Anda di halaman 1dari 44

Topik 3

Etika
& Konsep Etika Dan
Peradaban Peradaban
II
CTU 554
ABSTRAK/SINOPSIS

Fenomena migrasi dan kepelbagaian, atau diversity, tidak dapat dipisahkan dalam mengupas
etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian. Sebelum kedatangan Eropah ke Asia, pada
era pra-kolonial (PrK), telah wujud putaran migrasi di wilayah Alam Melayu yang telah
menemukan peradaban India, Cina, Timur Tengah dan Alam Melayu masing-masing dengan
sistem etikanya, melalui Selat Melaka.
Kepelbagaian ini menjadi lebih kental dan kompleks dengan kedatangan manusia Eropah (era
kolonial), melalui perdagangan dan penjajahan, yang membawa peradaban dan sistem etika
serta nilai Eropah. Tindan lapis setiap unsur etika dan peradaban yang pelbagai ini, Timur dan
Barat, akhirnya tersulam melalui asimilasi, akomodasi, akulturasi dan amalgamasi, yang berlaku
daripada paras rakyat jelata sehingga ke mercu pemerintahan kesultanan. Melalui migrasi buruh
paksaan wujudlah masyarakat majmuk semasa penjajahan.

Pada era pasca-kolonial (PcK) yang berlanjutan ke era globalisasi, sifat kepelbagaian di Alam
Melayu amnya, dan Malaysia khususnya, menjadi semakin pekat dan ligat apatah lagi setelah
platform digital terasas membentuk kepelbagaian yang sungguh kompleks, yang dipanggil
sebagai superdiversity. Dalam setiap era PrK-Kol-PcK ini wajah, idea dan amalan etika
berevolusi bersama penyesuaian pada peradaban-peradaban yang terlibat.

CTU 554 ETIKA & PERADABAN II


ISI KANDUNGAN HASIL DAN HASIL PEMBELAJARAN
Pembentukan Etika dan Peradaban dalam
Masyarakat Berbagai
Komponen Etika dan Peradaban:
Kandungan • Persekitaran Geo-Fisikal Hasil Pembelajaran
(Laut-Daratan-Gunung Ganang)
• Masyarakat dan Demografi
(Tani-Pedagang-Industri)
• Ekonomi dan Pasaran • Menjelaskan proses pembentukan
(Sara Diri-Tukar Barang-Perdagangan) etika dan peradaban dalam
• Falsafah dan Pemikiran masyarakat kepelbagaian.
(Tradisional-Modeniti)
Selat Melaka Sebagai Gelanggang • Menganalisis impak etika dan
Kepelbagaian peradaban dalam masyarakat
Warisan dan Pendigitalan Sejagat kepelbagaian.
Islam
Melayu
Cina
India/hindu
CTU 554 ETIKA & PERADABAN II Barat/Kristian
PENGENALAN

• Istilah ‘peradaban’ yang berasal daripada Bahasa Arab digunakan bagi


menjelaskan tentang maksud ketamadunan.
• Sebelum kedatangan Islam, perkataan yang digunakan untuk membawa
maksud peradaban adalah budaya yang bertunjangkan kepada keluhuran
nilai dan kehalusan budi pekerti.
• Istilah Melayu yang biasa digunakan untuk menjelaskan tentang
peningkatan hidup masyarakat ini adalah kemajuan atau pembangunan.
Tetapi istilah tersebut tidaklah begitu meluas berbanding tamadun.
• Selepas kedatangan Islam, istilah-istilah Arab mula digunakan dan
diterimapakai dalam istilah Bahasa Melayu.

CTU 554 ETIKA & PERADABAN II


MAKSUD ETIKA DAN PERADABAN

• Etika: prinsip moral atau nilai-


nilai akhlak (adat sopan santun
dsb) yang menjadi pegangan
seseorang individu atau sesuatu
kumpulan manusia.

• Peradaban: Sistem dan tahap


perkembangan sosial sesuatu
bangsa; kemajuan sosial dan
kebudayaan sesuatu bangsa.

CTU 554 ETIKA & PERADABAN II


PEMBENTUKAN ETIKA DAN PEADABAN DALAM
MASYARAKAT KEPELBAGAIAAN

Sistem Sistem
perundangan
organisasi
Penempatan yang teratur
dan institusi
masyarakat dan sistem
sosial yang nilai serta Kelahiran
Sistem teratur moral dan
kepercayaan perkembangan
dan agama Peningkatan Bahasa yang Daya reka daya
kualiti serumpun cipta dalam kreativiti
kehidupan dengan satu penciptaan
dan sistem teknologi
peningkatan tulisan yang dan
jangka hayat tersendiri pembinaan

CTU 554 ETIKA & PERADABAN II


1. PERSEKITARAN GEO-FISIKAL

• Lazimnya sesuatu etnik mempunyai pertalian


sejarah, tradisi dan budaya dengan
persekitaran kawasan geografi tertentu.
• Geo-fisikal Tanah Melayu sebuah semenanjung
yang di kelilingi Laut China Selatan dan Selat
Melaka sebagai laluan tempat pertemuan dan
pergaulan dua peradaban besar dunia, China
dan India, melalui kegiatan perdagangan.
• Sumber dan produk pertanian dari Alam
Melayu menjadi asas dagangan dengan
peradaban lain.
• Peradaban Malaysia adalah penyulaman
peradaban majmuk dunia melalui difusi budaya.
CTU 554 ETIKA & PERADABAN II
2. MASYARAKAT DAN DEMOGRAFI

• Masyarakat bermaksud sekelompok orang yang


membentuk sebuah sistem interaksi sosial di mana
sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan
sistem sosial itu adalah lahir daripada individu-individu
yang berada dalam kelompok tersebut.
• Ciri-ciri masyarakat : berkelompok, berbudaya, mengalami
perubahan, berinteraksi, mempunyai kepimpinan dan
mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan
kasta)

• Koentjaraningrat, 1970 – Suatu kelompok manusia yang


hidup dan bekerjasama hingga mereka dapat
mengorientasikan dirinya dan berfikir mengenai dirinya
sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas
tertentu.

CTU 554 ETIKA & PERADABAN II


DEFINISI MASYARAKAT DALAM KONTEKS DI MALAYSIA

• Masyarakat plural adalah terdiri daripada pelbagai bangsa yang


membentuk satu kependudukan dari hidup sebagai komuniti-
komuniti yang berasingan dan di Tanah Melayu terdapat tiga etnik
utama iaitu Melayu, Cina dan India di Semenanjung, Bumiputera
Sabah seperti Kadazan-Dusun, Bajau dan lain-lain serta
Bumiputera Sarawak seperti Iban, Melanau dan sebagainya yang
bukan sahaja terpisah kerana adat, makanan dan pakaian tetapi
juga daripada segi pekerjaan dan tempat tinggal.
• Kewujudan masyarakat plural adalah sejajar dengan penjajah yang
datang ke Tanah Melayu pada masa dulu dengan membawa
masuk semua kaum tersebut untuk memenuhi peluang pekerjaan
di Tanah Melayu.
• J.S. Furnivall - Masyarakat plural adalah bercampur antara satu
sama lain tetapi tidak bersatu. Mereka hidup berdekatan tetapi
tidak terpisah dengan sistem politik yang sama serta masing-
masing berpegang kepada kebudayaan, agama, bahasa dan
pemikiran sendiri.
CTU 554 ETIKA & PERADABAN II
GARIS MASA PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA

Kesultana
n Melayu Penjajahan Pendudukan Pembentuk
Melaka Belanda Jepun an Malaysia
1402-1511 1641-1824 1941-1945 1963-

Penjajahan Penjajahan Kemerdek


Portugis British aan
1509-1641 1826-1941 1957
1946-1948

CTU 554 ETIKA & PERADABAN II


DARI KEMAJMUKAN KE KEPELBAGAIAN

• Istilah masyarakat majmuk digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai etnik di
Tanah Melayu selepas kehadiran penjajah yang membawa masuk pendatang dari China dan
India untuk kepentingan ekonomi.

Budaya Majmuk
di Tanah Melayu merupakan hasil pertemuan
dan pertembungan budaya besar dunia yang
melahirkan fenomena sosial di Alam Melayu.

Peradaban Majmuk
Masyarakat Majmuk
bercirikan semula jadi, bercirikan pemaksaan dan
tanpa paksaan dan perbezaan
fleksibel.
CTU 554 ETIKA & PERADABAN II
KONSEP MEMAHAMI PROSES HUBUNGAN ETNIK

SEGREGASI AKOMODASI
• Pemisahan atau pengasingan antara etnik dengan etnik yang • Penerimaan terhadap norma dan nilai etnik lain tanpa
lain menggugat budaya masing-masing.
• Berlaku dalam bentuk pemisahan tempat tinggal, sistem •Bebas mengamalkan budaya masing-masing.
pendidikan, pengangkutan dan kemudahan awam •Menyedari & menghormati budaya etnik lain & mempertahankan
budaya hidup masing-masing.

ASIMILASI AMALGAMASI
• Merupakan proses integrasi sehala yang akan menghasilkan • Tahap asimilasi yang paling tinggi
satu kelompok masyarakat yang mempunyai satu budaya, satu •Merupakan proses percantuman melalui biologi (perkahwinan
bahasa dan satu agama. campur).
1) Asimilasi Budaya:
• Kelompok minoriti akan mempelajari budaya kelompok •SEGMENTED ASIMILASI
majoriti. •Di, Malaysia dasar pembinaan negara bangsa terbina berdasar
2) Asimilasi Struktur: integrasi. Oleh kerana identity setiap etnik disubur dan dikekalkan,
• kelompok minoriti berjaya menyertai institusi utama dan dari empat proses di atas segmented asimilasi kerap berlaku.
aktiviti sosial dalam masyarakat majoriti. Mereka mempertahankan ciri-ciri keetnikan, walapun menerima
budaya tempatan dan sejagat

CTU 554 ETIKA & PERADABAN II


SKEMA PROSES HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Skema Proses Hubungan Etnik di Malaysia


Bentuk Hubungan
Tahap Putaran Dimensi Nilai Hasil Kesepadunsosial
Sosial
Disfungsional Keruntuhan Risiko
Konflik Sangat Tidak Baik
Sosial Disintegration Rusuhan Kebangsaan
Ketegangan
Plural
Memperakui Pergaduhan
Kemajmukan Pertembungan Sederhana Tidak Baik
Terpisah asing
Segregasi
Penyatupaduan
Akomodasi Hormat Topok Panas Pautan Kontestasi Rendah Tidak Baik
Akulturasi Penerimaan Pautan Sosial Tolak ansur Rendah Baik
Asimilasi Perkongsian Ikatan sosial
Penempuan Sederhana Baik
Segmented Nilai Bersama
Meraikan
Keterikatan
Amalgamasi Bersatu Dalam Konsensus Sangat Baik
Bonding
Kepelbagaian Integrasi
CTU 554 ETIKA & PERADABAN II
3. EKONOMI DAN PASARAN

• Pada era pra-kolonial, masyarakat Melayu mengamalkan


kegiatan ekonomi sara diri iaitu kegiatan ekonomi masyarakat
yang paling asas dan hanya cukup untuk menampung
keperluan diri dan keluarga.
• Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, kegiatan perdagangan
menjadi kegiatan terpenting dalam masyarakat disebabkan
keadaan kehidupan yang masih mundur dan tradisional.
• Pada era kolonial, British dilihat terus menguasai kegiatan
ekonomi negeri-negeri di Tanah Melayu dengan pembukaan
lombong bijih timah dan ladang getah serta kemasukan tenaga
buruh secara besar-besaran dari China dan India.
• Pada era pasca kolonial, kerajaan telah menjalankan
strategi penyusunan semula masyarakat untuk menyelesaikan
kedudukan yang tidak seimbang dari segi penguasaan
ekonomi dalam kalangan kaum dan menggalakkan kemajuan
ekonomi semua golongan masyarakat agar jurang perbezaan
antara masyarakat dapat dihapuskan.
CTU 554 ETIKA & PERADABAN II
DASAR EKONOMI BARU (DEB)

• DEB telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada


tahun 1970 hingga 1990.
• DEB berpegang kepada prinsip bahawa
ketidakseimbangan ekonomi perlu diperbaiki untuk
mengelakkan ketegangan dan konflik antara etnik dan
seterusnya mengukuhkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat Malaysia.
• Objektif DEB ialah:
1. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum
2. Penyusunan semula masyarakat tanpa mengikut fungsi
ekonomi

CTU 554 ETIKA & PERADABAN II


SASARAN DAN OBJEKTIF DEB

i. Kadar kemiskinan:
Kemiskinan 1970 (dalam %) Sasaran pada 1990
(dalam %)
Keseluruhan 49.3 16.7
Luar bandar 58.7 23
Bandar 21.3 9.1
(Sumber: Malaysia (1991)-Semenanjung Malaysia sahaja)

ii. Pemilikan ekuiti korporat:

(Sumber: Malaysia (1991)-Semenanjung Malaysia sahaja)


CTU 554 ETIKA & PERADABAN II
4. FALSAFAH DAN PEMIKIRAN

Falsafah dan Pemikiran Tradisional:


- Perspektif ini berpandangan matlamat telah pun ditentukan dan ditetapkan, manakala
manusia hanya diberi ruang untuk memilih cara bagaimana untuk mengecapi matlamat
tersebut.
Ibn Khaldun berpendapat ilmu perlu diintegrasikan ilmu agama dan ilmu alat.
- Menuntut ilmu agama, logik, falsafah, matematik dan bahasa Arab.
- Ketokohannya diakui oleh sarjana Barat :
1. Arnold Toynbee : - falsafah sejarah yang dihasilkan Ibn Khaldun merupakan sumbangan
terbesar
pernah dilahirkan manusia di atas muka bumi ini.
2. R. Flint :- ibn Khaldun merupakan ahli falsafah Islam yang tiada taranya.
3. G. Sarton:- Ibn Khaldun merupakan ahli sejarah dan falsafah agung bukan sahaja pada
kurun-kurun pertengahan, malah sepanjang zaman.
Falsafah dan Pemikiran Moden:
- Perspektif ini berpandangan manusia berhak menentukan matlamat hidupnya dan berhak
memilih cara bagaimana untuk mengecapi matlamat tersebut.

CTU 554 ETIKA & PERADABAN II


SELAT MELAKA SEBAGAI GELANGGANG KEPELBAGAIAN

• Proses interaksi kepelbagaian peradaban dan etnik bermula di Selat Melaka dengan proses
pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik melalui aktiviti perdagangan
dan perkahwinan.
• Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat tamadun.

I. INTERAKSI DALAM LINGKUNGAN BUDAYA YANG SAMA

hubungan satu budaya dalam sesuatu kaum


Contoh : Orang Melayu - orang Jawa, Banjar, Bugis, Mandaling sebagainya.
Orang Cina - Hakka, Kantonis, Hainan, Teochew dan sebagainya
Orang India seperti Malayalam, Punjabi dan sebagainya.

Mempamerkan kepelbagaian budaya dan adat resam keturunan.

Pegangan agama yang berbeza tetapi dari segi budaya sama


Golongan masyarakat Hindu di India Utara menerima unsur- Masyarakat Muslim di India pula menerima unsur-unsur
unsur keislaman dalam budaya berpakaian, pemakanan dan tertentu termasuk seni bina, muzik, pemakanan dan gaya
seni bina hidup masyarakat Hindu.

CTU 554 ETIKA & PERADABAN II


KESULTANAN MELAYU MELAKA – LAMBANG PERTEMUAN
MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK
• Melaka di gelar The Venice of the East yang menjadi tempat pertemuan pedagang seluruh dunia seperti dari
Arab, Parsi, China, India dan sebagainya.
• Pelbagai aspek menyumbang kepada zaman keagungan Melaka.
Aspek Keterangan
Pemerintahan Perlembagaan Melaka berdasarkan ajaran Islam. Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka;
pemerintahan secara diplomasi dan terbuka; mementingkan keharmonian kaum, buktinya pegawai istana
meliputi etnik Melayu dan India; amalan perkahwinan campur seperti perkahwinan puteri Hang Li Po dengan
Sultan Mansur Shah.
Perdagangan Undang-undang Laut Melaka digunakan untuk tujuan menjaga keselamatan laut Melaka dari ancaman perompak
dan lanun; dan pemerintahan terbuka dan pentadbiran sistem pelabuhan yang cekap oleh Laksamana Melaka.

Kependudukan Zaman Pluraliti akibat penghijrahan pedagang dari Arab, India, China dan negara lain tanpa memerlukan pasport
atau visa sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan, di samping bebas berdagang dan
berinteraksi menyebabkan berlakunya proses asimilasi dan amalgamasi. Wujud masyarakat baru – Baba &
Nyonya, Melayu Arab & Melayu India.
Kepelbagaian Melaka sebagai kota metropolitan dan kota multibudaya. Pluralisme budaya hasil daripada interaksi pelbagai
Budaya budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah [Portugis, Sepanyol, Belanda dan
British] dengan budaya alam Melayu sejak abad 5 Masihi.
PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK ERA KOLONIALISME
INGGERIS
• Kedatangan British ke alam Melayu berlandaskan
serampang tiga mata:
keagamaan, kekayaan & kemegahan
• Pemisahan antara agama dan sains berlaku di Eropah
(abad ke 15M) yang dinamakan Rocks of Ages: Sciences and
Religion in the Fullness of Life oleh Stephen Jay Gould (2002).
• Agama dianggap sebagai penyumbang perselisihan pendapat
dalam kalangan manusia, pergaduhan dan peperangan.

• Sains pula dianggap sebagai bersifat sarwajagat menyatukan manusia


dengan kefahaman yang sama, dan hidup aman damai.
• Dasar pemisahan agama dengan negara diteruskan oleh British di Tanah Melayu dengan
British menguasai pentadbiran negara
• Sultan menjaga hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu, dan pengenalan sistem
pentadbiran berdasarkan pengagihan kuasa antara Kehakiman, Eksekutif dan Perundangan.
• Pertembungan antara "Islam sebagai agama dan para penganutnya" dengan
"negara kolonial sekular” [terutama dalam konteks pemodenan barat]
CTU 554 ETIKA & PERADABAN II
WARISAN DAN PENDIGITALAN SEJAGAT

• Teknologi maklumat dan media digital yang dikuasai oleh Barat adalah satu cabaran besar
kepada seluruh peradaban manusia dalam mempengaruhi nilai dan etika masyarakat
kepelbagaian.
• Aspek media samada media elektronik atau media cetak memainkan peranan penting, secara
langsung atau tidak langsung, dalam proses membina kesepaduan antara etnik melalui
peresapan ke dalam amalan dan gaya hidup masyarakat Malaysia.
• Budaya Barat telah mempengaruhi perkembangan teknologi dan komunikasi dan menyerap
masuk dalam kehidupan peradaban bukan Barat melalui bentuk penjajahan pemikiran dan
budaya.
• Impak media digital ke atas etika dan
peradaban dapat dilihat melalui peningkatan
jaringan komunikasi, mendekatkan manusia
dari seluruh dunia, meningkatkan taraf hidup
dan membuka ruang kepada perkongsian ilmu
tanpa sempadan.

CTU 554 ETIKA & PERADABAN II


3.5 ISLAM

• Terdapat 4 induk akhlak yang baik yang merupakan sifat-sifat keutamaan dalam jiwa manusia iaitu hikmah,
syaja’ah, ‘iffah dan ‘adil (Ummahat al-Akhlak).
• Oleh yang demikian, sifat-sifat akhlak mulia yang lain menjadi cabang-cabang kepada 4 sifat tersebut.
• Yang mempunyai kesempurnan 4 sifat induk ini hanyalah terdapat pada diri baginda Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW:

“ Hanya aku (Muhammad) di utus untuk menyempurnakan akhlak yang baik” (Musnad Ahmad)

‘Adalah Hikmah Hurriyyah

Syaja’ah Iffah

CTU 554 ETIKA & PERADABAN II


3.5.1 ‘ADALAH

Sabda Rasulullah SAW:


ADIL bermaksud keadaan Hai orang-orang yang beriman Akhlak adil pada diri Rasulullah "Sesungguhnya bagi
dan kekuatan jiwa yang hendaklah kamu jadi orang-orang s.a.w terserlah dalam peristiwa jasadmu ada haknya,
dituntun amarah dan syahwat yang selalu menegakkan yang paling masyhur iaitu bagi matamu ada
menurut hikmah. Pengendalian penyertaan baginda semasa
(kebenaran) karena Allah, menjadi haknya, bagi
akhlak al-‘adl dari segi usaha pembinaan semula
saksi dengan adil. Dan janganlah ka’bah. keluargamu ada haknya
pelepasan dan pengekangan sekali-kali kebencianmu terhadap dan bagi tetamu ada
Maksud keadilan juga
adalah menurut kehendak sesuatu kaum, mendorong kamu haknya." (Riwayat
memberikan hak kepada
hikmah. Islam memerintahkan untuk berlaku tidak adil. Berlaku mereka yang berhak sama ada Bukhari dan Muslim)
umatnya agar sentiasa berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat individu atau kumpulan
adil serta menjauhi segala kepada takwa. Dan bertakwalah manusia. Islam memerintahkan Hadis itu adalah teguran
bentuk kezaliman, kepada Allah, sesungguhnya Allah setiap orang berlaku adil Rasulullah SAW kepada
ketidakadilan dan terhadap dirinya dengan Abdullah Ibnu Amru
Maha Mengetahui apa yang kamu
pencerobohan harta hatta menyeimbangkan antara hak apabila dia mengabaikan
kerjakan. (surah al-Maidah:8) dirinya, hak Tuhannya dan hak
terhadap orang bukan islam hak dirinya dengan terus
orang lain.
menerus berpuasa pada
siang hari dan berqiamullail
pada malam harinya.

CTU 554 ETIKA & PERADABAN II


3.5.2 ‘SYAJA’AH (BERANI)

SYAJA’AH membawa erti keadaan kekuatan amarah yang tunduk kepada akal samada
maju dan mundurnya akhlak syaja’ah. Akhlak syajā’ah timbul daripada sifat-sifat seperti
kemurahan, pertolongan, keberanian, menundukkan nafsu, menanggung penderitaan, lemah-
lembut, tetap pendirian, hati mulia dan kasih sayang yang dinamakan akhlak yang terpuji.

Walau bagaimanapun bersangatan dalam syajā’ah akan menimbulkan keberanian membabi buta,
maka timbul pula sifat-sifat seperti angkuh, sombong, lekas marah, megah dan bangga diri.
Manakalah apabila syajā’ah merosot, maka timbullah daripadanya sifat rendah diri, hina diri, kecil
jiwa dan menyempitnya daripada mengambil hak yang wajib diperolehnya( al-Ghazali 1988).

Berani bukan bermaksud bertindak tanpa pertimbangan kerana sikap tersebut dikenali
sebagai ‘kegilaan’ malahan berani juga bukan pula terlalu banyak pertimbangan sehingga
tidak pernah melakukan tindakan. Asas yang dasar dalam keberanian adalah
pertimbangan yang matang dan diiringi dengan tawakkal kepada Allah SWT

Ini terbukti dalam sirah Rasulullah yang mempunyai contoh keberanian dalam peperangan. Ketika baginda berusia 15 tahun, terjadi
peperangan Fijār antara orang Quraish dan sekutu-sekutu mereka dari Bani Kinānah dengan Qays bin ‘Aylān. Peperangan itu dinamakan
Fijār(jahat) kerana ia menceroboh kehormatan Tanah Haram dan bulan-bulan Haram. Dalam peperangan ini, Rasulullah s.a.w turut serta
dan berperanan membekalkan anak panah kepada bapa saudaranya iaitu mempersiapkan untuk mereka anak-anak panah untuk dipanah

CTU 554 ETIKA & PERADABAN II


3.5.3 HIKMAH

HIKMAH(Kebijaksanaan) iaitu satu ‘Ali ‘Abdul Halim(1993))


keadaan dalam diri melalui kekuatan menjelaskan makna al-hikmah ialah
akal yang membolehkannya secara perbuatan yang sepatutnya
semulajadi membezakan di antara dilakukan, bentuk perbuatan dan
baik dan buruk dalam semua kesesuaian waktu menuntut tiga
perbuatan ikhtiariah(perbuatan yang sokongan akhlak lain iaitu: kekuatan
lahir dengan pilihan manusia ilmu, berlapang dada dan kesabaran
sendiri). yang tinggi.

Rasulullah s.a.w menggunakan


manhaj al-hissi dalam bentuk qiyas
al-musāwi (analogi yang sama)
apabila menyelesaikan masalah
seorang pemuda yang meminta izin
daripada baginda s.a.w untuk
melakukan zina

CTU 554 ETIKA & PERADABAN II


3.5.4 IFFAH (MEMELIHARA DARI YANG
HARAM)
• ‘IFFAH bermaksud terdidiknya kekuatan Sabda Rasulullah s.a.w:
syahwat dengan pendidikan akal dan
agama. Akhlak ‘iffah akan menimbulkan Maksud: “Berbahagialah orang
sifat-sifat mulia seperti pemurah, malu, yang beramal dengan ilmunya
sabar, maaf-bermaafan, merasa puas apa dan membelanjakan kelebihan
yang ada(qana’ah), wara’, halus perasaan, dari hartanya dan menahan
tolong-menolong, peramah dan kurang kelebihan dari percakapannya.”
mengharapkan daripada orang.

• Kecenderungan yang berlebihan atau


berkurangan kepada sifat ‘iffah akan Hadith ini menunjukkan bahawa lidah
menghasilkan sifat-sifat seperti loba, rakus, apabila dilepaskan dengan pujian,
kurang malu, keji, boros, lengah, ria, meskipun benar,maka ditakuti akan
merosak diri, gila, suka bergurau, diumbang-ambingkan oleh syaitan
mengambil muka, dengki, suka memaki, kepada kata-kata tambahan yang tidak
suka menghina diri kepada orang-orang diperlukan
kaya dan suka menghinakan orang miskin

CTU 554 ETIKA & PERADABAN II


3.5.5 HURRIYYAH (KEBEBASAN)

III. Jadi, kebebasan manusia sangat dijamin dalam Islam dan


I. KEBEBASAN dalam Bahasa Arab bererti Hurriyatun dipelihara dengan berbagai pembatasan untuk maslahat
iaitu suatu keadaan makhluk hidup yang tidak tunduk kehidupan mereka
kepada suatu paksaan dan juga disebur keupayaan untuk
memilih melakukakan sesuatu perkara disamping IV. Agama Islam memberikan kebebasan bagi manusia sesuai
mengikut undang-undang yang telah ditetapkan fitrah penciptaannya. Islam tidak melepas manusia untuk
bebas mengikuti akal fikirannya sendiri dengan mutlak,
karena keterbatasan akal manusia itu sendiri
II. Agama merupakan petunjuk bagi manusia dalam
mengendalikan akal fikiran, serta menunjukkan hal-hal
yang tidak dapat dicapai oleh akal manusia. Agama Islam
membebaskan manusia dari keterikatan terhadap hawa
nafsu dan taqlid buta kepada tradisi nenek moyang.

CTU 554 ETIKA & PERADABAN II


3.6 MELAYU

Peribahasa itu ialah segala susunan cakap yang


pendek yang telah melekat di mulut orang
ramai semenjak beberapa lama oleh sebab
sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar
tujuannya. Dipakai akan dia jadi sebutan-
sebutan oleh orang sebagai bandingan,
teladan, dan pengajaran
peribahasa adalah konsep dalam pemikiran
bangsa Melayu yang merujuk objek dan
perlakuan secara benar dan bersifat
objektif.

Pendidikan keagamaan, kepentingan ilmu pengetahuan, tanggungjawab dalam


rumah tangga, perihal hukum logik dan keindahan yang terkandung dalam
pemikiran dizahirkan dalam bahasa yang indah dan padat iaitu peribahasa untuk
memberikan makna dan kesan yang mendalam serta diperturunkan daripada
generasi kepada generasi seterusnya
CTU 554 ETIKA & PERADABAN II
3.6 MELAYU

Pemikiran dalam peribahasa Melayu turut menyerlahkan satu gambaran nilai sosial, nilai moral, dan fungsi adat
dalam kehidupan bermasyarakat sekali gus menonjolkan falsafah bangsa Melayu yang ada kaitannya dengan
metafizik, epistimologi, etika, logik, dan estetika hasil interaksi mereka terhadap alam benda, alam flora dan fauna
yang ada di sekeliling mereka

Falsafah yang mendasari pemikiran bangsa Melayu dahulu adalah terhasil melalui pengamatan, penghayatan
terhadap agama, akal budi, adat dan budaya, serta alam kehidupan yang meliputi alam flora, alam fauna, alam benda
serta alam sekeliling yang melatari kehidupan mereka. Sementara itu, penghayatan terhadap agama Islam oleh
bangsa Melayu telah turut mempengaruhi pemikiran Melayu dalam penciptaan peribahasa.
MELENTUR BULUH BIARLAH
DARI REBUNG
RINGAN SAMA DIJUNJUNG,
BERAT SAMA DIPIKUL
AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT


ORANG BERBUDI KITA
BERBAHASA
CTU 554 ETIKA & PERADABAN II
3.6 MELAYU

PENGERTIAN PERIBAHASA

MELENTUR BULUH
BIARLAH DARI REBUNG
Mendidik anak-anak biarlah dari ketika usianya masih kecil

RINGAN SAMA DIJUNJUNG,


BERAT SAMA DIPIKUL
Bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerja samada kerja tersebut susah ataupun mudah
Tali persaudaraan tidak akan putus. Saudara atau adik beradik akan selamanya
AIR DICINCANG TAKKAN
bersaudara.Hubungan keluarga tidak akan terputus. Perbalahan atau pergaduhan antara adik-
PUTUS
beradik tidak akan berpanjangan lama-lama berbaik juga.
kejayaan atau matlamat dapat dicapai seamdainya semua orang dalam pasukan atau kumpulan
MUAFAKAT MEMBAWA
atau masyarakat atau negara itu bersatu hati, dan mereka akan gagal dan jatuh jika bercerai-
BERKAT
berai atau berpecah-belah.

ORANG BERBUDI KITA


BERBAHASA
apabila orang berbudi kepada kita, hendaklah dibalas dengan bahasa yang sopan

CTU 554 ETIKA & PERADABAN II


3.7 CINA

• Pembentukan pemikiran masyarakat dan tamadun Cina adalah


banyak diwarnai oleh falsafah etika dan kehidupan yang dipelupuri
oleh Kung Fu Tze.

• Terdapat dua fokus utama dalam membahaskan persoalan etika dan


kehidupan yang dikemukakan oleh Confucius, iaitu; Lima Kebaikan
(Five Virtues); dan Lima Hubungan (Five Cardinal Relations).

• Lima kebaikan adalah merujuk kepada sifat-sifat yang perlu dimiliki


oleh setiap individu dan bersifat pedoman dalam kehidupan.
Manakala lima hubungan seterusnya adalah merujuk kepada perkara-
perkara yang berkaitan dengan hubungan kemasyarakatan dan
bernegara.

CTU 554 ETIKA & PERADABAN II


3.7 CINA

CTU 554 ETIKA & PERADABAN II


3.7 CINA

1. Sifat Ren perlu bermula dan bertapak dalam diri seseorang yang mana ia akan mewarnai
kehidupannya dan memungkinkan ia mampu menyelesaikan segala masalah dalam kehidupannya.
Hasilnya, menjadikan seseorang itu lebih bersedia untuk berhadapan dengan masyarakat.

Antara sifat sampingan lain yang diutamakan dalam Ren juga seperti berani (Couregeous), bijaksana
(wise) dan berperikemanusiaan.

2. Li (propriety), sifat ini mewakili prinsip etika yang utama dan norma-norma kehidupan yang
melibatkan adat resam, upacara, peribadatan dan sistem politik dan pemerintahan.

3. Yi ditafsirkan melakukan sesuatu secara betul (right conduct) dan persoalan moral yang
berpandukan kepada kejernihan hati. Melakukan yang terbaik dan meninggalkan perbuatan yang keji.

4. Zhi (wisdom), kehebatan dan kebijaksanaan manusia dalam melakukan sesuatu, menjaga
hubungan sesama masyarakat. Sifat ini penting untuk memahami Yi dan mengamalkan Li. Menjaga
hubungan baik antara orang bawahan dan atasan.

5. Sin (truthworthiness), kebolehpercayaan dan diamalkan dalam semua aspek kehidupan manusia.
CTU 554 ETIKA & PERADABAN II
3.7 CINA

2. Lima Hubungan atau Five Relations

- Wu Lun adalah lima hubungan asas manusia yang merangkumi hubungan antara pemerintah
dengan menteri, anak dengan bapa, abang dengan adik, suami dan isteri dan hubungan
sesama kawan. Orang yang lebih tua mempunyai hak yang lebih ke atas yang lebih muda
berdasarkan kepada peraturan etika yang betul. Kelima-lima hubungan ini dapat dijelaskan
seperti di bawah;

1. HUBUNGAN PEMERINTAH DAN MENTERI – berasaskan perinsip Ren, Li dan Zhong


(taat setia).
2. HUBUNGAN ABANG DENGAN ADIK – berasaskan sifat Liang iaitu saling membantu
antara satu sama lain. Dan adik perlukan sifat Ti iaitu menghormati orang yang lebih tua.
3. HUBUNGAN BAPA DAN ANAK – Berasaskan prinsip Ci dan Xiau atau kasih saying
antara kedua belah pihak.
4. HUBUNGAN SUAMI DAN ISTERI - Berasaskan sifat Yi iaitu bertanggungjawab antara satu
sama lain. Saling menghormati dan menjaga kehormatan.
5. HUBUNGAN ANTARA KAWAN – Beasaskan kepada sifat Xin dan Cheng iaitu ikhlas dan
jujur antara kedua pihak.
CTU 554 ETIKA & PERADABAN II
3.7 CINA

Penekanan yang diberikan oleh Confucius


terhadap lima hubungan yang menjadi asas
sesebuah masyarakat dan negara adalah
amat penting dalam konteks ;

a) membina hubungan yang baik sesama


manusia tanpa mengira pangkat dan
kedudukan manusia;

b) mewujudkan hubungan kasih sayang


yang berpanjangan sesama manusia yang
berasaskan kejujuran dan amanah;

c) mendidik manusia supaya saling


menghormati antara satu sama lain dan
bertanggungjawab.
CTU 554 ETIKA & PERADABAN II
3.8 INDIA/HINDU

• Agama Buddha dan Hindu adalah kepercayaan yang popular


dalam kalangan masyarkat India dan Cina di Malaysia. 1. Kebenaran Tentang Kesengsaraan (Dukkha)
• Falsafah Buddhisme adalah untuk memberikan panduan kepada
manusia mengenai kehidupan yang bermaruah dan berasaskan
etika kehidupan yang sempurna.
• Oleh yang demikian, matlamat dalam kehidupan mereka ialah 2. Kebenaran Tentang Sebab Musabab Sengsara
untuk mencapai satu tahap yang dipanggil 'Nirwana'. (Trisna)
• Untuk itu, seseorang itu perlulah melepasi 'Empat Kebenaran
Mulia' (Four Noble Truths) atau tahap penderitaan dalam
kehidupan (circle of suffering), antaranya ialah : 3. Kebenaran Tentang Penghapusan
Kesengsaraan dan pencapaian matlamat
(Nirwana)

4. Kebenaran Tentang Cara Mengatasi Dukkha (The


Noble Eightfold Path)

CTU 554 ETIKA & PERADABAN II


3.8 INDIA/HINDU

• Untuk mencapai kepada 'Empat Kebenaran


Mulia' tersebut seseorang penganut Buddha
perlulah melepasi satu tahap yang
disebutkan sebagai 'Jalan Mulia Lapan Lapis'
(The Noble Eightfold Path).
• Ia adalah jalan yang akhir merangkumi
lapan perkara dalam usaha mengatasi segala
masalah kehidupan.
• Tiga kelompok moral yang diketengahkan
iaitu Akhlak (Sila), perkembangan mental
(Samaddi) dan Kebijaksanaan (Panna)
adalah kelompok akhlak sosial yang baik
dan dapat diterima oleh segenap lapisan
masyrakat.

CTU 554 ETIKA & PERADABAN II


3.8 INDIA/HINDU

• Perkara asas yang paling utama perlu diberikan • Nilai moral yang dikemukakan sebagaimana dalam
perhatian iaitu asas moral utama atau Panca pancasila adalah untuk membimbing manusia kearah
Sila. Sila adalah nilai moral yang baik yang lahir kebaikan dan keamanan sejagat.
berdasarkan kepada sebab dan musabab serta • Manakala perbezaan antara Buddhism dan Hinduisme
kesannya sesuatu perbuatan tersebut. adalah dalam perkara yang berkaitan dengan kepercayaan
• Manakala Panca bermaksud lima, membawa sahaja.
erti lima peraturan yang utama sebagai asas • Dalam konteks prinsip moral yang diamalkan, terdapat dua
kepada perbuatan seseorang yang perlu bidang yang diklasifikasikan iaitu; Yamas – moral diri
dihayati. sendiri; dan Niyamas – moral untuk kepentingan
• Panca sila adalah asas pendidikan moral yang masyarakat umum.
dapat memupuk dan membina keharmonian • Ternyata sifat yang dituntut adalah bersifat sejagat dan
dan kesejahteraan dalam masyarakat. mempunyai nilai moral (moral values) yang sama.
• Lima perkara utama yang dimaksudkan ialah; • Yamas adalah merujuk kepada akhlak yang harus dimiliki
larangan membunuh; bersifat jujur; larangan oleh setiap individu dalam kehidupan sehariannya.
berzina; larangan meminum arak dan tidak • Manakala Niyamas adalah akhlak yang lebih umum
mengkhianati antara satu sama lain. merujuk kepada sifat yang harus dimiliki dalam konteks
bermasyarakat dan bernegara.

CTU 554 ETIKA & PERADABAN II


3.9 KRISTIAN

Ajaran Kristianiti adalah bersumberkan kepada Bible yang menjadi kitab suci penganut agama Kristian yang
mengandungi 'Old Testement' dan 'New Testement'. Kedua-dua lembaran ini mengandungi sistem nilai dan
etika yang tersendiri yang berkaitan dengan kehidupan. Dalam konteks perbincangan ini, hanya sistem nilai
dan etika yang berkaitan sahaja yang akan dikemukakan merangkumi 'The Ten Commandments' dalam Old
Testement dan Akhlak kehidupan seharian dalam New Testement dan dalam ringkasannya dapat dikelaskan
seperti berikut;
(a) The Ten Commandments mengemukakan sepuluh nilai moral yang mesti dihayati oleh penganut
Kristian antaranya;
i) Mempercayai Trinity (Konsep Son of God, Father of God dan Ruhul Qudus
ii) Tidak menyembah patung atau berhala yang menyerupai objek dilangit dan dibumi;
iii) Tidak menyebut nama Tuhan secara sembarangan;
iv) Tetaplah ingat dan mensucikan hari Sabath;
v) Menghormati ayah dan ibu;
vi) Jangan membunuh;
vii) Jangan berzina dan melakukan maksiat;
viii) Jangan mencuri;
ix) Jangan berdusta;
x) Jaga hak jiran dan Hak orang lain
CTU 554 ETIKA & PERADABAN II
3.9 KRISTIAN

(b) Nilai-nilai dalam kehidupan seharian seperti terkandung dalam New Testement
adalah

1. mengutamakan etika

2. Jesus sebagai teladan

3. jangan menipu

4. mencari keredhaan Tuhan

5. be humble and be gentle


CTU 554 ETIKA & PERADABAN II
3.9 KRISTIAN

6. mencintai jiran

7. jangan menghina orang lain

8. menjelaskan kebenaran

9. jangan tamak

10. Cintai orang lain seperti diri sendiri


CTU 554 ETIKA & PERADABAN II
PENUTUP

• Peradaban secara umumnya adalah sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala
perlakuan, pemikiran dan kemajuan tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi
dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk
membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.
• Ilmu tentang etika dan peradaban hari ini adalah penting kerana boleh membantu ke arah
pembinaan dan kejayaan sesuatu masyarakat.
• Pengajaran daripada kitaran sejarah masyarakat patut dijadikan iktibar agar generasi muda tidak
leka dengan keamanan dan kemewahan yang dikecapi.
• Mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan etika dan peradaban juga membuka ruang
kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama.
• Pendedahan terhadap mengenali latar belakang etika dan peradaban masing-masing pula boleh
memupuk rasa persefahaman antara satu sama lain.

CTU 554 ETIKA & PERADABAN II


RUJUKAN

• Azyyati Mohd.Nazim. 2017. Manhaj Dakwah Al-hissi Dalam Al-qudwah Al-hasanah Melalui
Ummuhāt Al-akhlāk : Al-hikmah, Al-syaja’ah, Al-‘iffah Dan Al-‘adl. Malaysian Journal for Islamic
Studies. Jilid 2. ms:43-54

• Zaitul Azma Zainon Hamzah & Ahmad Fuad Mat Hassan. 2011. Bahasa dan Pemikiran Dalam
Peribahasa Melayu. GEMA Online Journal of Language Studies.Volume 11(3) September 2011.
ms: 31 – 51

• Muhammad Taqiyuddin. 2015. Konsep Hurriyyah dna Ikhtiyar dalam Islam.

• Noriati A. Rashid. 2005. Nilai Kesantunan dalam Konteks Sosiobudaya Masyarakat Melayu. Jurnal
Pengajian Melayu. Jilid 15.

• Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh. 2015. Pemikiran Melayu Tentang Ilmu dan Adab
dalam Puisi Melayu Tradisional. International Journal of The Malay World and Civilization (IMAN)
3(2), 2015 : 121 – 129.
CTU 554 ETIKA & PERADABAN II
RUJUKAN

• Abd.Aziz Deraman (1978). Beberapa Aspek Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan malaysia.


Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
• _____________ Falsafah dan Pemikiran Dasar kebudayaan Kebangsaan. Kuala Lumpur:
Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.
• Ahmad Fawzi Mohd Basri et.al., (1987). Isu-Isu Perpaduan Nasional. Kuala Lumpur: Percetakan
Seasons Sdn Bhd.
• Auni Abdullah (1991). Islam dalam Sejarah Politik dan Pemerintahan di Alam Melayu. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise
• Choo Keng Kun. Masyarakat Majmuk Semenenjung Malaysia: Evolusi Sejarah. Dlm. Zuraina Majid
(1986). Masyarakat Malaysia: Tinjauan dan Perbincangan Terhadap Beberapa Isu-Isu
dan Topik Semasa. Pulau Pinang: USM
• Mohd.Yusof Hassan (2000), Pemikiran Saintifik, Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia S.Q Fatimi. (1963).
• Islam Comes to Malaysia, Singapore: Malaysian Sociological Research Institute. Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1969.
• Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the Malay-Indonesia Archipelago, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
• Wan Hashim Wan Teh (1983). Race Relation in Malaysia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books Ltd.

CTU 554 ETIKA & PERADABAN II

Anda mungkin juga menyukai