Anda di halaman 1dari 1

KEJOHANAN BOLA JARING SEKOLAH-SEKOLAH ZON SETIU SELATAN 2013 PADA 7-8 APRIL 2013 Perlawanan bola jaring

sekolah-sekolah zon setiu selatan ini telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari iaitu pada 7-8 april 2013 dimana sk bintang menjadi pengelola untuk pertandingan tahun 2013 bertempat di padang sk permaisuri, setiu, Terengganu. Antara pasukan yang menyertai kejohanan ini adalah 11 pasukan iaitu sk bintang, sk guntong luar, sk guntong, sk kg besut, sk permaisuri, sk banggol, sk putera jaya, sk kg rahmat, sk panchor merah, sk kg buloh, sk lembah jaya. Perlawanan bola jaring ini bermain secara liga. Laluan sk bintang ke final Semi final bermula jam 3.37 petang pada 8/4/2013 antara sk bintang mengalahkan sk kg besut dengan keputusan sk bintang 14 sk kg besut 13 (kemenangan tipis dan sengit) saling mengejar mata. Separuh masa pertama sk bintang mendahului sk kg besut (8-7), separuh masa kedua kedudukan seri (6-6) dan keputusan penuh sk bintang menang tipis ke atas sk kg besut (14-13). Sk bintang layak ke final. Semi final ke 2 sk putera jaya menempah tiket awal ke final apabila sk banggol menarik diri dari bertanding. Ini memberi kemenangan kepada sk putera jaya tanpa bertanding dan menunggu lawan di final. Final bermula jam 4.43 petang 8/4/2013 antara sk bintang bertemu sk putera jaya. Separuh masa pertama sk bintang ketinggalan dengan sk putera jaya (5-7), separuh masa kedua sk bintang mendahului sk putera jaya (9-5) dan keputusan penuh sk bintang menang tipis ke atas sk putera jaya (14-12). Perlawanan sengit dan saling mengejar mata. Kejuaraaan yang dimenangi oleh team bola jaring sk bintang melakar sejarah apabila setelah sekian lama penantian untuk memenangi kejuaraan ini dan akhirnya terlerai juga untuk muncul juara untuk tahun 2013. Kemenangan ini cukup bermakna buat semua warga sk bintang. Penentuan tempat ke 3 dan 4 tidak dapat dijalankan sk banggol menarik diri. Ini memberi kemenangan kepada sk kg besut untuk tempat ke 3 dan sk banggol ditempat ke 4. Keputusan rasmi: johan= sk bintang n/johan= sk putera jaya ke 3= sk kg besut ke 4= sk banggol Penyampaian hadiah disempurnakan oleh guru besar sk bintang (Abd Wafa bin ab razak) dan diiringi oleh pk ko sk bintang. Kejohanan bola jaring ini tamat pada jam 5.30 petang. Sekian..

Anda mungkin juga menyukai