Anda di halaman 1dari 6

UiTM NEGERI SEMBILAN

PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN


KAKITANGAN
Permohonan pelekat kenderaan oleh kakitangan UiTM boleh dibuat secara online melalui sIstem I-Portal Staf masing-masing. Klik di bahagian E-Keselamatan V2. Kemudiannya terus mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan. Seterusnya buatkan satu salinan permohonan berkenaan. Akhir sekali staf akan pergi ke Pejabat Keselamatan untuk mendapatkan pelekat kenderaan. Setiap staf hanya dibenarkan memiliki pelekat kenderaan sebanyak 2 keping sahaja ( sama ada kereta / motorsikal ). Bagi pelekat kenderaan yang pertama tiada bayaran akan dikenakan ( percuma ). Bagi pelekat kenderaan yang ke dua, bayaran sebanyak RM 2.00 akan dikenakan. Bayaran perlulah dibuat di kaunter bayaran Pejabat Bendahari. Sila bawa salinan permohonan tersebut semasa membuat bayaran. CARTA ALIR PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN OLEH STAF

Mula

Mengisi borang permohoanan melalui i- Portal staf ( Sistem E-Keselamatan V2 dengan lengkap.

Printkan borang permohonan tersebut dan bawa ke pejabat Keselamatan.

Borang disemak dan diluluskan oleh pihak keselamatan. Bagi permohonan pelekat ke dua bayaran RM 2.00 dikenakan. Bayaran dibuat di pejabat Bendahari.

Pelekat diberikan kepada pemohon

Tamat

PELAJAR
Pelajar-pelajar yang bercadang untuk membawa kenderaan masing-masing masuk ke kampus dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pengurusan UiTM. Berikut adalah peraturan-peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi sebelum kenderaan pelajar dibenarkan dibawa masuk ke dalam kampus : 1. Membuat permohonan secara on-line melalui portal pelajar masing-masing. 2. Permohonan secara on-line akan terus kepada Unit Pengurusan Kolej.Pihak kolej akan menyemak dan membuat keputusan sama ada menyokong permohonan atau tidak. Sekiranya disokong pemohon boleh datang ke pejabat keselamatan untuk proses kelulusan. Sekiranya pihak kolej tidak menyokong maka permohonan secara automatic terbatal dan pelajar tidak boleh memohon pelekat kenderaan. Sebelum permohonan dibuat pelajar mesti memenuhi syarat-syarat seperti di bawah : a) Pemohon mestilah memiliki lesen memandu yang sah. b) Pemilik kenderaan mestilah terdiri daripada ibu bapa, adik beradik atau pemilik persendirian. c) Sekiranya pemohon bukan pemilik kenderaan, ianya mestilah mendapatkan surat keizinan daripada pemilik asal seperti yang dinyatakan di atas. d) Semasa berurusan di pejabat keselamatan, pemohon dikehendaki membawa dokumen-dokumen salinan yang disahkan oleh kakitangan gred A kepada pihak keselamatan : i- Kad Pelajar ii- Lesen memandu yang sah iii- Geran atau insuran kenderaan 3. Setelah mendapat kelulusan daripada pihak keselamatan, pemohon akan membuat bayaran sebanyak RM 2.00 di pejabat bendahari dan membawa resit bayaran kepada pihak keselamatan. 4. Pemohon diberikan pelekat kenderaan UiTM khas untuk pelajar.

TIPS MENJAGA KESELAMATAN (MOTORSIKAL) DARIPADA DICURI.

PELEKAT

KENDERAAN

1. Setelah mendapat pelekat kenderaan, pemilik perlu menulis nombor pendaftaran kenderaan berkenaan pada ruang yang disediakan pada pelekat berkenaan menggunakan marker pen yang berdakwat kekal. 2. Lekatkan pelekat tersebut pada motorsikal di tempat yang mudah dilihat oleh pihak keselamatan. 3. Seterusnya apabila telah dilekatkan, pemilik boleh menoreh pelekat berkenaan menggunakan pisau yang tajam. Tujuannya untuk menyukarkan pencuri mengopek pelekat berkenaan. Contoh torehan pada pelekat :

CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN / SEMAKAN PELEKAT KENDERAAN PELAJAR


Item Proses Mula Flow Process

MULA

Pelajar login Student Portal http://istudent.uitm.edu.my

Pelajar LOGIN Student Portal

Setelah berjaya, klik pada link Sistem eHEP di sebelah kanan di bahagian Students Menu

Klik Sistem eHEP

Untuk memohon pelajar Pilih menu 7.1 Permohonan Stiker Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja untuk setiap sesi stiker

Pelajar memohon melalui menu 7.1

Pelajar boleh menyemak keputusan permohonan di menu 7.2 Semakan Permohonan Stiker Hanya permohonan yang mendapat sokongan sahaja boleh mencetak.Permohonan disokong perlu dicetak dan dibawa bersama dokumen berkaitan ke Bahagian Keselamatan untuk mendapatkan stiker kenderaan

Pelajar semak permohonan melalui menu 7.2

Proses Tamat

TAMAT

CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN PELAJAR

Mula

Permohonan

NR/kolej

Sokongan NR

Sokongan Kolej

Kelulusan Bahagian Keselamatan

Stiker dikeluarkan

Tamat

PEKERJA KONTRAK / PELAWAT KHAS


Permohonan pelekat kenderaan oleh kakitangan pekerja kontrak / pelawat khas boleh dibuat secara online iaitu : 1. Pemohon datang ke kaunter / pejabat keselamatan 2. Membuat permohonan secara online melalui sistem e-keselamatan 3. Menyediakan dokumen-dokumen asal dan salinan seperti di bawah : 3.1 Kad pengenalan 3.2 Lesen memandu yang sah 3.3 Pas Keselamatan pekerja kontrak 3.4 Geran / polisi insuran yang sah 4. Permohonan yang lengkap akan diproses dan diluluskan oleh pihak keselamatan 5. Bayaran RM 5.00 dibuat di pejabat Bendahari 6. Resit bayaran perlu diserahkan kepada pihak keselamatan sebagai bukti. 7. Pelekat kenderaan diberikan kepada pemohon.

CARTA ALIR PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN OLEH PEKERJA KONTRAK / PELAWAT KHAS

Mula

Mengisi borang permohoanan melalui Sistem E-Keselamatan dengan lengkap.

Borang disemak dan diluluskan oleh pihak keselamatan.

Bayaran RM 5.00 dibuat di pejabat Bendahari

Pelekat diberikan kepada pemohon

Tamat

Anda mungkin juga menyukai