Anda di halaman 1dari 32

BAB EMPAT : Penganut Agama

Lain Dalam Negara Islam

Kandungan Bab Empat :

4.1 Penganut Agama Lain (PAL)


4.2 Hak PAL Dalam Negara Islam
4.3 Tanggungjawab PAL Dalam Negara Islam
4.5 Kesimpulan

IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


Hasil Pembelajaran Bab Empat:

• Menjelaskan maksud Penganut Agama Lain


(PAL) selain Islam.

• Menerangkan Hak PAL Dalam Negara Islam

• Menerangkan Tanggungjawab PAL Dalam


Negara Islam

IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


4.1 Penganut Agama Lain Dalam Negara Islam

• Islam bukan sahaja dikaitkan masyarakat Islam, tetapi juga bersama


dengan orang bukan Islam. Mereka juga memperolehi hak-hak yang
sudah sedia terjamin seperti prinsip toleransi, keadilan, kebajikan dan
belas ihsan kepada golongan bukan Islam.

• Islam sentiasa menjalinkan hubungan yang baik di antara orang Islam


dengan penganut agama lain di dalam Negara Islam sebagaimana
firman Allah dalam surah al-Mumtahanah ayat 8 dan 9 yang bermaksud:

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil
terhadap orang yang tidak memerangimu kerana agama dan
tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah
menyukai orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya
melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang yang
memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari
negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan
barangsiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka
mereka itulah orang yang zalim.”
3

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
4.1 Penganut Agama Lain Dalam
Negara Islam
• Masalah orang bukan Islam yang tinggal dalam
Negara Islam merupakan persoalan yang sentiasa
dibincangkan terutama sekali apabila konsep Negara
Islam menjadi tajuk perbincangan pada masa kini.
Oleh yang demikian, Allah telah memberi panduan
kepada manusia tentang bagaimana menangani
urusan orang Islam dan juga orang bukan Islam
•Dalam sejarah awal tamadun Islam, unsur kesatuan
adalah asas kekuatan kepada sebuah negara yang
didiami oleh masyarakat majmuk. Bukti yang paling
jelas bahawa unsur kesatuan ini dititikberatkan oleh
pemerintah kerajaan Islam pada masa silam dapat
diperhatikan melalui fasal-fasal yang terdapat di
dalam PiagamMadinah. 4

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
4.1 Penganut Agama Lain Dalam
Negara Islam

4.1.1 Penganut Agama Lain Dalam Negara Islam

• Orang bukan Islam yang tinggal di dalam negara


Islam dapat dibahagikan kepada dua golongan, iaitu;
ahli Zimmah dan ahli Harbi.

• Ahli Zimmah merujuk kepada orang yang tinggal


kekal dalam agamanya (bukan Islam) tetapi rela
tunduk dan patuh kepada undang-undang negara.
Mereka adalah rakyat dan warganegara yang sama
tarafnya dengan rakyat dan warganegara dari
golongan orang Islam sendiri.
5

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
4.1.2 Islam Dan Penganut Agama Lain

• Kepelbagaian budaya, bangsa dan kepercayaan manusia bukanlah alasan


untuk melakukan penganiayaan dan kezaliman. Kesemuanya dijadikan untuk
difahami dan dipelajari melalui jaringan interaksi sosial yang terjalin antara
manusia. Hasil daripada perhubungan yang baik akan menerbitkan bibit kasih
sayang seterusnya mewujudkan keharmonian dalam masyarakat.

• Islam menekankan perpaduan dan persaudaraan sekaligus mewajibkan


penganutnya menjalin hubungan yang baik sesama Muslim ataupun dengan
bukan Muslim. Islam juga mengajarkan penganutnya agar menghindarkan diri
daripada mewujudkan permusuhan, perseteruan, perselisihan faham yang negatif
dan fitnah menfitnah antara satu sama lain.

• Nabi Muhammad ketika penghijrahan ke Madinah mempersaudarakan bukan


hanya umat Islam sahaja, bahkan mempersaudarakan umat Islam dengan umat-
umat lain yang mendiami Madinah pada masa tersebut. Hal ini termaktub dalam
Piagam Madinah Fasal 25 dan 37 yang menyebutkan :

“Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang mukmin,
mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan
agama mereka (Islam).”

“Di antara mereka (Muslim dan Yahudi) harus tolong-menolong. Demikian juga di
antara mereka perlu saling nasihat-menasihati dalam melakukan kebaikan dan
6
menjauhi segala perbuatan dosa.”
PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
4.1.2 Islam Dan Penganut Agama Lain

• Pandangan yang mengatakan bahawa Islam adalah agama perkauman dan


anti toleransi adalah tidak benar sama sekali. Islam amat menekankan konsep
persaudaraan dan toleransi bagi tujuan memelihara keharmonian hubungan etnik
dalam sesebuah masyarakat. Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 108 yang
bermaksud:

“Dan janganlah kamu caci benda yang mereka sembah selain dari
Allah, kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas
tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada
pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian
kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan
kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”

• Allah mengizinkan umatNya untuk menjalin kerjasama dan berbuat baik kepada
orang dan tidak pernah menghalang pergaulan dengan orang yang berbeza
iktikad keyakinan, tetapi kedamaian hidup tetap menjadi keutamaan. Oleh itu,
Umat Islam yang hidup dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama, mereka
wajib menghormati masyarakat bukan Islam dan ditegah mencemuh atau
mengejek mereka.

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
4.2 Hak Penganut Agama Lain Dalam Negara Islam

• Keharmonian sosial dalam konteks sesebuah negara merupakan impian setiap


individu dan kerajaan kerana tanpa keharmonian, negara tidak akan mencapai
kestabilan dan keutuhan dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial.

• Cabaran yang lebih besar sekiranya sesebuah negara itu dihuni oleh pelbagai
etnik yang semestinya menganut pelbagai agama dan memiliki seribu satu adat
dan budaya yang ingin diamalkan dan diwarisi.

• Hakikatnya, bumi ini adalah seumpama sebuah negara yang besar yang dihiasi
dengan pelbagai bentuk keunikan budaya dan peradaban. (Wan kamal dan
Mohamad Zaidin, 2011).

• Bagi mencapai keharmonian interaksi sosial, manusia perlu memahami dan


melaksanakan tanggungjawab seiring dengan matlamat Islam yang melihat
manusia keseluruhannya sebagai satu etnik - keluarga sejagat - dalam konteks
kesatuan ummah. Justeru, Islam telah menggariskan beberapa hak penganut
agama lain dalam negara Islam.

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
4.2 Hak Penganut Agama Lain Dalam Negara Islam

Hak Hak
Kewarganegaraan Berpolitik

Hak Mendapat Hak Kebebasan


Bantuan Mencari Nafkah

Hak Hak-hak
Kebebasan Khusus
Hak
Penganut
Hak Agama Hak Ketika
Perlindungan Lain Dalam Dhaif
Negara
Islam

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
4.2.1 Hak Perlindungan

Daripada
Serangan
Luar
Daripada
Kezaliman
Maruah Dalam
Negara

HAK
PERLINDUNGAN

Semasa Kehormatan
Tua atau tubuh Badan
& Darah
Miskin Harta
&
Benda
10

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
4.2.1 Hak Perlindungan
a. Perlindungan Daripada Serangan Luar
• Pihak pemerintah bertanggungjawab untuk melindungi orang
Islam dan juga orang bukan Islam yang mendiami sesebuah
negara tersebut daripada serangan pihak luar selama mana
mereka berada dalam negara Islam. Pemerintah (imam) adalah
diwajibkan memberi kawalan penuh ke atas ahli zimmah
daripada gangguan orang yang ingin menyakiti mereka dan
membebaskan tawanan mereka.

b. Perlindungan Daripada Kezaliman Dalam Negara


• Hak perlindungan daripada kezaliman dalam merupakan hak
yang wajib untuk orang Islam dan bukan Islam. Sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang yang melakukan kezaliman dan
mereka tidak akan mendapat penunjuk malah mereka akan
dibalas dengan azab seksaan sama ada di dunia mahupun di
akhirat. Pembelaan dari kezaliman ke atas golongan bukan Islam
dari dalam negara adalah merupakan satu perkara yang sangat
dituntut oleh Islam. Antaranya: 11

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
1. Perlindungan Terhadap Kehormatan Tubuh Badan Dan Darah

• Golongan bukan Islam juga dilindungi kehormatan tubuh


badan dan darah mereka daripada dipukul dan diseksa.
Sebagaimana Islam memelihara keselamatan nyawa ahli zimmah
daripada dibunuh, demikian juga ia memelihara tubuh badan
mereka daripada dipukul atau didera.

2. Perlindungan Terhadap Harta Benda

• Orang Islam perlu menghormati serta tidak merampas sebarang


harta benda dan hak milik orang bukan Islam, contohnya, sesiapa
yang mencuri harta benda ahli zimmah ia akan dipotong tangan,
sesiapa yang merampas dikenakan ta’zir dan harta yang
dirampas dipulangkan semula, sesiapa yang berhutang dengan
ahli zimmah perlu melangsaikan hutangnya.

12

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
3. Perlindungan Terhadap Maruah

• Islam menuntut umatnya memelihara kehormatan diri dan


maruah ahli zimmah seperti mana menjaga kehormatan diri
orang Islam sendiri. Tidak harus seseorang zimmah dimaki hamun,
diumpat atau dihina atau dikatakan sesuatu yang tidak
disukainya mengenai diri atau keturunannya.

c. Perlindungan Semasa Tua Atau Miskin

• Islam menjaminan perlindungan hidup diberikan kepada orang


bukan Islam kerana mereka adalah rakyat negara Islam dan
pemerintah bertanggungajawab ke atas rakyatnya. Hal ini
berlaku semasa pemerintahan Saidina Abu bakar menerusi
Saidina Khalid al-Walid.

13

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
4.2.2 Hak Kebebasan

• Syariah Islam telah menggariskan peraturan yang harus diikuti


dalam membicarakan perkara yang berkaitan dengan
kebebasan individu. Pemberian hak kebebasan antara orang
Islam dan orang bukan Islam menurut Islam adalah sama sahaja
tanpa melihat kepada agama, bangsa dan keturunan mereka.

• Kebebasan yang dijamin oleh Islam terhadap masyarakat


bukan Islam termasuklah kebebasan beragama, kebebasan
bersuara, kebebasan ekonomi, kebebasan bergarak, kebebasan
tempat tinggal, kebebasan berkumpul dan mengajar, kebebasan
menggunakan kemudahan awam, kebebasan mencari
kekayaan, kebebasan memegang jawatan dalam kerajaan dan
lain-lain lagi. Kebebasan beragama, ekonomi dan bersuara telah
dibincangkan dalam bab yang lalu.

• Namun, perbincangan mengenai kebebasan dalam bab ini


hanyalah menyentuh berkenaan dengan beberapa perkara
seperti berikut, iaitu; 14

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
4.2.2 Hak Kebebasan

Bergerak

Kebebasan
Memegang Tempat Tinggal
Jawataqn Dalam
Kerajaan
Hak
Kebebasan

Menggunakan Berkumpul &


Kemudahan
Awam
Mengajar
15

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
a. Kebebasan Bergerak

• Islam memberi jaminan kepada orang bukan Islam yang tinggal


di bawah naungan Islam dengan kebebasan menjalani
kehidupan yang sesuai dengan keadaan mereka. Ahli zimmah
telah diberi kebebasan untuk bergerak dan mendapat
perlindungan. Selain itu juga, ahli zimmah tidak boleh ditangkap
atau dihukum tanpa mengikut undang-undang. Sebarang
penahanan, penangkapan dan hukuman tanpa asas undang-
undang boleh dikategorikan pencerobohan hak asasi mereka.

b. Kebebasan Tempat Tinggal

• Rumah atau tempat tinggal merupakan tempat persendirian


yang digunakan sebagai tempat untuk berkumpul dan berehat.
Dalam konteks Negara Islam, orang bukan Islam turut memiliki
hak-hak tertentu dalam menjamin keharmonian dan kehormatan
individu dengan jaminan keselamatan tempat tinggal.
16

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
c. Kebebasan Berkumpul dan Mengajar

• Masyarakat bukan Islam juga diberi kebenaran untuk


mengadakan perhimpunan dan mengajar di kalangan mereka.
Orang bukan Islam dibenarkan melakukan perkara yang
demikian selagi ia tidak bertentangan dengan undang-undang
dan selama mana ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada
masyarakat lainnya. Di samping itu, orang bukan Islam juga
dibenarkan untuk mendirikan institusi pendidikan sendiri untuk
kegunaan mereka sahaja.

d. Kebebasan Menggunakan Kemudahan Awam

• Orang bukan Islam mempunyai hak yang sama dengan orang


Islam dalam menikmati kemudahan awam. Orang bukan Islam
bebas mengguna dan memanfaatkan kemudahan awam dalam
masyarakat seperti api, air, padang ragut umum, sekolah,
kenderaan awam, institusi kehakiman dan lain-lain.
17

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
e. Kebebasan Memegang Jawatan Dalam Kerajaan

• Orang bukan Islam diberi kebenaran untuk memegang jawatan


dalam kerajaan yang diperintah oleh orang Islam. Dalam pada
itu, terdapat beberapa pengecualian yang mana tidak
dibenarkan kepada orang bukan Islam untuk memegang
jawatan-jawatan tertentu seperti ketua negara, ketua angkatan
tentera, ketua hakim dan sebagainya yang mana membabitkan
urusan agama.

• Bagi jawatan ketua angkatan tentera, Islam sebenarnya telah


menetapkan bahawa mempertahankan kedaulatan negara
merupakan jihad dan ibadat. Oleh yang demikian, adalah
sewajarnya jawatan tersebut dipegang oleh orang Islam sendiri
kerana jihad adalah kemuncak seluruh ibadat dalam Islam. Oleh
itu, dalam hal ibadat seperti ini adalah tidak wajar ia diserahkan
kepada bukan Islam.

18

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
4.2.3 Hak Mendapat Bantuan

• Pemerintah Islam hendaklah memberikan bantuan kepada ahli zimmah yang


memerlukan bantuan. Ahli zimmah berhak mendapat bantuan sekiranya diperlukan.
Namun, bantuan tersebut hendaklah berbentuk perkara-perkara yang baik dan tidak
melanggar syariat Islam. Orang Islam digalakkan memberi bantuan kepada orang
bukan Islam kerana ia adalah suatu kerja yang mulia.

• Islam sendiri menegaskan bahawa membantu orang bukan Islam dianggap sebagai
rahmat kerana Islam merupakan agama rahmat. Tambahan pula, Nabi Muhammad
SAW sendiri pernah menghantar bantuan ke Mekah ketika musim kemarau di sana
untuk diagihkan kepada penduduk miskin dan yang memerlukan, sedangkan pada
masa tersebut penduduk Mekah terdiri daripada orang musrikin dan ahli harbi.

4.2.4 Hak-Hak Khusus


• Hak ini terbahagi kepada dua iaitu kekeluargaan dan pemilikan harta. Hak-hak khusus yang
pertama kepada orang bukan Islam ialah hak-hak berkaitan dengan kekeluargaan seperti
nikah kahwin, nafkah, pembubaran perkahwinan dan lain-lain. Hak-hak ini menumpukan
kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan permasalahan rumahtangga orang bukan
Islam. Segala hal ehwal atau permasalahan tersebut hendaklah diselesaikan mengikut
peraturan atau ajaran yang terdapat pada agama mereka.

• Hak khusus yang kedua pula ialah berkaitan dengan harta seperti pemilikan, transaksi,
penghutang dan pemiutang, menyewa dan penyewa dan sebagainya antara orang
Islam dan bukan Islam. 19

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
4.2.5 Hak Kewarganegaraan

• Setelah orang bukan Islam melakukan aqad dengan pemerintah Islam, wajib
pemerintah memberi hak kewarganegaraan mereka. Hal ini jelas dengan tindakan Nabi
Muhammad SAW membina negara Madinah.

• Semasa pembentukan negara Islam Madinah tersebut, tidak semua penduduk


Madinah menganut Islam, bahkan terdapat sebilangan mereka yang tidak memeluk
Islam seperti sebahagian kecil dari kaum Aus dan Yahudi. Dalam hal tersebut, Nabi
Muhammad SAW tidak pernah menafikan hak kewarganegaraan mereka sehingga
baginda SAW telah membuat satu piagam perjanjian antara Kaum Muhajirin dan Ansar
dengan Kaum Yahudi.

• Terdapat tiga hak kewarganegaraan dalam negara Islam iaitu terdiri daripada
kewujudan sebuah negara berdaulat, iaitu; hendaklah bersama-sama menjaga
kedaulatan negara tersebut. Kedua, hendaklah mematuhi undang-undang yang telah
ditetapkan dalam negara Islam. Yang ketiga ialah boleh mempunyai jawatan dalam
pemerintahan kerana mereka juga diberi kepercayaan untuk membangunkan negara
bersama-sama dengan orang Islam.

• Selain itu, orang bukan Islam juga boleh memperolehi kewarganegaraan berdasarkan
kerakyatan yang diperolehi selama mana individu tersebut dilahirkan di dalam negara
Islam dan juga melalui permohonan yang dibuat kepada sesebuah pemerintah negara
Islam.
20

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
4.2.6 Hak Berpolitik

• Dari sudut undang-undang, hak politik adalah hak yang dipeolehi oleh individu, yang
statusnya sebagai anggota dalam sesebuah organisasi politik seperti hak mendapat
kerakyatan, hak menjawat jawatan awam dan hak mengundi.

4.2.7 Kebebasan Mencari Nafkah

• Islam memberi hak kepada orang bukan Islam sama seperti orang Islam untuk
berusaha mencari nafkah atau kekayaan yang dibenarkan oleh undang-undang
negara. Para fuqaha’ menegaskan bahawa golongan bukan Islam diberi kebebasan
bekerja dalam segenap bidang yang menjadi pilihan mereka.

• Golongan bukan Islam mempunyai hak kebebasan bekerja dan mencari nafkah
dengan cara berkongsi bersama-sama dengan orang lain atau bekerja sendiri dan
menjalankan apa-apa pekerjaan bebas yang mereka pilih. Mereka juga boleh
melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti ekonomi yang mereka pilih serta dapat
mendatangkan pendapatan walaupun diharamkan kepada orang Islam.

• Walaupun mereka diberi kebebasan untuk mengurus perniagaan atau mencari


nafkah dalam negara Islam, namun golongan bukan Islam tidak seharusnya menjual
barangan yang diharamkan oleh Islam seperti khinzir, arak dan sebagainya kepada
orang Islam secara terbuka walaupun untuk kegunaan mereka sendiri.
21

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
4.2.8 Hak Ketika Dhaif

Negara Islam adalah bertanggungjawab terhadap setiap rakyatnya. Sebagaimana


sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan tiap-tiap kamu akan diminta


bertanggungjawab ke atas pimpinannya. Maka seseorang pemimpin yang
memimpin adalah pemimpin yang akan diminta bertanggungjawab terhadap
pimpinannya.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

• Dalam perjanjian yang telah diadakan oleh Saidina Khalid bin al-Walid dengan
penduduk al-Hirah di Iraq yang terdiri daripada orang Masehi atau ahli zimmah,
mengandungi kata-kata seperti berikut:

“Aku telah berjanji untuk mereka bahawa sesiapa sahaja orang dewasa yang
lemah yang tidak dapat bekerja, atau ia ditimpa suatu kemalangan, atau ia
seorang yang kaya tiba-tiba jatuh papa yang hanya mengharapkan kasihan
belas ahli agamanya sahaja, maka aku tidak akan mengambil jizyahnya, dan
ia bersama-sama keluarga, rumahnya akan ditnggung oleh Baitulmal orang-
orang Islam.”

• Hal sebegini telah berlaku pada zaman Khalifah Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a.
dengan disaksikan oleh para sahabat. Saidina Khalid bin al-Walid telah memberitahu
tindakannya tersebut mengenai perjanjian dan jaminan bantuan ahli zimmah yang
tinggal di al-Hirah Iraq kepada Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. Perkara tersebut
disaksikan oleh para sahabat dan tidak ada sesiapun di antara sahabat yang
menolaknya. Perkara ini dianggap sebagai ijma’ yang disepakati oleh pada sahabat. 22

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
4.2.8 Hak Ketika Dhaif

• Selain itu, pada zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab r.a., suatu ketika beliau
terserempak dengan seorang Yahudi tua yang sedang meminta sedekah. Saidina Umar
al-Khattab r.a. kemudiannya memarahi lelaki tua tersebut kerana meminta sedekah
dan hanya mengharapkan belas ehsan daripada orang lain untuk menyara hidupnya.
Lelaki tua tersebut menyatakan kepada Saidina Umar r.a. bahawa di masa mudanya
dahulu, tenaganya diperlukan untuk kepentingan negara dan pendapatannya
dikenakan cukai untuk membangunkan negara.

• Mendengar jawapan tersebut, Saiddina Umar al-Khattab r.a. terserentak dan diam
seketika, lalu Saidina Umar al-Khattab r.a. membawa lelaki tua tersebut ke Baitulmal
untuk mendapatkan bantuan.

• Dengan ini, tindakan yang dilakukan oleh Saidina Khalid bin al-Walid dan Saidina
Umar al-Khattab r.a. tersebut merupakan pemberian wang bantuan selepas bersara
atau ‘pencen’ yang pertama dalam sejarah dunia.

23

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
4.3 Tanggungjawab PAL Dalam Negara Islam

• Setimpal dengan hak-hak yang dinikmati oleh ahli zimmah maka mereka juga
dikenakan tanggungjawab yang perlu ditunaikan kepada negara. Tanggungjawab
golongan bukan Islam dalam negara Islam ialah menunaikan bayaran jizyah, kharaj
dan cukai perniagaan, tunduk dan patuh kepada hukum-hakam Islam dan memelihara
perasaan orang Islam.

4.3.1 Membayar Jizyah

• Jizyah adalah bentuk cukai diri (kepala) setiap tahun ke atas setiap ahli zimmah
(golongan bukan Islam) dengan kadar tertentu yang dikutip dari setiap lelaki yang
baligh yang mempunyai keupayaan mengikut kadar kekayaan mereka. Golongan fakir
miskin dikecualikan langsung daripada tanggungjawab membayar jizyah.

• Jizyah adalah suatu asas sistem cukai yang diperkenalkan untuk dilaksanakan
pemerintahan Islam dan dana hasil pungutan jizyah boleh dijanakan untuk maksud
keselamatan dan kebajikan yang melibatkan keperluan masyarakat bukan Islam dalam
negara dari semasa ke semasa.

• Selain itu, pembayaran jizyah juga bertujuan sebagai gantian harta benda kepada
khidmat ketenteraan yang difardukan ke atas orang-orang Islam yang menunjukkan
kerjasama dalam soal belanjawan sktor-sektor awam di mana semua pihak dapat
menikmati hasilnya agar mereka dapat hidup dalam satu keadaan yang selasa.
24

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
Tanggungjawab PAL Dalam Negara Islam

Cukai
Perniagaan
Patuh Pada
Membayar
Perundangan
Kharaj
Islam

Tanggungjawab Memelihara
Membayar
PAL Dalam Perasaan
Jizyah Negara Islam Orang Islam

25

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
4.3.1 Membayar Jizyah (samb...)

• Pembayaran cukai jizyah bermula pada zaman Nabi Muhammad SAW apabila suku
Yahudi Taima membayar cukai itu untuk mendapatkan perlindungan di bawah negara
Islam Madinah.

• Pada zaman Khulafa al-Rasyidin r.a. sistem cukai jizyah dikembangkan akibat
perluasan kerajaan Islam ke wilayah Mesopotamia, Asia Tengah, Syria dan Afrika. Dalam
seluruh wilayah itu ahli zimmah atau orang bukan Islam yang bernaung di bawah
pemerintahan Islam atau mempunyai perjanjian damai dengan negara Islam
dikenakan cukai jizyah. Semasa pemerintahan Bani Umayyah cukai jizyah telah
merupakan salah satu sumber kewangan yang penting untuk pembangunan negara
Islam.

• Kadar pembayaran jizyah tidak ditetapkan dan terpulang kepada ketentuan pihak
pemerintah dengan mengambil kira kepentingan pembayar cukai dan juga
kepentingan negara.

26

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
4.3.2 Membayar Kharaj

• Kharaj menurut bahasa bermakna al-kara' (sewa) dan al-ghullah (hasil). Kharaj
bermaksud cukai hasil tanah yang dikenakan ke atas orang bukan Islam (ahli
zimmah). Dalam syariah Islam, Kharaj merupakan cukai ke atas tanah pertanian.

• Kharaj adalah cukai yang diwajibkan ke atas setiap bidang tanah yang masih
kekal dalam milik ahli zimmah dan penentuan kadarnya diserahkan kepada
pertimbangn pemerintah. Cukai ini bergantung kepada hasil sepertiga atau
seperempat dari hasil bumi yang diperolehi.

• Apabila seseorang ahli zimmah menganut Islam, keislamannya tidak melepaskan


tanggungjawabnya daripada membayar kharaj, ia kekal seperti biasa kerana
kewajipan membayar kharaj bukan hanya khusus untuk ahli zimmah sahaja malah
sesudah mereka memeluk Islam. Perbezaan antara jizyah dan kharaj ialah jizyah
akan gugur apabila ahli zimmah menganut Islam sedangkan kharaj tidak tergugur.

• Dalam sejarah Islam, kharaj berupa duti yang dikenakan ke atas tanah yang
telah dirampas daripada Empayar Byzantine dan Sassanid, sama ada melalui
peperangan atau damai. Perjanjian damai antara kaum Muslimin dan penduduk
ini telah bersepakat mengatakan tanah tersebut adalah milik Daulah
Islamiyah (negara), dan mereka mengakuinya dengan membayar kharaj serta
mereka harus menunaikannya.
27

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
4.3.2 Membayar Kharaj (samb...)

• Manakala jumlah kharaj yang wajib dipungut daripada tanah tersebut hendaklah
dikira berdasarkan kandungan tanahnya. Pada zaman Saidina Umar al-Khattab r.a.,
beliau telah menetapkan kharaj, beliau meneliti kandungan tanah dan tidak bertindak
zalim terhadap si pemilik dan penanamnya. Dalam keadaan dan tanah yang lain
beliau memungut kharaj dengan jumlah yang berlainan. Oleh yang demikian, Saidina
Umar al-Khattab r.a. memang diketahui sentiasa meneliti setiap tanah berdasarkan
kadar kandungan tanahnya.

• Jika tanah tersebut disuburkan sehingga boleh meningkatkan hasil tanamannya,


ataupun tanah itu diserang faktor-faktor yang boleh membuatkan hasil tanamannya
berkurangan maka perkara sebegini harus diteliti terlebih dahulu. Jika peningkatan hasil
tanaman itu merupakan hasil usaha daripada petani, contohnya mereka telah
menggali telaga, ataupun mereka membuat saluran air, maka kharaj mereka tidak
akan ditambah walaupun sedikit.

• Jika hasil tanaman petani berkurangan disebabkan kerosakan yang mereka lakukan
sendiri, seperti mereka merosakkan saluran air, ataupun tidak memanfaatkan telaga
yang ada, maka pungutan kharaj mereka tidak akan dikurangkan walaupun sedikit.
Malah mereka akan diperintahkan untuk memperbaiki alat-alat yang telah mereka
rosakkan.

28

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
4.3.2 Membayar Kharaj (samb...)

• Jikalau hasil pertanian mereka bertambah dan berkurang disebabkan tindakan yang
dilakukan oleh negara seperti negara telah menggali telaga untuk mereka ataupun
tidak memperbaiki saluran-saluran air untuk mereka, maka negara boleh
menambahkan kharajnya apabila hasil tanaman mereka bertambah dan wajib
menguranginya apabila hasil tanaman mereka berkurangan.

• Tetapi jika hasil tanaman itu bertambah atau berkurangan disebabkan faktor alam
seperti bencana alam yang menyebabkan tanamannya rosak, ataupun hanyut
disebabkan banjir. Maka kharajnya akan ditentukan berdasarkan kadar kandungannya
sehinggakan penduduk setempat tidak merasakan yang mereka dizalimi. Kharaj juga
akan ditentukan untuk jangkamasa tertentu dan bukannya secara berterusan.
Penetapan ini boleh berubah-ubah ataupun berakhir pada waktu tertentu kerana
kadar kandungan tanahnya juga memerlukan perkiraan yang baru (berubah).

4.3.3 Membayar Cukai Perniagaan


• Cukai perniagaan pula adalah cukai yang diwajibkan oleh Saidina Umar bin al-
Khattab r.a. dengan kadar 1/20 yang diambil setahun sekali daripada harta perniagaan
dari satu negeri yang lain, ia seumpama cukai kastam tetapi ia diwajibkan kepada
orang yang melakukan perniagaan. Saidina Umar al-Khattab r.a. mengutip zakat
perniagaan daripada peniaga-peniaga Islam sebanyak 1/40, manakala ahli zimmah 2
kali ganda daripada kadar yang diambil daripada peniaga-peniaga Islam iaitu 1/20
dan 1/10 diambil daripada peniaga-peniaga ahli harbi. 29

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
4.3.4 Patuh Pada Perundangan Islam

• Kewajipan ahli zimmah yang setersunya ialah tunduk dan patuh kepada hukum-
hukum Islam sebagaimana Islam memberi kebebasan kepada mereka dalam
menganuti dan mengamalkan fahaman masing-masing.

• Ahli zimmah tidak dilarang sama sekali untuk mengamalkan apa sahaja perkara atau
kepercayaan yang diharuskan oleh agama mereka walaupun perkara tersebut
diharamkan oleh Islam seperti makan daging khinzir dan minum arak.

• Dalam pada itu, syariah atau undang-undang Islam tidak dikuatkuasakan ke atas
mereka dalam perkara-perkara ta’abudiyyah, seperti zakat yang merupakan cukai dan
ibadah ke atas orang-orang Islam. Di dalam bidang undang-undang keluarga dan
kemasyarakatan mereka tidak dituntut untuk berkorban mengharamkan benda yang
diharamkan oleh Islam sedangkan hal tersebut halal dalam agama mereka seperti
memakan khinzir, minum arak, berkahwin dengan mahramnya dan sebagainya. Islam
tidak campur tangan dalam perkara-perkara tersebut. Sekiranya mereka meminta
pengadilan Islam dengan rela hati mereka, maka perlulah diikuti apa yang ditunjuk oleh
syariat Islam.

• Antara hukum yang harus difahami dan dipatuhi oleh orang bukan Islam ialah :

a. Sentuhan tidak dibenarkan antara wanita atau lelaki Muslim dan wanita atau lelaki
Muslim kecuali mereka telah disahkan berkahwin.
30

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
4.3.4 Patuh Pada Perundangan Islam (samb...)

b. Bersalam-salaman adalah tanda hormat antara sesama sendiri.

c. Orang bukan Islam harus menghormati saudara mara, teman-teman, rakan sekerja,
jiran tetangga yang beragama Islam semasa mereka mengerjakan sembahyang.

d. Orang bukan Islam juga harus memberikan pertolongan, berkongsi kesedihan,


kesusahan, kegembiraan dan sebagainya.

e. Orang bukan Islam juga boleh mendoakan bagi mereka yang beragama Islam
kerana ini memberikan kebaikan.

f. Orang bukan Islam harus peka mengenai makan minum yang halal dan haram bagi
orang Islam.

• Dengan ini, orang bukan Islam dan Islam akan dapat menjaga keharmonian dan
kedamaian antara mereka. Walaupun terdapat perbezaan hukum-hakam, gaya hidup
dan sebagainya, namun ia merupakan kebaikan kepada semua dalam usaha untuk
saling berkenalan antara satu dengan yang lain.

31

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
4.3.5 Memelihara Perasaan Orang Islam

• Tanggungjawab ahli zimmah seterusnya ialah menjaga perasaan orang Islam


dan kehebatan negara Islam yang melindungi dan memelihara mereka. Ahli
zimmah tidak dibenarkan mencela Islam, Rasulullah SAW serta kitab suci umat
Islam secara terang-terangan.

• Ahli zimmah dilarang menggunakan perkataan dan melakukan perbuatan yang


diharamkan dan dipandang mungkar oleh Islam dan pengikut-pengikutnya
meskipun perkataan atau perbuatan itu harus mengikut agama dan kepercayaan
mereka.

• Di samping itu, ahli zimmah juga tidak dibolehkan meminum arak dan memakan
babi secara berleluasa dan terang-terangan di khalayak orang Islam.

• Ahli zimmah juga hendaklah menghormati orang Islam ketika mereka


menjalankan ibadah puasa, solat Jumaat dan lain-lain lagi.

• Dalam memelihara hubungan baik antara orang Islam dan bukan Islam juga,
mereka tidak seharusnya menyentuh isu-isu sensitif yang bersifat perkauman dan
boleh menjejaskan perasaan orang lain.

• Kesemua larangan ini bertujuan untuk memastikan masyarakat hidup dalam


aman dan tenteram. 32

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam

Anda mungkin juga menyukai