Anda di halaman 1dari 2

Latihan Keusahawanan PKS

Adalah didapati bahawa antara faktor kegagalan penyertaan bumiputera (terutamanya di peringkat
mikro dan kecil) di dalam sektor ekonomi khususnya bagi sektor perdagangan dan pengedaran
disebabkan oleh tahap kesediaan produk dan usahawan PKS untuk bersaing di pasaran yang lebih besar
yang tidak konsisten serta lemah dari segi pengurusan, latihan dan pendedahan terhadap industri itu
sendiri. Justeru, program-program pembangunan modal insan keusahawanan anjuran KPDNHEP melalui
Bahagian Pembangunan Perniagaan ini akan tertumpu kepada usaha bagi tujuan mengenalpasti potensi
usahawan-usahawan yang mempunyai produk keluaran PKS untuk dikembangkan ke hypermarket asing
di negara ini seperti Aeon Co. Aeon Big, Tesco, Giant dan Lulu khususnya serta saluran pasaran domestik
yang lain dengan objektif “Access to Retail”.

Bidang dan modul latihan yang akan ditawarkan adalah bersesuaian dengan menyokong kepada
pelaksanaan Program Transformasi Produk dan Pengedaran Berkesan seperti berikut:

Pengurusan Produktiviti dan Kualiti Perniagaan;

Pembangunan dan Pengukuhan Produk;

Aplikasi Perniagaan Secara Beretika dan Berintegriti;

Pengurusan ’Interpersonal Skills’; dan

Transformasi Pemasaran dan Rangkaian Kerjasama.

Program ini juga menumpukan kepada tiga (3) fokus utama iaitu kesedaran (awareness), penerangan
(explanation) dan didikan (education) yang digubal secara theoritical dan hands-on mengikut kesesuaian
jenis kursus, latar belakang peserta (usahawan) dan keperluan dalam perniagaan. Bagi memastikan
setiap peserta menerima manfaat yang maksimum, bilangan peserta bagi setiap program adalah tidak
melebihi 40 orang bagi kursus spesifik manakala, bilangan maksimum bagi sesi seminar/”pocket-talk”
tidak melebihi 150 orang.

Secara keseluruhannya, program ini memberikan manfaat kepada peserta dalam bentuk peningkatan
kemahiraan dan pendedahan pengalaman dunia perniagaan semasa. Ia juga dijangka dapat membantu
para usahawan dalam mempersiapkan diri/produk masing-masing supaya ianya bersifat daya upaya,
mampu bersaing dan inovatif dalam pasaran.
Memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan mereka yang terlibat dalam bidang keusahawanan ke
arah meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan dan penyampaian serta memahami strategi
perniagaan (promosi, bekalan dan pengedaran berkesan);

Mempertingkatkan produktiviti PKS dan industri melalui penerapan nilainilai perniagaan yang lebih
komprehensif dan praktikal, berilmu serta berpengetahuan dalam menetapkan hala tuju perniagaan dan
menyumbang kepada pencapaian matlamat yang telah digariskan dalam Program Transformasi
Ekonomi; dan

Melahirkan usahawan PKS yang lebih dinamik, bukan sahaja ke arah peningkatan kemajuan perniagaan
semata-mata tetapi juga memupuk nilai etika dan moral yang mampu mengimbangi orientasi
keuntungan dan kebajikan pelanggan/pengguna.

ebarang pertanyaan boleh disalurkan kepada:

Pengarah

Bahagian Pembangunan Perniagaan, Aras 5

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

No.13, Persiaran Perdana, Presint 2

62623 Putrajaya

(u.p.: Unit Pembangunan Modal Insan Keusahawanan)

Tel : 03-8882 5768/ 6931/ 6972

Faks : 03-8882 5826

Anda mungkin juga menyukai