Anda di halaman 1dari 7

PENDIDIK

DARI KACA
MATA
ISLAM

NOR FADZLIANA BINTI


TAHRIL

L20092004444
Apa Istimewanya Pendidik

Pendidik dari kacamata Islam merupakan murabbi, muallim,


muaddib, alim atau ulama.

Mereka yang berilmu diberi kedudukan yang paling tinggi serta


dijadikan sebagai saksi kepada manusia lain serta Allah dan
para malaikat.  Mereka juga diberi kedudukan yang teristimewa
sesudah para nabi, khususnya umat Rasulullah S.A.W. 

Mereka diberikan tanggung-jawab untuk menyampaikan


seruan, memimpin umat dan mentadbirkannya selepas
kewafatan Rasulullah S.A.W.  Dengan kata lain, mereka
sebagai pewaris yang mempusakai tugas Rasulullah S.A.W
selepas kewafatan baginda.
Pendidik berperanan menentukan hala tuju anak didiknya
menerusi tunjuk ajar dan ilmu pengetahuan yang ditaburkan.
Sememangnya tidak dapat disangkal, seorang murid lebih
senang menerima ilmu menerusi tunjuk ajar seorang guru
berbanding dengan orang lain.
Dalil Naqli
• “Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman
di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan
beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu
kerjakan.” (Surah Al-Mujaadilah: 11)
Melalui ayat itu diperjelaskan tentang martabat dan kedudukan
tinggi dan mulia para ulamak. Pendidikan adalah aset penting
yang menghala tuju pembangunan negara serta aset mahal
dalam pembinaan minda manusia serta alat untuk mewujudkan
jati diri atau keperibadian yang unggul.

• Oleh yang demikian, profesion perguruan adalah merupakan


satu profesion yang tinggi nilainya di sisi Allah SWT dan
sepatutnya kita menyanjung tinggi terhadap jasa yang
diberikan oleh pendidik kepada anak bangsa kita. 
KENAPA???

Profesion pendidik kini telah menjadi satu trend atau budaya sebagai salah
satu bidang kerjaya yang dipilih setelah tidak berjaya mendapatkan
pekerjaan lain yang secocok dengan ijazah yang dimiliki

Adakah ini petanda-petanda awal bahawa kemuliaan sebagai seorang


pendidik dipandang sepi dan keikhlasan dalam menjalankan
tanggungjawab mentarbiyah generasi warisan mula dilupakan?

Bakal pendidik kini perlu membuka mata serta hatinya. Profesion ini tidak
menjanjikan apa-apa kelebihan tetapi dengan kesedaran penyebaran ilmu
amatlah perlu untuk membentuk ummah yang berjaya maka segala usaha
yang dilakukan akan diberikan ganjaran olehNya.
Kesimpulan
“Guru Oh Guru”
’ Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Dialah pemberi paling setia Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Tiap akar ilmu miliknya Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Pelita dan lampu segala Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa. Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Nukilan Allahyarham SN Dato´ Dr. Usman Awang
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Profesion perguruan ini adalah suatu yang bernilai tinggi. 
Marilah sama-sama kita tingkatkan martabat ini di mata
masyarakat demi merealisasikan sebuah negara yang
mempunyai bangsa  yang terkenal dengan kekayaan
ilmuannya di mata dunia serta keseimbangan intelek, rohani,
emosi dan jasmani pelajar dapat dibentuk sekaligus
melahirkan insan ‘Satu Malaysia’

Anda mungkin juga menyukai