Anda di halaman 1dari 4

Penguatkuasaan Timbang Dan Sukat

Akta Timbang dan Sukat 1972

Objektif akta untuk mengawal selia timbang dan alat timbang dan sukat bagi tujuan di bawah:

Memastikan timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan
mematuhi dan mendapat kelulusan reka bentuk dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Penyimpan
Timbang dan Sukat;

Memastikan timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan
menggunakan Unit Sistem Antarabangsa (SI);

Memastikan timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan
ditentusahkan dan ditentusahkan semula;

Mengawal selia pemegang lesen yang dilesenkan bagi kategori pembuat, pembaik dan penjual alat-alat
timbang dan sukat; dan

Mengawal selia syarikat berlesen di bawah akta untuk menjalankan perkhidmatan penentusahan dan
penentusahan semula timbang dan sukat dan alat-alat timbang dan sukat.

Penguatkuasaan Jualan Murah

MAKSUD HARGA JUALAN MURAH

Peniaga menawarkan sesuatu barang dengan harga yang lebih murah daripada harga yang ditawarkan
sebelumnya iaitu:

Ada menunjukkan perbandingan dua (2) iaitu harga sebelum diskaun dan harga selepas diskaun; atau

Ada menunjukkan penggunaan perbahasaan atau ungkapan seperti “jualan”, “diskaun”, “pengurangan”,
“belian terbaik”, “harga terbaik”, “harga istimewa” , “harga runtuh”, “harga lebih murah setiap hari”
atau “tawaran separuh harga”.

TEMPOH DAN TARIKH PENGANJURAN JUALAN MURAH BAGI TAHUN 2020

Mulai tahun 2020, tiada kuota had bilangan jualan murah yang boleh diadakan setahun. Dalam masa
yang sama, tiada tarikh-tarikh kempen jualan murah pada tahun ini.
Peniaga boleh menganjurkan jualan murah pada bila-bila masa mengikut keperluan industri dan strategi
pemasaran masing-masing.

TANGGUNGJAWAB PENIAGA UNTUK MENGADAKAN JUALAN MURAH

Bagi jualan murah yang melebihi tempoh tiga (3) hari, peniaga perlu menghantar notis jualan murah
kepada KPDNHEP melalui Sistem Notis Jualan Murah (Sistem NJM) selewat-lewatnya 1 hari sebelum
tarikh jualan murah bermula.

Notis jualan murah yang disahkan oleh KPDNHEP perlu disimpan di dalam premis yang mengadakan
jualan murah untuk tujuan rekod dan semakan pegawai KPDNHEP.

Setiap sesi penganjuran jualan murah hendaklah tidak melebihi 31 hari. Walau bagaimanapun, peniaga
boleh menganjurkan jualan murah melebihi 31 hari dengan syarat tawaran diskaun perlu lebih tinggi
dari tawaran diskaun yang sebelumnya.

Barang-barang yang ditawarkan dengan harga jualan murah hendaklah ditandakan harga asas (sebelum
diskaun) dan harga jualan murah (selepas diskaun).

Penentuan harga asas adalah berdasarkan harga normal yang terakhir (terbaru) yang telah ditawarkan
oleh peniaga sebelum tarikh jualan murah bermula.

Iklan-iklan jualan murah hendaklah diletakkan tarikh mula dan tarikh tamat jualan murah.

Iklan jualan murah hendaklah tiada elemen-elemen yang mengelirukan atau penggunaan pernyataan
palsu.

Peniaga hendaklah menyenggara satu stok munasabah barang untuk jualan murah.
Peniaga hendaklah menyenggara rekod jualan yang benar dan lengkap tentang harga barang-barang
bagi tempoh enam (6) bulan yang lalu yang telah ditawarkan di premis yang sama.

PROSEDUR PERMOHONAN NOTIS JUALAN MURAH

Permohonan notis jualan murah perlu dibuat secara dalam talian melalui portal Sistem Notis Jualan
Murah di njm.kpdnhep.gov.my

Peniaga yang pertama kali mengakses Sistem Notis Jualan Murah perlu mendaftar terlebih dahulu
sebelum membuat permohonan notis.

Peniaga perlu membuat permohonan notis selewat-lewatnya 1 hari sebelum jualan murah bermula.

Peniaga perlu mengisi beberapa butiran profil syarikat, lokasi jualan dan barangan yang hendak ditawar
jualan murah.

Pengesahan notis adalah secara automatik sebaik sahaja kesemua kriteria yang ditetapkan di dalam
Sistem NJM dipenuhi.

Notis jualan murah yang disahkan perlu dicetak oleh peniaga dan disimpan di dalam setiap premis yang
mengadakan jualan murah.

JUALAN MURAH YANG DIBENARKAN TANPA MENGEMUKAKAN NOTIS (PENGECUALIAN NOTIS).

Peniaga mengadakan jualan murah bersyarat, seperti:

Tawaran diskaun diberikan dengan apa-apa syarat pembelian

Jualan murah melalui kupon, baucer diskaun


Jualan murah kepada pemegang Kad Ahli

Peniaga mengadakan jualan murah ke atas barang-barang yang mudah rosak seperti roti, sayur, buah,
ikan dan lain-lain.

Peniaga menawarkan harga jualan murah secara lisan di dalam premis.

Peniaga mengadakan jualan murah ke atas barang-barang yang mudah rosak seperti roti, sayur, buah,
ikan dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai