terdapat pasaran buruh di mana pekerja boleh diambil bekerja semula dengan syarat mereka sanggup menyesuaikan permintaan ganjaran mereka dengan keadaan pasaran.

Kepercayaan dasar kaedah ini adalah bahawa sebuah ekonomi pasaran itu mempunyai jumlah sumber yang terhad. Apabila pengguna dibekalkan barangan berkualiti paling tinggi pada kos yang paling rendah, maka sumber-sumber telah digunakan dengan paling cekap serta berkesan.

Ekonomi

Analisis

Kita boleh juga melihat masalah etika melalui pendekatan rangka kerja undang-undang; iaitu bergantung kepada kkuasa-kuasa sosial yang bersifat bukan-peribadi untuk menentukan yang mana „betul‰ dan „salah‰. Pengurangan tenaga kerja dan penutupan kilang memang tidak menyenangkan, tetapi masyarakat tidak pernah merasakan bahawa ia begitu memudaratkan orang-orang yang terlibat sehingga memerlukan suatu undang-undang untuk mencegahnya. Sekiranya ia menjadi satu masalah besar, undang-undang boleh dibentuk untuk menangani situasi tersebut.

Kepercayaan yang menjadi dasar kaedah ini ialah bahawa sebuah masyarakat berdemokrasi boleh menubuhkan peraturannya sendiri. Jika orang-orang dan organisasi mematuhi peraturannya, anggota masyarakat berkenaan akan mendapat perhatian seberapa adil yang mungkin.

Undang-

Undang

Analisis

Kita boleh melihat masalah etika menggunakan struktur ffalsafah normatif; iaitu bergantung kepada prinsip-prinsip asas untuk memutuskan antara „betul‰ dan „salah‰. Kita boleh mengira „kebaikan terbanyak untuk golongan terbanyak‰ dan menggunakannya sebagai dasar keputusan apabila pengurangan tenaga kerja dan penutupan kilang berlaku.

Kepercayaan dasarnya adalah jika semua lelaki dan wanita yang rasional dalam sesebuah masyarakat bertindak atas prinsip kemurahan hati atau sifat konsisten yang sama, maka anggota masyarakat berkenaan akan mendapat perhatian seberapa adil yang mungkin.

Etika

50

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

Sekarang mari kita cuba aplikasikan apa yang telah dipelajari dalam subtopik ini kepada soalan-soalan berikut.

LATIHAN 3.2 1. Apakah tiga kaedah yang digunakan untuk menganalisis masalah etika dalam pengurusan? Terangkan
LATIHAN 3.2
1. Apakah tiga kaedah yang digunakan untuk menganalisis masalah
etika dalam pengurusan? Terangkan secara ringkas setiap satu
kaedah analisis berkenaan.
2. Senaraikan tiga masalah etika dalam pengurusan.
3.5
3.5

ETIKA DALAM ISLAM

Akhir sekali, mari kita pelajari tentang etika dari sudut perspektif Islam. Ini adalah kerana kita perlu melihat etika dari perspektif lain dan tidak hanya melihatnya dari satu perspektif tunggal sahaja.

Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan untuk menerangkan pemikiran etika dalam Islam secara terperinci iaitu:

aspek

utama

(a)

KKaedah sejarah atau mendatar yang menjejaki perkembangannya mengikut garisan kronologi; atau

(b)

KKaedah analitik atau skema yang menjelaskan tema-tema etika utama secara menegak.

Kadangkala terdapat juga individu yang mempersoalkan sama ada terdapat perkara yang boleh dipanggil sebagai "etika Islam". Ini adalah kerana mereka agak kabur tentang tahap perundangan dan ritualisme dalam agama serta institusi hidup umat Islam. Mereka juga hairan mengapa sumbangan para penulis Islam dalam isu etika tidak setanding dengan sumbangan orang lain dalam bidang kesusasteraan, linguistik, falsafah, sejarah, teologi dan sains. Sebenarnya ada bahan etika dalam pemikiran Islam di mana terdapat usaha yang sederhana untuk membawanya ke aliran semasa.

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

51

3.5.1 Suatu Mesej Universal

Terdapat tiga teras kepercayaan dalam pendekatan Islam yang menyeluruh. Tiga teras tersebut dijelaskan dalam Rajah 3.3 berikut.

Tiga teras tersebut dijelaskan dalam Rajah 3.3 berikut. Rajah 3.3: Tiga teras dalam pendekatan Islam yang

Rajah 3.3: Tiga teras dalam pendekatan Islam yang menyeluruh

Disebabkan oleh teras-teras tersebut, Islam dianggap sebagai universal dan abadi. Oleh itu, ia sesuai untuk semua orang di mana jua mereka berada. Islam bukan suatu agama baru tetapi adalah sambungan wahyu Tuhan sejak zaman Nabi Ibrahim a.h. sehinggalah kepada nabi terakhir yang diutus untuk umat manusia, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Dalam al-QurÊan ada dinyatakan secara eksplisit bahawa Islam adalah penyambung serta penutup agama Maha Pencipta untuk manusia.

3.5.2 Syariah

Sebelum kita membincangkan aspek-aspek etika dalam Islam, mari kita lihat dahulu apakah yang dimaksudkan dengan syariah.

Syariah ialah uundang-undang Islam berdasarkan aal-QurÊan.

Panduan etika adalah paling terangkum dan universal dalam hukum syariah. Panduan ini terkandung dalam al-QurÊan yang menghendaki seorang Muslim sentiasa (dalam semua keadaan) bertindak sopan, baik hati dan menjauhi salah laku.

52

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

Tahukah anda bahawa pengertian panduan yang menyeluruh ini adalah serupa dengan apa yang disebut oleh Aristotle? Menurut Aristotle,

„Jangan memudaratkan orang lain dan berurusanlah dengan mereka seperti mana seseorang ingin orang lain berurusan dengannya‰.

Mesej asas Maha Pencipta boleh didapati dalam semua wahyuNya kepada umat manusia seperti:

(a) Peraturan Kristian; Peraturan Keemasan yang terkenal dari kitab New

Testament:

Lakukan kepada orang lain seperti mana anda ingin orang lain lakukan kepada anda‰.

(b) Peraturan Islam:

Tiada siapa antara kamu adalah beriman sehinggalah ia menghendaki untuk saudaranya apa yang ia sendiri kehendaki‰.

(c) Peraturan Buddhisme:

„Jangan menyakiti orang lain dengan cara yang kamu sendiri dapati menyakitkan‰.
„Jangan
menyakiti
orang
lain
dengan
cara
yang
kamu
sendiri
dapati
menyakitkan‰.

(d) Peraturan agama Yahudi:

Apa yang kamu benci, jangan lakukan ke atas sesama manusia. Itulah seluruh agama; lain-lainnya adalah ulasan‰.

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

53

Selain pengajaran asas yang sama dikongsi dengan tradisi etika ulung lain, syariah mengatur kebanyakan aspek perhubungan; dari perhubungan Maha Pencipta dengan manusia sehinggalah perkara-perkara intim dalam perhubungan antara perseorangan.

Oleh kerana syariah merupakan suatu sistem perundangan yang komprehensif, peraturan menterjemah dan teknik-teknik menterjemah adalah penting. Ini adalah kerana terdapat beberapa pendirian dan mazhab yang telah dibangunkan di kalangan umat Islam sejak berkurun-kurun lepas bersumberkan al-Qur'an dan hadis.

3.5.3 Perdagangan dan Perniagaan

Perdagangan dan perniagaan adalah dua aktiviti penting dalam tradisi etika Islam. Perkembangan dakwah Islam adalah melalui individu di mana ini merupakan satu hasil penting daripada aktiviti perdagangan.

Orang-orang Arab beragama Islam yang terkenal dalam perdagangan. Kelebihan mereka dalam bidang pelayaran, pembinaan kapal, astronomi dan alat ukuran saintifik membuatkan perdagangan Arab dan Islam berkembang dan tersebar ke seluruh dunia.

Selain itu, kedudukan dunia Islam pada peringkat awal berada di tengah-tengah laluan perdagangan dari Mediterranean, Teluk Parsi, Afrika Timur, Benua Kecil India sehingga ke negara China. Disebabkan hubungan perdagangan ini, sejumlah besar perkataan Arab berkaitan perdagangan telah diserap ke dalam pelbagai bahasa Barat.

Perlu diingat bahawa pedagang Arab tidak mungkin berjaya tanpa satu pegangan yang kukuh. Mereka berjaya mengembangkan kepercayaan serta perdagangan mereka dengan mengamalkan apa yang kini kita kenali sebagai etika perniagaan.

54

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

3.5.4 Ajaran-Ajaran Amalan Ekonomi

Sedarkah anda bahawa tanpa suatu kesatuan dalam kuasa perundangan dan kehakiman di kalangan umat Islam, amalan akan menjadi berbeza? Malah penguatkuasaan perundangan dan kehakiman juga boleh dikatakan tidak wujud. Ini adalah kerana kepelbagaian antara umat Islam telah menghasilkan adat, kelakuan dan jangkaan yang berbeza-beza terhadap hubungan perniagaan.

Secara umumnya pengertian ekonomi dan perniagaan Islam mempunyai banyak persamaan dengan pendekatan ekonomi pasaran berasaskan perusahaan bebas dan sektor swasta di mana mereka tidak mengenepikan hak masyarakat untuk mengenakan sesuatu sekatan demi kebaikan bersama.

Syariah mengakui hak memiliki harta persendirian tetapi mengekalkan hak komuniti dalam apa yang disebut sebagai eminent domain atau kkepentingan bersama. Sebenarnya, salah satu pertimbangan penting etika tentang harta adalah mengizinkan penggunaan harta tetapi mmelarang salahguna dan pembazirannya.

Dalam sebuah hadis oleh Nabi Muhammad s.a.w., Baginda mengatakan bahawa 9/10 daripada kurniaan Tuhan, termasuk pendapatan, boleh didapati daripada perdagangan. Kenyataan ini jelas menerangkan dorongan umat Islam sejak berkurun-kurun dahulu untuk memenuhi keperluan ekonomi mereka melalui perdagangan. Mereka bukan hanya meraih keuntungan sebagai sesuatu yang sah, tetapi juga sebagai satu cara yang baik untuk melibatkan diri dalam apa jua jenis industri.

Walaupun mengusahakan keuntungan merupakan sebahagian besar aktiviti umat Islam, ia haruslah diperoleh melalui cara yang dibenarkan. Keuntungan tidak boleh melampaui kewajipan persaudaraan, perpaduan dan amal jariah. Untung juga tertakluk kepada keperluan bberzakat, iaitu satu bentuk cukai yang dikenakan ke atas umat Islam.

Syariah membezakan peraturan berkelakuan antara „halal‰ dan „haram‰, iaitu yang mana dibenarkan dan yang mana dilarang. Perbezaan antara „halal‰ dan „haram‰ juga menetapkan antara perkara yang sah dan tidak sah. Contoh keuntungan yang diharamkan boleh ditunjukkan melalui amalan ribaÊ (usury), iaitu tambahan yang dikenakan ke atas hutang atau pertukaran barangan apabila tempohnya ditangguh. Ia juga membawa maksud pengambilan suatu kadar faedah yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

55

Seorang Muslim dibenarkan mengambil untung hanya daripada hasil kerjanya, atau modal yang risikonya ditanggung bersama. Oleh itu, berjudi adalah dilarang kerana mendapat untung dari kesusahan atau kesengsaraan orang lain dan ia adalah berdosa.

3.5.5 Kewajipan Kewarakan

Menunaikan kewajipan secara jujur adalah bertepatan dengan prinsip-prinsip etika perniagaan dalam Islam. Ia bukan hanya dituntut tetapi tidak boleh dipisahkan daripada kewajipan umum sebagai seorang Muslim seperti yang telah diterangkan dalam ayat 177, surah al-Baqarah.

„Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian.‰

Perjanjian adalah ikatan paling penting antara sesama Muslim, serta antara Muslim dengan bukan Muslim seperti yang disebut dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w. berikut:

„Penjual dan pembeli mempunyai pilihan (untuk membatalkan perjanjian), selagi mereka belum berpisah; kemudian jika kedua mereka bercakap benar dan menyatakannya, urus niaga mereka akan diberkati, tetapi jika mereka berahsia dan bercakap bohong, keberkatan ke atas urus niaga mereka akan dihapuskan.‰

Sumber: http://aaiil.org/text/had/manhad/ch22had.shtml

56

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

Oleh itu, sebarang kecacatan pada barang yang dijual mestilah dinyatakan. Sekiranya terdapat kecacatan yang tersembunyi, kontrak atau perjanjian yang dibuat adalah terbatal.

Nabi Muhammad s.a.w. seterusnya mengatakan bahawa:

Pedagang yang paling benar dan jujur adalah bersama nabi dan mereka- mereka yang benar dan syahid.‰

Oleh itu, menunaikan kewajipan dengan jujur dan bertepatan dengan prinsip- prinsip etika perniagaan bukan sahaja dituntut tetapi tidak boleh dipisahkan daripada kewajipan umum seorang Muslim. Menunaikan kewajipan juga merangkumi kepercayaan bersifat lurus dan tidak mengambil kesempatan yang tidak wajar ke atas orang lain. Keadilan dianggap sebagai alat serta matlamat, tanpa mengira realiti praktikalnya. Kejujuran pula bukan hanya suatu kebaikan tetapi suatu sifat yang dituntut ke atas setiap Muslim.

3.5.6

Kesimpulan

Kualiti serta sifat yang telah disebut dalam subtopik-subtopik lepas adalah sangat signifikan kerana Nabi Muhammad s.a.w. sendiri merupakan seorang pedagang yang hidupnya harus dicontohi.

Lima belas abad yang lalu, Islam adalah suatu revolusi rohaniah, sosial dan undang-undang. Potensinya untuk mempengaruhi kemajuan dengan positif tetap tidak berubah. Ini merupakan kepercayaan golongan Muslim liberal yang sedar dan tidak mempunyai pandangan regresif terhadap agama dan sejarah. Sesungguhnya Islam, semasa zaman kegemilanganya dari abad ke-7 sehingga 12, tidak menindas dan tidak regresif. Sebaliknya, ia adalah suatu kuasa progresif, yang bersifat kemanusiaan dan mengajak manusia ke arah pembaharuan dan keadilan.

Para cendekiawan Islam daripada pelbagai latar belakang tidak menganggap Islam sebagi suatu agama yang berkembang, tetapi sebagai agama dan sistem perundangan di mana aplikasinya perlu dikembangkan. Sesungguhnya, dengan peruntukan al-QurÊan dan tafsirannya yang berdisiplin tinggi, Islam boleh menyediakan penyelesaian bagi masalah-masalah ekonomi, etika dan sosial semasa yang terdapat dalam masyarakat Islam.

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

57

LATIHAN 3.3 1. Bagaimanakah caranya untuk mencapai keseimbangan antara prestasi ekonomi dan sosial apabila berhadapan
LATIHAN 3.3
1. Bagaimanakah caranya untuk mencapai keseimbangan antara
prestasi ekonomi dan sosial apabila berhadapan dengan suatu
dilema etika? Berikan satu contoh dan aplikasikan kaedah-kaedah
analitik untuk menganalisisnya berdasarkan maklumat yang telah
anda pelajari.
2. „Masalah etika dalam pengurusan adalah kompleks disebabkan
akibat yang berpanjangan, alternatif yang pelbagai, kesudahan
yang bercampur, akibat yang tidak pasti dan implikasi peribadi.‰
Bincangkan pernyataan ini.
pasti dan implikasi peribadi.‰ Bincangkan pernyataan ini. • Kebanyakan keputusan etika mempunyai (i) akibat yang

• Kebanyakan keputusan etika mempunyai (i) akibat yang berpanjangan, (ii) alternatif yang pelbagai, (iii) hasil yang bercampur, (iv) akibat yang tidak pasti dan (v) implikasi peribadi.

Piawaian moral berbeza di antara individu kerana sistem-sistem kepercayaan etika, nilai atau keutamaan, keyakinan orang-orang tentang apa yang dianggap penting yang menjadi dasar piawaian moral mereka turut berbeza.

Terdapat tiga kaedah analisis yang boleh membantu kita mencapai imbangan yang sesuai antara prestasi ekonomi dengan sosial, iaitu:

– (berdasarkan

Ekonomi

kuasa-kuasa

pasaran

yang

bersifat

bukan-

peribadi);

– Undang-Undang (berdasarkan kuasa-kuasa sosial yang bersifat bukan- peribadi); dan

– Etika (berdasarkan prinsip dan nilai peribadi).

 

Prinsip-prinsip panduan utama berkenaan isu-isu etika Islam terkandung dalam syariah.

Syariah mengatur kebanyakan aspek perhubungan, dari perhubungan Maha Pencipta dengan manusia sehingga perkara-perkara intim dalam perhubungan antara perseorangan.

58

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

Akibat yang berpanjangan Akibat yang tidak pasti Alternatif yang pelbagai Analisis ekonomi Analisis etika Analisis

Akibat yang berpanjangan Akibat yang tidak pasti Alternatif yang pelbagai Analisis ekonomi Analisis etika

Analisis undang-undang Implikasi peribadi Hasil yang bercampur Masalah etika Syariah