Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN PUNB DALAM MASYARAKAT

Bidang keusahawanan merupakan salah satu bidang yang mampu menjana pulangan yang
lumayan sekiranya modal insan yang ada digunakan sepenuhnya sesuai dengan aspirasi
negara menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Selaras usaha itu, pembangunan
usahawan nasional berhad (PUNB) mengorak langkah untuk membantu generasi muda
terutamanya golongan usahawan bumiputera yang mempunyai minat untuk serius mendalami
bidang perniagaan peruncitan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan
menyediakan pelbagai skim dan program pembangunan usahawan berasaskan syari’ah yang
dapat menambahkan input untuk menjadi usahawan berjaya memantapkan perniagaan,
mengekalkan keuntungan dan mencapai kecemerlangan dalam bidang perniagaan.
Antara skim dan program pembangunan usahawan yang ditawarkan oleh PUNB
terdiri daripada skim PROSPER pemborong, skim PROSPER Siswazah, skim PROSPER
runcit, skim PROSPER Teras, Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 (SPUR)
dan Skim JUMPER PUNB
Skim PROSPER Pemborong merupakan skim yang ditawarkan kepada usahawan
bumiputera yang ingin menceburi atau mengembang perniagaan pemborongan, pengedaran
atau pembekalan Skim ini sebenarnya disasarkan kepada mana-mana usahawan bumiputera
yang ingin memula dan mengembangkan perniagaan pemborongan, pengedaran atau
pembekalan. Pemborongan dan pengedaran adalah bahagian penting yang menyokong
kepada bekalan bahan bagi usahawan-usahawan dalam bidang peruncitan.
Pemborongan dan pengedaran adalah satu bahagian penting dalam rantaian bekalan bahan.
Usahawan Bumiputera perlu merebut peluang perniagaan dalam sektor yang berpotensi ini di
samping menyokong usahawan dalam bidang peruncitan.
Bagi mencapai tujuan ini, PUNB menyediakan satu pakej keusahawanan khusus untuk
membangun usahawan Bumiputera sebagai pemborong, pengedar atau pembekal yang
berdaya maju dan berdaya saing.
Skim Pemborong PROSPER ini disasarkan kepada Bumiputera yang ingin memula atau
mengembang perniagaan pemborongan, pengedaran atau pembekalan.

Skim ini melatih usahawan bumiputera menjadi pemborong bagi mengembangkan peniaga
runcit Bumiputera sedia ada untuk menjadi peniaga borong.
Objektif:
1. Membangun usahawan Bumiputera dalam aktiviti belian dan jualan pukal bahan serta
bekalan.
2. Menyediakan sumber barangan dan bekalan bahan pada kos yang dapat 
meningkatkan daya saing usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan.

2. Skim PROSPER Siswazah


Peluang untuk siswazah muda Bumiputera menceburi diri dalam bidang perniagaan dan
membuat keusahawanan sebagai kerjaya pilihan masih terbuka luas. Menyedari keadaan ini,
PUNB mengalu-alukan siswazah muda Bumiputera untuk menjadi seorang usahawan dan
menggunakan ke arah golongan usahawan Bumiputera yang berintelek.

Sehubungan itu, kami menyediakan pakej keusahawanan khas PROSPER Siswazah yang
bertujuan untuk dibangunkan, membimbing dan membangun siswazah muda Bumiputera
untuk menceburi bidang keusahawanan khas dalam sektor peruncitan
.

Objektif

1. Menyediakan kemahiran dan pengetahuan kepada siswazah muda Bumiputera untuk


menceburi bidang perniagaan, khususnya perniagaan runcit dan pengedaran.
2. Membantu siswazah muda Bumiputera memulakan perniagaan runcit dan pengedaran
melalui mekanisma pembangunan yang teratur dan sistematik.

3. Program PROSPER Runcit

Peluang mendapatkan pinjaman untuk sesiapa yang bercita-cita hendak buka kedai.Justeru ia
membuka peluang kepada Bumiputera yang ingin menceburi atau mengembangkan
perniagaan runcit.

Jenis perniagaan runcit yang boleh dipertimbangkan termasuklah stesen minyak, kedai tekstil
& pakaian, kedai emas, kedai cermin mata, kedai menjual makanan & minuman, kedai kasut
dan barangan kulit, kedai kosmetik & kecantikan, kedai aksesori wanita, kedai buku & alat
tulis, kedai herba dan ubatan tradisional, kedai peralatan sukan dan rekreasi, kedai elektrik &
elektronik, trak bergerak atau lain-lain perniagaan yang sesuai dengan keperluan bidang
peruncitan.

Objektif:

1. Meningkatkan bilangan usahawan Bumiputera dalam sektor peruncitan; dan


2. Memupuk budaya keusahawanan di kalangan usahawan Bumiputera dengan
menyediakan
latihan kemahiran

4. Program PROSPER Teras


Program PROSPER TERAS merupakan program yang diwujudkan untuk membangun dan
membantu usahawan peruncit bumiputera meningkatkan penglibatan mereka dalam sektor
ekonomi negara dan menjadi penyumbang kepada pembentukan sebuah masyarakat
berpendapatan tinggi menjelang

Objektif
1. Menaiktaraf perniagaan runcit usahawan Bumiputera melalui keseragaman jenama,
susun atur produk, pilihan produk dan sistem bersepadu.
2. Memberi pendedahan kepada usahawan Bumiputera tentang selok-belok perniagaan,
aplikasi kaedah pengurusan dan operasi yang teratur lagi sistematik.

5. Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 (SPUR).


Skim ini terbuka kepada semua individu Bumiputera berusia 18 tahun hingga 55 tahun yang
hilang pekerjaan ketika penularan COVID-19 dan berhasrat untuk memulakan perniagaan
atau mempunyai perniagaan yang berdaftar selepas Mac 2020.
Objektif:
1. menyediakan kemudahan dari aspek kewangan dan pembangunan keusahawanan,
tetapi ingin memastikan usahawan dan perniagaan Bumiputera kekal berdaya saing
serta berdaya tahan
6. Program JUMPER PUNB
Sebuah program latihan keusahawanan berkonsepkan latihan sangkut bersama syarikat
(mentor) di bawah naungan PUNB bagi graduan muda bumiputera yang berminat untuk
menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta ingin mempelajari tentang selok-belok
dunia perniagaan.
Objektif:
1. melahirkan bakal usahawan muda yang dinamik dan berdaya tahan dalam bidang
peruncitan dan pengedaran
2. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam pelbagai bidang
terutamanya bidang perniagaan yang ingin diceburi.
3. Membantu pelajar untuk mendalami selok belok dunia perniagaan melalui latihan di
syarikat-syarikat naungan PUNB.
4. mempelajari tentang selok-belok menguruskan perniagaan selain menjalani program
latihan dan kursus penyediaan Rancangan Perniagaan

Anda mungkin juga menyukai