Anda di halaman 1dari 32

1

2. DIFINISI MASYARAKAT (UMUM)

• Kamus Dewan;
Masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama (dalam satu
tempat dan aturan-aturan dan cara-cara tertentu).

• Dr. Sidi Gazalba;


Masyarakat mengandungi unsur-unsur pergaulan, perhubungan dan
pembentukan suatu kelompok atau golongan.

• Prof Koentjaraningrat;
Masyarakat sebagai kelompok terbesar dari makhluk-makhluk
manusia di mana hidup terjaring suatu kebudayaan yang oleh
manusia-manusia tadi dirasakan sebagai kebudayaan.

• Kilpatrick;
Masyarakat sebagai kombinasi kumpulan dari semua kesatuan manusia
dalam berbagai bentuk dan cara .

2
MASYARAKAT ISLAM

Syed Mohd Naquib al-Attas :


 individu dan masyarakat yang mengaplikasikan nilai Islam
dalam segala bidang kehidupan

Al-Syahid Syed Qutb;


 sebuah masyarakat yang menerap dan melaksanakan segala
peraturan Syariah, Akhlak dan segala perkara yang diimani
dalam masyarakat.

Realiti :
 masyarakat Islam ialah masyarakat yang terdiri didalamnya
individu muslim dan bukan Islam yang sama-sama menikmati
kehidupan harmoni dan sejahtera di bawah naungan ajaran
Islam sebagaimana yang berlaku di Madinah di zaman
pemerintahan Rasulllah s.a.w.

3
3. PEMBENTUKAN MASYARAKAT AWAL ISLAM

 Masyarakat awal Islam dibentuk selepas


penghijrahan Rasullah ke Madinah ( Yathrib).
 Di Mekah keadaan hidup umat Islam ketika itu
ditindas dan sentiasa berpindah randah untuk
menyelamatkan Islam.
 Sebelum hijrah umat Islam sangat sedikit dan
belum cukup untuk membina kekuatan bagi
membentuk sebuah masyarakat.
 Walaubagaimanapun fasa Islam di Mekah menjadi
fasa penting dalam membentuk keperibadian
umat Islam yang merupakan unsur penting dalam
pembentukan masyarakat Islam di Madinah .
4
NILAI ASAS PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM

1. NILAI TAUHID;

• Sejarah menunjukkan masyarakat Arab sebelum Islam menyembah


berhala Lata, Uzza dan Manaat serta memberi korban kepada berhala-
berhala tersebut. Berhala-berhala ini menjadi tumpuan untuk mereka
memohon pertolongan.

• Ajaran Islam telah menukar kepercayaan mereka kepada beriman


kepada Allah, Malaikat, Kitab-Kitab, Utusan-UtusanNya dan Hari
Akhirat.

• Nilai Tauhid telah mengubah masyarakat Arab yang asalnya


menyembah berhala yang dipahat dan didirikan dengan tangan sendiri
kepada pengabdian terhadap Allah Yang Maha Esa, mereka telah
menjadi orang yang tinggi nilai budi dan luhur jiwanya. Keyakinan dan
keimanan mereka kpd Allah begitu mendalam sehingga mereka
sanggup diseksa oleh orang Arab Jahiliyyah, namun keimanan mereka
tetap pada Allah.
5
Samb…
2. NILAI AKHLAK;

 Nilai akhlak ini menjadi unsur yang penting untuk pembentukan


masyarakat Islam di Madinah. Akhlak yang dibina pada diri setiap
Muslim telah mengubah masyarakat Arab dari seorang yang
berwatak kasar dan mementingkan diri sendiri kepada seorang
Muslim yang membelakangkan kepentingan diri sendiri, bersifat
toleransi, ikhlas dan jujur.

 Penerapan nilai akhlak ini sangat berkait rapat dengan


keperibadian nabi Muhammad yang sangat baik dan menjadi
contoh teladan kpd umat Islam.

 Nilai Akhlak telah mengubah masyarakat Arab yang jahil kepada


masyarakat yang suci dan murni jiwanya. Islam telah menukar
mereka yang terlibat dlm perbuatan-perbuatan keji kepada
seseorang yang mencintai kebaikan dan membenci
kemungkaran.
6
Samb…
3. NILAI KEPIMPINAN;

• Sebelum Islam masyarakat Arab sering hidup dengan mengasingkan


diri, gentar berhadapan dengan bangsa Persia dan Rumawi. Mereka
tunduk di bawah pengaruh Kisra dan pengaruh Kaisar .

• Mereka memandang bangsa Persia dan Rumawi dengan penuh rasa


ketakutan dan hormat. Bangsa Persia pula merasa lebih mulia
daripada bangsa Arab dan memandang rendah terhadap mereka.

• Kehadiran Islam telah mengubah tabiat orang Arab dan


membentuknya menjadi seorang pahlawan yang berani, telah
ditakdirkan oleh Allah mampu menghancurkan kekuasaan para Kaisar
dan menggulingkan singgahsana para Kisra, menakluki pelbagai
negeri serta tahan berhadapan dengan bala tentera yang siap sedia
dan dilengkapi dengan alat senjata dan perbekalan yang cukup,
sedang mereka sendiri hanyalah bersenjatakan "iman". Dengan iman
itulah mereka berhadapan dengan musuh-musuhnya sehingga
menyebabkan hati pahlawan-pahlawan lawannya gementar dan
semangat mereka luntur.
7
Samb…

4. NILAI HUKUM DAN PERATURAN;

• Sebelum menganut Islam orang Arab menganggap kekuatanlah yang


menjadi penentu kepada kekuasaan dan undang-undang. Mereka
menghormati dan memuliakan orang yang mempunyai kekuatan.

• Apabila Islam datang, Islam telah menyusun peraturan-peraturan dan


membentuk undang-undang. Ia mewajibkan umat Islam mentaati
peraturan-peraturan dan undang-undang tersebut.

• Islam mewajibkan umatnya mentaati undang-undang yang telah


dirutunkan Allah kepada manusia dalam mengatur urusan kehidupan
contohnya undang-undang keluarga, peraturan kejiranan, urusan
harta, pendidikan, pergaulan, maruah diri, dll.

8
Samb…

5. NILAI KEAMANAN;

• Islam telah mengajar umatnya tentang nilai keamanan dan


menghindarkan permusuhan. Masyarakat Arab sebelum Islam lebih
suka menjadikan pedang sebagai hakim di dalam segala hal samada
dipihak yang benar atau salah, menganiaya ataupun teraniaya tanpa
membuat pertimbangan akal fikiran.

• Setelah Islam, mereka berperwatakan lebih lembut dan tidak lagi


membuat pembelaan sendiri meskipun untuk diri sendiri.

• Nabi Muhammad sendiri menjadi contoh dan panduan kepada


mereka. Baginda sendiri telah mengalami bermacam jenis ujian dan
siksaan dari orang Arab. Tetapi beliau membela diri tanpa membalas
siksaan yg diterima dengan siksaan. Begitu juga sahabat dan
pengikut-pengikutnya tidak lepas dari azab siksa sehingga ada di
antara mereka yang menemui ajal. Mereka tidak membalas
permusuhan dengan permusuhan, pukulan dengan pukulan. Hingga
tibalah saatnya Allah mengizinkan mereka berhijrah ke Madinah.
9
Samb…
6. NILAI KEMULIAAN BAGI KAUM WANITA;

• Sejarah menunjukkan bahawa ada dikalangan suku-suku bangsa Arab


dahulu memandang rendah kepada kaum wanita. Walaupun begitu, ada
juga suku bangsa Arab yang meletakkan kaum wanita ditempat yang
selayaknya.

• Di antara perkara-perkara yang menunjukkan penafian hak wanita;


terdapatnya "nikah istibdha’, wanita menjadi hak yg boleh diwarisi, tidak
berhak mendapat bahagian dari harta pusaka peninggalan suami,
penguburan anak perempuan hidup-hidup dan wanita sebagai barang
dagangan yg boleh dikongsi bersama, selain sebagai isteri, ibu dan
mendidik anak-anak.

• Islam telah mengangkat darjat kaum wanita :

 setanding dengan kaum lelaki berdasarkan garis panduan syara’.


 meletakan syurg di bwh tapak kaki wanita (ibu)

10
Samb…

7. Nilai Persamaan Hak;

• Sebelum menganut Islam, masyarakat Arab tunduk


kepada sistem kasta, memandang dunia ini sebagai
beberapa keluarga yang berbeza darjat menurut darah
dan keturunannya.

• Setelah menganut Islam, mereka telah dibentuk kembali


oleh Islam yang mana ajarannya sangat menitikberatkan
keadilan. Menurut Islam manusia itu adalah sama
darjatnya. Hanya satu faktor sahajalah yang menentukan
tinggi atau rendah darjat seseorang disisi Allah swt, , iaitu
faktor taqwa dan kebajikan

11
B) DASAR-DASAR PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM DI MADINAH

• Pembentukan individu muslim dengan nilai-nilai unggul merupakan


unsur penting yang telah disiapkan oleh Nabi Muhammad sebelum
penghijrahan ke Madinah. Walaupun begitu, Nabi Muhammad
terpaksa juga berhadapan dengan pelbagai masalah dan kesulitan.
Segala permasalahan ini ditangani secara bijaksana dan akhirnya
dengan kepimpinan Nabi Muhammad disamping falsafah dan
dasar-dasarnya yang khusus, masyarakat Islam Madinah telah
berkembang dari sebuah kota Islam kepada sebuah negara yang
semakin meluas penguasaannya.

• Dasar-dasar pembentukan Masyarakat Islam di Madinah ini telah


memberi panduan dan pendidikan kepada umat Islam sehingga ke
hari ini kerana ia telah dilakukan oleh Nabi Muhammad sendiri.

• Tedapat tiga golongan terpenting semasa penghijrahan Nabi


Muhammad ke Madinah iaitu :Golongan Muhajirin, iaitu orang-
orang yang berpindah dengan membawa agama mereka dari
Makkah ke Madinah.Golongan Ansar, iaitu penduduk Madinah asli
yang telah memeluk agama Islam.Golongan Yahudi, iaitu sisa-sisa
Bani Israil dan orang-orang Arab yang memeluk Agama Yahudi 12
• Bagi menyatukan penduduk Madinah dan merealisasikan
pembentukan masyarakat Islam ini, Nabi Muhammad telah mengambil
beberapa langkah penting iaitu :

1. Mendirikan masjid

Masjid di sini Umat Islam dapat bertemu untuk beribadat,


bermesyuarat, memutuskan hukum dan untuk berdiskusi di malam
hari.

• Di sini juga umat Islam dapat bertemu Nabi Muhammad untuk


menerima pelajaran-pelajaran agama, peraturan-peraturan
kemasyarakatan dan mendengar pengajaran ayat-ayat al-Quran. Di
tempat yang merupakan balai pertemuan, madrasah atau masjid inilah
jiwa umat Islam serta pendapat-pendapat dan fikiran-fikiran akan
bertemu dan diolah, hingga benar-benar akan menghasilkan perpaduan
yang kukuh dan rasa kasih sayang yang mendalam.

• Dari tempat ini pulalah berkumandangnya suara azan lima kali dalam
sehari semalam di kota Madinah dengan membawa pengertian bahwa
kalimah Allah telah menjadi kalimah yang tertinggi.
13
2. Persaudaraan di antara kaum muslimin;

• Persaudaraan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad


di antara umat Islam tersebut tidak hanya tertumpu
antara orang-orang Muhajirin dan orang Ansar sahaja
tetapi mengeratkan lagi hubungan antara suku Aus
dan suku Khazraj yang selalu berperang.

• Jalinan persaudaraan dan kasih sayang ini,


mewujudkan sebuah "Keluarga Islam". Keluarga ini
hidup dalam suasana rukun dan damai, cinta
menyintai, sokong menyokong. Mereka telah
melupakan dan meninggalkan amalan-amalan serta
permusuhan sesama mereka semasa jahiliyah.
Mereka hanya memandang kepada nasab yang lebih
tinggi iaitu "hubungan keIslaman" dan "pertalian
agama yang kuat". 14
3. Perjanjian Di Antara Islam Dan Bukan Islam

• Agama Islam menjadikan akidah tauhid itu menjadi suatu dasar yang
kuat, yang memunkinkan penganut agama lain bekerja sama di bawah
lindungannya.

• Di bawah sinar syariat Islam, Nabi Muhammad mengadakan ikatan


perjanjian di antara kaum Muslimin dan orangorang Yahudi serta
golongan kecil lainnya. Perjanjian tersebut memberi panduan serta
gambaran kepada umat Islam, bagaimana melaksanakan kerjasama
dengan penganut pelbagai agama ketuhanan yang lain dan bagaimana
mewujudkan kerjasama dengan mereka di dalam sebuah negara yang
tiap-tiap golongan hidup di dalamnya dalam aman dan dapat menikmati
kedaulatannya masing-masing serta bebas mengamalkan agama yang
dianuti.

• Melalui perjanjian ini, orang-orang yang menandatangani perjanjian


tersebut berjanji akan bekerjasama dalam mempertahankan negara,
berjanji akan tolong-menolong walaupun terjadinya krisis ekonomi dan
akan kembali kepada keputusan Nabi Muhammad dalam hal
perselisihan-perselisihan yang terjadi di kalangan mereka. Perjanjian
ini membuktikan bahawa pembentukan Negara Islam telah menjadi
kenyataan dengan warganya mendapat hak samarata meskipun 15
berbeza suku kaum dan golongannya.
4. Nabi Muhammad Sebagai Contoh Tauladan

• Salah satu faktor penting dan berpengaruh dalam mewujudkan


Masyarakat Islam yang pertama ialah contoh tauladan keperibadian Nabi
Muhammad itu sendiri.

• Nabi Muhammad membangunkan masjid sebagai satu tempat pertemuan


bagi seluruh umat Islam, kemudian Nabi Muhammad mempersaudarakan
antara umat Islam, untuk menyatukan hati mereka agar tersusunlah suatu
keluarga Islam yang sempurna.

• Seterusnya Nabi Muhammad membuat perjanjian sebagai suatu perkara


yang wajib dipatuhi oleh semua penduduk Madinah, sama ada Muslim
mahu pun non muslim, sehingga setiap orang memahami akan hak dan
kewajibannya.

• Segala-galanya bersumber dari suri tauladan yang baik, yang terbukti


pada budi pekerti Nabi Muhammad dari sumber inilah melimpahnya
petunjuk-petunjuk, pendidikan dan adab sopan.

16
5. Keadilan Sosial

• Menurut al-Qardhawi keadilan sosial ialah keadilan dalam


membahagi kekayaan, memberi peluang secukupnya kepada anak
bangsa, memberi kepada para pekerja hasil titik peluh mereka
tanpa diselewengkan oleh mereka yang berkuasa serta
berpengaruh dikalangan mereka, mendekatkan jurang yang luas
antara individu dan kumpulan dengan membataskan kerakusan
orang-orang kaya serta berusaha untuk mengangkat martabat
orang-orang miskin.

• Keadilan sosial ini bukanlah sesuatu yang bersifat teori, tetapi ia


merupakan cara hidup yang telah dipraktikkan oleh Nabi
Muhammad dalam masyarakat Islam yang ternyata mencapai
kehidupan yg sejahtera. Contohnya dalam mengurus harta benda,
Islam mempunyai peraturan khusus, bukan bersifat kapitalisme,
komunisme dan sosialisme tetapi bersumberkan dari Allah.

17
4. CIRI-CIRI MASYARAKAT ISLAM

• Terdapat beberapa ciri masyarakat Islam,

1. Masyarakat Berakidah

• Masyarakat Islam ialah masyarakat yang beridentitikan agama, iman dan


akidah iaitu berkeyakinan penuh kepada kebenaran Islam. Dengan akidah
atau keyakinan inilah umat Islam sanggup mengubah sejarah dan
mengubah wajah dunia. Mereka berhasil mengeluarkan manusia daripada
kegelapan kepada cahaya terang. Setiap anggota masyarakat akan
meninggalkan dan membuang jauh segala bentuk penyembahan kepada
sesama manusia atau unsur-unsur lain untuk sujud dan mengabdi
kepada Allah s.w.t.

• Di bawah naungan akidah tauhid, lahirlah umat yang bersatu padu, kasih
mengasihi, bekerjasama dan penuh degan sifat-sifat kemanusiaan.
Melalui akidah golongan bukan Islam juga berhak menikmati kebebasan
seperti mana umat Islam. Menurut al-Qardhawi (2000), dengan terbinanya
masyarakat Islam di atas asas akidah Islam tidak bermakna memaksa
orang-orang bukan Islam agar meninggalkan akidah mereka. Hal ini tidak
pernah terlintas di dalam pemikiran umat Islam. 18
2) Masyarakat Rabbani;

• Masyarakat Islam sentiasa berpegang kepada tuntutan Islam yang


bersifat Rabbani. Justeru itu masyarakat Islam menolak segala
tuntutan lain yang bersifat sekular. Tuntutan yang bersifat sekular
dibentuk dan dibangunkan sesuai dengan suasana hubungan sosial
masyarakatnya dan sesuai pula dengan keperluan permintaan.
Sedangkan masyarakat Islam dibangunkan dan dibentuk
berdasarkan syariat iaitu ketentuan Allah dan menurut suruhanNya .

3) Masyarakat Adil dan Berakhlak;

• Masyarakat Islam adalah masyarakat yang memelihara keadilan


mutlak untuk seluruh warganya tanpa melihat kepercayaan, bangsa
dan sebagainya. Dalam Islam keadilan adalah hak semua manusia
baik musuh atau kawan. Al-Quran dengan jelas sangat
menggalakkan keadilan dan tidak membenarkan permusuhan dan
kebencian sesama manusia. Segala bentuk kezaliman perlu
dijauhkan, bahkan dalam Islam berlaku adil terhadap musuh itu
lebih dekat kepada takwa.
19
• Masyarakat Adil

Keharmonian masyarakat dalam Islam adalah terbentuk atas asas


keadilan yang sentiasa mengambil berat persamaan, kemerdekaan,
persaudaraan, kebenaran, kemesraan, toleransi dan lain-lain lagi
yang menjadi inti kepada keadilan. Keutamaan keadilan dalam
masyarakat Islam mengatasi segala-segalanya sehinggakan
perdamaian di antara masyarakat dalam Islam adalah kerana
keadilan, malah punca peperangan pun kerana menegakkan
keadilan. Nyata disini keadilan adalah buah daripada akhlak yang
baik.

4) Masyarakat Universal

Masyarakat Islam ialah masyarakat universal bermakna masyarakat


yang terpisah dari unsur-unsur perkauman dan ta’assub,
masyarakat yang terbuka kepada seluruh umat manusia tanpa
mengira keturunan atau warna kulit. Oleh yang demikian
masyarakat Islam ialah masyarakat yang dimiliki oleh berbagai
rumpun bangsa manusia, warna kulit dan berbagai bahasa. Mereka
sama-sama berhak dipelihara dan dilindungi oleh peraturan Islam
20
dalam hidup bermasyarakat
5) Masyarakat Berasaskan
Persaudaraan
• Perasaudaraan atau ukhuwwah ialah
nilai kemanusiaan dalam masyarakat
yang sangat dianjurkan oleh Islam.
Tanpa persaudaraan masyarakat
tidak akan dapat dibentuk. Menurut al-
Qardhawi, persaudaraan akan
mewujudkan masyarakat yang saling
sayang menyayangi.
21
5. ASAS-ASAS KEHIDUPAN BERMASYARAKAT

• Terdapat beberapa prinsip yang menjadi asas kepada kehidupan


bermasyarakat dalam Islam;

1. Taaruf (Saling mengenali) ;

•Taaruf iaitu berkenal-kenalan diantara satu sama lain kerana menjadi


fitrah manusia untuk hidup bermasyarakat dan berhubung antara satu
sama lain. Berkenalan bukan sekadar tahu nama atau tempat tinggal
tetapi lebih jauh dari itu seperti mengenali latarbelakang kedudukan
seseorang, keluarga, pemikiran, jiwa, kelebihan dan kekurangan dan
sebagainya.

• Dengan mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam,


hubungan persaudaraan sesama anggota masyarakat akan menjadi
lebih rapat sehinggakan bukan sahaja kesenangan tetapi segala
kesulitan dan kesusahan setiap anggota masyarakat akan turut dirasai
bersama.

22
2. Tafahum (Persefahaman);

• Tafahum ialah saling memahami, persetujuan dan permuafakatan


antara satu sama lain di kalangan anggota masyarakat kearah
kebaikan bukan sebaliknya. Persefahaman sangat diperlukan
diantara setiap ahli masyarakat bagi mewujudkan masyarakat yang
harmoni dan jauh dari rasa permusuhan. Selain daripada saling
kenal mengenali diantara ahli masyarakat, persefahaman boleh
wujud melalui aktiviti yang dilakukan bersama-sama contohnya
dengan mengadakan gotong-royong, bersukan, dan sebagainya.

• Di dalam mewujudkan persefahaman yang dijiwai oleh seluruh ahli


masyarakat ini juga , umat Islam perlu berpegang teguh dengan
syariat Allah s.w.t dan kembali kepada peraturan dan ketetapan
agama dalam menyelesaikan sebarang permasalahan dengan
penuh rasa taqwa dan berserah diri dengan ketentuanNya

23
3. Ta’awun (Tolong Menolong);

• Untuk mengukuhkan lagi persaudaraan Islam, perlu wujud


semangat tolong menolong. Pengertian Ta`awun atau tolong
menolong ini digambarkan oleh nabi Muhammad melalui Sabdanya;

‘Orang mukmin bagi orang mukmin itu seumpama satu binaan.Saling kuat menguat di antara
satu sama lain’

• Sikap saling membantu ini merangkumi antara individu dalam


kelompok masyarakat yang sama, antara masyarakat dengan
masyarakat dan juga antara rakyat dan pemerintah. Kerjasama di
antara ahli masyarakat akan menguatkan orang yang lemah, orang
kaya akan membantu yang miskin kesannya hidup mereka terbela
dalam masyarakat.

• Bagi umat Islam kefardhuan zakat (rukun Islam yang ketiga) wajib
ditaati dalam konteks membela kaum miskin. Kefardhuan ini hanya
kpd mereka yg kaya sahaja dengan kadar peratusan yg telah
ditetapkan.
24
4. Ukhuwwah (Persaudaraan);

• Persaudaraan atau Ukhuwwah dalam Islam adalah satu simbol


kepada keharmonian dan keamanan. Islam telah mengaturkannya
dengan begitu indah dan sempurna. Ia perlu dihayati dan
dipraktiskan oleh segenap lapisan umat Islam. Firman Allah s.w.t
yang bermaksud :

‘Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara’


(Al-Hujurat : 10)

• Persaudaraan dalam Islam bukan sekadar mengaku bersaudara


tetapi perlu ditanamkan rasa kebersamaan dalam susah dan
senang. Menurut al-Qardhawi persaudaraan akan menyebabkan
jiwa bebas dari sifat keakuan sehinggakan manusia sentiasa
mencari ruang untuk memberi bukan lagi mencari keuntungan
duniawi

25
5. Mahabbah (Kasih Sayang);

• Kasih sayang sesama anggota masyarakat perlu wujud sebagaimana


kasihnya suatu anggota dengan anggota tubuh yang lain. Sifat kasih
sayang dalam persaudaraan ini tidak terbatas sesama Islam, diri sendiri
atau anggota keluarga terdekat sahaja tetapi juga melibatkan seluruh ahli
masyarakat tidak mengira bangsa, agama, pangkat kekayaan dan
sebagainya.

6. Takaful ( Saling menjamin);

• Takaful atau saling menjamin adalah sikap sentiasa bersedia untuk


saling melindungi antara satu dengan yang lain. Sikap ini lahir hasil
daripada persaudaraan yang erat antara anggota masyarakat dimana
setiap mereka merasa bertanggungjawab untuk saling membantu
sekiranya terdapat pihak yang kesusahan atau memerlukan pertolongan.
Setiap anggota masyarakat merasa mereka tidak terpisah diantara satu
dengan yang lain dan lebih selamat dengan jaminan sosial yang wujud di
dalam masyarakat.

26
6. ISU DAN CABARAN DALAM MASYARAKAT ISLAM

1. Kepelbagaian Etnik Dalam Masyarakat Islam;

• Manusia menurut Islam samada dari mana asal keturunannya, apapun


warna kulitnya, ap apun taraf kedudukannya dalam masyarakat dan
apa jua agama anutannya merupakan seorang makhluk yang
dimuliakan dan dibezakan daripada makhluk-makhluk yang lain.
Menurut Islam juga sepertimana yang dijelaskan menerusi ayat-ayat
Al-Quran, manusia sebenarnya dari keturunan yang sama iaitu Adam
a.s, sementara Adam a.s pula diciptakan dari tanah.

• Saling faham meahami antara etnik amat penting utk melahirkan


situasi aman damai. Cabaran besar dlm masyarakat ini adalah utk
menyatukan antara etnik yg pelbagai agam, keturunan dan budaya.
Keamanan dan kesejahteraan di dalam masyarakat perlu diwujudkan
melalui pelaksanaan beberapa konsep penting antaranya
kesamarataan (Al-Musawat) dan keadilan (Al-Adalah).

27
2. Perpaduan dalam masyarakat Majmuk;

• Islam tidak sekali-kali membenarkan sebarang bentuk


permusuhan berlaku hanya kerana berbezanya bangsa
dan etnik atau lantaran berlainan keturunan dan warna
kulit. Islam melihat permusuhan kerana perbezaan
warna kulit atau berlainan etnik merupakan hasutan
syaitan dan juga suatu pakatan untuk menghuru-
harakan masyarakat serta menghancurkan
keharmonian hidup di kalangan bangsa manusia. Demi
keharmonian hidup dan kesejahteraan masyarakat
manusia, Islam dari awal-awal lagi tidak mengizinkan
sebarang bentuk seruan 'Asabiyyah' iaitu seruan
menolong bangsa dan juga etnik sendiri yang
menzalimi bangsa dan etnik lain.

28
3. Keruntuhan Moral di Kalangan masyarakat

• Satu lagi isu yang menjadi tamparan hebat kepada


masyarakat umat ialah keruntuhan moral. Media
elektronik dan media cetak hampir saban hari
memaparkan kes-kes salahlaku jenayah, bunuh, rogol,
dadah, sumbang mahram, mat rempit, ragut, peras
ugut, rompak, minum arak, ponteng sekolah, tidak
hormat guru, tidak hormat kedua ibubapa,
penyelewengan akidah, hidup berfoya-foya.

• Oleh yang demikian amat wajar setiap individu


masyarakat mengambil langkah mengatasi seberapa
segera agar permasalahan yang sedia ada tidak terus
menjadi parah hingga terlalu sukar untuk diatasi
29
4. Prejudis musuh Islam terhadap Masyarakat Islam

• Fenomena yang berlaku dewasa ini ialah sikap prejudis atau pra
sangka buruk musuh-musuh Islam terhadap masyarakat Islam.

• Menurut Dr Faizal Hj. Othman imej buruk yang sering digambarkan


oleh musuh-musuh Islam terhadap Islam dan masyarakatnya seperti;

• Islam ditonjolkan sebagai agama bagi bangsa yang mundur dari


segi sosio budaya dan ekonomi.
• Islam adalah agama yang sesuai bagi bangsa yang lemah dari
segi pengurusan pentadbiran dan perkhidmatannya, kucar
kacir dan tidak cekap.
• Islam adalah agama bagi bangsa yang tidak mampu membina
disiplin diri, menjaga kebersihan dan tidak mempunyai
kesedaran sivik dalam kehidupan hariannya, .
• Islam adalah agama yang menindas kaum wanita, kaum wanita
hanya diberikan peranan sebagai isteri, ibu yang hanya
melahirkan dan memelihara anak.
• Islam adalah agama dimana penganutnya tidak mampu
berunding secara rasional, dikuasai oleh emosi, fanatik dan
befikiran sempit. 30
5. Kesimpulan

Masyarakat Islam yang dikenali sebagai masyarakat Rabbani,


masyarakat Madani juga masyarakat Hadhari mampu menjadi
masyarakat alternatif bagi individu manusia setelah puas dengan hiruk
pikuk senario kemodenan. Ini kerana budaya dan amalan yang berlaku
dalam masyarakat tersebut dipimpin oleh nilai-nilai syariah, akidah dan
akhlak sebagaimana yang digariskan oleh ajaran Islam yang mulia. Tetapi
sebaliknya, masyarakat Islam akan menjadi sebuah masyarakat lagenda
sekiranya umat Islam sendiri gagal membuktikan ke Idealan Islam
sebagai al-din dan menterjemahkan seluruh prinsip dan ajaran yang
terkandung didalamnya dalam masyarakat

31
SEKIAN
WASSALAM

32

Anda mungkin juga menyukai