Anda di halaman 1dari 13

1.

0Pengenalan
Syarikat Boon Siew Sdn. Bhd. yang sinonim dengan motosikal Honda diasaskan oleh Mendiang Tan Sri
Dato’ Loh Boon Siew . seorang anak dagang yang datang dari negara China yang mana yang datang ke
Tanah Melayu dengan menaiki tongkang pada tahun 1924. menurut sejarah beliau bermula sebagai
mekanik dan juga melakukan kerja sambilan yang lain antaranya mencuci bas. Mendiang hanya tahu
bertutur dalam bahasa hok-kien sahaja, tidak tahu membaca dan jugak menulis, tetapi memiliki tahap
ingatan yang amat dikagumi.

Boon Siew, walau pun tidak tahu membaca dan menulis mampu menjadi jutawan dan memberikan
peluang pekerjaan kepada ribuan pekerja hanya kerana persistensinya. Persistensi (persistency) adalah
suatu sikap tidak mudah mengalah terhadap sebarang halangan, dugaan, cabaran dan masalah dalam
merealisasikan sesuatu matlamat.

Mendiang Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew adalah seorang usahawan yang bijak dan telah berjaya
mengambil peluang di dalam perniagaan pengedaran motosikal. Beliau menyedari bahawa kelebihan
motosikal Honda adalah ringan dan kecil berbanding motosikal yang dikeluarkan oleh Eropah.

Pengeluaran motosikal Honda ialah syarikat Oriental Holdings Bhd. telah memegang francais bagi
memasang dan mengedarkan motosikal Honda sejak tahun 1957 lagi. Ia adalah hasil usaha sama
perniagaan yang dimeterai antara pengasas Oriental, mendiang Tan Sri Loh Boon Siew dan pengasas
Honda, Soichiro.

Sekarang ini, anak syarikat Oriental, Kah Motor Co Sdn. Bhd. memasang motosikal Honda sementara
Boon Siew mengedarkannya. Pada pendapat beliau, motosikal Honda adalah yang paling sesuai dengan
masyarakat Malaysia. Berdasarkan andaian tersebut, beliau telah berusaha dan berjaya dalam
memperoleh lesen sebagai pengedar tunggal bagi motosikal Honda di Malaysia. Hari ini, sebagai
pengedar tunggal bagi motosikal Honda, beliau telah menikmati kekayaan melalui perniagaan yang telah
dicipta olehnya.

Berbanding dengan jenama motosikal lain seperti Yamaha, Kawasaki atau pun motosikal dari negara
Barat seperti Lambretta dan Vespa, motosikal Honda telah menambat hati majoriti keluarga di Malaysia

Daripada kampung sehinggalah kepada bandar besar, daripada budak belasan tahun sehingga kepada
yang tua bongkok tiga pun motorsikal Honda tetap menjadi kenderaan tunggangan tetap dan mewarnai
landskap kenderaan bermotor di jalan-jalan raya di Malaysia selama lebih 50 tahun

Menurut http://www. 4Strokers.com Faktor utama yang menjadikan siri Honda Cub nie sangat berjaya
adalah sebab:-
1.Murah berbanding motor lain
2.Senang ditunggang sebab pakai automatic centrifugal clutch, so takder laa terkial2 nak balance minyak
dgn klac
3.Fuel consumption yang sangat rendah
4.Berupaya bawa banyak muatan. Di negara-negara membangun, banyak orang yang menggunakan
Honda Cub membawak hasil pertanian
5.Senang digunakan semasa kesesakan lalulintas
6.Maintenance dan spare part murah
7.Penggunaan enjin 4-stroke yang membolehkan Honda Cub melepasi piawaian emisi yang ketat
2.0 LIMA (5) ciri-ciri keusahawanan yang berkait rapat dengan usahawan yang berjaya.
2.1Inisiatif dan bertanggungjawab
Kebanyakkan para pengkaji bersetuju keberkesanan aktiviti usahawan adalah dengan mencari dan
mengambil inisiatif. Golongan ini sanggup meletakkan diri mereka sebagai orang yang
bertanggungjawab di dalam sesuatu operasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal. Usahawan adalah
seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk
menyelesaikan masalah dimana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.

2.2Komitmen yang tinggi


Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Komitmen membantu
usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan. Komitmen usahawan terhadap
idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan.

2.3Orentasi Peluang (kesempatan) – Opportunity Orientation


Fokus usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada kajian, struktur atau strategi.
Mereka bermula dengan peluang yang ada dan membiarkan kefahaman mereka menjadi panduan ke
atas isu-isu yang penting. Usahawan mempunyai kebijaksanaan di dalam mencari peluang yang ada. Di
dalam mencari peluang perniagaan baru, usahawan melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang
lain, tetapi hasilnya atau penilaian terhadap peristiwa tersebut adalah berlainan. Usahawan bukan
sahaja berkebolehan mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih peluang
tersebut

2.4Keyakinan dan Optimistik


Usahawan mempunyai keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan.
Kecenderungan ini membuatkan mereka bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan mereka
kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar. Dengan mempunyai keyakinan dan optimistik
yang tinggi, tidak hairanlah banyak usahawan yang pernah gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang
usahawan yang berjaya.

2.5Kreatif dan Inovatif


Kreatif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada setiap usahawan untuk memperolehi
kelebihan persaingan di dalam pelaburan mereka. Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya
imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para
pengguna. Kreativiti boleh dipelajari
3.0 faktor luaran yang perlu dinilai oleh usahawan bukan sahaja pada peringkat permulaan penyediaan
perniagaan tetapi juga pada tahap-tahap perkembangan usaha niaga tersebut.
Usahawan bukan sahaja perlu mengkaji suasana persekitaran semasa memulakan perniagaan mereka
tetapi mereka perlu juga mengkajinya semasa pelaburan/perniagaan mereka sedang berkembang.
Persekitaran adalah situasi dimana operasi pelaburan perniagaan berlaku. Menurut modul OUMM2103
Entrepreneurship Persekitaran pelaburan boleh dibahagikan kepada dua bahagian:

1) Pandangan Makro – pandangan persekitaran luaran


2) Pandangan Mikro – pandangan persekitaran luaran dan dalaman

Persekitaran Luaran (External Environment) boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang akan
dibuat untuk jangka masa panjang dan merupakan unsur yang tidak boleh dikawal.

Persekitaran Makro terdiri daripada unsur berikut:

3.1 Politik dan undang-undang yang dibuat


Politik dan undang-undang yang dibuat adalah sebahagian dari persekitaran makro yang yang mana
setiap kumpulan yang berlainan akan bersaing untuk memperolehi perhatian dan sumber. Ini adalah
keadaan mana usahawan menggunakan kekuatan politik yang mereka ada. Selalunya usahawan
terpaksa menerima unsur politik dan undang-undang yang dibuat untuk pelaburan (tugas) baru yang
akan dibuat. Mereka perlu patuh dan menerima polisi, undang-undang yang dibuat dan peraturan
dimana perniagaan tersebut dijalankan.

Politik & a) Halangan Perdagangan Isu global Undang-undang yang dibuat & tarif
b) Risiko politik
c) Perjanjian Perdagangan

d) Cukai Isu nasional 


e) Peraturan

3.1.1Isu Global
a)Halangan Perdagangan dan Tarif
Halangan perdagangan dan tarif dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan yang didagangkan
dalam pasaran antarabangsa. Ini akan menghalang sumber aliran bebas dari negara lain selaku
perlindungan kepada industri tempatan. Contoh: Sekatan Perdagangan telah dikenakan pada industri
automobil di Malaysia.

b)Risiko Politik
Ini merujuk kepada kemungkinan untuk berlakunya ketidak stabilan, rasuah dan keganasan di dalam
negara atau kawasan dimana perniagaan itu dilakukan. Di kawasan yang risiko politik yang tinggi, adalah
sukar dan mahal untuk usahawan membeli, melindungi dan mengatur sumber. Risiko lain termasuk
politik dan keganasan fizikal, pemerasan dan korupsi akan melibatkan rasuah atau pembayaran yang
tidak beretika akan berlaku. Ini akan menambah kepada kos untuk pelaburan baru.

c)Perjanjian Perdagangan
Terdapat aliran untuk meningkatkan perjanjian perdagangan diantara negara. AFTA sebagai contoh.
Usahawan Malaysia haruslah mempertimbangkan mengenai AFTA apabila membuat keputusan untuk
berdagang di pasaran antarabangsa. Matlamat AFTA adalah untuk meningkatkan produtiviti ekonomi di
dalam pasaran serantau.

3.1.2Isu Nasional
a)Cukai
Ini merupakan faktor kepolitikan utama yang harus dihadapi oleh usahawan pada peringkat nasional.
Kesan cukai atas operasi perniagaan adalah seperti Mengurangkan tunai yang sedia ada untuk pelabur
perniagaan untuk melabur.dan Sesetengah cukai menguntungkan pada perniagaan tertentu sahaja dan
merupakan keadaan yang merugikan kepada perniagaa lain.

b)Peraturan
Sebagai contoh peraturan adalah peraturan mengenai penggunaan dadah. Walau bagaimanapun,
adakalanya perniagaan menerima kesan negatif terhadap peraturan tersebut. Ini melibatkan tambahan
kos kepada perniagaan untuk kertas kerja, ujian, pemantauan dan pelaksanaan.

Kerana itu, usahawan haruslah menilai persekitaran politik sepenuhnya untuk kenal pasti ancaman atau
peluang yang ada. Secara amnya, kesetabilan politik sesuatu negara dimana operasi perniagaan
dilakukan akan memberikan peluang kepada usahawan untuk memulakan perniagaan atau
mengembangkan perniagaan mereka.

3.2 Ekonomi
Persekitaran ekonomi memainkan peranan penting di atas kejayaan atau kegagalan sesuatu pelaburan.
Persekitaran ekonomi makro melingkari kesemua produk dan penghasilan perkhidmatan, pengedaran,
penjualan dan pengunaan. Usahawan perlu menganalisa persekitaran ini pada paras global, nasional dan
tempatan dimana operasi perniagaan mereka dijalankan. Setiap perniagaan saling berhubung kait
antara satu sama lain di dalam tiga tahap tadi pada persekitaran ekonomi makro. Walau bagaimana
apun, usahawan harus mengenal pasti paras mana yang memberikan lebih banyak kesan kepadanya.
Usahawan haruslah meninjau, memantau, meramalkan dan mentaksirkan keadaan makro ekonomi yang
akan memberi kesan kepada pelaburan baru. Mereka haruslah berupaya untuk melihat perubahan
terhadap ekonomi dan berupaya untuk menetukan pembolehubah yang berkaitan untuk dianalisa.

Di bawah disenaraikan soalan-soalan yang harus ditimbulkan oleh usahawan mengenai persekitaran
ekonomi untuk pelaburan baru demi melihat secara keseluruhan iklim perniagaan.
Apakah keadaan ekonomi semasa?
Apakah suasana pasaran buruh?
Adakah kadar faedah berbahaya atau stabil?
Apakah nilai pertukaran mata wang?
Berapa banyak firma yang ada di dalam industri yang sama?
Adakah firma tersebut dalam berbagai saiz dan ciri, atau semua firma tadi serupa?
Apakah pemusatan geographical firma di dalam industri tersebut?
Adakah firma hanya memenuhi kehendak pasaran domestik?
Adakah terdapat peluang untuk pergi ke pasaran antarabangsa?
Apakah pertandingan semula jadi untuk perniagaan?

3.3 Kebudayaan Sosial


Persekitaran kebudayaan sosial terdiri daripada dua aspek:
a) Demografis
b) Aliran budaya dalam masyarakat

3.3.1Perubahan demografis
Berlaku atas sebab perubahan bilangan penduduk, kumpulan etnis dan struktur bilangan penduduk
menurut umur, jantina, lokasi geographical dan bilangan penduduk distribusi pendapatan. Kesemua
unsur ini menjadi faktor sumbangan kepada kehendak pengguna, kuasa membeli dan kapasiti industri.
Walau bagaimanapun perubahan aliran demografis adalah diluar kawalan usahawan. Usahawan perlu
menilaikan perubahan demografis demi untuk kenal pasti peluang perniagaan yang ada. Contoh:
Penambahan jumlah kanak-kanak di dalam masyarakat akan menghasilkan peluang perniagaan seperti
pelajaran, makanan dan pakaian kanak-kanak.

3.3.2Aliran Sosial
Berhubungkan dengan sopan dan tingkah laku dimana manusia itu tinggal. Cara hidup mengambarkan
cita rasa dan kecenderungan manusia. Usahawan perlu menilai dan memantau pertukaran cara hidup
demi untuk mengenal pasti peluang perniagaan. Pembolehubah yang memerlukan perhatian adalah:
a) Pembentukan rumah tangga
b) ragam pekerjaan dan kadar tenaga buruh
c) tahap pendidikan
d) Corak pembelanjaan
e) Corak waktu lapang (leisure)

Usahawan boleh menggunakan informasi data yang ada dari sumber umum dan sendiri untuk menilai
dan memantau perubahan ini. Usahawan juga mesti meramalkan dan menilai segala perubahan yang
berlaku untuk memperolehi keuntungan.

3.4 Teknologi
Cabang pengetahuan yang berkenaan dengan industri seni, sains gunaan, kejuruteraan, proses, hasil
penemuan atau kaedah boleh ditakrifkan sebagai teknologi. Analisis teknologi memerlukan penilaian
dan pemantauan dari mula produk tersebut dibangunkan dan dikomersilkan. Perubahan teknologi
berada dalam dua keadaan iaitu Penemuan Tulin (pure invention) dan Proses Inovatif.

3.4.1Penemuan Tulin
Penemuan tulin merujuk kepada penciptaan sesuatu yang baru berbeza dari teknologi sedia ada atau
produk. Untuk ini, penciptaan selalunya mempunyai nilai ekonomi dan tidak mempunyai saingan pada
peringkat awal dan selalunya dimonopoli oleh individu yang mempunyai hak undang-undang terhadap
penemuan tersebut. Walaupun begitu, terdapat kelemahan kerana tiada pasaran untuk penemuan
tersebut pada peringkat awal pasaran. Penemuan baru mencipta pasaran dan peluang untuk
perniagaan. Contoh: penemuan semikonduktor mencipta peluang perniagaan di dalam bidang
komputer.

3.4.2Proses Inovatif
Proses inovatif merujuk kepada perubahan kecil terhadap rekabentuk, produk formulasi dan
pengeluaran, bahan dan pengedaran. Menilai dan memantau perubahan teknologi bukannya perkara
yang mudah kerana bukan mudah memperolehi maklumat. Malah saintis yang terlibat didalam kajian
awal tidak mengetahui nilai komersil yang dicapainya. Walau bagaimanapun, ia merupakan satu
kelebihan dan peluang untuk usahawan sekiranya ia mengetahui informasi tersebut.

4.0 kemungkinan proses kreativiti yang telah dilalui oleh mendiang Tan Sri Dato’ Loh dalam menjanakan
idea-idea untuk memulakan peniagaan .
Kreativiti amat mustahak untuk bertindakbalas kepada masalah yang kompleks di dalam persekitaran
perniagaan di mana ianya selalunya penuh dengan permasalahan yang tidak tetap.

Terdapat beberapa definasi untuk kreativiti. Menurut Schermerhorn, Hunt dan Osborn (2003), kreativiti
melibatkan perkembangan yang tiada tolok bandingnya dan jawapan kepada masalah dan peluang yang
diperolehi.

4.1Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), terdapat empat fasa(langkah) utama di dalam proses kreatif
iaitu:
4.1.1Fasa Pengumpulan Pengetahuan
Untuk memulakan proses kreatif, seseorang perlu bersedia mengumpul semua informasi dan melaku
penyelidikan yang berkaitan. Ini melibatkan akitiviti membaca, perbincangan dengan rakan yang bekerja
dalam bidang yang sama, menghadiri seminar profesional atau bengkel dan sebagainya. Dengan
pendedahan begini, ia dapat memberikan pandangan yang luas mengenai masalah dan mempunyai asas
yang kukuh mengenai kreativiti demi untuk membangunkan produk baru, perkhidmatan atau pelaburan
perniagaan.

4.1.2Inkubasi
Di dalam fasa ini, seseorang individu mungkin tidak terlibat secara langsung dengan sebarang
perniagaan yang berkaitan dengan aktiviti atau masalah tersebut. Malahan mereka mungkin akan cuba
membuangkan masalah tersebut dan membiarkan minda bawah sedar (subconscious) melakukan tugas
tersebut. Pembangkitan idea yang kreatif amatlah dialu-alukan tanpa mengira dari mana sumber
datang. Perkara seperti ini boleh berlaku semasa tidur, berehat, membaca bahan yang tidak berkaitan
dengan masalah tersebut, bermain badmintan atau sedang meditasi.

4.1.3Idea
Ini merupakan fasa yang paling mengasyikkan mengenai proses kreativiti. Dalam fasa ini, jalan
penyelesaian atau jawapan untuk masalah sedia ada telah dijumpai akhirnya. Kadang-kadang fasa ini
juga dikenali sebagai ‘faktor eureka’. Kadang-kadang seseorang boleh memperolehi idea untuk
menyelesaikan sesuatu masalah secara tidak sengaja. Sebagai contoh: semasa makan, berjalan, mandi
dan sebagainya

4.1.4Penilaian dan Pelaksanaan


Pada fasa terakhir, usahawan akan menukar idea tersebut menjadi realiti. Ini merupakan satu fasa yang
sukar kerana ia memerlukan keberanian, disiplin, keyakinan yang tinggi dan ketekunan. Kebolehan
menentukan idea yang boleh dilaksana dan dipratikkan akan menentukan kejayaan usahawan di dalam
sesuatu perniagaan. Apabila sesuatu idea mula timbul(muncul) dari fasa ketiga dalam idea kasar,
usahawan perlu mengubah idea tersebut dan menukarnya kepada bentuk idea yang terakhir. Kemudian,
usahawan tersebut boleh memilih idea yang terbaik untuk memulakan aktiviti perniagaan yang
menguntungkan.

4.2 Teknik membina idea yang kreatif


Dalam membina idea yang kreatif mendiang Tan Sri Dato’ Loh kemungkinan menggunakan gabungan
teknik Brainstorming, Analogi Paksaan (Forced Analogy), DO IT, Peta Minda (Mind Mapping) dan
Kumpulan Nominal (Nominal Group)

Berikut dihuraikan teknik-teknik tersebut:


4.2.1Brainstorming
Brainstorming adalah teknik yang berkuasa (berpengaruh) dan selalu digunakan untuk menghasilkan
idea. Semasa sessi brainstorming, setiap ahli kumpulan akan mencadangkan idea dan idea tersebut
kemudiannya akan dibincang bersama. Kumpulan brainstorming selalunya diantara empat hingga tujuh
orang. William, 2000 menjelaskan terdapat empat peraturan apabila melakukan brainstorming:
a)lagi banyak idea, lagi baik
b) semua idea perlu diterima, walaupun idea tersebut nampak macam gila atau tidak betul
c) gunakan idea ahli group yang lain untuk memperolehi lebih banyak idea
d) Idea berbentuk kritikan atau penilaiain (evaluation) tidak dibenarkan

4.2.2Analogi Paksaan (Forced Analogy)


Analogi paksaan teknik yang berguna dan amat berkesan untuk menjana idea. Sesebuah idea akan
dibandingkan dengan masalah yang mempunyai sedikit atau tiada kaitan langsung untuk mendapat
pandangan (insight) baru. Terdapat beberapa cara untuk ‘memaksa’ hampir keseluruhan hubungan dan
mendapat jalan penyelesaian yang baru, seperti anda dan sebatang pen, musik dan komputer, produk
dan pasaran. Perhubungan secara paksaan boleh membantu membina pandangan baru dan juga
mencari jalan alternatif yang lain. Untuk membina suatu hubungan, ia memerlukan pilihan terdapat
sesuatu objek atau kad bergambar yang akan membantu menjana idea. Pilih objek atau kad tersebut
secara rawak dan apa jenis hubungan yang boleh dipaksa.

4.2.3DO IT
Langkah pertama untuk teknik DO IT, kita perlu menganalisa masalah tersebut dengan memastikan
soalan yang betul telah diajukan. Mempelajari dan memahami masalah adalah saat yang kritikal untuk
membolehkan kita mengenali punca sebenar masalah tersebut. Sekiranya masalah tersebut nampaknya
terlalu besar, pecahkan masalah tersebut kepada bahagian-bahagian yang kecil dan lakukan ringkasan
masalah tersebut secara singkat jika boleh.

DO IT singkatan untuk:
D Define problem (kenal pasti masalah)
O Open mind and apply creative technique (Berfikiran terbuka dan laksanakan teknik kreatif)
I Identify best solution (kenal pasti penyelesaian terbaik)
T Transform (lakukan)

Langkah kedua, selepas berjaya kenal pasti masalah tersebut, keluarkan (dijana) idea sebanyak yang
mungkin untuk memperolehi jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Setiap idea yang
dikeluarkan (dijana) adalah amat penting tanpa mengira sama ada idea tersebut baik atau buruk.

Langkah ketiga, kita perlu melakukan kajian dan analisa secara terperinci sebelum memilih cara yang
terbaik untuk menyelesaian masalah tersebut. Semua penyelesaian yang ada haruslah diperolehi dari
langkah kedua tadi.

Langkah keempat, selepas jalan penyelesaian terbaik dipilih, kini tiba masanya untuk perlaksanaan.
Dalam langkah keempat ini, ia melibatkan pembinaan produk yang bersesuaian (reliable) dari idea yang
dihasilkan, pasaran dan strategi perniagaan. Ia selalunya melibatkan masa, kos dan tenaga.

4.2.4Peta Minda (Mind Mapping)


Teknik ini membolehkan seseorang menggunakan gambar atau perkataan (word phases) untuk
mengurus (organise) dan membangunkan pendapat secara ‘non linear’. Ia membantu kita ‘melihat’
sesuatu masalah dan jalan penyelesaiannya.

Kebanyakkan manusia menggunakan mind mapping semasa:


a) Brainstorming
b) Mengambil nota (taking notes)
c) Menyegarkan ingatan mereka (refreshing their memory)
Peta minda (Mind mapping) juga boleh digunakan untuk menjana produk baru, menyelesaikan masalah,
plan strategi atau membangunkan sesuatu proses. Kunci utama adalah untuk menjana idea dan
menyelesaikan masalah tidak semestinya difikirkan secara logikal. Sekiranya suatu idea dijana dari idea
lain, jangan cuba menganalisanya dahulu. Tuliskan sahaja idea tersebut di dalam mind map. Sama
seperti brainstorming, semakin berserabut hubungan tersebut semakin baik. Dengan cara ini, jalan
penyelesaian yang benar-benar inovatif akan dapat dihasilkan.

4.2.5Kumpulan Nominal (Nominal Group)


Kumpulan nominal digunakan untuk menjana idea dan mencari jalan penyelesaian dengan cara
bersemuka (face-to-face) di dalam sesebuah kumpulan; setiap ahli kumpulan akan mencatatkan idea
mereka sebanyak yang mungkin di dalam helaian kertas. Selepas itu, setiap ahli kumpulan akan
menyatakan idea mereka dan seterusnya idea tersebut akan dibincangkan untuk memperolehi
penjelasan (clarification) dan penilaian. Akhirnya setiap ahli kumpulan akan mengundi secara senyap
idea mana yang terbaik.

5.0kesimpulan
Keusahawanan adalah penting di dalam dunia hari ini. Ia menjadi pemangkin kepada perubahan dan
perkembangan ekonomi. Peranan keusahawanan di dalam pembangunan ekonomi bukan setakat
meningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan. Ia juga melibatkan perubahan kepada
struktur perniagaan dan masyarakat. Perubahan ini disertai oleh pertumbuhan dan peningkatan
pengeluaran. Satu teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan inovasi(pembaharuan) adalah kunci
utama kepada perkembangan ekonomi di dalam membina produk atau perkhidmatan baru di dalam
pasaran. Aktiviti pembaharuan (inovasi) juga menjadi pendorong para pemodal (pelabur) untuk melabur
di dalam peluang baru yang dicipta. Keusahawanan melalui proses pembaharuan (inovasi) mencipta
pelaburan baru di dalam dunia perniagaan, di mana ia akan menyebabkan ekonomi berkembang,
pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar pengangguran.

Keusahawanan melalui proses kreativiti dan innovasi mencipta produk baru dan memberikan
perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia. Ia menyediakan produk atau perkhidmatan yang
diperlukan oleh pengguna. Di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baik, mereka akan
mencari kaedah yang lebih baik untuk memaksimakan sumber dan mengurangkan pembaziran. Dengan
ini, masyarakat akan mendapat produk (barangan) dan perkhidmatan yang lebih baik pada harga yang
lebih murah.

Keusahawanan membantu memperbaiki kehidupan berjuta-juta manusia melalui produk dan


perkhidmatan baru yang diperkenalkan kepada pasaran. Keusahawanan adalah individu yang bukan
sahaja mencipta kekayaan tetapi turut sama mendorong pembahagian kekayaan.

Rujukan

MALAYSIA, Open University. (2007). OUMM2103 Entrepreneurship. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd
Sudin Haron, (1990). Kearah Menjadi Usahawan yang Berjaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Utusan Malaysia Thursday, 29 June 2006

http://en.wikipedia.org/wiki/Loh_Boon_Siew

http://www. 4Strokers.com

Lampiran 1
Sumber : http://www. 4Strokers.com

Spesifikasi motor Honda Cub


Engine: Air-cooled 4-stroke single OHV
Displacement: 49.0cc
Bore x Stroke: 40.0x39.0mm
Max Power: 4.3ps/9,500rpm
Max speed:: 65 km/h
Transmission: 3-speed
Clutch: Wet multi plate centrifugal
Starter: Kick
Frame Type: Step-thru pressed steel tube
Dry Weight: 55.0kg

Lampiran 2
Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Loh_Boon_Siew
Loh Boon Siew
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search

Please help improve this article or section by expanding it.


Further information might be found on the talk page or at requests for expansion.
This article has been tagged since January 2007.
Tan Sri Dato' Loh Boon Siew 1915-1995 (Chinese: 駱文秀) also known as “Mr Honda” is a Penangite
tycoon and the founder of Boon Siew Honda.
Loh was born in Hui-An, Fujian province of China. He spent his childhood collecting pig dung (then used
as fuel) to make a living. At age 12, he arrived in Penang in a small boat from China. He could speak only
Hokkien and had virtually no formal education. He worked as an apprentice car mechanic (3 dollars
monthly) upon his arrival. He stayed in a ‘coolie keng’ (workers' quarters) at 4, Katz Street, Penang and
he supplemented his income by washing buses at nights for 10 sen per vehicle.
At age 18, Loh purchased his first 11 units of buses using his 2,000 dollars savings. He reconditioned the
buses and sells it for 12,000 dollars. Next he used the money he earned to buy another 39 unit buses. In
1942, all his hard earned money was confiscated by the invasion Japanese armies. But Loh did not give
up, after 1945 when the Japanese was defeated, he starts selling bicycles, tyres and motorcycle
accessories, soon he expanded his business to used cars, transports and again buses.
In the 1950s, Loh made his first of many forays into property development by building residential villas
in Taman Saw Kit and Jalan Loh Boon Siew in Penang.
[edit] Honda Cub
In 1958, while vacationing in metropolitan Japan, Loh noticed the widespread popularity of the Honda
Super Cub motorbike. He believed that this low-cost, high-efficiency machine would find a similarly
receptive market in the rapidly urbanizing areas of Malaysia. Loh arranged to meet with Mr. Soichiro
Honda, the bike's creator, who quickly realized the massive potential for success that a Honda subsidary
in Malaysia would have.
Not surprisingly, the first Malaysian Honda showroom was set up on Pitt Street in Penang, very near the
home of Boon Siew. As a sign of their deepening bond of trust and respect, the Japanese Honda Motor
Co Ltd soon appointed Boon Siew the sole distributor for Honda motorbikes in the country just as the
historic first 50 units of Honda 4-stroke cub were being imported.
The rest is history, few years later a factory were built in Penang to assemble the Honda Cub and the
Honda motorcycle been renamed as Boon Siew Honda. The Honda Cub became the best selling
motorcycles in Malaysia and Loh Boon Siew as the first person to bring the Honda Cub motorcycles into
Southeast Asia. The word Kapcai are origin from Honda Cub which means small motorcycle in Malaysia.
[edit] Contribution
He also played a role in the brief merger between Kwong Wah Yit Poh and The Star (Malaysia) in 1974,
and among his many charitable causes/deeds was the establishment of the Lam Wah Ee Hospital and
the Penang Old Folks Home.
Boon Siew, who had two wives, Oh Guat Sim and Ong Lay Wah, died in his sleep at the age of 79 on Feb
16, 1995. He is survived by five children and 18 grandchildren.

Lampiran 3
Kesan FTA membimbangkan

Thursday, 29 June 2006, 07:46am


©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)
Oleh Ismail Hashim

JIKA ia menjadi kenyataan suatu episod sejarah akan menjadi kenangan kepada negara kita apabila
syarikat Boon Siew Sdn. Bhd. yang sinonim dengan motosikal Honda akan kehilangan francais berikutan
tindakan Honda Motor Co Ltd dari Jepun yang akan mengambil alih pengeluaran motorsikalnya di
Malaysia.
Berbanding dengan jenama motosikal lain seperti Yamaha, Kawasaki atau pun motosikal dari negara
Barat seperti Lambretta dan Vespa, motosikal Honda telah menambat hati majoriti keluarga di Malaysia.

Daripada kampung sehinggalah kepada bandar besar, daripada budak belasan tahun sehingga kepada
yang tua bongkok tiga pun motorsikal Honda tetap menjadi kenderaan tunggangan tetap dan mewarnai
landskap kenderaan bermotor di jalan-jalan raya di Malaysia selama lebih 50 tahun.

Pengeluaran motosikal Honda ialah syarikat Oriental Holdings Bhd. telah memegang francais bagi
memasang dan mengedarkan motosikal Honda sejak tahun 1957 lagi. Ia adalah hasil usaha sama
perniagaan yang dimeterai antara pengasas Oriental, mendiang Tan Sri Loh Boon Siew dan pengasas
Honda, Soichiro.

Sekarang ini, anak syarikat Oriental, Kah Motor Co Sdn. Bhd. memasang motosikal Honda sementara
Boon Siew mengedarkannya.

Daripada berita yang dimuatkan theedgedaily.com (19 Jun 2006) khabarnya Honda Jepun akan
mengambil sepenuhnya segala urusan dan operasi perniagaan motosikal Honda di Malaysia.

Malah theedgedaily juga melaporkan daripada sumbernya bahwa francais antara Oriental dan Honda
Jepun sudah berakhir pada awal tahun ini.

Persoalannya sekarang adakah ini merupakan kesan pertama daripada Perjanjian Perdagangan Bebas
(FTA) antara Jepun-Malaysia?

Bagaimanakah pula kesannya kepada rakyat Malaysia? Adakah mereka akan kehilangan kerja sekiranya
pengambilihan itu berlaku? Berapa ramai pula yang akan menganggur?

Bagaimana dengan tenaga kepakaran dan jurutera dari Malaysia, adakah Honda Jepun akan
mengekalkannya atau digantikan oleh tenaga kepakaran dari Jepun sendiri.

Adakah pada masa akan datang segala peralatan teknikal yang berkaitan dengan motosikal Honda akan
terus diimport dari Jepun dengan kosong tarif?

Keadaan ini tentunya akan mengemukakan cabaran dan persaingan kental kepada pengeluaran
motosikal tempatan iaitu Kris. Adakah motosikal Honda akan lebih murah berbanding motosikal
daripada Kris?

Jika pengambilalihan berlaku, adakah bermakna pemindahan teknologi Jepun ke Malaysia akan
terbantut? Ini kerana harta intelektual atau hak cipta yang akan dipegang terus oleh Jepun dan kita
harus membayarnya jika hendak menggunakan teknologi tersebut.
Soalan-soalan yang ditanya ini bertujuan memastikan perkara-perkara sedemikian tidak akan timbul
daripada pengambilalihan syarikat Honda dari Jepun.

Adalah difahamkan juga Honda Jepun telah mengambilalihkan semua operasi francaisnya di Amerika
Syarikat, Filipina, Indonesia dan Thailand. Filipina dan Thailand juga mempunyai hubungan perdagangan
FTA dengan Jepun.

Tidak dipastikan bilakah pengambilalihan ini akan dimulakan tetapi dikatakan akan berlaku pada tahun
ini. Ini bermakna bahawa syarikat Boon Siew juga akan kehilangan pendapatan yang diperoleh daripada
francais dengan Honda Jepun itu.

Sehubungan dengan FTA Jepun-Malaysia, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
berkata bahawa Malaysia akan menilai semula perjanjian dua hala perdagangan bebas dengan Jepun,
jika terdapat dakwaan ia berat sebelah.

Najib ketika menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Jepun berkata kita akan melihat bagaimana ia
dilaksanakan dan tafsiran kepada kerjasama ekonomi itu secara keseluruhannya.

Di bawah perjanjian, Malaysia dalam jangka 10 tahun akan menghapuskan semua tarif berkaitan dengan
kemasukan kereta Jepun ke negara ini sebaliknya barangan pertanian seperti mempelam dan produk
pertanian yang lain akan menikmati perkara yang sama apabila memasuki pasaran Jepun.

Tidak dipastikan adakah ia melibatkan motosikal juga kerana mesyuarat yang diadakan adalah secara
tertutup

Anda mungkin juga menyukai