Anda di halaman 1dari 13

BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SEMESTER APRIL 2021/2022 (JA211)

BPME1013- ASAS KEUSAHAWANAN

TAJUK TUGASAN:

INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

DISEDIAKAN UNTUK :

PROF. MADYA DR. AZLAN BIN ALI

PENSYARAH, UUM

DISEDIAKAN OLEH :

NUR SHAFIQAH ELEENA BINTI GOHAR (283522)

PACE UUM, KOTA KINABALU

TARIKH HANTAR:

27 JUN 2021
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1
2.0 SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS DI
PERINGKAT GLOBAL 2
3.0 SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS
DI MALAYSIA 3-4
4.0 KEPENTINGAN INDUSTRI FRANCAIS TERHADAP
PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL 4-5
5.0 TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS DI
MALAYSIA 5-6
6.0 SISTEM SOKONGAN PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA 6-8
7.0 CABARAN /HALANGAN 8-9
8.0 MASA DEPAN INDUSTRI FRANCAIS 9
9.0 KESIMPULAN 10
10.0 RUJUKAN 11
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

1.0 PENGENALAN

Salah satu kaedah pengembangan perniagaan, startegi pemasaran atau kaedah


pengagihan produk dan perkhidmatan adalah menggunakan kaedah sistem Francais. Sebuah
syarikat pemberi francais disebut (francaisor) memberi hak, kebenaran atau keistimewaan
kepada seseorang individu atau syarikat pemegang francais (francaisi) menjalankan
perniagaan mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan dalam jangka masa tertentu
menurut terma dan syarat yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Francaisor memainkan peranan dalam membangunkan sebuah model bisnes yang


telah terbukti berkesan dan berjaya sebelum membuat keputusan melantik francaisi.
Manakala francaisi secara dasarnya akan mematuhi segala tatacara operasi perniagaan
tersebut yang telah ditetapkan dan terbukti menjadikan sesebuah model perniagaan yang
berjaya.

Akta, Francaisor dan Francaisi hendaklah mendaftar dengan Pendaftar Francais di


Bahagian Pembangunan Francais, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi &
Kepenggunaan Akta, Francaisor dan Francaisi hendaklah mendaftar dengan Pendaftar Fran
(KPDNKK). Akta Francais (Pindaan) 2012 mengawal perniagaan francais di Malaysia
(sebelum ini dipanggil Akta Francais 1998) yang mana akta ini terpakai bagi penjualan apa-
apa francais di seluruh Malaysia.

Penjualan sesuatu francais di Malaysia apabila suatu tawaran untuk menjual atau
membeli francais adalah disifatkan;

i. Dibuat di dalam Malaysia dan diterima di dalam atau di luar Malaysia;


ii. Dibuat di luar Malaysia dan diterima di dalam Malaysia; atau
iii. Perniagaan yang difrancaiskan itu dikendalikan atau akan dikendalikan di dalam
Malaysia.

1
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

2.0 SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS DI PERINGKAT


GLOBAL

Sejarah pembangunan sektor francais di peringkat global pada dasarnya dapat


dibahagikan kepada tiga peringkat utama. Pada peringkat pertama, perkembangan sektor
francais bermula seawal abad ke-18 di Jerman. Pada mulanya, ia diasaskan oleh seorang
pembuat bir yang berasal dari Jerman telah menggunakan jenama pada produknya. Pada
peringkat awal peraturan francais digunakan dalam perniagaan adalah sebagai cara
mendapatkan persetujuan kontrak untuk membuat bir. Terdapat falsafah lain seperti Noraini
Ibrahim (2002) menjelaskan bahawa sejarah perkembangan sektor francais di peringkat
kedua mula bertapak di Britian pada abad ke-19 dalam industri membuat wain. Maka,
bermula di sinilah idea itu berkembang ke Amerika Syarikat melalui syarikat Singer Sewing
Machine. Tatacara perniagaan francais ini melalui cap dagang Singer sebagai produk dalam
perniagaan mereka. Impak dari itu, perniagaan francais terus berkembang ke Amerika
Syarikat melalui Revolusi Perindustrian di Britian, Peringkat ketiga sejarah perkembangan
perniagaan francais berlaku pada kurun ke-20 dan mula dikenali dalam pasaran global.
Noraini Ibrahim (2002), menjelaskan tatacara perniagaan francais didahului oleh Restoran
A&W apabila memulakan operasinya perniagaan francaisnya. Bermula dari detik itu,
perniagaan berbentuk francais ini terus berkembang dan sehingga kini menjadi rangkaian
produk dan perkhidmatan yang berjenama.

Di peringkat global pembangunan industri francais bermula sejak tahun 1850-an.


Selepas itu, ia terus berkembang sejak tahun 1950-an dan di Amerika Syarikat pula tahun
1960-an. Matlamat sebenar dan utama ini adalah dapat mengedarkan dan menjual sesuatu
barangan yang dikeluarkan kepada seluruh kawasan. Dalam pasaran global, pada kurun ke-
20, di peringkat ketiga sejarah perkembangan perniagaan francais mula dikenali. Restoran
A&W merupakan perniagaan francais yang pertama dan memulakan operasinya
menggunakan format perniagaan francais. Maka bermula dari detik itu, perniagaan berbentuk
francais ini terus berkembang menjadi rangkaian produk dan perkhidmatan yang berjenama.

2
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

3.0 SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

Impak dari sistem perniagaan francais global, Malaysia adalah antara negara yang
turut menerima tempias daripada perkembangan dan penerimaan orang ramai terhadap
industri ini. Perniagaan francais di Malaysia telah bermula pada tahun 1960-an mengikut
hasil kajian yang dilakukan daripada sumber Internet. Antara contoh perniagaan francais
adalah syarikat-syarikat seperti syarikat kasut BATA, Singer, perhotelan, syarikat-syarikat
minyak dan automotif. Pertumbuhan pesat industry ini jelas kelihatan pada sekitar tahun
1970-an dan 80-an dimana restoran-restoran makanan segera seperti KFC, Pizza Hut, A&W
dan McDonalds mula bertapak di negara ini. Urus niaga dan gelagat ini berterusan dan secara
langsung wujudlah pertumbuhan produk-produk dan perkhidmatan baru termasuklah kedai
alat ganti kenderaan dan aksesori, pusat servis kereta dan kedai-kedai tayar, kedai runcit,
kedai-kedai buku, fesyen baju, pusat kecantikan, agensi pelancongan dan penyewaan kereta,
barangan kemas, percetakan, kedai gambar, optometri, farmasi, perkhidmatan kebersihan dan
telekomunikasi.

Pada awal tahun 1990-an, industri perniagaan francais ini disokong dan dipromosi
oleh kerajaan namun perniagaan secara francais di Malaysia masih menjadi kaedah
perniagaan yang baru di kalangan usahawan. Ini berbeza dengan pandangan usahawan negara
luar. Usahawan negara luar beranggapan perniagaan secara francais menjadi pilihan utama
usahawan kerana model perniagaannya yang cepat berkembang. Antara syarikat yang
terkenal dengan perniagaan secara francais adalah Burger King. Kajian membuktikan
syarikat yang berteraskan makanan segera ini memperolehi keuntungan berganda-ganda
kerana berjaya mengembangkan rangkaian perniagaan mereka di pelusuk dunia melalui
perniagaan francais. Kajian menunjukkan di Malaysia, terdapat beberapa francais tempatan
telah berjaya mengembangkan jenama mereka ke luar negara, contohnya, Marrybrown Fried
Chicken, Nelson's, Langkawi Crystall, dan Sugar Bun.

Sistem perniagaan francais merupakan perniagaan yang paling cepat berkembang di


peringkat global hasil dari kajian pasaran yang telah dibuat. Mengikut kajian pasaran ini,
kerajaan telah mengenalpasti perniagaan francais sebagai salah satu mekanisma yang paling
cepat dan berkesan dalam membangunkan usahawan-usahawan tempatan. Kerajaan juga telah
mewujudkan Program Pembangunan Francais sebagai satu di antara program utama untuk
membangunkan usahawan Bumiputera. Sehubungan itu, Pada tahun 1992, di bawah Unit

3
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

Pelaksanaan dan Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri, Program Pembangunan Francais


yang diperkenalkan, yang merupakan salah satu sumber ekonomi negara yang mampu
memberikan nilai tambah ke arah negara kita merealisasikan Rancangan Malaysia Kesepuluh
(RMK-10).

Pada setiap tahun, pasaran francais negara kini dianggarkan bernilai RM250 juta
dengan kadar pertumbuhannya di tahap 3 peratus. Pada era tahun 2020, Kadar ini dijangka
melonjak kepada 30 peratus setahun. Kajian pasaran menunjukkan pada tahun 2015, industri
francais memberi sumbangan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM
25.6 bilion dan telah meningkat sehingga sekali ganda kepada kepada 4.3 peratus menjelang
2016 daripada 2.2 peratus.

Pengukuhan ekonomi dan faktor kestabilan politik negara melalui pelbagai dasar
ekonomi turut menyemarakkan lagi kerancakan bidang perniagaan di Malaysia. Kerajaan
Malaysia menyedari bahawa negara amat berpotensi untuk membangunkan sistem perniagaan
francais. Pada ketika ini kerajaan memperkasakan strategi pelaksanaan untuk menjadikan
francais sebagai pilihan utama usahawan yang berhasrat untuk menceburi bidang perniagaan.
Secara langsung ia menjadikan francais sebagai pilihan utama usahawan yang berhasrat
untuk menceburi bidang perniagaan. Dengan ini, Perbadanan Nasional Berhad, telah diberi
mandat sebagai agensi di bawah Bahagian Francais dan Vendor, Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi (MECD) dalam menyusun atur pelan pembangunan industri francais
dengan lebih komprehensif. Tujuh strategi utama iaitu pembiayaan, pembangunan produk,
promosi, program pakej khas, latihan, jaringan strategik, pembangunan dan penyelidikan
diperkenalkan.

4.0 KEPENTINGAN INDUSTRI FRANCAIS TERHADAP PEMBANGUNAN


EKONOMI DAN SOSIAL

Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional 2021-2025 (PIPFN), telah dirangka


semula bagi menetapkan hala tuju yang strategi, berdaya saing serta mampu memanfaatkan
penggiat dengan tujuan merancakkan lagi pertumbuhan industri francais negara.

Selain daripada itu, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna, KPDNHEP sedang giat mengadakan sesi rundingan bersama pemegang taruh

4
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

industri francais bagi mendapatkan maklumbalas. Menteri KPDNHEP, Datuk Alexander


Nanta Linggi menyatakan bahawa pelan baharu ini adalah bersifat mesra perniagaan dan
memudahkan peserta membangunkan perniagaan francais dari segi birokrasi. Matlamat
negara adalah kerajaan berharap ia dapat menerusi pelan induk yang memperbanyakkan lagi
jenama francais tempatan dan seterusnya mampu meneroka dan menembusi pasaran
antarabangsa. Pada tahun 2019, nilai hasil dagangan industri francais direkodkan sebanyak
RM13 bilion, peningkatan RM2 bilion berbanding tahun sebelumnya membuktikan prospek
besar industri berkenaan.

Di samping itu, perniagaan francais mampu berkembang dengan pantas melalui


rangkaian yang besar dalam tempoh masa yang singkat. Ini terbukti yang mana industri ini
juga mampu melonjakkan pergerakan aktiviti ekonomi negara, terutamanya dari segi bidang
kecantikan dan perkhidmatan. Sistem francais mempunyai potensi dan mampu melatih
usahawan baru yang tidak mempunyai banyak pengalaman untuk menceburi bidang
perniagaan secara terus dalam aspek pembangunan usahawan. Pelbagai usaha telah
dipergiatkan oleh kerajaan terutamanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
Dan Kepenggunaan (KPDNKK) antaranya adalah mengadakan program perintis francais dan
juga bekerjasama dengan Persatuan Francais Malaysia (MFA) dalam memberikan khidmat
runding dan juga latihan.

5.0 TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

Sebelum tahun 1990-an, sistem perniagaan francais ini kurang dikenali di Malaysia.
Semasa Perlancaran Program Pembangunan Francais pada tahun 1992 dan selepas Persatuan
Francais Malaysia (MFA) ditubuhkan pada tahun 1994 sistem perniagaan ini mula dikenali.
Pada tahun 1995, di Malaysia sistem francais adalah sebanyak 125 buah manakala pada tahun
2000, jumlahnya telah meningkat kepada 268 buah. Perubahan yang ketara apabila pada
tahun 2003, jumlahnya melonjak ke 321 buah dan sehingga kini sebanyak 851 buah syarikat
francais dari pelbagai sektor berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Datuk Henry Sum Agong, selaku Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan, menerangkan sebanyak 65 jenama francais tempatan berjaya
mengembangkan perniagaan mereka ke 66 negara. Antaranya ialah francais mikro, bidang
perkhidmatan, mobile dan produk yang berteknologi tinggi atau berinovasi. Dari aspek

5
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

bidang perkhidmatan meliputi bidang kecantikan dan andaman, jagaan harian orang tua dan
kanak-kanak, perkhidmatan cucian dan penyelenggaraan, hotel murah dan lain-lain. Pakej
francais mobile dan mikro lebih memfokuskan produk perusahaan kecil dan sederhana
(SME), kiosk makanan, dan perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan bergerak. MOSTI dan
MDEC akan mengenal pasti produk berteknologi tinggi atau produk berinovasi.

Program Pembangunan Francais ditubuhkan pada tahun 1992 memberi impak dan
mempengaruhi serta memainkan peranan penting dalam pembangunan perniagaan francais di
Malaysia, di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD)
bermatlamat membangunkan industri francais di Malaysia khasnya dari aspek pembangunan
keusahawanan dan pembangunan produk-produk dan perkhidmatan francais tempatan. Oleh
kerana kerajaan telah mengenal pasti perniagaan francais merupakan satu mekanisma yang
paling cepat dan berkesan dalam membangunkan usahawan-usahawan tempatan. Program
Pembangunan Francais dijadikan salah satu program utama bagi membangunkan usahawan
golongan menengah bumiputera dan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
(MPPB).

6.0 SISTEM SOKONGAN PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA INDUSTRI


FRANCAIS DI MALAYSIA

Dalam memberikan menyokong dan memberi galakan penglibatan usahawan industri


francais di Malaysia, KPDNHEP amatlah menyokong. Pelaksanaan program-Francais
Domestik yang bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat khasnya golongan akar ubi untuk
memahami dan mengenali sistem perniagaan francais. Selain itu satu program dikenali
sebagai ‘Francais Expansion” merupakan program yang akan membawa jenama francais
Malaysia ke pasaran global. Di samping itu juga, pelbagai aktiviti dibuat bagi mengukuhkan
industri. Dari tahun 2016 hingga tahun 2020, KPDNHEP telah menyediakan program RMK-
11 yang peruntukan sebanyak RM2.46 juta untuk pembangunan francais domestik dan RM8
juta untuk Francais Expansion. Dalam tempoh RMK-11, bilangan syarikat francais terus naik
mendadak daripada 211 syarikat pada tahun 2016 kepada 258 syarikat pada tahun 2020
manakala nilai jualan syarikat francais pada tahun 2016 meningkat daripada RM8.62 bilion
kepada RM11.1 5 bilion pada tahun 2018.

Menurut Dewan Ekonomi (2016), terdapat pelbagai program sokongan dalam sistem
perniagaan francais antaranya melalui Program Pembangunan Francais dan Vendor,
6
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

Franchise Investment and Financing Schme dan Malaysian Franchise Association. Program-
program ini membantu usahawan francais yang menyediakan pelbagai skim dan dana
kewangan yang ditawarkan dalam bentuk pinjaman, insentif, dan geran peruntukan,
disediakan untuk pelbagai sektor dan perusahaan. Antara badan-badan yang terlibat dengan
industri francais adalah :

1. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

KPDNKK bertanggungjawab dalam melaksana dan menjayakan Program


Pembangunan Francais di Malaysia pembangunan francais di Malaysia setelah
dipindahkan daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada tahun
2009. Antara satu peranan KPDNKK adalah bagi membangunkan perniagaan
francais, mengurus pendaftaran perniagaan francais, menyediakan program latihan,
menganjurkan promosi, menyediakan kemudahan pembiayaan dan merangka dan
melaksanakan strategi pembangunan industri francais. Salah satu adalah program
Dana Bantuan Pembangunan Francais memberi bantuan kepda pengusaha samada
individu atau syarikat tempatan agar dapat meringankan bebanan, menjadi insentif
dan memberi galakan bagi memfrancaiskan produk dan perkhidmatan perniagaan
tempatan atau luar Negara di Malaysia. KPDNKK tidak meyalurkan bantuan secara
penuh kepada pengusaha. Usahawan-usahawan tempatan perlu memiliki modal
sendiri bagi memfrancaiskan perniagaan. Secara langsung ia dapat dilihat sebagai satu
pelaburan dalam usaha untuk memperbesarkan perniagaan terhadap usaha yang
dijalankan.

2. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

KPDNHEP ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Penubuhan kementerian ini adalah


untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang berdaya maju,
berdaya saing, dan berdaya mampan, khususnya di dalam sektor perdagangan
pengedaran. Pada tahun 2009, fungsi dan peranan Kementerian telah diperluaskan
untuk merangkumi sektor francais.

3. Perbadanan Nasional Berhad (PNS)

PNS merupakan agensi utama berperanan untuk mengatur perancangan pembangunan


dan pelaksanaan bagi memperkasa industri francais negara secara lebih komprehensif.
Beberapa startegi PNS dalam pembangunan francais, iaitu program latihan, promosi,

7
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

pakej khas, pembiayaan, pembangunan produk, jaringan strategik serta pembangunan


dan penyelidikan.

4. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

Ministry of International Trade and Industry atau MITI merupakan kementerian yang
bekerjasama dengan KPDNKK serta Persatuan Francais Malaysia. Ia bermatlamat
untuk mempromosi home-grown francaisor Malaysia ke pasaran luar negara melalui
misi perdagangan antarabangsa.

7.0 CABARAN/HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH FRANCAISI DAN


FRANCAISOR DI MALAYSIA

Bahagian Pembangunan Francais Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,


Koperasi Dan Kepenggunaan mengeluarkan laporan antara isu-isu semasa dalam industri
francais adalah :

a) Terdapat francaisi atau francaisor tidak mendaftarkan perniagaan mereka kepada


KPDNKK dalam menjalankan perniagaan francais.

b) Terdapat Francaisi atau francaisor tanpa kebenaran KPDNKK menggunakan


istilah perniagaan.

c) Perletakan yuran francais dan yuran-yuran lain yang terlau tinggi yang akan
membebankan bakal francaisi.

d) Terdapat francaisor tidak meneliti dan membuat penyelidikan mencadangkan


lokasi yang tidak strategik kepada francaisor seperti yang telah dijanjikan dalam
perjanjian francais.

e) Perniagaan francais yang sama iaitu francaisi dan francaisor membuka outlet di
dalam wilayah yang sama.

f) Ketidakseragaman pembekalan produk atau perkhidmatan dengan alasan outlet


francaisor telah lama beroperasi.

8
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

g) Kegagalan francaisor menjaga kebajikan dan melindungi francaisi-francaisi.

h) Berlakunya penipuan francaisor yang menjanjikan pelbagai kelebihan bagi


mempengaruhi francaisi supaya bersetuju dengan perjanjian francais.

i) Kebanyakan francaisor gagal mengemukakan Laporan Tahunan Perniagaan


Francais seperti yang dikehendaki oleh KPDNKK.

8.0 MASA HADAPAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

Pihak kerajaan Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan sedikit sebanyak telah
menjalankan program transformasi yang mempertingkatkan daya saing industri francais di
Malaysia seperti perancangan jenama produk tempatan sebagai francais, bengkel latihan serta
ekspo luaran dan dalaman negara.

KPDNKK memperkenalkan satu inisiatif Pelan Induk Pembangunan Francais


Nasional pada tahun 2020 yang merupakan satu strategi menggiatkan dan memperkasakan
usaha kerajaan dalam memperkuatkan lagi industri francais dalam negara.

Sektor swasta terutamanya persatuan francais perlu meningkatkan mutu rangka kerja
pasaran serta mengadakan dialog bersama dengan pihak kerajaan dalam menjadikan
Malaysia berjaya sebagai pusat industri francais atau hak francais di rantau Asia Tenggara.
Ini dapat menwujudkan satu ekosistem yang lebih kukuh (Business Circle, 2013).

Butt Wai Choon dalam Business Circle, 2013, menyatakan hak francais adalah perlu
dibuka kepada semua francais, semua kumpulan dan semua jenis perniagaan. Ini kerana
masyarakat Malaysia perlu mengetahui dan mempelajari semua jenama francais yang ada
dalam pasaran global sebelum boleh berjaya. Sebagai contoh pasaran Filipina merupakan
pasaran mempunyai industri francais yang bertenaga dan tahap ekosistem francais yang
tinggi walaupun tidak matang dalam setiap caranya, tetapi akses ke dalam pasaran adalah
amat mudah.

9
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

9.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, ekonomi Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan yang baik
dan dijangka akan berterusan sehingga tahun 2020. Permintaann yang tinggi di Malaysia
akan meningkat dengan lebih 60 peratus daripada KDNKK disumbangkan oleh penggunaan
dalaman negara.

Malaysia adalah serupa dengan negara Indonesia. Pertumbuhan bidang perniagaan


francais yang baik sejak dijangka akan berterusan mengikut teknologi yang dibekalkan dan
disediakan. Impak daripada pembangunan ekonomi yang baik, pengguna dan pelangga
produk atau perkhidmatan francais akan lebih beroptimistik dan mempunyai keyakinan baru
di kalangan pengguna di pasaran. Seterusnya, permintaan pengguna terhadap produk dan
perkhidmatan perniagaan francais akan tumbuh seperti cendawan terutama peningkatan kelas
pertengahan dalam masyarakat Malaysia akan membawa kepada peningkatan perbelanjaan
yang lebih besar. Walaupun Malaysia dikatakan ketinggalan beberapa langkah di belakang
berbanding negara-negara maju di Asia, namun dengan asas-asas yang baik serta sokongan
kuat daripada pihak kerajaan dan swasta, industri francais di Malaysia bertambah maju dan
kelihatan sihat seiring dengan negara maju di masa hadapan.

10
BPME1013-ASAS KEUSAHAWANAN

10.0 RUJUKAN

Maitland, I. (2007). Franchising: A Practical for Franchisors And Franchisees. United


Kingdom: Jaico Publishing House.

Ridz Muhammad, Helita Ong. (2006). Samples  of Franchise Agreements And Contracts.

Kuala Lumpur: Sprint Career Academy.

Francais terbukti sebagai strategi kembangkan perniagaan (2014). Utusan Online, 3 Februari:


5.
 
Sources : www.franchise.org, www.franchising.com, www.myfrancais.com, www.mfa.org.my

11

Anda mungkin juga menyukai