Anda di halaman 1dari 2

4.

0 REFLEKSI
Tugasan bagi kursus Tamadun Islam dan Asia Tenggara (TITAS) pada kali ini
telah banyak memberi ilmu pengetahuan baharu kepada saya. Melalui tugasan yang
diberikan, saya dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang tamadun awal dan
faktor kegemilangan dan keruntuhan Tamadun Islam di Tanah Melayu yang menjadi
pemangkin kepada pembentukan Malaysia pada hari ini.

Tamadun Cina harus diketahui oleh rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana
kita dapat menambah ilmu pengetahuan dan menjadi panduan kita untuk
mengelakkan membuat keputusan yang silap serta mencapai kejayaan. Tokoh
Tamadun Cina dari pelbagai bidang seperti Confucius, Lao Tze, dan Shih Huang Ti
harus dihormati dan menghargai sumbangan mereka serta menjadikan mereka
sebagai teladan. Ajaran Confucius mengenai penubuhan sesebuah negara beretika
bersesuaian dengan Wawasan 2020. Hal ini menunjukkan Malaysia turut menjadikan
Tamadun Cina sebagai panduan.

Melalui Tamadun Islam, kehidupan masyarakat Melayu banyak dipengaruhi


oleh Islam seperi agama dan kepercayaan, pendidikan, bahasa dan kesusasteraan.
Masyarakat Melayu telah diperkenalkan dan diyakinkan dengan keyakinan yang
berteraskan tauhid. Fahaman tauhid telah mengubah pandangan dunia orang
Melayu daripada Hindu-Buddha kepada ajaran suci, Islam. Di Malaysia, hampir 60%
rakyat beragama Islam. Fakta ini telah menunjukkan kesucian agama ini. Ajaran
Islam mudah difahami dan mengamalkan konsep persamaan taraf sosial.

Tamadun Jepun pada Zaman Meiji sangat mementingkan pendidkan seperti


Malaysia. Pendidikan merupakan kunci kecemerlangan untuk semua orang.
Pendidikan dapat melahirkan modal insan yang dapat memberi sumbangan ke arah
membangunkan negara. Maharaja Meiji turut memodenkan tentera darat dan laut.
Malaysia perlu mencontohi tindakan beliau supaya dapat mempertahnakan negara
daripada sebarang ancaman.

Tamadun India mempunyai sifat penerimaan. Tamadun ini melalui pelbagai


zaman dan membentuk masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum seperti
Malaysia. Oleh itu, perpaduan sangat ditekan untuk menjamin keamanan sesebuah
negara. Malaysia perlu mencontohi Tamadun Eropah yang mempunyai semangat
inkuiri yang tinggi. Dengan ini, kita dapat membuktikan sesuatu perkara dengan
sahih dan tepat. Kita juga perlu berfikiran kreatif untuk meneroka bidang baharu. Hal
ini membolehkan rakyat Malaysia mencipta pelbagai benda yang berguna untuk
dunia.

Kegemilangan Tamadun Islam telah memberi iktibar kepada rakyat Malaysia


untuk menimba ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, Sultan Melaka amat
menitikberatkan pembelajaran ilmu agama. Sultan Melaka pernah menjemput ulama
untuk mengajar agama Islam di Melaka. Ajaran agama Islam semakin maju dan
berkembang di surau, madrasah dan masjid. Oleh itu, agama Islam menjadi agama
rasmi di Malaysia. Kita perlu mencontohi amalan murni ini supaya kita juga mampu
menjadi bangsa yang berilmu. Bangsa yang berilmu mampu menjana kejayaan
sesebuah negara dari segi ekonomi, politik dan teknologi. Negara yang memiliki
bangsa yang kaya dengan ilmu akan dipandang tinggi dan dihormati oleh negara
lain. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menghormati pemimpin. Jika rakyat
menghormati pemimpin, negara akan sentiasa berada dalam keadaan yang
sejahtera dan harmoni. Pentadbiran juga akan menjadi lancar tanpa sebarang
gangguan. Negara yang harmoni pula akan mewujudkan suasana ekonomi yang
sihat. Sebagai contoh, Melaka menjadi sebuah pusat perdagangan yang terhebat
pada zaman kegemilangannya. Rakyat Malaysia juga perlu berfasih dalam Bahasa
Malaysia. Hal ini penting kerana bahasa kebangsaan ini menjadi alat untuk
meraptkan hubungan dengan kaum lain.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mempunyai pegangan agama yang


kukuh. Pegangan agama yang kuat yang menjadikan keperibadian seseorang
menjadi mulia. Dengan ini, keamanan negara dapat dijamin kerana Malaysia
dipenuhi oleh rakyat yang murni. Di Malaysia, kita mesti memilih pemimpin yang
berwibawa untuk mentadbir negara kita. Pemimpin yang dipilih harus melaksanakan
tugas dengan bertanggungjawab. Pemimpin juga perlu mengamalkan sikap amanah,
cekap dan bersih untuk menjauhi amalan rasuah. Rakyat Malaysia juga perlu
berkembang mengikut zaman supaya tidak ketinggalan zaman. Rakyat perlu
sentiasa menimba ilmu pengetahuan untuk melengkapi diri sendiri. Rakyat Malaysia
yang hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum mestilah memupuk perpaduan
yang kukuh. Sikap saling menghormati mestilah diamalkan untuk mengelakkan
perselisihan faham antara kaum. Perpaduan yang kukuh dapat mengelakkan
ancaman dari luar. Melalui perpaduan, rakyat akan bersatu hati untuk
mempertahankan negara.

Anda mungkin juga menyukai