Anda di halaman 1dari 17

SADE 1013 Asas Keusahawanan

1.0

Pengenalan

Di Malaysia, perniagaan melalui sistem francais adalah satu bidang yang agak baru dan
masih lagi berkembang dalam skop yang tidak meluas. Namun begitu, kajian pasaran
menunjukkan bahawa sistem perniagaan francais merupakan perniagaan yang paling
cepat berkembang di peringkat global. Berdasarkan hal ini, kerajaan telah
mengenalpasti perniagaan francais sebagai satu di antara mekanisma yang paling
cepat dan berkesan dalam membangunkan usahawan-usahawan tempatan dan telah
menjadikan Program Pembangunan Francais sebagai satu di antara program utama
untuk membangunkan usahawan Bumiputera. Sehubungan itu, Program Pembangunan
Francais yang diperkenalkan pada tahun 1992, di bawah Unit Pelaksanaan dan
Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri kini merupakan salah satu sumber ekonomi
negara yang mampu memberikan nilai tambah ke arah merealisasikan Rancangan
Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Faktor kestabilan politik dan pengukuhan ekonomi negara melalui pelbagai dasar
ekonomi turut menyemarakkan lagi kerancakan bidang perniagaan di Malaysia. Ini
menyebabkan negara kita dilihat amat berpotensi untuk membangunkan sistem
perniagaan francais. Kerajaan Malaysia menyedari hakikat ini dan sedang giat
memperkasakan strategi pelaksanaan untuk menjadikan francais sebagai pilihan utama
usahawan yang berhasrat untuk menceburi bidang perniagaan. Maka Perbadanan
Nasional Berhad, telah diberi mandat sebagai agensi di bawah Bahagian Francais dan
Vendor, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) untuk mengatur
pelan pembangunan industri francais secara lebih komprehensif. Tujuh strategi utama
iaitu promosi, program pakej khas, latihan, pembiayaan, pembangunan produk, jaringan
strategik, pembangunan dan penyelidikan diperkenalkan. Latihan ilmiah ini secara
khusus akan membincangkan perkembangan sistem francais di Malaysia. Ini
termasuklah dari aspek sejarah, kemajuan, hala tuju serta masa depan sistem
perniagaan ini pada masa depan. Perbincangan juga turut menyentuh aspek cabaran
dan halangan serta program-program penambahbaikan untuk memajukannya.
2.0

Sejarah perniagaan francais di Malaysia


1

231380

SADE 1013 Asas Keusahawanan

Pasaran francais negara kini dianggarkan bernilai RM250 juta dengan kadar
pertumbuhannya di tahap 3 peratus setahun. Kadar ini dijangka melonjak kepada 30
peratus setahun menjelang tahun 2020. Perkembangan ini memberi peluang kepada
peniaga bumiputera dalam sektor industri kecil dan sederhana menyertai perniagaan
sekaligus meningkatkan jumlah bumiputera dalam perniagaan. Menurut anggaran
Kementerian Pembangunan Usahawan, di negara ini terdapat kira-kira 1200 francais
yang beroperasi. Jumlah itu merangkumi 311 francais yang dibangunkan menerusi
program kementerian itu. Dari segi statistiknya, bilangan itu bolehlah dianggap sebagai
membanggakan walaupun kerajaan sendiri masih belum berpuashati dengan bilangan
itu. Ini terbukti apabila Malaysia disenaraikan di tangga ke-21 dunia serta tangga kedua
di Asia selepas Jepun dalam pembangunan produk francais tempatan.
Francais ertinya kontrak atau perjanjian antara dua pihak (franchisor dan
franchisee) yang memberi pemegang francais (franchises) hak untuk mengendalikan
perniagaan. Mengikut sistem francais yang ditentukan oleh pemberi francais
(franchisor) selama tempoh yang ditentukan oleh pemberi francais. Hak mengendalikan
perniagaan ini merangkumi hak untuk menggunakan cap, atau rahsia dagangan, atau
apa-apa maklumat sulit atau harta intelektual, yang dipunyai oleh pemberi francais atau
berhubungan

dengan

pemberi

francais.

Franchisor merupakan

syarikat

yang

berjaya

untuk

mempunyai sistem pemasaran yang telah terbukti berjaya.


Sistem
berkembang

francais
cepat

digunakan

dan

oleh

melipatkali

perniagaan-perniagaan

gandakan

keuntungan

mereka

dengan

mengamalkan sistem yang berjaya di lokasi baru. Sistem franchise membolehkan


franchisor mengatasi kekangan modal kerana modal disediakan franchisee ( Philip
Kotler, 2011 ).
Ini bermakna perniagaan secara francais adalah satu kaedah pemasaran dan
pengedaran yang berasaskan hubungan dua pihak iaitu, francaisor (pemilik dan
pemberi hak) dan francaisi (penerima hak). Hak yang diberikan ini adalah bagi tujuan
menjalankan perniagaan menggunakan tanda nama atau tanda niaga milik francaisor
berkenaan berasaskan suatu sistem tertentu, di lokasi atau kawasan yang ditetapkan
2
231380

SADE 1013 Asas Keusahawanan

dan dalam jangkamasa yang ditentukan, sebagaimana yang termaktub di dalam


perjanjian francais yang ditandatangani. Sebahagian besar daripada perniagaan
francais di Malaysia adalah dalam sektor makanan, perkhidmatan, aksesori wanita,
keperluan rumah dan telekomunikasi. Syarikat-syarikat yang mengamalkan sistem
francais termasuk McDonald, KFC, Hot Dog 1901, Kedai kasut Bata, Pizza Hut, Kedai
Cosway dan Kopitiam.

3.0

Kepentingan perniagaan sistem francais


Sistem francais dapat membina satu hubungan dan jaringan usahawan yang

mantap dan sukar digugat pesaing sekiranya objektif program difahami oleh semua
usahawan (francaisor-francaisi) yang terlibat dalam program ini. Melalui sistem francais
risiko bisnes dapat diminimakan dan diuruskan dengan lebih berkesan terutama bagi
usahawan yang baru menceburi dunia bisnes. Pengurusan risiko ini melibatkan
perkara-perkara yang terdedah kepada risiko seperti lambakan produk, stok lapuk,
pusingan kakitangan, penjenamaan yang lemah, produk dan kualiti yang tidak
berkualiti, kecairan tunai dan pengurusan kewangan yang lemah. Kepada francaisor,
stok dan sumber manusia dapat diuruskan dengan lebih cekap serta dioptimakan.
Berbanding jika membuka rangkaian (outlet) sendiri, francaisor juga tidak perlu
membuat pelaburan yang tinggi untuk membuka rangkaian (outlet) di merata lokasi.
Bagi bisnes yang baru bermula atau tiada kekuatan jenama, rangkaian francais
memberi kelebihan untuk usahawan memasuki pasaran baru kerana di lokasi-lokasi
tertentu tuan punya lot kedai atau pihak pengurusan bangunan lebih berminat dan yakin
untuk menyewa lokasi atau lot kedai kepada bisnes berangkaian (chain business)
( Gary Amstrong, 2011).
Kepada francaisor, rangkaian francaisi memberikan peluang kepada jenama
francaisor berada di lokasi-lokasi yang tidak pernah atau tidak dapat dimasuki kerana
dalam keadaan-keadaan tertentu, francaisi mempunyai hubungan yang lebih baik
dengan pemilik dan pengurusan lokasi strategik atau lebih mengenali lokasi yang ingin
3
231380

SADE 1013 Asas Keusahawanan

diterokai. Di peringkat permulaan terdapat francaisi yang tiada keupayaan untuk


mengajikan kumpulan pengurusan yang cekap dan berkelayakan untuk membantu
dalam operasi harian bisnes. Tetapi melalui konsep francais, francaisor dapat memberi
panduan dan khidmat nasihat operasi bisnes secara berterusan kepada francaisi. Pada
masa

yang

sama,

francaisor

dapat

memberi

sokongan

khidmat

nasihat

(kesetiausahaan dan perakaunan) secara berkala (berjadual) kepada francaisi pada


kadar yang sangat minima ( Min Chen, 2004 ).
Suasana ekonomi yang semakin mencabar telah menyebabkan kos bahan
mentah, utiliti dan kadar upah semakin meningkat. Ini memberi kesan kepada margin
keuntungan bisnes dalam semua industri. Untuk meningkatkan harga jualan produk dan
perkhidmatan dalam suasana ekonomi pada hari ini adalah sesuatu yang sangat
sensitif malahan dikhuatiri memberi persepsi negatif pelanggan terhadap imej bisnes.
Melalui sistem francais, kecekapan bisnes dapat ditingkatkan dan pada masa yang
sama kos dapat diurus seterusnya diminimakan. Dengan adanya rangkaian francaisi
yang aktif,

francaisor dapat merancang pembelian bahan mentah, membeli secara

pukal, berkongsi kos untuk aktiviti-aktiviti pemasaran, merancang kakitangan mengikut


keperluan, membina jenama dalam pasaran untuk menarik perhatian pelanggan dan
seterusnya memindahkan kesemua penjimatan kos ini kepada rangkaian francaisi.

4.0

Tahap Pembangunan sistem francais di Malaysia


Sejak pertengahan tahun 1992, kerajaan telah menerima pakai pendekatan

pembangunan francais sebagai salah satu cara untuk meningkatkan bilangan


Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang merupakan
antara agenda terpenting di dalam Dasar Pembangunan Nasional yang menggantikan
Dasar Ekonomi Baru. Rentetan daripada itu, satu bahagian khusus yang dikenali
sebagai

Bahagian

Penyelarasan

Pembangunan

Perlaksanaan,

Francais

Jabatan

telah

Perdana

ditubuhkan

Menteri.

di

bawah

Seterusnya,

Unit

Program

Pembangunan Francais (PPF) telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana


4
231380

SADE 1013 Asas Keusahawanan

Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 27 Januari 1994. Oleh yang demikian,
dari segi sejarah, penubuhan Bahagian Pembangunan Francais dan pelancaran PPF
dibuat sebelum diwujudkan Kementerian Pembangunan Usahawan, yang kemudiannya
menjadi penaung kepada kedua-duanya mulai 8 Mei 1995. Soalnya kenapa francais?
Apalah sangat kelebihannya jika dibandingkan dengan pendekatan perniagaan atau
program pembangunan usahawan yang lain? Umumnya, kelebihan rangkaian
perniagaan yang menggunakan sistem francais adalah berasaskan prinsip 5C iaitu;
Consistency (keseragaman) Competitiveness (daya saing) Convenience (keselesaan)
Cleanliness (kebersihan) Courtesy (layanan mesra).
Perniagaan francais diasaskan kepada hubungan menang-menang di antara dua
entiti usahawan, iaitu francaisor dan francaisi. Hubungan ini secara amnya
menghasilkan satu bentuk perkongsian pintar di mana kedua-dua pihak memperoleh
manfaat dan kelebihan masing-masing. Bagi francaisor, di antara kelebihan sistem
francais kepada mereka aialah menerusi rangkaian sistem francais, francaisor dapat
meningkatkan keberkesanan pengurusan operasi dan menikmati skala ekonomi melalui
pembelian secara pukal serta perkongsian kos pengiklanan dan promosi secara
berpusat. Ini memungkinkan rangkaian berkenaan menawarkan harga barangan yang
lebih kompetitif serta melaksanakan aktiviti pengiklanan dan promosi dengan lebih
agresif;
Francais juga memungkinkan francaisor menembusi pasaran yang luas dengan
lebih cepat dan efektif (termasuk pasaran luar negara) tanpa melibatkan modal yang
besar, kerana sebahagian besar pelaburan ditanggung oleh francaisi. Menerusi francais
juga, francaisor dapat menikmati rangkaian pemasaran produk dan perkhidmatannya
yang lebih besar serta memungkinkan peningkatan pengeluaran dan pengedaran yang
lebih pesat. Melalui sistem francais, francaisor juga dapat mengelak daripada
mengadakan struktur kakitangan yang besar, termasuk membayar gaji pengurus dan
kakitangan cawangan yang ramai. Tempat mereka diganti dengan francaisi-francaisi
yang merupakan pemilik dan pengusaha perniagaan mereka sendiri yang pastinya
mempunyai motivasi dan semangat juang yang lebih tinggi. Hal ini bermakna francaisor
5
231380

SADE 1013 Asas Keusahawanan

dapat memindahkan sebahagian tanggungjawab menjalankan kajian berdaya maju,


pemilihan lokasi, latihan kakitangan, pengiklanan tempatan dan lain-lain kerenah
pentadbiran kepada pemilik dan pengusaha tempatan, iaitu francaisi.
5.0

Sistem sokongan industri francais


Ramai beranggapan bahawa perniagaan francais merupakan cara termudah

untuk memulakan perniagaan, pasti menguntungkan, jenama terkenal, mendapat


latihan mantap dari francaisor, dan sebagainya. Sebenarnya apabila seseorang
usahawan telah terlibat secara langsung dengan perniagaan francais barulah mereka
akan merasai baik buruk perniagaan ini. Sebelum memilih untuk menjadi francaisi
sesuatu sistem perniagaan francais, amat wajar sekiranya para usahawan meneliti
perkara-perkara berikut. Kegagalan untuk mematuhi satu daripada perkara-perkra
berikut akan menyebabkan kegagalan malahan ianya juga boleh mengakibatkan
bankrap. Sepertimana yang diketahui bahawa modal bagi memulakan sesuatu
perniagaan francais adalah besar.Oleh itu, tidak semua orang mampu untuk
menjalankan perniagaan ini walaupun mampu memberi pulangan yang lumayan.
Di samping berbekalkan

modal permulaan dengan menggunakan wang

daripada simpanan bakal usahawan, terdapat juga sumber kewangan yang boleh
diperolehi melalui pinjaman yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensi
yang dilantik secara khusus ataupun tidak untuk mengembangkan sistem perniagaan
francais, antaranya yang paling rapat dengan perniagaan ini adalah Pemodalan
Nasional Berhad (PNS) iaitu agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). KPDNKK telah ditubuhkan pada 27 Oktober
1990 bermatlamat untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang
beretika dan melindungi kepentingan pengguna.Pada tahun 2009, peranan dan fungsi
kementerian telah diperluaskan untuk merangkumi sektor francais dan koperasi.
Salah satu agensi di bawah KPDNKK yang terlibat secara langsung dengan
perniagaan francais adalah PNS.Peranan PNS adalah untuk menerajui pembangunan
industri francais di Malaysia.PNS mempunyai sasaran untuk menerajui perkembangan
industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui
6
231380

SADE 1013 Asas Keusahawanan

kepakaran dalam memberikan perkhidmatan serta produk-produk yang berkualiti PNS


juga berperanan di dalam mempelopori dan menerajui pertumbuhan industri francais
negara demi merealisasikan matlamat untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam
bidang

perniagaan

francais.

Salah

satu

objektif

utama

PNS

adalah

untuk

membangunkan produk tempatan dan mengembangkannya ke luar negara.PNS juga


menyediakan khidmat nasihat dan skim-skim khas bagi francaisor dan francaisi serta
mengalu-alukan rakan francais ke Malaysia ( Jaafar Ali, 2013 ).
Di bawah PNS terdapat beberapa skim pembiayaan pinjaman bagi perniagaan
francais yang boleh dimanfaatkan oleh bakal-bakal francaisi antaranya adalah Skim
Pembiayaan Francaisi dan Skim Pembiayaan Eksekutif dengan saiz pinjaman sehingga
RM1 juta. Dalam pada itu, terdapat banyak agensi kerajaan yang turut menyediakan
kemudahan pembiayaan pinjaman secara tidak langsung untuk memula dan
mengembangkan lagi perniagaan francais antaranya, SME Bank, Majlis Amanah Rakrat
(MARA), Tabung Ekonomi Usaha Niaga (TEKUN), dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
Panduan kepada usahawan untuk memilih perniagaan francais adalah sebelum
mengambil keputusan untuk memilih sesuatu perniagaan francais, beberapa perkara
perlu diambil kira dan dipertimbangkan supaya pemilihan yang dilakukan adalah tepat
dan seterusnya boleh menguntungkan francaisi dalam jangka panjang. Perkara-perkara
yang perlu dipertimbangkan adalah seperti bakal francaisi perlu menentukan apakah
jenis perniagaan yang ingin diceburi dan pilih jenis perniagaan yang sesuai dengan
minat dan kemahiran yang ada ( Ismail Mohamad, 2013 ).
Kejayaan

Perniagaan

Francais

sebenarnya

banyak

bergantung

kepada

hubungan yang baik antara francaisor dengan francaisi. Hal ini sangat penting kerana
perniagaan francais yang telah terbukti mempunyai peratusan kadar kejayaan yang
tinggi akan memberi peluang terbaik untuk francaisi turut berjaya dalam perniagaannya.
Ini termasuk juga kadar pertumbuhan perniagaan, iaitu kadar pertumbuhan perniagaan
yang boleh diukur dengan bilangan outlet yang telah dibuka oleh francaisor tersebut. Ia
merupakan petunjuk yang baik untuk menilai keuntungan dan potensi peluang francais
yang disediakan oleh francaisor. Keuntungan syarikat juga merupakan sistem sokongan
7
231380

SADE 1013 Asas Keusahawanan

yang mampu memajukan lagi sistem francais. Kedudukan kewangan syarikat francais
boleh dilihat dari laporan tahunan yang dikeluarkan dan syarikat yang menunjukkan
keuntungan yang tinggi dan berterusan memberi jaminan bahawa francaisi akan
mendapat sokongan berterusan.
Selain itu, pengalaman perniagaan juga berfungsi sebagai sistem sokongan
penting kepada perniagaan francais. Perkara ini sangat penting kerana pengalaman
perniagaan adalah elemen utama untuk meminimakan risiko pelaburan. Ini bermakna
perniagaan francais yang hendak dipilih perlu mempunyai rekod kejayaan dan
pertumbuhan yang baik untuk beberapa tahun. Termasuk juga dalam sistem sokongan
perniagaan francais ialah saiz sistem rangkaian. Syarikat francais yang mempunyai
saiz sistem rangkaian yang besar dan bersistematik boleh memberi kebaikan dari segi
ekonomi bidangan (belian stok, iklan dan lain-lain). Hal ini turut mempengaruhi
kedudukan syarikat dalam Industri . Hal ini menjelaskan kepada francaisi bahawa
mereka mestilah memilih syarikat yang menjadi leader dalam industri tertentu supaya
perniagaan boleh terus bertahan walau dalam keadaan ekonomi yang tidak baik.
Rekabentuk dan hiasan dalam outlet turut berfungsi sebagai sistem sokongan
yang akan menentukan kejayaan perniagaan francais. Hal ini bermakna francaisor yang
bertanggungjawab

juga

akan

membekalkan

kemudahan

dan

bantuan

dalam

menyediakan rekabentuk dan hiasan dalam outlet untuk memastikan bahawa outlet
francaisi adalah seragam dengan konsep francais keseluruhannya. Dalam hal ini,
sistem sokongan yang berterusan terutama dalam aspek teknikal dan operasi dari pihak
francaisor amat penting dalam perniagaan francais. Pihak francaisor perlu menentukan
hak kewilayahan kepada setiap francaisi supaya tidak timbul masalah persaingan di
antara sesama perniagaan francais di dalam wilayah yang sama. Saiz wilayah tersebut
bergantung kepada kepadatan penduduk, demografi dan bilangan pelanggan yang
diperlukan oleh francaisi untuk menyokong perniagaan outletnya. Seterusnya, sistem
sokongan yang paling penting untuk menjayakan perniagaan francais ialah sumber
kewangan. Bantuan kewangan atau kos untuk perniagaan francais biasanya adalah
tinggi dan amat berbeza dengan sumber modal untuk menjalankan perniagaan sendiri.
8
231380

SADE 1013 Asas Keusahawanan

Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana kita memulakan perniagaan dengan
menggunakan jenama yang telah sedia ada di pasaran. Kos yang dimaksudkan ini
termasuklah yuran francais, sewa premis dan peralatan, bekalan dan stok dan lain-lain
perbelanjaan. Jika francaisor tersebut benar-benar ingin melihat kejayaan francaisinya,
seharusnya ia membantu francaisi dari segi kewangan seperti penyewaan peralatan,
membekalkan stok perniagaan dnegan cara kredit dan lain-lain.

6.0

Cabaran dan halangan sistem francais di Malaysia

Kos untuk mendapatkan hak menggunakan jenama dan bantuan dari francaisor
adalah tinggi dan francaisi perlu membayar kos-kos seperti Yuran Francais Yuran
francais adalah dalam satu jumlah yang besar dan tidak dikembalikan. Francaisi juga
perlu membayar kos sewa, deposit, pembelian aset dan pengubahsuaian kedai ;Royalti
Bulanan Royalti dibayar mengikut peratus jualan bulanan. Francaisi perlu membayar
royalti walaupun tidak memperolehi keuntungan, walaupun francaisor tidak membantu
perniagaan francaisi kerana francaisi menggunakan jenama francaisor tersebut. Di
Malaysia, terdapat isu berkenaan bayaran royalti ini di mana agensi kerajaan iaitu
Perbadanan

Nasional

Berhad

(PNS)

(badan

bertindak

untuk

francais

Malaysia) mengarahkan supaya pembayaran royalti tidak lebih dari 5% jumlah jualan
bulanan francaisi. ; Yuran Iklan Yuran iklan yang dibayar digunakan oleh francaisor
untuk mengiklankan jenama produk atau perkhidmatan dan untuk menarik lebih ramai
francaisi. Tetapi ianya mungkin tidak mempromosikan perniagaan francaisi tersebut.
Tambahan pula, pelaburan modal permulaan perniagaan francais yang besar
menjadikan bentuk perniagaan ini lebih eksklusif dan sukar untuk bakal usahawan
menceburi dan memasuki pasaran seperti ini. Untuk menjaga keseramanan, francaisor
akan mengawal perniagaan francaisi. Kadang-kala, tindakan ini menghalang francaisi
untuk bebas berniaga. Halangan-halangan yang wujud seperti pemilihan lokasi juga
menjadi satu isu dalam sistem francais. Pemilihan Lokasi bermaksud pihak francaisor
9
231380

SADE 1013 Asas Keusahawanan

akan memilih lokasi yang difikirkan sesuai dengan perniagaannya dan lokasi tersebut
mungkin tidak sesuai dari sudut pandangan francaisi. Di dalam banyak kes, francaisi
akan mencadangkan lokasi kepada francaisor. Francaisor akan melawat lokasi tersebut
dan memberi pendapatnya samaada sesuai atau tidak. Jika tidak, Francaisor akan
membantu mencari kawasan yang difikirkan strategik. Berkaitan dengan aspek hiasan
dalaman dan konsep perniagaan pula, terdapat francaisor yang akan menukar hiasan
dalaman dan konsep perniagaan mengikut musim. Jadi, kos renovasi dan
pengubahsuaian tersebut mungkin tidak mampu untuk ditanggung oleh francaisi.
Kebiasaannya, francaisor akan selalu menukar konsep perniagaan, uniform serta
sistem komputer.
Francaisor juga akan mengawal setiap produk dan perkhidmatan perniagaan
francaisi. Jadi, francaisi tidak boleh menjual produk dan perkhidmatan selain daripada
francaisor. Ada juga kes di mana francaisor menghadkan bilangan stok yang dijual.
Misalnya baju saiz S, francaisor hanya membekalkan 10 helai sahaja. Apabila baju
tersebut habis, francaisi menempah dari francaisor, tetapi francaisor tidak memberi stok
yang diminta. Apabila berlaku kes sedemikian, francaisi boleh mencuba meminta stok
daripada francaisi lain. Kes seperti ini sebenarnya tidak dinyatakan dalam perjanjian
francais. Jadi, pihak francaisi perlu berhati-hati.
Francaisor mengawal waktu operasi perniagaan, uniform pekerja, iklan serta
promosi dan juga prosedur perniagaan. Harga jualan juga dikawal sehingga francaisi
tidak dapat memberi diskaun kepada pelanggan. Pengedar juga perlulah terdiri
daripada pengedar yang diluluskan oleh francaisor, walaupun francaisi boleh
mendapatkan barang daripada pengedar yang lebih murah. Berdasarkan aspek ini,
dicadangkan agar francaisi mencari francaisor yang memberi ruang untuk kemukakan
idea francaisi sendiri dan memberi kebebasan untuk francaisi berniaga demi
perniagaan mereka. Kawalan ini bertujuan untuk menggelak daripada bersaing dengan
francaisi lain. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menghalang francaisi membuka
cawangan lain atau berpindah ke lokasi lain. Francaisor juga mempunyai hak untuk
menghalang francaisi membuat website sendiri.
10
231380

SADE 1013 Asas Keusahawanan

Kelemahan akta dan peraturan sedia ada menjadi duri dalam daging kepada
pembangunan industri francais di Malaysia dan perlu dicungkil segera supaya tidak
menjejaskan kemajuannya.Kelemahan-kelemahan yang ada telah memburukkan imej
sistem francais sehingga dilihat sebagai sistem yang menipu dan banyak pihak yang
tertipu terutamanya usahawan baharu, kata sebuah syarikat perunding francais
tempatan.

Keadaan berkenaan timbul kerana ketiadaan dokumen zahir atau

prospektus disediakan untuk membolehkan pemohon (bakal francaisi) mengetahui


maklumat terperinci tentang francaisor dan produknya.Apa yang berlaku sekarang,
perkara tersebut dipandang ringan serta ketiadaan garis panduan khas disediakan
kerajaan menyebabkan penyediaan prospektus dilakukan secara sambil lewa dan bakal
mengundang masalah. Permasalahan ini menyebabkan sistem francais dipalitkan
dengan kecaman-kecaman yang negatif sehingga membantutkan usaha untuk
mengembangkan sistem berkenaan.
Perlu ada prospektus yang lengkap untuk memberikan penerangan sejelasjelasnya kepada francaisi tentang latar belakang francaisor, prestasi kewangan, status
perundangan, potensi francais dan beberapa maklumat lagi.Jika semua maklumat ini
tidak didedahkan, maka timbul masalah seperti francaisi tertipu dan mengalami
kerugian selepas memeterai perjanjian francais. Berdasarkan Akta Francais, prospektus
perlu diserahkan 10 hari sebelum menandatangani dokumen dan tujuh hari waktu
bekerja ditetapkan untuk masa menunggu sebelum proses disahkan. Sikap buruk
usahawan atau bakal francaisi pula adalah tidak mahu membaca terma perjanjian
terlebih dahulu dan pada masa yang sama pihak francaisor juga tidak memberikan
penerangan secara terperinci tentangnya. Oleh itu, apabila timbul masalah, kedua-dua
pihak akan saling menuding jari dan akhirnya yang dipersalahkan adalah sistem
francais itu sendiri.
Francaisi juga mudah dikhianati oleh pihak francaisor yang tidak jujur dan tamak.
Misalnya, pada peringkat permulaan, pihak francaisor memberi kebenaran dan hak
pengoperasian perniagaan francais kepada francaisi terutamanya pengoperasian
perniagaan itu berjalan di kawasan yang kurang membangun. Apabila perniagaan
11
231380

SADE 1013 Asas Keusahawanan

francais berkenaan di kawasan itu meningkat maju dan terkenal, pihak francaisor
mengambil balik hak berniaga dan beroperasi sendiri. Tindakan pihak francaisor
sedemikian tentu sekali merugikan francaisi yang telah bertungkus lumus untuk
membangunkan perniagaannya. Masalah-masalah itu berlaku akibat francaisi tidak
mempunyai pengetahuan dan persediaan yang cukup melibatkan diri dalam perniagaan
berkenaan.Kegagalan berlaku berpunca daripada sikap francaisi yang terlalu
bergantung kepada francaisor sedangkan untuk berjaya dalam industri itu bukan
mudah. Francaisi bukan sahaja sekadar mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan
modal semata-mata sebaliknya perlu belajar dan memahami selok-belok perniagaan
yang bakal diceburi.
Francaisi perlu memenuhi pengetahuan dari aspek kewangan, simpanan,
komitmen, kemampuan dari mental dan fizikal, memiliki kepercayaan kepada produk
serta sentiasa menjalankan penyelidikan. Penglibatan serta penerusan pihak francaisi
dalam

perniagaan

francais

adalah

tertakluk

kepada

peraturan

dan

sistem

pengoperasian perniagaan yang telah ditetapkan oleh pihak francaisor. Ini secara tidak
langsung akan menyekat tahap daya kreativiti dan inovasi francaisi terutamanya dalam
aspek pengendalian perniagaannya. Kontrak francais akan tamat sekiranya francaisi
melanggar perjanjian francais.
Kontrak ini sah untuk tempoh masa yang telah dipersetujui; tiada jaminan atas
pembaharuan kontrak. Hal ini bermakna pihak francaisor boleh menamatkan kontrak
sekiranya francaisi gagal membayar royalti, gagal menunjukkan prestasi yang
menguntungkan dan lain-lain sebab yang munasabah. Segala pelaburan francaisi akan
hilang apabila kontrak tamat. Di Malaysia, setiap perjanjian francais adalah untuk 5
tahun. Adalah dinasihatkan francaisi untuk memastikan pulangan modal francaisi tidak
sampai 5 tahun. Maksudnya, dalam tempoh 5 tahun, pihak francaisi mestilah beruapaya
untuk mendapatkan semula nilai keuntungan melalui pelaburan yang dibuat.
Pembaharuan kontrak dalam sistem perniagaan francais tidak berlaku secara
automatik. Segala terma dan syarat mungkin akan berubah. Antaranya termasuklah
kenaikan kadar bayaran royalti, membuat pengubahsuaian kedai, menggurangkan hak
12
231380

SADE 1013 Asas Keusahawanan

wilayah dan kawalan atas jualan. Semua pembaharuan ini berkemungkinan untuk
memberi peluang kepada francaisi lain.

7.0

Masa depan sistem francais di Malaysia

Meskipun begitu, membangunkan perniagaan dan usahawan francais bukanlah


satu perkara yang mudah. Perniagaan francais secara relatifnya masih baru di negara
ini dan pastinya dalam proses pembangunan sebegini, terdapat masalah percubaan,
kematangan dan salah tanggapan. Oleh yang demikian, Kementerian Pembangunan
Usahawan dengan kerjasama erat Persatuan Francais Malaysia dan agensi-agensi lain
yang berkaitan terus giat melaksanakan program-program pendedahan dan pendidikan,
termasuk beberapa siri kempen jalanan (road-shows) yang meliputi seminar dan
pameran ke seluruh negara, kursus dan latihan pengurusan perniagaan francais serta
persidangan dan ekspo francais peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bagi tujuan
mengawalselia industri ini juga, kerajaan telah mewujudkan Akta Francais Malaysia
1998 yang telah dikuatkuasakan pada 8 Oktober 1999.
Sistem perniagaan secara francais mempunyai masa depan yang amat cerah di
Negara kita. Perkembangan pesat dalam sistem ejonomi negara turut memajukan lagi
perniagaan secara francaisi. Namun begitu, sistem perniagaan yang berkembang pesat
dan melibatkan pihak berkepentingan pasti akan menimbulkan pelbagai masalah dan
satu daripada penyelesaian terbaik adalah dengan mewujudkan akta atau garis
panduan khas sebagai panduan. Seperti sistem perniagaan lain, sistem francais di
Malaysia turut dilindungi oleh undang-undang iaitu Akta Francais 1998 bagi memastikan
industri berkenaan ditadbir dengan berkesan dan beretika. Akta yang bertujuan untuk
menyediakan proses lengkap bagi pendaftaran dan peraturan berhubung industri
francais bagi memastikan berkembang secara sistematik untuk jangka masa panjang.
Pengenalan peraturan ini adalah bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk
mewujudkan suasana yang kondusif dalam industri francais. Dalam masa yang sama
13
231380

SADE 1013 Asas Keusahawanan

dapat memperolehi maklum balas industri. Selain itu, akta berkenaan turut
mengandungi dasar melindungi usahawan tempatan kerana untuk mereka bersaing
dengan jenama luar negara dalam tempoh yang singkat adalah amat mustahil dan
memastikan golongan berkenaan tidak tertipu dengan mana-mana skim francais yang
ditawarkan di pasaran.
Secara umumnya, akta berkenaan merangkumi keseluruhan elemen dalam
sistem francais bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat secara adil dan untuk
jangka masa panjang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pihak yang
terlibat dengan sistem ini perlu peka dan memahami setiap aspek sistem francais,
antaranya tiga elemen paling penting iaitu Hak Harta Intelek, sistem operasi dan sistem
sokongan berterusan. Hak Harta Intelek adalah jenama yang akan digunakan dalam
sesebuah perniagaan francais yang akan menjadi aset penting dan mampu
mewujudkan pelanggan setia. Semakin terkenal jenama berkenaan semakin besar
potensi pernigaan. Contohnya seperti McDonald's, Smart Readers dan lain-lain. Elemen
seperti sistem operasi dan sistem sokongan berterusan adalah perlu kerana akan
membuktikan keberkesanan model perniagaan dan kelangsungan pertumbuhan pada
masa depan. Peraturan dalam Akta Francais dilihat mampu memberi impak positif
kepada francaisor dan francaisi.
Kesemua perjanjian antara kedua-dua pihak tersebut akan didokumenkan dan
dibawah Akta Francais terdapat beberapa elemen yang perlu dijelaskan dalam
perjanjian berkenaan antaranya pendaftaran, hak, sistem operasi, tempoh masa,
penamatan perjanjian dan pelbagai lagi. Secara keseluruhannya, undang-undang
dalam sistem francais bukan hanya diamalkan di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia,
cuma berbeza mengikut keperluan sesebuah negara.
8.0

Penutup
Secara keseluruhannya, sistem perniagaan francais semakin berkembang maju

di Malaysia. Pelbagai aktiviti perniagaan yang berlandaskan konsep francais telah


merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan memberi banyak pilihan kepada
14
231380

SADE 1013 Asas Keusahawanan

pengguna. Perniagaan francais mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi


negara menerusi aktiviti pembangunan usahawan serta pemindahan kepakaran,
teknologi dan idea-idea baru. Pertumbuhan rangkaian perniagaan francais juga mampu
menyediakan peluang pekerjaan, kerana umumnya perniagaan kecil dan sederhana
lebih mudah dan cepat dari segi pengambilan tenaga kerja. Sistem francais juga boleh
membantu mewujudkan budaya baru di dalam menjalankan perniagaan dengan
penekanan diberikan kepada aspek-aspek disiplin yang tinggi, perkhidmatan pelanggan
yang berkualiti, kebersihan dan keseragaman. Pemantapan budaya perniagaan seperti
ini

penting

bagi

membolehkan

perniagaan

tempatan

bersaing

di

peringkat

antarabangsa.
Sistem perniagaan francais secara tidak langsung dapat memupuk daya
keusahawanan melalui proses kreativiti dan innovasi mencipta produk baru dan
memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia. Dalam hal ini, Ismail
Mohamad (2012), menjelaskan bahawa sistem perniagaan francais

menyediakan

produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. Dalam menghasilkan


produk dan perkhidmatan yang baik, francaisor dan francaisi akan mencari kaedah
yang lebih baik untuk memaksimakan sumber dan mengurangkan pembaziran. Inilah
yang menjadi teras kepada system perniagaan yang semakin mendapat tempat dalam
kalangan usahawan di negara kita pada hari ini. Dengan ini, masyarakat akan
mendapat produk (barangan) dan perkhidmatan yang lebih baik pada harga yang lebih
murah. Jelasnya, sistem perniagaan francais membantu memperbaiki kehidupan
berjuta-juta manusia melalui produk dan perkhidmatan baru yang diperkenalkan kepada
pasaran. Secara tidak langsung sistem ini bukan sahaja berjaya melahirkan lebih ramai
golongan usahawan, tetapi pada masa yang sama turut memberikan alternatif kepada
pengguna untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti.

9.0

Rujukan

15
231380

SADE 1013 Asas Keusahawanan

Ismail Mohamad. ( 2012 ) . Francais : konsep dan perkembangannya.


Dewan Budaya, September : 48-49

Francais : Satu konsep perniagaan baru. ( 2013 ) . Berita Harian, 23 April : 12.
Gary Amstrong. (2011). Princples of Marketing. Singapore : Pearson Educational.
Perniagaan Francais melalui internet. ( 2010 ) . Utusan Malaysia,12 Ogos : 8.
Philip Kotler. ( 2011 ). Marketing Management. London : Prentice Hall.
Modul SADE 1013 Asas Keusahawanan. Unit Pendidikan Jarak jauh, Universiti Utara
Malaysia : Sintok, Kedah.
Min Chen. (2004). Common Culture, Diverse Style. The China Business Review,
sept-okt, pp. 53-59.

16
231380

SADE 1013 Asas Keusahawanan

LAMPIRAN

17
231380

Anda mungkin juga menyukai