Anda di halaman 1dari 21

MECD

1
PENUBUHAN MECD

Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MECD) telah ditubuhkan


pada tahun 2004 berperanan sebagai agensi utama bagi pembangunan usahawan
Bumiputera. Sejarah MECD bermula dengan penubuhan Kementerian Penyelarasan
Perbadanan Awam (KPPA) pada tahun 1974 yang kemudiannya ditukarkan kepada
Kementerian Perusahaan Awam (KPA) pada tahun 1976. KPA bertanggungjawab untuk
mengawas dan menyelaras agensi-agensi perusahaan awam seperti Majlis Amanah
Rakyat (MARA), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Kemajuan
Ekonomi Negeri (PKEN).

Penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan pada 8 Mei 1995 bagi


menggantikan KPA bertujuan untuk memberi tumpuan dan penekanan khusus terhadap
pembangunan usahawan Bumiputera untuk mempercepatkan pencapaian matlamat
pewujudan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
Penyusunan semula kementerian sebagaimana pada 27 Mac 2004 memperlihatkan
Kementerian Pembangunan Usahawan telah diberi nama baru iaitu Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan tambahan tanggungjawab terhadap
Jabatan Pembangunan Koperasi, Maktab Kerjasama Malaysia dan Bank Kerjasama
Rakyat Berhad.

2
OBJEKTIF

o Objektif utama Kementerian adalah untuk menyediakan persekitaran yang


membantu dan menggalakkan pembangunan usahawan tulen yang berkualiti,
berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing dalam semua sektor serta
memupuk budaya keusahawanan dan koperasi di kalangan rakyat Malaysia.

MISI

o Membantu merealisasikan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian


Bumiputera yang berkualiti.

VISI

o Kewujudan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB)


yang berkualiti untuk membantu mecapai Wawasan 2020.

MOTTO

"Keusahawanan Kerjaya Pilihan"

DASAR 'Q'

Untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional serta menepati


sasaran kerajaan ke arah menjadikan Kementerian sebagai agensi utama dalam
meningkatkan pembangunan usahawan secara berterusan.

SLOGAN 'Q'

"Kualiti Penggerak Usahawan Jaya"

3
PERANAN

1. Menggubal dasar pembangunan usahawan;


2. Mewujud dan melaksanakan program pembangunan keushawanan;
3. Menyelaras pelaksanaan dasar pembangunan usahawan di peringkat
Persekutuan dan Negeri;
4. Menjadi pemangkin dan pemudahcara kepada usahawan dan bakal usahawan
memulakan perniagaan;
5. Mewujudkan kerajsama dan jaringan strategik dengan pihak swasta di peringkat
Persekutuan, Negeri dan antarabangsa;
6. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti penggalakan dan pembudayaan
keusahawanan;
7. Menggalak pembangunan usahawan dalaman oleh agensi-agensi di bawah
MECD; dan
8. Mengoptimum penggunaan sumber tenaga manusia di MECD dan agensi
melalui peningkatan produktiviti serta budaya kerja cemerlang.

STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM

Bagi mencapai matlamat untuk membangunkan usahawan, MECD telah merangka


beberapa strategi yang memberi fokus kepada penyelarasan program-program
pembangunan usahawan yang dilaksanakan di peringkat persekutuan, negeri dan
swasta. Enam bidang utama MECD:

• Pembudayaan Keusahawanan
Pembudayaan keusahawanan adalah satu proses jangka panjang dan
berterusan bagi menarik minat semua lapisan masyarakat menceburi bidang

4
perniagaan. Proses pembudayaan ini merangkumi golongan pelajar di peringkat
sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan masyarakat umum. MECD
telah menjalankan pelbagai aktiviti ke arah memupuk budaya keusahawanan
seperti berikut:-
o Program Usahawan Muda (PUM)
o Program Pembangunan Keusahawanan di IPTA
o Program Pembangunan Usaha Siswa (PPUS)
o Latihan Program Mentor
o Latihan Asas Perniagaan (LAP)
o Latihan Keusahawanan Siswa
o Kursus Asas Keusahawanan Siswa
o Program Latihan Asas Perniagaan Francais bagi bakal Francaisor
o Kursus Asas Perniagaan Francais bagi bakal Francaisi

• Program Latihan dan Bimbingan


Latihan dan bimbingan keusahawanan adalah merupakan aktiviti utama MECD
melalui beberapa peringkat yang memberi penekanan kepada ilmu pengetahuan
dan kemahiran, latihan dan bimbingan bagi mempertingkatkan prestasi dan
kemajuan perniagaan serta khidmat nasihat kepada usahawan menghadapi
masalah dalam menguruskan perniagaan. Antara program-program yang
dianjurkan adalah seperti berikut:-
o Basic Business Training
o Skim Latihan Bagi Kakitangan Kerajaan Mencebur Diri Sepenuh Masa
Dalam Perniagaan (SLGKKDP)
o Skim Usahawan Siswazah
o Bengkel Keusahawanan Jangka Pendek
1. Bengkel Pemasaran Strategik
2. Bengkel Pengurusan Kewangan Strategik
3. Bengkel Penyediaan Rancangan Perniagaan
4. Bengkel Pengenalan 5S
5. Bengkel Perakaunan Berkomputer
o Program-program Keusahawanan Jangka Panjang

5
o Program Latihan Keusahawanan Wanita
o Latihan Peningkatan
o Latihan Keusahawanan Kepada Penjaja dan Peniaga Kecil Di Negeri-
negeri
o Pusat Bimbingandan Khidmat Nasihat (PBUN)
o Pusat Pembangunan Kemahiran
o Program Latihan Francais Vendor
o Program Latihan Usahawan Pembinaan
o Program Latihan Usahawan Pengangkutan

• Pembiayaan
Kemudahan pembiayaan merupakan faktor penting dalam membantu usahawan
menjalankan perniagaan. Bagi tujuan ini MECD dan agensinya telah
menyediakan pelbagai skim pembiayaan.
o Tabung Usahawan Siswazah
o Skim Modal Asas
o Skim Pinjaman Biasa
o Tabung Modal Teroka Berteknologi Tinggi
o Skim Jaminan Usahawan Kecil
o Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)
o Pembiayaan Perniagaan MARA
o Skim Pembiayaan Bersama Usahawan Menengah Bumiputera
Persekutuan-Negeri
o Skim Bantuan Pembangunan Francais
o Skim Pembiayaan Francais

• Penyediaan Premis Perniagaan


Selaras dengan usaha Kerajaan menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam
bidang perniagaan , MECD melalui agensi-agensinya seperti MARA, UHB,
BPIMB, PKKM dan PKEN telah menyediakan kemudahan premis kepada

6
usahawan dengan kadar sewa yang berpatutan. Maklumat mengenai lokasi,
kadar sewa premis boleh didapati dengan melayari laman web premis online.

• Pembangunan dan Peluang Perniagaan


Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan penyertaan usahawan
dalam arus perdana pembangunan ekonomi, pelbagai program dan aktiviti
dijayakan bagi menggalakkan penyertaan usahawan (lelaki dan wanita) dalam
dunia perniagaan. Usaha menggalakkan penyertaan ini tidak terbatas kepada
bidang-bidang tertentu bahkan meliputi seluruh bidang perniagaan dan
perkhidmatan. Kerajaan, termasuk juga MECD sehingga kini telah
mengenalpasti 13 bidang strategik yang wajar diceburi oleh usahawan
khususnya usahawan Bumiputera. Antara bidang-bidang strategik yang
dikenalpasti tersebut ialah:-
o sektor bioteknologi dan herba
o sektor makanan halal
o sektor pertanian moden
o sektor famaseutikal
o sektor teknologi maklumat dan komunikasi
o sektor petrokimia
o sektor elektrik dan elektronik
o sektor automotif
o sektor pelancongan
o sektor pengangkutan
o sektor perkhidmatan
o sektor perundingan dan profesional
o sektor aeroangkasa

• Promosi dan Pasaran


MECD cuba melibatkan diri membantu usahawan mempergiatkan produk

7
usahawan bagi menembusi pasaran bukan sahaja pasaran domestik tetapi juga
pasaran global melalui pelbagai langkah meliputi e-dagang dan promosi semasa.

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasar bagi program pembangunan usahawan terdiri daripada dua golongan,
iaitu:

1. Individu yang berminat untuk menjadi usahawan; dan


2. Usahawan sedia ada yang meliputi Peniaga Kecil dan Sederhana,
pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
Pemilihan individu daripada kumpulan sasaran berpandukan
kepada kriteria tertentu bagi memastikan keberkesanan program
yang dijalankan dan peserta mendapat faedah yang maksimum.
Kriteria-kriteria spesifik pula digunakan bagi menentukan
penyertaan individu dalam program yang memerlukan syarat-
syarat khusus.

8
9
10
MARA

11
Puisi Penubuhan MARA

AMANAH DAN AMARAH RAKYAT (25 TAHUN MARA)

USMAN AWANG NOVEMBER 1991


Majlis Amanah Rakyat
Sebuah nama keramat Lahir dari percikan amarah
suatu bangsa Yang mundur sosio-ekonominya Masih
menadah tangan menjadi peminta Di tanah airnya
yang hampir sepuluh tahun merdeka. Bermula di
zaman penjajah dikenal dengan RIDA - Lembaga
Kemajuan Kampung Dan Perusahaan Suatu bayangan
tipis cara Inggeris melonggarkan Kritik tajam rakyat
terhadap dasar penjajahan.

RIDA yang berdetik pada tahun 1953 Ketika bara


nasionalisma marak menyala Tidak mampu
menampung ghairah rakyat merdeka Suara
Bumiputera yang semakin keras bergema
Kemunduran dan kemiskinan yang ketara. Tahun
seribu sembilan ratus enam puluh lima Kongres
Ekonomi Bumiputera Yang Pertama Merumuskan
segala duka nestapa bangsa Bahawa kita memiliki
telaga Mengapa masih memegang talinya Sedang
orang mencapai timba Maka segala gaung amarah
dileburkan Menjadi sumpah amanah suatu wawasan

Pada detik 1966 yang menentukan RIDA pun


dikerandakan dalam sejarah Untuk sebuah nama baru
yang keramat Majlis Amanah Rakyat Kini 25 tahun
telah berdetik MARA mencapai kedewasaan usia
Mungkinkah bakal tiba Kongres Ekonomi Bumiputera
Penyelarasan jalur wawasan dua ribuan Menilai
kembali keberkesanan AMARAH dan Amanah Rakyat
yang dipahatkan.

12
PENGENALAN MARA
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Agensi di bawah Kementerian Pembangunan
Usahawan & Koperasi Malaysia, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen
sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera
pertama pada tahun sebelumnya.

Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta


menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan
khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

OBJEKTIF
Menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera, khususnya di luar
bandar, supaya menyertai dengan aktif dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan
ke arah membentuk masyarakat usahawan Bumiputera yang berdaya tahan, profesional
dan kukuh.

STRATEGI PERLAKSANAAN
Mewujud serta menambah bilangan usahawan di kalangan bumiputera dan
meningkatkan taraf mereka dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah
pembentukan masyarakat peniaga yang berjaya dan kukuh.

Mengambil bahagian yang aktif dalam bidang perdagangan dan perindustrian tertentu
melalui pelaburan dan pengurusan dalam syarikat-syarikat sebagai langkah memberi
perlindungan untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam dunia perniagaan.

Menambah bilangan gunatenaga bumiputera yang terlatih dalam berbagai bidang di


semua peringkat, khususnya untuk keperluan sektor perdagangan dan perindustrian,
dan

Menggalakkan lain-lain kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai serta menjadi


pemegang amanah yang boleh membantu secara khusus atau umum bagi meninggikan
taraf ekonomi dan sosial bumiputera.

13
MISI KORPORAT
o Mandat
o Wawasan
o Pernyataan Amanat
o Nilai Bersama
o Piagam Pelanggan
o Motto

Mandat, Wawasan dan Nilai Bersama adalah bertujuan untuk dihayati dan diamalkan
oleh semua anggota MARA ke arah mewujudkan sebuah organisasi korporat yang
cemerlang, berdikari, berautonomi dan berwibawa.

MANDAT

"Dengan kuasa yang diberi, kekal turun temurun, MARA akan melaksana
tanggungjawab bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan dan
menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan di seluruh
Malaysia dalam bidang-bidang berikut:-

a) Perdagangan dan Perindustrian


b) Kemudahan Pembiayaan
c) Usahasama atau sebagai Agen Pengurus
d) Pelaburan Ekuiti
e) Penubuhan dan Pertanggungan Institusi Latihan
f) Apa-apa jua yang difikirkan perlu atau berfaedah oleh Majlis &
g) Aktiviti tambahan yang mendapat kelulusan kerajaan, bertujuan
untuk memajukan kaum bumiputera. "

WAWASAN

14
"Menjadi sebuah organisasi korporat cemerlang, berdikari, berautonomi
dan berwibawa:

a) Pemegang amanah ekuiti


b) Penggerak dan pemangkin yang aktif
c) Pusat jaringan dan rangkaian perusahaan & perdagangan
d) Pusat maklumat, latihan, penyelidikan dan pembangunan
e) Sebagai organisasi pemikir. "

PERNYATAAN AMANAT

"Menjadi badan amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat


martabat dan maruah bangsa menerusi pelbagai aktiviti ekonomi,
pendidikan dan kemasyarakatan."

NILAI BERSAMA

o Anggota Organisasi
"Kami adalah golongan profesional yang amanah, jati diri,
berdaya tahan, ukhuwah, penyayang & mesra serta beriltizam
kepada organisasi dan pelanggan."
o Proses/Sistem
"Mengamalkan kepimpinan berjemaah, telus dan dinamik."
o Organisasi
"Organisasi perintis, berwawasan, berdaya saing, cermat &
berhemat serta adil."
o Prestasi
"Memastikan pembangunan yang berterusan dan cemerlang."

15
PIAGAM PELANGGAN MARA

"Sesungguhnya kami warga MARA akan sentiasa komited kepada


pengeluaran berkualiti dan perkhidmatan yang berkesan. Kami juga
berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan ,
menerusi program dan aktiviti berikut :

o ' Berusaha untuk menambah bilangan gunatenaga Bumiputera yang terlatih


dalam bidang profesional dan teknikal ke tahap 30% daripada keperluan negara
o ' Semua permohonan pinjaman perniagaan dan pelajaran yang lengkap akan
diputuskan dalam masa tidak lebih daripada 50 hari'
o ' Memastikan semua pelajar tajaan MARA di seberang laut akan menerima elaun
bulanan sebelum tiba bulan berikutnya.'
o ' Setiap panggilan ke Ibu Pejabat MARA akan dilayan tidak lewat daripada 30
saat samada oleh Telefonis atau melalui mesin sistem kendalian panggilan.' "

MOTTO

"MARA terus mara"

ORGANISASI

16
MARA, sebuah badan autonomi bertanggungjawab kepada Menteri Pembangunan
Usahawan dan Koperasi. Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan
Pengerusi dan sembilan orang anggota lain, tiga daripada mereka adalah kakitangan
awam.

Semua Ahli Majlis dilantik oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Ketua
Eksekutif ialah Ketua Pengarah dan beliau dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua
Pengarah.

Bahagian-bahagian yang diterajui oleh Pengarah dan Unit-unit di bawah kawalan Ketua
Unit melaksanakan fungsi-fungsi MARA pada peringkat Ibu Pejabat dan disokong oleh
14 Pejabat MARA Negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan,
dan pejabat-pejabat MARA Daerah. MARA juga beroperasi di London dan Washington
D.C. serta mempunyai organisasi sekutu di Asia Timur, Eropah, Afrika dan Amerika
Utara.

OPERASI PENGURUSAN
Operasi MARA dijalankan melalui pusat operasi di seluruh negeri dan luar
negara. Pusat-pusat operasi ini merangkumi:

Ibu Pejabat IKM

Pejabat MARA Negeri Institut Kemahiran Tertinggi MARA

Pejabat MARA Daerah Institut Infotech MARA

MRSM Kenderaan Bas MARA

Kolej MARA Pejabat MARA Luar Negara

GIATMARA Kolej Profesional MARA

CARTA ORGANISASI MARA

17
PENUTUP.

18
RUJUKAN.

19
20
21

Anda mungkin juga menyukai