Anda di halaman 1dari 1

Implikasi Pendidikan Pemulihan Kepada Murid-murid Pemulihan Dengan adanya Pendidikan Pemulihan, selaras dengan matlamat program ini,

ianya dapat membantu murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran untuk menguasai kemahiran tertentu seperti 3M (membaca, menulis dan mengira). Muridmurid ini juga dapat membetulkan sikap negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran dan memupuk serta mengembangkan keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. Dalam konteks KBSR, program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M. Murid-murid ini akan dipulihkan sebaik sahaja masalah itu dikesan dan ditentukan dalam oleh guru darjah atau guru mata pelajaran. Melalui pendidikan Pemulihan, murid-murid Pemulihan dapat mengurang beban masalah yang dihadapi denagn bantuan guru Pemulihan dan pihak-pihak yang berkenaan terutama pihak sekolah dan ibu bapa. Guru pemulihan akan

mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke tahap yang lebih maju. Selain itu, mereka akan memperoleh dan dapat mengukuhkan keyakinan diri dan sifat berdikari apabila berada dalam kumpulan dan masyarakat. Akhir sekali, muridmurid ini akan dapat meneruskan pelajaran dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai